Jumaat, November 21, 2008

KENANGAN

Ini entry kenangan mengusik jiwa jer..

Musim cuti, musim budak-budak masuk jawi..Anak lelaki kami seorang saja jadi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya tak dapat merasa lagi lah suasana meriah bawa anak jumpa tok mudim..





Tahun lepas Abang dan sepupunya Yasser berkhatan beramai-ramai di surau kawasan kami ni..Meriah suasananya..Sehari sebelum kejadian..satu kampung meraikan budak-budak yang nak dikhatankan tu..siap berarak, berkompang, bersilat,makan kenduri...amboi seronoknya..





Tahun ni pun AJK surau dah mula kumpul nama anak-anak yang nak join berkhatan ramai-ramai ni...tapi kami dah tak ada nama nak kasi..takkan nak join dua kali pulak..naiyaa kawan..:))

10 ulasan:

cikgu jawe berkata...

apa salahnya 2 kali?.. hik hik..

anak kak pinat umur brp eh berkhatan?

PINATBATE berkata...

CJ..
Abang masa tu lapan tahun ..Yasser tu baru 7 tahun darjah satu..

Hanim berkata...

Kesian abang kalau kena 2 kali...kitorang ni nak kena tunggu lagi 2-3 tahun sebelum buat..ingat nak balik KL buat, baru meriah sikit

HABIHA69 berkata...

Ye lah..yang buat kenduri dan berarak tu seronok lah Cikgu PinatB..yang tak seronoknya bila mengadap Tok Mudim...ish..ish...mcm awie kata..tragedi oktober...hik..hik..anak saya ada 2 lagi lum selosai...

akudimar berkata...

untung ye budak sekarang...sunat pun tak sakit pakai bius...

kalo jaman dulu...
"Allahummasolli 'ala muhammad....
DHELLL...." kat batang pisang. huhuhu...

manlaksam berkata...

Kalau ada anak lelaki macam tu lah.
Kadang-kadang meriah lebih dari kenduri kahwin.

dilaOHdila berkata...

ada tu yang pakai laser.....lagi cepat sembuhnya. Kak PINT, abang dah sunat kan?

PINATBATE berkata...

HANIM..
Betul tu..buat masa balik sini lah..meriah kaum keluarga tumpang seronok..
hehehe...camana lah Rayyan nanti yer..


HABIHA..
Uihh...Tu tak kira makan beradap,bunga telur, pulut kuning bagai...Orang lain tumpang seronok...padahal yg nak mengadap tuk mudim, nak makan pun tak lalu..

PINATBATE berkata...

DIMAR..
hikhikhik...Tak tahan sound 'DHELL' tu...bunyi macam nak katok leher ayam jer..ngeri...


PAK MAN...
Kalau buat ramai-ramai ni salah satu kelebihannya dapatlah kongsi berjimat..kami buat hari tu kongsi 9 keluarga, 11 orang budak..

Jangan sampai melampau batas syarak sudah lah yer pak Man..

PINATBATE berkata...

DILA..
Alahai Cik Dila ...yang gambar last tu Abang dengan sepupunya Yasser baru lepas 'dhell' la tu...air mata pun tak kering lagik..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin