
Aktiviti anak-anak masa cuti sekolah kali ni..cari kerang kat pantai Remis..hahaha..sebenarnya ni lah first time cari kerang ni..saja suka-suka nak cari pengalaman..Kerang ni hidup dalam lumpur..rupa-rupanya tak lah susah sangat nak cari kerang ni,masa air surut korek korek kais sikit lumpur tu dah boleh jumpa..cuma kena rajin tertonggeng-tonggeng dan sabar lah ...

Masa kami sampai tak ramai orang lagi..cuaca pun elok jer..tak panas tak mendung..Mula-mula budak-budak ni menjerit-jerit geli bila kaki pijak selut lumpur tu..tapi lama-lama..eehh.. diorang seronok pulak..lagi-lagi bila berhasil..sampaikan bila dipanggil balik pun tak mau ..
Kakak,Izzah,abah,abang memulakan OPS Kerangnya.Berusahalah dengan tekun yer..semuga berjaya..Ehh..mana pergi mak dengan Hannah ni?
Alah...ada..tak kemana...Kami dua beranak duduk atas batu tepi pantai tu..sambil makan apam balik yang dibeli masa singgah kat pekan Kapar.sambil tu klik klik camera dan hirup angin pantai..nyamannn jer...alahai..tak kuasa lah makcik nak ikut masuk lumpur...kang terbenam kasut tumit tinggi makcik ..sapa nak nolong?..ahaks..

Tengah leka temankan Hannah main kulit kerang atas batu....TIBA-TIBA...

huhh..tu dia ..entah dari mana menjelma pulak makhluk ni...apa lagi...cabut lah kami berdua menyelamatkan diri menyorok dalam kereta..kecut jugak..mana tau kot disambarnya Hannah ker..Nauzubillah..seriau..

Hasil tangkapan Izzah..rebus saja pun dah sedap..kalau bakar lagi best! manis kerang fresh ni...

Wajah seorang penggali lumpur yang berjaya...peace!seronok betul nampak!Jenuh mak menyental baju dengan seluar tu tau...

Sebelum balik,beli lah adik beradik kerang kat nelayan sejati..apalagi...malam tu makan seafood lah!