Rabu, Disember 31, 2008

31 DISEMBER 2008



Pagi yang sibuk..menghabiskan hari-hari terakhir tahun 2008..pergi bayar yuran sekolah budak-budak,pergi pasar beli barang dapur,ke klinik,masak,kemas rumah..blablabla..Sudahnya malam ni rasa sengal-sengal lah badan..adoyai..umur dah makin tua skru lutut pun dah longgar..


Termenung
Mengimbas pencapaian dalam hidup sepanjang tahun 2008
Meninjau rancangan yang bakal dilakar tahun 2009

Berbisik dalam hati
Di mana ku letakkan bekalan untuk di bawa mati
Tertinggal di belakang
atau aku telah terlupa menghimpunnya
kerana sibuk mengumpul dunia di dalam hatiku..

Selasa, Disember 30, 2008

PMR 08


Syukur Alhamdulillah..Doa kami dimakbulkan Allah.
68 orang anak-anak didik kami beroleh 8A.
Keputusan yang baik perlu usaha lebih kuat untuk mengekalkannya.

Jumaat, Disember 26, 2008

TUKANG MASAK KERJANYA ENTENG

Hari-hari kerja masak saja...sekali-sekala kalau dapat makan kat luar tu rasa lega sangat..bukan apa sepanjang cuti budak-budak kat rumah asyik nak makan saja..baru lepas sarapan dah cari makanan..lepas makan selongkar peti sejuk cari makanan...

Muka sedih depan peti sejuk kosong..kehkehkeh..
Kek marble pewarna merah tertumpah setengah botol..=)
Ini baru betul-betul blogger...cucoq pisang pun ambik gambar...tapi yang ni special punya...ada coklat cip dan serbuk koko dalam tu tau!
Muffin sebelum masuk oven..dah lepas keluar oven bayang dia pun tak nampak..
Apasal budak-budak ni tak jemu-jemu makan donut? Tukang buat pun dah gantung kuali tau..

petang ni nak masak apa pun tak tau..

Khamis, Disember 25, 2008

BANYAK BETUL KEGUNAANNYA !

Macam pokok kelapa yang berguna dari daun,batang,lidi,buah..segala-galanya ..begitu juga lah Cik Bab. ini dimanfaatkan sepenuhnya..kenapa yer?



Gambar dari blog FudzailDubai.

Rabu, Disember 24, 2008

4 ALPHA

Rindu pulak kat diorang ni...





Cuti kali ni terasa lama sangat pula...=)

BORING SEHH..

Minggu lepas semua orang bosan tahap dewata ungu sebab cuti sekolah abah tak bawa ke mana-mana..Abis nak buat camana,abah pula tak dapat cuti!

Masa kelas tusyen cuti seminggu kami ikut abah pergi kerja kat hutan..bunyi hutan tu rasa macam nak bercamping pasang khemah pengakap dengan unggun api pula rasanya..


Bila dah sampai laaagi boring tengok mamat ni apa dia buat ntah lah..

Last..kita orang lepak tengok tv, makan, tidorrr..sementara tunggu abah kerja pagi petang..pagi petang lagi.Izzah pulak demam...uwwaa...bosannya!Macam ni baik duduk kat rumah jer..

Baca novel sampai khatam..

Abang mandi sampai lupa diri..orang lain dah naik tinggal dia seorang jer ..kecut karang baru tau!

Minggu ni nak balik kampung lah pulak..Insyaallah tak bosan.. ;)

Isnin, Disember 22, 2008

D'LIMAU NIPIS DAN SELERA HERBA

Tengahari Ahad kami JJCM ke Bangi..kat sini banyak tempat makan tapi ada dua tempat yang jadi pilihan..nak pergi mana satu ni?

Mula-mula pergi de Limau Nipis...cuba menu baru ..
Jus limau nipis paling special ada aiskrim vanilla ..perghh....menu ni tak ada yang serupa kat mana-mana tau..dan sudah dipatenkan ..selain tu ada KOPI KISAR yang best kat sini..bau cukup menggigit..rasa tak usah cakap lah..cendol pun sedap..
Jadilah orang bersyukur..makan saja dengan tabah walaupun rasa ada kureng..

Lepas makan jalan cuci mata kat Manjaku tengok sale barangan baby..manusia punyalah ramai serbu diskaun gila-gila punya..tapi kami beli sabun mandi Hannah sebotol jer..
Lepas tu beli ayam,daging,ikan...kat sini..
Lepastu..makan lagi...jom!Pergi Selera Herba pulak..

Kesian Hannah ngantuk...asyik makannn jer...bila boleh tidur ni?.
Laksa Johor boleh layan..kuah pekat..dah petang agaknya dapatlah serdak ikan banyak..
roti bakar dengan kacang pool pilihan Abah..best!..kakak makan nasi goreng cina sampai tak larat berdiri..tobat kak...tobat..ingatlah orang-orang di Darfur tu...:( ..
Hajat kesampaian...Alhamdulillah....yang dicari dah dapat selepas cubaan kali ketiga..tak jemu datang ke sini hanya kerana nak minum KOPI TELEVISYEN...ternyata kopi ni syiok dan harummm....waduhhh..dah dua cawan kopi hari ni..;P
kat mana nak cari kopi televisyen ni?..kat sini lah...

POT LUCK STEAMBOAT

Pagi-pagi hari budak-budak say good bye kat abah diorang nak pergi tengok site kat Lumut..lepas tu semua tidur balik.Sekali mak tarzan mengaum baru menggelupur mandi..pergi hantar diorang ke kelas jam 9.30 lepas tu huru-hara balik nak buat kek coklat kukus.

Hari ni Kak Honey ajak geng dia makan-makan ala-ala ladies party gitu meraikan perpisahan dengan Hasni yang nak berangkat ke Johor awal tahun ni.Balik mula pukul telur lepas tu tidurkan Hannah gitu-gini tengok jam dah 11.30.Ingat nak ambik budak-budak tu terus ke Semenyih ..

Sekali angkat loyang huwwaa!...kek lembik lagi lah...tunggu lagi kukus setengah jam...siap terus ambil diorang..singgah kedai Nani ambil table runner yang tempah hari tu..lepas tu singgah pula kat Shamensi beli hadiah tanda ingatan untuk Hasni.
Zooomm...singgah econsave lah pula beli segala mak nenek ball nak buat steamboat..

Huh..akhirnya sampai rumah kak Honey yang cantik dan luas tu...alamak...semua geng dah sampai dengan anak memasing tengah bersantap...sambil lepak gossip ..woit!!kome idak tunggu teman yerr..


Tom tom bak .. perompak kalau masuk rumah ni sure patah balik punya...
Budak-budak menyepahkan rumah dengan melambakkan mainan selagi ada..turut kelihatan dalam gambar siHannah yang tak makan pun sebab asyik main saja..
Yang diraikan..Selamat berhijrah dan semuga terus mengikat silaturrahim antara kita.
Kaum ibu yang happy berbual sambil makan nasi,pulut,aneka lauk pauk,steam boat yang wallaa...cheese cake,coklat cake tak sempat snap gambar,berbagai jenis buah..air berbagai jenis...ahh...syukur!
Tuan rumah berdiri mengadap pisang sambil mengira-ngira nak buat air satu jug lagi..sebab tiga jug besar air dah licin...
Zah menunjukkan bukti bergambar bahawa makanan tengahari tu sangat best!!

psstt...Pak Man..
Mujur dia tak minta...Teh Tarik DUA...!!

Ahad, Disember 21, 2008

JALAN-JALAN CARI IKAN

Bila lah dapat beli camera yang ada muncung panjang tu...boleh tangkap gambar cantik macam Dila..
hakhakhak.....konon..

Kali ni jalan-jalan cari ikan pula..bukan nak mengail atau menjala ..nak cari ikan kering dengan sotong jer..




Akhirnya..dapat seekor ikan besar..punya lah malang nasib mu ikan..ditunggang sampai jadi batu kawan tu...
EERRRKK...Mana anakku sorang lagi?..Laa..sorry kakak..terpotong pulakk...kehkehkeh...

CARI KERANG


Aktiviti anak-anak masa cuti sekolah kali ni..cari kerang kat pantai Remis..hahaha..sebenarnya ni lah first time cari kerang ni..saja suka-suka nak cari pengalaman..Kerang ni hidup dalam lumpur..rupa-rupanya tak lah susah sangat nak cari kerang ni,masa air surut korek korek kais sikit lumpur tu dah boleh jumpa..cuma kena rajin tertonggeng-tonggeng dan sabar lah ...

Masa kami sampai tak ramai orang lagi..cuaca pun elok jer..tak panas tak mendung..Mula-mula budak-budak ni menjerit-jerit geli bila kaki pijak selut lumpur tu..tapi lama-lama..eehh.. diorang seronok pulak..lagi-lagi bila berhasil..sampaikan bila dipanggil balik pun tak mau ..
Kakak,Izzah,abah,abang memulakan OPS Kerangnya.Berusahalah dengan tekun yer..semuga berjaya..Ehh..mana pergi mak dengan Hannah ni?

Alah...ada..tak kemana...Kami dua beranak duduk atas batu tepi pantai tu..sambil makan apam balik yang dibeli masa singgah kat pekan Kapar.sambil tu klik klik camera dan hirup angin pantai..nyamannn jer...alahai..tak kuasa lah makcik nak ikut masuk lumpur...kang terbenam kasut tumit tinggi makcik ..sapa nak nolong?..ahaks..

Tengah leka temankan Hannah main kulit kerang atas batu....TIBA-TIBA...

huhh..tu dia ..entah dari mana menjelma pulak makhluk ni...apa lagi...cabut lah kami berdua menyelamatkan diri menyorok dalam kereta..kecut jugak..mana tau kot disambarnya Hannah ker..Nauzubillah..seriau..

Hasil tangkapan Izzah..rebus saja pun dah sedap..kalau bakar lagi best! manis kerang fresh ni...

Wajah seorang penggali lumpur yang berjaya...peace!seronok betul nampak!Jenuh mak menyental baju dengan seluar tu tau...

Sebelum balik,beli lah adik beradik kerang kat nelayan sejati..apalagi...malam tu makan seafood lah!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin