Ahad, Oktober 31, 2010

Rabu, Oktober 27, 2010

KEBAKARAN DI PENCAWANG TNB


‎Sebenarnya kami sekeluarga baru masuk tidur malam tadi..Lebih kurang 11.45 mlm ada bunyi letupan kuat 3 kali  berturut-turut....Masa letupan kali pertama tu  ingatkan org tembak burung gagak..terpikir gak..siapalah yg rajin tembak gagak memalam ni..tak lama lps tu bunyi meletup sekali lagi..orang tembak anjing liar kot..tetiba dengar letupan kali ketiga..issyy! tak boleh jadi ni..ada pembunuhan kot!Tinggi gak imaginasi makcik pinat..;D

Cepat-cepat bangun buka tingkap bilik..Jenguk  kat luar jiran-jiran semua dah berlari keluar rumah.Rupa-rupanya salah satu sub station kat pencawang elektrik TNB bersebelahan rumah kami ni terbakar .Api menjulang tinggi betul..punyalah suspen masa tu. Mana tak takut..pencawang tu betul-betul bersebelahan rumah.



Api marak betul sampai terasa bahang panasnya..Kejutkan anak-anak semua nak bawa masuk dalam kereta ..tapi  bila kereta polis dan 2 buah kereta bomba sampai,rasa lega sikit..hampir sejam juga baru api padam.Masa tu nampak pasukan bomba dan polis termasuk pasukan RELA bertungkus lumus padam api. Hebat dan cekap diorang ni..Huh! pengalaman pertama kali tengok kebakaran depan mata.



Yang kelakar tu. masa jiran-jiran call bertalu-talu  kejutkan /suruh keluar selamatkan diri ,makcik pinat sebenarnya tengah sibuk snap gambar..kekonon mcm wartawan dilokasi kejadian..sempat upload gambar lg kat fb..terLUPA diri lak..macam tersampuk sawan kamera..Jiran-jiran sgt prihatin sbb rumah kami paling hampir sekali..tengah syok upload gambar..Pup! tetiba gelap jer..elektrik terputus..

Ambik gambar celah pagar
Alhamdulillah..Hampir jam 1 pagi baru selesai semuanya ..Syukurlah selamat semuanya.Punca kejadian masih dalam siasatan polis .Sekian laporan wartawan tak de kerja..kehkehkeh..

Selasa, Oktober 26, 2010

KUKIS KAK INA KL



Seronoknya hari ni dpt jumpa celebrity blogger yang terkenal tu...berdebar-debar sejak pagi lagi. Kami jumpa depan Mines..tak tunggu lama KakIna pun sampai dgn manager dia yg macho tu. Sayangnya tak dpt nak borak lelama..dah tu jumpa pun tepi jalan jer..:)  tapi yg penting terubat hati teringin nak makan cookies kakIna yg lebih famous dan sedap drp famous Amos tu..betul ni wa cakap lu..!

Tak sedar sambil menaip entry ni dah hampir habis separuh balang cookies. Bila buka balang jer..wow! harum bau diaaa...dah tu rangup krup krap,penuh pulak dgn kekacang dan coklat dia..makan banyak pun tak muak..Ya ampunnn..asyiknyaaa....!!

Kepada kak Ina ,mudah-mudahan kita dpt berjumpa lagi lain kali dan minta maaf jika ada kekurangan .
Semuga bisnes berjalan lancar dan terus maju.Jika makanan kita sedap,percayalah orang akan cari kita lain kali dan tak kisah tentang harga.


Wah! berblogging sambil kunyah cookies buatan kak Ina KL..Alhamdulillah nikmat..!

Rabu, Oktober 20, 2010

20.10.2010

Dah mula angkat dada..berpusing-pusing..tak lama lagi kurus lah mak dia..harap-haraplah..;D

Selasa, Oktober 19, 2010

SAKIT KEPALA

Sakit kepala ..sakit kepala..apalah ubatnya kandaaa...

huh ! dah dua minggu sakit kepala berdenyut-denyut..mula dari masa jaga exam PMR hari tu punyalah sakit sampai telan panadol berbiji-biji..padahal konon anti makan panadol..


Sekali lagi hari Sabtu lepas masa masuk exam PTK..dah lah masuk periksa tengahari pukul dua..panas lit lit..makan panadol dua biji pun macam tak de kesan..orang ingat sakit kepala sebab baca buku banyak sangatlah persediaan nak masuk exam..padahal..:P Apa ade hal..jawapan dah ada..tinggal pilih nak A,B,C atau D jer..Mujurlah masa hi tea hari Ahad tak sakit kepala..kalau tak sedih jer lah ..

Pagi ni pulak sekali lagi..terjaga pukul 4 pg masa Irfan nak menyusu dah terasa kepala berpusing semacam..bila bangun subuh,mmg bergoyanglah dunia..klimaksnya bila sujud masa solat subuh..angkat kepala jer..gelap berpinar...rasa macam nak muntah pun ada..siap berpeluh bagai...sekali dengan denyut-denyut..beratnya kepala mcm kena hempap batu Astaghfirullah! Suspen betul..Masa tu macam-macam ada dalam hati ni..Umur kita hanya Allah yg tahu kan..Cucu saudara kat kampung baby comel baru berumur 45 hari pun Allah ambil semula ..ni pulak yg org dah merasa nikmat 40 tahun hidup di dunia..Bila-bila masa jer..

Lps dah baring ..lega sikit,makan roti sekeping..pergi klinik..kepala masih goyang lagi tu..mujurlah klinik tak jauh dari rumah.Dpt MC sehari dan doktor suruh rehat..mungkin stress saja..bukan sebab darah tinggi atau apa-apa penyakit yg bahaya..Alhamdulillah. Balik rumah makan ubat dan tidur semula. Lega rasa hati..ni yg bila bangun terus buat entry baru..kat tengkuk ni masih rasa sengal-sengal lagi sebenarnya..kalau menunduk pun masih "bergoyang" dunia..Mudah-mudahan cepatlah pulih..

Sesekali Allah uji dengan nikmat sakit baru terasa betapa indahnya sihat.

Ahad, Oktober 17, 2010

PENCAPAIAN TERBAIK




 Hi tea sempena akhir tahun tengahari tadi.. Kira pencapaian terbaiklah sebab berjaya drive sendiri ke Cyberjaya..saja nak bagi my driver berehat..ekeke..sebenarnya tak berehat pun sebab terpaksa jaga anak-anak kat rumah..yang paling best lagi sebab dapat hadiah cabutan bertuah yang tersangat baeekkk punya. Apa dia..? Sabar..tunggulah hujung minggu ni..:D


credit to Abu Ulwan




Sebelah paginya Abang dgn Izzah ada acara sukaneka tahunan kat sekolah agama.Wah! hebat Abang masuk tiga acara semuanya menang..lepas tu nasib DIA baik dapat pulak cabutan bertuah..dapat jajan banyak pulak tu..tambah satu lagi Rumah Oren dapat tempat pertama jadi juara. Apa lagi..Balik rumah bangga riaklah dia..muka bajet macam baru menang Sukan Komanwel New Delhi jer..hahaha..

Izzah masuk dua acara..menang jugak tapi balik rumah tak puashati sebab rumah hijau dapat nombor corot..Alahai kesian..;DD

Ni lah hadiah kebanggan yang jadi rebutan tu...kikiki..

Khamis, Oktober 14, 2010

BUDAK-BUDAK SEKARANG




Hari ni bermula aktiviti slps PMR.Selepas gotong royong menanam pokok bunga pada sebelah pagi, kami buat gotong royong membersih dan menceriakan bilik-bilik khas pula selepas waktu rehat.

Masa lap tingkap surau ada seorang murid bagitau, "ini first time saya lap tingkap....kat rumah saya pembantu rumah yg buat semua.."        ok lah tu..


Ni dialog dua orang murid masa diorang lipat telekung dan sejadah pulak..saja pasang telinga sebab tengok diorang terkial-kial melipat ..kesian betul..lipat kain telekung gaya macam lipat cadar king size jer..

" Leceh betul lipat kain ni..pening kepala aku .."

" Sama lah..Aku kat rumah pun  lipat yang kecik-kecik jer..kain yg besar-besar mak aku lipat..ltu pun kadang-kadang jer sebab mak aku suruh baca buku tak payah buat kerja rumah..nak exam kan.."


eeerrmmm...nak cakap banyak pun tak berani..budak-budak sekarang memang macam tu kot..tak macam budak remaja zaman dulu..

Ahad, Oktober 10, 2010

10.10.10


Saja ambil kesempatan update blog pada tarikh yang cantik ni. Kena tunggu 11 bulan lagi kalau nak dapat tarikh 11.11.11pulak..tu pun kalau panjang umur lah.Patutlah Dr syeikh Muzaffar pilih hari ni utk nikah.Senang nak ingat tarikh.

Nak ikutkan blog ni dah seminggu bersawang.Jenuh nak menyapu segala habuk.Busy betul minggu ni, mood pun tak berapa nak cantik.Layan PMR..layan kerja kat rumah..longgar lutut dibuatnya.

Hannah pun makin banyak idea sekarang ni. Kalau ditegur pandai tarik muka sambil hempas-hempas  badan..amboi! belajar kat mana ntah..Bijak jugak dia,kalau nak hempas badan pilih atas sofa atau tilam..

Saja ambil gambar Hannah ni sebab mulut dia...bersungguh betul sampai herot-herot ..hehehe..

Ahad, Oktober 03, 2010

SELAMAT BERJUANG

Selepas berusaha sepenuh daya,saat ini kita serahkan seluruh pergantungan kita kepada Allah.


KepadaNya kita panjatkan doa semuga benih yang ditanam,dibaja dan disiram saban hari membuahkan hasil yang manis lumayan.

Selamat berjuang untuk semua anak-anak didikku.Bittaufiq wan najah.
Insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin