Sabtu, Februari 28, 2009

BILA ESOK ADALAH HARI YANG LAIN

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mac.
Blog ini pun dah cukup berumur setahun. Tak teringat pula nak kenduri pulut kunyit pada hari bersejarah gilang-gemilang tu..errmm.baru teringat...dah lama dah tak makan pulut kuning..kelakar pula rasanya bila baca semula entry mula-mula dulu.

Masa mula-mula menulis blog dulu ada member menjangka blog ini akan padam bila tuannya dah jemu.Setidak-tidaknya akan bersawang bila tengah sibuk.Tapi rupa-rupanya tidak! Macam rasa tak lengkap pula hidup kalau sehari tak masuk blog dan haruslah meroyan jalan menyengeh ke hulu-ke hilir kalau seminggu tak dapat masuk blog ...ketagihkah itu?

Sebenarnya bukan apa sangat pun tulisan kat dalam ni.Cerita anak-anak dan cerita kebun saja..sekadar catatan kenangan...tapi kalau tulisan ini di baca dan ada manfaatnya kepada orang lain,mudah-mudahan menjadi amal baik.Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyokong,membalas komen ,tegur-tegur dalam shout box dan silent reader juga. Tanpa anda siapalah MakCik Pinatbate..;)
Ceh! berangan macam bagi ucapan ambik award pulak...(^:^)

Letih betul kepala minggu ni..dahlah pagi tadi kena pergi kebun awal pagi lagi..siap pakai baju colour purple gitu....warna tema Mesyuarat PIBG katernyerr....habis satu dewan tu penuh dengan gelombang ungu.Naik berpinar biji mata..semua AJK dan guru-guru pakai colour purple..sedondon dengan tudung,kasut,handbag,stokin,tie,reben ikat rambut...ngee..siapa punya idealah agaknya ni...

Kalau hari cuti tetapi kena datang kerja juga..
nak sebut hari apakah itu..
hari kena dera?
ishh..ishh..ishh...

Rabu, Februari 25, 2009

BUANG DURI YG MENUSUK HATI

Balik kampung hujung minggu Izzah tengok orang memancing di Pantai Bt 23.

Damai jer tengok suasana begini....jiwa yang kacau pun jadi tenang.


Sengaja letak gambar masa balik kampung ni sebab sejak akhir-akhir ni rasa serabut jer kepala..bukan sebab banyak sangat kerja pun..maklum lah PA yg dedikasi dah ambil alih sebahagian kerja..ahaks..cuma dalam hati ada rasa terkilan dengan sikap seseorang kat kebun tempat cari rezeki tu..errmm..susahnya nak ikhlaskan hati ini dan jadi org yang sentiasa berbaik sangka dengan orang lain..Ya Allah tolonglah hambaMu ini..

Rasanya dlm keadaan stress begini jalan yg terbaik ialah BERTENANG kerana bertenang lebih baik dari tertekan..macam kata pakar motivasi kat radio pagi-pagi tu..Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.

Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Kita takkan tahu apa yang perlu di lakukan.Kesannya, kita akan cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang mungkin jadi kekesalan seumur hidup.

Macamana nak bertenang?

1.Muhasabah diri.

Rasa tertekan berpunca dari perasaan marah dalam diri, ada something yang kita tak puas hati, maybe sebab sikap seseorang, ucapan atau kata-kata yg lahir atau situasi di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.

2. Perbanyakkan istighfar dan maafkan orang lain.

Minta ampun pada Allah,maafkan orang yg menyakitkan hati dan memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita ‘immune’ dari stress.

Memang payah melakukannya..tapi bila kita berazam dan mohon kekuatan dari Allah,insyaallah semua kepayahan akan hilang.

Terima kasih k kakYani yg memberi semangat pagi tadi..kakYani memang cool!

"Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control.Kita berhak menentukan apa yg kita mahu dalam hidup kita.. pilihlah untuk hidup bahagia dan berlapang jiwa..tiada guna memilih untuk derita atau kecewa..berdirilah dengan kekuatan sendiri dan biar sahaja kepedihan berlalu bersama putaran masa..."

Isnin, Februari 23, 2009

TAMBAH KERJA ?


Biar betul boss...
rasa macam selonggok batu diletakkan di atas batu jemala patik ni..
takut jalan mengundur jer nanti..
sekarang pun dah senget sebelah..
cukup-cukup lah beban yang dah ada ni boss..
tolong!!
Callo bête. Kahona Pyar He (akupun tak tau apa maksudnya, belasah je).

Jumaat, Februari 20, 2009

ROAD RUN KALI KE 6


Tak seperti last year...nampaknya kali ini kami dengan rasa rendah diri memberi peluang kepada rumah ungu pula menjulang piala pusingan..bukan apa,kesian pula kalau asyik rumah hijau saja yang jadi juara..nanti orang lain tak merasa pula...kan..kan...


Muka ketua rumah hijau yang kucheewa....alaa..rilex la Haziq..kita bukan kalah cuma tak menang jer...


Khamis, Februari 19, 2009

VIRUS M

Bila virus M melanda rasa macam nak pejam mata dan lupakan segala beban kerja....tapi semakin pejam makin bermacam-macam hal pula berlegar kat kepala ni..tak tau lah apa nak jadi..Agaknya nak kena ambil vitamin R bebanyak ni...



Motif gambar ular tedung selar ni sekadar nak ingatkan diri sendiri bahawa kerja yang bertangguh hanya akan membahayakan diri sendiri,masyarakat dan negara..

Ahad, Februari 15, 2009

OLD TIMER KOPITIAM


Sengaja cari kesempatan petang Ahad ni..sambil jalan-jalan kat kompleks PKNS Bangi, singgah beli buku kat Galeri Buku Syabab...Lepas tu kami dating berdua..minum sambil mencurah perasaan..hohoho....


Minum kopi sambil makan lempeng kelapa cicah kari daging....tapi rasanya tekak lebih suka lempeng kelapa cecah sambal tumis ikan bilis kat Selera Herba

Sedap sangat bihun kari ni..tapi seciput jer.. tiga kali suap dah tinggal kuah..kena order lagi nampak gayanya ni..



kura-kura main teng teng
kena kuis tak dapat mengelak
dah tua baru nak berdating
kena gelak dek budak-budak

sebagai menebus rasa bersalah kat anak-anak yang mengiau-ngiau kat rumah,malam ni gorengkan lah ayam organik ala-ala KFC yang dah tak dijejaki sekian lama tu..best juga pakai tepung RADIX fried Chicken keluaran HPA ni..cicah pula dengan sos dia...fullamak! makan hingga menjilat jari ..ikut sunnah nabi kan...lepas tu pekena pulak kopi mai sechaweennn..
amboii...meletop!

Sokonglah produk Malaysia keluaran orang Islam..Halal,bersih,berkat..Insyaallah..


ehh..
tak jadi nak menyepi pulak blog ni...ngehngehngeh..

Sabtu, Februari 14, 2009

KAEDAH BARU

Orkid kat nursery Sg besar


Sila percaya..
blog ini akan menyepi seketika kerana tuannya nak memulakan hobi baru...ehh silap..sebenarnya nak menyambung hobi yg terbengkalai..sehingga semua pokok sekeliling rumah ni dah hampir terkulai..

yes! tanam pokok..dah tentu kali ni tidak lagi menggunakan kaedah 3T (Tanam,Timbus,Tinggal) tetapi kini akan menggunakan kaedah terkini iaitu kaedah TATA pulak..kaedah ini mungkin mengambil sedikit masa tapi tak mengapa..buat sementara ni try dulu, kalau berjaya nanti bolehlah teruskan sambil membuat beberapa penambahbaikan..Insyaallah.

Benih cili dah ready..esok pagi operasi akan dimulakan!


Jumaat, Februari 13, 2009

CUTI BERGANTI


jemput makan



Sekejap saja rasanya dah tiba hari Jumaat.Habis kelas tadi masuk bengkel cryon kelolaan Pn Jah dengan member-member yg masa kecik dulu tak puas main cryon..lawak jer bila masuk kelas dewasa ni..tengah mewarna sempat order teh ais kat kantin..lepas tu mulut tak henti bergossip..hasilnya ..nan ado! Tunggulah minggu depan sambung lagi bengkel ni..kalau jadi cantik lukisan tu bolehlah tampal tayang kat sini..tapi kalau ala-ala suam-suam kuku tu..lupakan jer lah..

Alhamdulillah sepanjang minggu ni walaupun sibuk dengan macam-macam aktiviti tapi kerja rumah beres..heh! Mudah-mudahan kekal begitu selamanya..Amin! Paling best kalau nak pergi mana-mana tinggal jer budak empat beradik tu kat rumah...alahai..

Esok ada perjumpaan ibubapa murid tahun 6 dgn cikgu. Kakak kata cikgu suruh ibubapa datang.. tapi nampak gayanya abah seorang yg boleh dtg sebab kebetulan esok pun ada sekolah ganti..apa nak buat..dah beraya sakan Tahun Baru Cina hari tu,kenalah ganti! Itulah padahnya bercuti sampai lupa diri..mengalahkan Cina beraya ...Orang kavadi dah turun Batu Caves pun kami masih tak habis-habis ganti cuti raya Cina...

Sabtu, Februari 07, 2009

PA

Alhamdulillah..my PA datang malam ni..selamat tidur PA ku...esok kita mulakan hidup baru.
Huhuhu..rasa macam celebrity gitu pakai PA...

Semuga Allah memberkati..Amin

Jumaat, Februari 06, 2009

TUDUNG WARNA DIRAJA

Minggu ini bukan saja minggu yang sibuk tapi juga minggu huru-hara.Semua kerja-kerja di kebun tempat mencari rezeki tu kena selesai minggu ini juga.Dah lah cuti seminggu masa tahun baru Cina tu tak buat apa-apa..rileks habis..huh!sekarang baru lah sedap rasa nya!!terkinja-kinja menyiapkan kerja..

Oleh sebab terlampau banyak buat kerja kebun akibatnya urusan kat rumah pun terbengkalai terutama urusan kain baju..Ya Ampuunnn..kain yang dah berbasuh pun tak sempat nak lipat ditambah pula baju kotor..adeyy...tiap-tiap pagi jadi mak harimau mencakar longgokan kain baju nak cari benda-benda kecik, stokin, serkup tudung...kat mana nak beli mesin lipat kain agaknya?

Kat kebun pulak budak-budak yg dapat keputusan bagus masa PMR hari tu mulai beransur-ansur dapat tawaran sekolah asrama.Ada yg dapat SBP, MRSM..seronok lah minggu ni banyak jamuan dan hadiah daripada murid-dan ibubapa tanda terima kasih pada cikgu-cikgi kecil macam kami ni..

Walau pun bukan hadiah yg kami harapkan dari murid tapi sekurang-kurangnya bila anak murid jemput makan kenduri kesyukuran atau bagi hadiah,kad,ucapan terima kasih..kami rasa betul-betul dihargai....Alhamdulillah.

Macam biasa dalam ramai-ramai murid yang peluk cium ucap terima kasih tu ada juga lah segelintir murid yg dapat sederet A dan nak melangkah masuk sekolah asrama tapi buat muka selamba ala-ala tak kenal cikgu...kerek seyy...besar kepala betul..baru dapat kejayaan sedikit dah tak jejak bumi..dia ingat lahir-lahir terus pandai agaknya..orang macam tu tak ke mana lah..

Lainlah burung Petalawati yg kami jumpa di bawah muzium ni...

Burung Petalawati lambang kegagahan sultan .Kisahnya burung Petalawati ini sangat gagah mengawasi negeri Kelantan..sentiasa terbang berlegar di udara dan hanya menjejak bumi bila hampir nak mati.Pada zaman dahulu (sebelum sultan membeli kereta import) patung burung petalawati digunakan sebagai kenderaan @tandu membawa sultan atau putera sultan ketika majlis-majlis berkhatan,khatam Al Quran atau perarakan persandingan diraja.Bagaimana pun Mufti Kelantan telah memfatwakan patung burung ini mengandungi unsur-unsur khurafat...sebab itu sekarang hanya dipertontonkan sahaja..seni ukirannya halus buatan tukang dari Siam.


Ini pula gambar pintu pagar istana Sultan Trengganu..masa melintas kat depan pagar tu kami jenguk-jenguk kepala intai mana tau kot Sultan Mizan tengah bersiar-siar kat laman atau duduk-duduk baca suratkhabar Sinar edisi Pantai Timur kat balkoni..tapi tak nampak pun..baru teringat Sultan ada kat Istana Negara..yang pagarnya selalu penuh dengah bas-bas dan pelancong yg sibuk ambil gambar dengan polis berkuda yang berdiri keras kat kiri kanan pagar tu..

Oh ya.. Terima kasih Shazrul Iman bagi hadiah tudung sulam manik warna kuning diraja..selamat maju jaya.

Isnin, Februari 02, 2009

SYUKUR

Alhamdulillah Izzah dah semakin sihat..dah tak perlu jumpa doktor tiap-tiap bulan lagi macam selalu....yang penting tak lupa makan ubat tiap hari..tapi Izzah sedih..tak dapat selalu jumpa doktor kesayangan dia dan beli macam-macam kat kedai hospital tu..macam tu la pulak..

Sambil tunggu nurse panggil masuk Izzah sempat main sensorang..tak ramai orang hari ni..sekejap jer dah siap..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin