Khamis, Mac 15, 2012

AQUARIA

Bawa anak-anak masuk Aquaria sebab dpt voucher discount masa masuk Petrosains bulan lepas.Biasalah first time kan..teruja tengok ikan..lagi-lagi masa kami masuk tu beul-betul time ikan piranha makan..berasak-asak bebudak ni nak duduk depan sekali tengok ikan tu ngap !..Alahai!

Issyy..!! banyak sangatlah ambil gambar..tak daya lak nak tampal kat sini..
Hannah paling seronok berlari-lari dalam terowong ikan besar-besar ni..asyik tanya ''mak boleh makan tak ikan tu..? " Asyik ingat makan  jer budak ni..
Irfan pun seronok..leka dia tengok ikan-ikan tu..sampai buka kasut angkat kaki..punyalah syiokkkk..hahhaa!


Ni bukan ikan bawa balik dari Aquaria..tapi ikan pari seekor dibelah 4..kena bakar atas pan


Buat sambal serai,cili kering,bawang,halia dan asam style Portugese konon

 tadaa.!!...ikan pari bakar inspirasi dari pari gergasi Aquaria

 Muffin kiwi made by cik Kakak yg asyik laporrrr jer cuti ni
sekejap jer dah licin..ermm..!! Dah macam piranha diorang ni..

Selasa, Mac 13, 2012

ANAK ORANG ANAK KITA

Bangun pagi dah baca berita sedih. Ramai betul penjenayah tak ada hati perut kat Malaysia ni Budak mati di bakar,budak kena culik, mati kena dera,mati tersedak susu,terlanggar kereta bapa sendiri,semua ada. Nauzubillahiminzaalik.Budak memang sifatnya tak sempurna lagi akal fikiran.,sebab itu dalam banyak keadaan kecuaian orang dewasa menjadi punca utama.

Kelekaan berfacebook sampai lauk hangit kat dapur masih boleh dimaafkan lagi..tapi kalau kecuaian sampai berakhir dengan anak mati dibakar memang tiada maaf bagi mu..Masa tu meraung pun dah tak guna,redholah dengan ketentuan dan yakin sajalah esok masih ada..walaupun tak tak tau esok untuk siapa..

Tak payahlah kita nak menghukum atau mengata banyak-banyak ..takut-takut esok giliran kita pula. Ambil saja peringatan dan pengajarannya. Anak amanah Allah paling istimewa.jangan sampai kita terleka atau ambil mudah dengan keselamatan anak.Berwaspada dlm setiap keadaan walau dalam rumah sendiri sekali pun.

Cukuplah membebel tu..;))

Irfan demam lagi..tak berapa lena tidur malam tadi  sebab selsema susah nak bernafas.Risaunya ..dahlah masa kat klinik terserempak dengan jiran tengah check darah sebab dia dan keluarganya disyakki denggi. Ya Allah !Mohon dilindungi dari sebarang bahaya.

Budak demam asyik mintak dukung,mintak peluk..manjanya lebih. sabar jerlah melayan.Dalam hati serabut tak senang sebab kerja sekolah macam-macam tengah menanti . Kertas exam belum tanda,data,laporan aktiviti,itu ini..Aduhai! Orang yang bukan cikgu tak payahlah nak jelous sebab kerja cikgu banyak cuti.Syukur sajalah..sekurang-kurangnya korang tak payah bawa kerja balik rumah masa cuti macam cikgu !
Haih! bebel round kedua..;))

Seronok pagi ni dapat kiriman remaph mandy dan kabsyah. Tapi tu lahh..dengan melayan Irfan,dengan kerja sekolah lagi..ntah bila nak memandy ni..Kambing pun tak sempat kejar lagi. tak kick lah guna ayam..tak dapat mengembek nanti..kikiki

Pasal emaknya  kecoh-kecoh jaga anak demam segala bagai dan tak nak membiarkan anak kebuluran lantas abah terpaksalah dial nombor bertuah sambil berkorban RM.ahaks..sabor jer lah
Tengok muka tersengeh sambut mamat motor depan pagar...siapa untung?
Syukurlah dapat makan ni malam ni wahai anak-anak

PENGAJARAN dan IKTIBAR: JANGAN LEKA !
Astaghfirullahalazim

Ahad, Mac 11, 2012

BETUL KE KUBUR DIA..?

Walaupun cuti sekolah,anak-anak kena terus belajar ok!..Sekarang kita belajar sejarah yer..matapelajaran wajib lulus tu..;)
Jom melawat kubur bersejarah.Jangan lupa adab menziarahi kubur.

Nah! baca sendiri yer..tu pun kalau rajin lah..

panjang saiz  kubur pahlawan Melayu ni..orang zaman dulu memang besar dan tinggi agaknya..

Melayu tak hilang tapi dengar ceritanya Hang Tuah yang hilang ghaib entah ke mana..Ni kakpinat ambil cerita my friend  CM Cikgu Sejarah yang manis:

Sejarahwan belum dapat membuktikan kebenaran dakwaan itu kubur Hang Tuah,,ada kajian mengatakan itu bukan kubur Hang Tuah,,,tu kubur orang tua yang dijumpai di pantai itu..ada yg kata Hang Tuah ghaib di laut.
 
 Ayooo..tak tau!!..Kubur orang tua manakah yang ku jejaki itu..???
ssseeerrrraammmm..


Alfatihah untuk saudara muslimin dan muslimat yg telah meninggal dunia.

Sabtu, Mac 10, 2012

CARI BUTTERFLY JUMPA CROCODILE

Cuti lagikk  ! tapi teringat lagi horey-horey cuti sekolah yg lepas...

pergi Taman Rama-Rama 
tengok rama-rama makan nenas..hmmmm...wangi jer bau nenas tu
Lepas puas pusing taman kami pi tengok muzium rama-rama yg macam-macam jenis tu
sekali.. ..ehhhh..jumpa macam-macam binatang dalam ni..

kampung buaya..macam-macam jenis dan rupa

shhh...!!jangan bising..nanti baby buaya terperanjat..

teka siapa punya telur..?
dah macam zoo pulakkk

ralit tengok arnab comeyyyy..!!

Abang sedang bagi kuiz kat burung unta..


macam-macamlah jenis binatang dalam ni..tak larat nak tampal gambar..

Bersambung

Sabtu, Mac 03, 2012

SELAMAT HARI LAHIR IZZAH

Petang semalam buat teh lemon suam campur madu..buat ubat tekak perit dan batuk yang tak habis lagi ni. Bagus juga sesekali dapat batuk gini..kurang sikit bercakap..mudah-mudahan kurang dosa..;)

Hari ni ntah cemana tertengok cerita Hindustan Taare Zameen Par..sebelum ni mmg jaraaang sangat tengok citer Hindustan..tapi tadi tengok Izzah bukan main khusyuk tengok citer tu..terus mak dia pun melekat sama. Cerita anak dyslexsia  sedih woo..Siap nanges jurai-jurai airmata kami dua beranak.Hihihi..
Baru betul Hindustan !

Tadaaa...! beli bunga untuk hiburkan hati sendiri..nak tunggu orang belikan tak ada ponnnn..ermm..

 
Hari ni makan special sikitlah kan sempena hari jadi Izzah ke 10.
Untuk Izzah sayang,mudah-mudahan jadi anak solehah yang membahagiakan emak dan abah.Syukur pada Allah Izzah sihat sempurna macam anak-anak yang lain.Mak doakan semuga Izzah terus berjaya di dunia dan akhirat.Amin.

Khamis, Mac 01, 2012

KLEBANG COCONUT SHAKE

Waaaaa..!! salam ceria!
makcik dah baik demam Alhamdulillah..hari ni tukar color blog ni kasi meriah sikit nak ambik mood ceria.


Mula-mula nak tunjuk gambar Masjid Tg Kling yg bersejarah ni..Gambar diambil masa cuti CNY lepas..masa tu nak pi kenduri kahwin staff kat ofis Abah di Alor Gajah.Fokus pada langit biru yang terang ceria tu. Cantikkan..?
 
Ironinya hidup kita tak selalu cerah dan terang..seperti juga langit yang kadang-kadang mendung dan suram.Sesekali bila hati dirundung sedih terasa seolah-olah dunia ini sempit menghimpit... Syukurlah ada Tuhan tempat mengadu,ada kawan-kawan yang menyokong dan ada keluarga yg memahami.Alhamdulillah ala kulli hal
       Muka anak- anak dara keletihan tapi gembira dapat door gift kenduri yg macam-macam.
 OTW balik kami singgah klebang semata-mata nak cari coconut shake yg sedap ni. rasanya dah 2-3 kali minum kat sini tapi syukur abah tak jemu-jemu beratur demi melayan kehendak anak isteri..kikiki...
Tu nampak sikit punya panjag que...seorang pulak beli bukan segelas..sampai penuh tangan kanan kiri...dekat setengah jam juga kami tunggu dengan penuh kesabaran dan ketabahan hati...
Akhirnyaa....!!!
Alhamdulillah! PUASHATI....;))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin