Selasa, Ogos 25, 2009

LABBAIKALLAHUMMALABBAIK..

Menjadi kelaziman bagi sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah akan sentiasa merindui dan mengenang saat-saat manis sewaktu di sana.
Selepas lebih sepuluh tahun meninggalkan kota suci itu hati ini seakan meronta-ronta untuk kembali ke sana. Bila kah agaknya jemputan itu akan tiba lagi..Permudahkanlah Ya Allah..

Ada masanya terbit rasa cemburu dan iri hati pada sahabat saya AZLIE di Makkah..Nikmat Allah yg melimpah ruah membolehkan Cik Li dapat bermunajat di hadapan multazam dan berbuka puasa di depan Baitullah setiap hari .Subhanallah!

Alhamdulillah, kini terubat juga kerinduan itu bila dapat memandang kaabah di depan mata dan ambil gambar kaabah dari atas bumbung Masjidilharam macam yang Cik Lie selalu buat tu. Jangan terkejut CikLie..Kakpinat pun sekarang dah pandai ambil gambar dari atas bumbung tau..sorok camera dalam telekung,selamatlah dari kena sergah polis yg jaga pintu masuk tu tadi..

Cuaca agak panas tengahari ni.. jadi tak ramai jemaah yang tawaf....err..tak ada pun..
Kelihatan jemaah mulai beramai-ramai menghampiri kaabah .. nampak tak tu, mutawif memandu jemaah dari Malaysia melakukan tawaf. Cuaca panas tidak menjadi halangan bagi mereka.

Semakin lama semakin ramai ..berpusu-pusu mereka tawaf dan saie selepas itu...Alhamdulillah..

Demonstrasi memakai kain ihram di depan kaabah berhampiran zam-zam..ehh silap, berhampiran paip depan bengkel kemahiran hidup.

Sekian laporan dari depan kaabah sempena program simulasi Haji tingkatan 5.

Ahad, Ogos 23, 2009

CERITA 1 RAMADHAN

Cerita puasa pertama
Ramadhan pertama disambut dengan siraman hujan ..dingin dan redup sepanjang hari.
Ini bekal terakhir anak-anak sebelum Ramadhan dan cuti sekolah hari Jumaat lepas.

Tahun ini semua dalam rumah ni berpuasa kecuali baby Hannah. Alhamdulillah anak-anak tak susah dikejutkan bersahur dan semuanya nampak bersedia nak puasa dan terawih. Tapi bila dah lepas asar tu mulalah ada yang gelisah..asyik tanya pukul berapa sekarang selang setengah jam sekali..padahal jam dinding ada depan mata boleh tengok sendiri..sabor jer lah.

Berbuka dengan rutob merah dan kuning... yang kuning lebih manis sementelah harganya dua kali lebih berbanding yang merah.

pasta lebih garing dan lebih cheese utk anak-anak
pasta kurang garing dan kurang cheese utk abah dan mak

Cerita terawih
Kami berterawih di surau berhampiran rumah saja. Seperti tahun lalu, nampaknya masalah masih belum dpt diatasi oleh ahli qariah surau kami.Anak-anak kecil yang merengek di kaki ibu sepanjang solat terawih sangat mengganggu..begitu juga yang bermain kejar-kejar sewaktu sesi tazkirah selepas solat witir. Tambah terkilan di dalam hati bila ada dua orang adik beradik perempuan bermain nyorok-nyorok di sebalik tabir yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan sambil menyanyi lagu hari raya betul-betul di tepi saya! Sewaktu seorang makcik menegur anak-anak itu dengan lemah-lembut dan berhemah, ibunya sekadar menjawab " biasalah!..budak-budak ni memang suka menyanyi...."....Saya berdoa semuga saya diberikan jiwa yang lapang mengharung ujian kecil ini.

Puding pelangi utk moreh..gigih mencorak tapi tak jadi macam pelangi pun corak dia..kita sebut puding marble jer lah..

Ada juga jemaah yang pakai mask pergi surau..bagus tu, solat gunakan mask harus hukumnya ketika keadaan darurat seperti menjauhi bencana jerebu atau wabak..asal saja dahi terbuka mencecah lantai..Isyy!..mana ada orang pakai mask tutup dahi lak kan..

Ustaz Hasrizal ber pesan dalam tazkirahnya , jamaah digalakkan pakai facemask. Kalau tak sihat atau high risk, tak perlu datang berjemaah hatta solat Jumaat juga tidak wajib. Doa dan ikhtiar kita mesti seiringan dengan usaha mengawal wabak H1N1.

Khamis, Ogos 20, 2009

TUNGGU


Menunggu Kehadiran Ramadhan..
Mohon maaf segala silap dan salah..zahir batin..
Alhamdulillah, dah mula bersedia dengan Quran,baju dan telekung baru utk solat tarawikh,beli stok makanan utk bersahur,ulangkaji balik buku-buku tentang kelebihan Ramadhan dan tak lupa beli kurma madu..
gara-gara suara gemersik yang mendayu-dayu tu lah...

Yusuf Tayoobb....Yusuf Taiyobb...! adoilah..

Isnin, Ogos 17, 2009

KESIAN DOGOL....

Sekarang ialah masa untuk tunas-tunas harapan di kebun kecil kami menyiapkan diri. Tarikh peperiksaan sudah hampir benar. Guru-guru yang diarahkan bertugas mengawas peperiksaan PMR pun sudah mula menerima surat masing-masing. Teringat peristiwa
tahun lalu ..ketawa sendiri terkenang kisah pengawas injured tu!..terasa cepat betul masa berlalu..

Pagi tadi sewaktu rancak membincangkan soalan latih tubi dalam kelas tiba-tiba saya ternampak Dogol terlentok atas meja..issyy! tak boleh jadi ni..orang lain aktif bersoal jawab , boleh pulak dia tumbang..

" Siapa yang nampak kawan sebelah dia terlentok tu tolong urut tengkok kawan.." saja jer saya cakap begitu ..sambil berfikir-fikir dalam hati..bosan sangat ker perbincangan hari ni..sampai terpatah leher mamat sorang ni..?

" adoi lah! tak dapek nak nolong..! dia kesedapan terus lena..!" Cendol yang duduk kat sebelah Dogol menjawab sambil mengekek-ngekek gelak..tapi tangannya masih memicit-micit tengkok Dogol.

"Dogol..! kesat taik mata, lap air liur kau tu.." tambah si Dodol pulak ..apalagi meriahlah kelas tu mentertawakan si Dogol. si Dodol ni kalau suruh mengusik orang memang nombor satu..ada ajer akal dia.

Terasa panas betul hati melihat gelagat si Dogol ni..walaupun kena gelak satu kelas dia tetap juga tak nak angkat kepala..selamba jer dia pejam mata buat tak peduli.

" Dogol..saya beri masa lima minit, pergi basuh muka sekarang!" suara saya dah mula tinggi....tapi si Dogol buat pekak...kelas dah mula bising ,masing-masing bengang dengan si Dogol . saya tarik nafas dua kali menahan sabar..pantang betul dengan budak degil ni..biarlah tak pandai belajar tak mengapa, jangan degil kepala batu..

Cepat saya hayun langkah menuju ke meja Dogol...piaapp! saya tepuk meja dia kuat. Terasa perit jugak tapak tangan memukul meja.."Bangun! " saya sergah pulak lagi si Dogol sambil buat muka singa sakit gigi. Dogol angkat kepala..matanya merah dan alamak..! mukanya pun merah, dahinya berkerut menahan sakit dan berpeluh.

" Saya demam ..kepala sakit.."
kata Dogol..suaranya lemah dan serak . " Dah tau tak sihat kenapa datang sekolah? Berehat sajalah kat rumah.." saya dah mula slow down...rasa bersalah..tak siasat terus nak marahkan budak ni..Isyy! tak patut betut..

" Saya dah makan panadol kat rumah. Saya takut tertinggal buat ulangkaji dan latih tubi.." jawabnya. Ahh!! kesiannya Dogol.... Saya uruskan supaya dia berehat di bilik rawatan sekolah sementara bapanya datang menjemput pulang. Sewaktu dia melangkah lemah keluar kelas saya bisikkan .." Dogol, jumpa doktor lekas,makan ubat dan berehat..semuga Allah sembuhkan awak cepat..nanti boleh ke sekolah semula."

Dogol mengangguk lemah..tangannya menggigil mengheret beg..nampak sangat dia menahan sakit kepalanya.."Cendol, tolong bawakan beg Dodol ni..hati-hati pimpin dia yer.." pesan saya pada Cendol yang tersengeh-sengeh dapat peluang keluar kelas..

Kesian kau Dogol..saya bersangka buruk tadi..

Khamis, Ogos 13, 2009

BERNAFAS DALAM MASK


Sekarang ni tak kira orang lelaki ker perempuan,muslim ke bukan..semua pakat pakai furdah tutup hidung..Mula-mula tu rasa macam bernafas dalam air jer...kelemasan...tapi sabar jer lah..

Walaupun mulut bertutup tapi makan tetap makan...Lepas baik demam selera makan pun bertambah baik..bersemangat Izzah makan mee kari satu mangkuk ..kuat makan pedas budak sorang ni..
Mango Ice blanded..penawar batuk..hiks..
Muffin vanila..rupa dia sedih jer..senget-benget..tapi sekejap jer dah tinggal kenangan..
Homemade chocolate..budak-budak ni letak badam dan kismis satu lori..macam ni memanglah sedap tapi boleh bankrap tokey kilang coklat..tak balik modal!

Rabu, Ogos 12, 2009

AMALAN 5'S

SEIRI ( SISIH )
SEITON ( SUSUN )
SEISO ( SAPU )
SEIKETSU (SERAGAM )
SHITSUKE (SENTIASA AMAL)

Minggu lepas, sehari selepas baik demam dengan gigihnya kami menaiki bas persiaran melawat ke SMKTTDI Jaya..Sebenarnya masa tu demam belum baik betul, batuk pun kung kang kung kang...tapi kerana tak nak terlepas peluang keemasan ni, kugagahkan diri jua meski pun lutut menggigil..yer lah..bukan senang nak dpt peluang naik bas rombongan 40 orang cikgu-cikgi kan..lagi pun,tahun depan makcik dah tak merasa nak melaram dengan geng orang atas kayangan ni..maklumlah makcik ni orang bumi..

Mula-mula masuk jer dah nampak signboard Kami mengamalkan parking undur..alahai..kat kebun kami bukan setakat parking undur jer, parking dua tiga lapis pun kami biasa buat..! Tadek hal punya...
Di bilik taklimat ni melopong mulut sekejap bila nampak semua lampu dan kipas berlabel warna-warni..agaknya seronok juga kalau buat kat rumah macam tu..tak lah tersilap tekan suis..cuma percayalah, jiran tetangga dan saudara mara yang bertandang akan terasa macam masuk tadika jer..

Sebelum apa-apa hal kita minum dulu..lepas tu kami berpecah kepada beberapa kumpulan utk membuat edisi siasat terjah bilik sana, terjah bilik sini..

Memanglah seronok buat kerja kalau suasana bersih dan kemas

Nak cari barang pun senang

Nak suruh orang ambil barang pun senang..

cuma tak sanggup lah nak melabel segala mak nenek benda ..sampai kerusi meja, kotak dan bakul sampah pun nak berparking lot bagai..supaya tak tersalah susun atur kaedahnya....

Isyyhh!..banyaklah gambar makcik tembak sana-sini..dah alang-alang pegang camera kan...sampai ada seorang hamba Allah ni tanya..."Pinat, you nak buat dokumentasi ker.. .."...aarrgghhh dia tak tau orang nak buat modal entry baru kat blog! hahaha!!

Kesimpulannya balik dari rombongan ni bersemangatlah kami semua nak mengemas meja, kemas kelas, bilik-bilik khas, kemas stor, kemas rumah sendiri...Untung-untung lepas operasi SEIRI boleh dapat untung berjuta-juta rupiah hasil jualan kertas..

Sebelum berpisah...Terima Kasih Daun Keladi..
Agaknya boss berdua ni memang berpakat nak pakai baju senada seirama...

Selasa, Ogos 11, 2009

RAHMAT, REDHA, BERKAT


Alhamdulillah! dah sihat..

Rahmat adalah kasih sayang Allah.
Cara mendapatkannya ialah dengan mentaati perkara wajib dan meninggalkan yang haram.

Redha adalah rasa senang.
Cara mendapatkannya ialah memperbanyakkan amalan yang sunat dan menghindarkan perkara yang makruh

Berkat ialah kelebihan.
Untuk mendapatkannya ialah dengan menjaga adab sesuatu amalan dan beristiqomah melakukannya.

Rabu, Ogos 05, 2009

SEMUA DEMAM !

Hari ni sebuah rumah SEMUA demam! batuk,panas badan,lenguh sendi,sakit kepala... ..
ramai-ramai pergi rombongan ke klinik ambik MC..
Balik,makan ubatdan baring ..senyap sambil berfikir..!

Ya Allah! ampunkan kami dan tetapkan kesabaran dalam hati-hati kami..

Isnin, Ogos 03, 2009

DOA PERLINDUNGAN UTK ANAK-ANAK

Kakak demam panas dan mengadu letih..Abah bawa pergi ke klinik dan dapat MC dua hari. Doktor kata hanya virus dan alhamdulillah kakak tidak batuk atau selsema.Memang jadual kakak sangat padat sejak dua minggu kebelakangan ini..camping ,kelas tambahan, seminar teknik menjawab dan ujian bulanan..dia nampak letih dan sangat perlu rehat.

Tapi hati siapa yg tidak bimbang? Hari ini sudah tiba giliran mangsa ke 8 wabak influenza A H1N1.
Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah dari wabak ini.


Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin