Alhamdulillah,selesai Majlis Bicara Akademik di hari Sabtu yang cerah.Syukur dapat jumpa ramai ibubapa murid yang komited dan prihatin dengan persekolahan anak-anak.Terbayang wajah anak sendiri. Entah apalah nasibnya.
Inilah nasib jadi cikgu sekolah. Selalu terlepas masa-masa berharga di alam persekolahan anak-anak sendiri sebab komitmen kerja.Hari pertama anak masuk sekolah pun tak dapat hantar kerana terlibat dengan pendaftaran murid di sekolah sendiri.Tak payah ceritalah majlis anugerah cemerlang,hari sukan,ambil report card...selalu sangat kena masa yang sama dengan program di sekolah sendiri.Macamana nak pergi kan...
Kadang-kadang bila berkejar lepas waktu sekolah buat kelas tambahan untuk anak didik,terbayang anak sendiri.Buku dan pelajaran diorang pun kadang-kadang tak sempat nak tengok.Bila balik rumah dah penat,anak tanya pun dah tak daya nak jawab.Sedih kan..
Abang nak UPSR tahun ni.Anak lelaki tak macam anak perempuan. Selalu nak kena ingatkan baca buku dan siapkan kerja rumah. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan abang..seronok belajar dan berjaya cemerlang.
Hidup penuh warna-warni. Apam polkadot di atas alas meja polkadot...ceria kan..?? Hidup ini terlalu singkat untuk terus bersedih. Usaha sehabis daya,selebihnya kita serahkan kepada Allah. Hari esok belum tentu milik kita.Rezeki dan umur milik Allah.