Memaparkan catatan dengan label cerita ceriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita ceriti. Papar semua catatan

Isnin, September 10, 2012

PERGANTUNGAN KEPADA PEKERJA ASING PUNCA KERUGIAN NEGARA

 Setiap dua  minggu sekali ada seorang helper yg datang tolong bersihkan rumah ini .Namanya Idah orang Kalimantan.Rasanya sudah hampir 7 tahun Idah bekerja dengan kami.Sayang dan bertahan lama dengan dia ni pasal dia jujur dan solat.Kerja tetapnya sebagai cleaner di sekolah,jadi ambil dia lepas kerja sekali sekala buat meringankan kerja rumah.Idah ni kerjanya hanya mengemas laman sekangkang kera,mencuci 3 buah tandas,mop lantai dan mengelap segala cermin dan perabot yg ada.Kadang-kadang kalau ada special kes contohnya nak raya,banyaklah task dia kena buat.Berbadan kecil,ibu beranak 3 yg kesemuanya ditinggal di kampung ini sangat cekap bekerja.

Minggu lepas,selepas mengelap kipas siling yang berhabuk seinci dia menyimpan tangga yg digunakan untuk memanjat ke dalam stor.sekaligus tangannya pantas bergerak menarik keluar vacum cleaner dan kakinya ikut menolak-nolak beberapa kotak yang kami sumbat simpan dalam stor. Cekap betul ! Bila buka stor tuu..humangaii!! segala mak nenek benda dia sumbat..kertas suratkhabar lama,botol-botol kosong,sampah sarap pun dia storkan sekali.Kellas kau Idah...patutlah bersih banget rumah aku.

Selesai urusan di ruang tamu dia masuk ke dapur mengelap lantai,pintu-pintu kabinet dan peti sejuk.Bukan setakat pintu..segala isi dalam peti sejuk pun dibersihkan sekali.Dia buang sayur kering,ikan kering,pasal sudah kering alasannya..baki butter yang tinggal separuh, donut frozen...kuih ini sudah keras tidak boleh digigit lagi katanya..dan ntah hape-haper lah sampai bersih licin makcik punya peti ais dekkk...Sekali buka tong sampah...huarrrr!! Rajin tak bertempat ni susah jugak..sabor jerlah..tarik nafas..hembus!

Perangai Idah ni kadang-kadang tak boleh nak jangka..sekali tu dia tuang pencuci pinggan Cosway makcik sebanyak tidak dalam baldi sebab nak mop lantai padahal pencuci lantai Ajax Fabuluso ada jer depan mata dia.Bila makcik menjerit-jerit tegur dia boleh jawab..alaaa! pakai ini pun boleh ..saya tuang dalam tandas pun bersih jugak! hampagas betul minah ni..patutlah bila dia datang sebotol pencuci pinggan habis ..@#$%^...Lepas tu bila dia dtg,lekas-lekas sorok pencuci Cosway..keluarkan Axion sudah.

Macam-macamlah kalau nak citer..ada ajer benda merapu yg dia buat,tapi dalam sengal sengal Idah ni berguna juga bila keadaan terdesak.Tu yg makcik tak berputus asa panggil dia datang tiap dua minggu sekali.
Motif tulis curhat curahan hati ni bukannya apaa..makcik tengah cari kasut raya warna biru..hilang sebelah ni..sebelah lagi ada celah pasu bunga..apakah..?? Makcik agak dah kena sapuuuu dengan Idah ni. Dia mmg rajin,pembersih dan cekap tahap dewata ungu.
Haih!

Sabtu, September 08, 2012

REHAT

Petang Sabtu yang damai selepas separuh hari di sekolah.Sudah siap kemas rumah,lipat kain baju,anak-anak makan dan rehat. Inilah masa yg sesuai meluruskan badan..baring menghabiskan buku-buku ini.

Bila letih dalam kesibukan dan perasaan menghimpit,masa rehat yang damai adalah nikmat Allah yang amat disyukuri.Seribu syukur!

Jumaat, Julai 20, 2012

MUDAH-MUDAHAN MENJADI KAFARAH DOSA DAN PEMBERSIH HARTA

Dah tiga malam demam,tapi Alhamdulillah larat bangun pagi pergi sekolah.masuk mengajar suara serak serak perit,hingus meleleh,batuk menggigil,kepala bengang...akhirnya di pagi Jumaat tumbang jua pohon rendang nan gagah di rumah ini...uwaaa...! nak buat cemana kan...redha ajerlah

Bila dah siang sikit,barulah gagahkan diri bangun pergi klinik..nak gi awal pagi kepala berat semacam.Dahlah sepanjang malam tak boleh tidur sebab sesak nafas mencungap macam nak mati athma rasanya.Sebelum pergi kerja asben offer nak tolong bawakan ke klinik,tapi kesianlak tengok dia urus anak-anak pergi sekolah dengan buat sarapan lagik  dah tu iron baju semua kan...Tak apalah bang,nak tidur kejap..siang sikit karang boleh drive pergi sendiri ..klinik bukan jauh pun..seberang jalan tu jer..Tu contoh isteri mithali tak nak susahkan suami kununnn

Pung pang pung pang..keluar klinik dengan sebeban ubat...kepala tengah biol...lutut pulak gigil..ntah cemana..boleh melompat terlanggar pembahagi jalan!Tu dia..! Syukur Allah selamatkan..kereta dah menyenget mujur tak terbalik ...masa tengah dok senget tu terbayang katil hospital jer..:((

Petang tadi hantar bengkel sekali boleh mamat bengkel tu ketawa gelakkan makcik .. 

Haiya kakak..you mabuk ka..??
Cait! saya demamlah..bukan mabuk
Biasanya orang mabuk jer yg langgar devider jalan sampai bengok you punya lower up (ntah binatang apa benda mamat tu tunjuk bawah enjin dekat tayar ni)

Hampehhh punya mamat..nasib baik muka hensem..sekeh karang baru tau..

Begitulah cerita akhir Syaaban..terbang budget raya 900 hengget ...mabuk punya pasal   huaaaaa!!!

MUDAH-MUDAHAN MENJADI KAFARAH DOSA DAN PEMBERSIH HARTA MENJELANG RAMADAN YG DINANTI

Khamis, Julai 19, 2012

ABAH



Sejak akhir-akhir ni abah selalu tak sihat,mengadu lemah badan,asyik penat walau pun tak buat sebarang kerja berat . Umur abah dah masuk 70 tahun tapi semangatnya kuat..setiap waktu solat nak pergi berjemaah di surau.Sebelum subuh dah bersiap keluar rumah..malam pulak lepas isyak kadang ikut pengajian atau ada saja aktivitinya dengan gang surau sampai larut malam .Sebenarnya bila sejuk berembun abah demam malam..selalunya dia gagahkan  juga..macam tak ada apa-apa.

Tapi..seminggu dua ni abah betul-betul tak berdaya,berjalan dalam rumah saja..selebihnya abah berbaring.Bila kami bawa ke klinik doktor kata abah kena banyak berehat,jangan terlampau aktif. Umur dah makin meningkat memang begitu. Tenaga makin berkurang.

Sedihnya emak talefon sambil berbisik...'Abah menangis subuh tadi sebab dengar azan dari surau tapi dia tak berdaya nak ikut berjemaah'..;(
MUDAH-MUDAHAN ABAH DAPAT MENYEMPUNAKAN RAMADAN YG BAKAL TIBA INI DENGAN SEMPURNA.AMIN

Isnin, Mei 28, 2012

YEAH! CUTI SEKOLAH

Wah! sakan betul daku membiarkan blog ini bersawang..penyakit M ni kalau dibiarkan lama-lama nanti melarat pulak kan..

Macam biasa tak adalah aktiviti lain kalau time cuti sekolah ni selain ke hulu ke hilir cari makanan ,buat makanan..macamana tak gebus lah mak dugong..alahai..
Kek pisang +choc rice ni ambil kat blog Awin yg manis ni..memang berbaloi! sedap makan panas-panas..wangi jerrr

Nasi Arab lagi..? ..ermmm 

Ni hadiah sempena hari guru 2012..nak tunjuklah jugak kannn..biarlah orang kata menayang pun..bukan apa..
Sebenarnya memanglah sebagai guru tak pernah kita meminta dan mengharap hadiah drp murid-murid,tp terus-terang bila murid beri hadiah begini...rasa sangat happy ..walaupun hanya barang yg kecil..terasa seolah sangat dihargai dan disayang oleh murid..*terharu sobsob..

 alahh!..tak payah nak terharu sangatlah kann..padahal senyum sampai malam dapat hadiah..lebih-lebih lagi yg ini..
ahaks! prihatin celah mana pun tak tauuu...(^_^)

Sabtu, Mei 19, 2012

STOCK SANTAN UNTUK SEBULAN

Cuaca panas,kerja berlambak,urusan rumah tak habis-habis,hal anak-anak yg macam-macam..semua tu alasan mengapa blog ini makin lama makin terabai.Walau seribu cerita pun tak mampu nak ditulis dalam entry.Kawan-kawan pun dah lari kat fb twitter bagai..sayu pulak rasa ..;((

Alah..! nak sayu sendu buat apa..blog ni pun cerita makcik dengan anak-anak jer..tak ada daya tarikan..lain kali kena pakai pelaris.

 
Tampal gambar cantik yg menyegarkan jiwa buat pelaris ehsan dari  pakcik gugel.

Semalam buat kek pisang sempoi kesukaan ramai..

 Minggu dah 3 kali buat kek pisang sebab nak habiskan stock pisang lenyek yg difrozenkan dalam peti sejuk.Masa bawa setandan pisang dari kampung hari tu macam-macam resepi pisang dalam kepala tapi akhirnya buat kek dengan cekodok pisang jer..

Ini pun stock dari kampung.. kelapa diparut lepas tu pack kecil utk sekali masak..frozenkan juga utk bekalan sebulan..bila nak guna thaw dalam mikrowave lepas tu curah air panas dan blend..nanti dapat santan fresh yg pekatt..Nak kena rajin sikitlah sebab macam-macam cerita dengar bila beli santan yg dah siap perah kat pasar tu ada yg kata diletak agen pemekat macam tepung tu lah..pewarna putihlah..ntah iyer ntah idak..daripada was-was baiklah perah santan sendiri..kann

Semalam buat wafle untuk Kakak,dia yg beria-ia teringin nak makan dengan honey..tapi boleh pulak dia lawankan dengan sambal tumis ikan bilis dengan petai..kahkahkah....nasiblah nak buat cemana kan..dah tekak jawa.

Rabu, Disember 14, 2011

HADIAH UNTUK PENGANTIN

Hujung minggu ni Insyaallah kami nak ke undangan majlis perkahwinan kawan ofis en.asben di Felda Jengka.So siang tadi pergilah beli hadiah.Gigih beratur kat kaunter dengan orang nak menyambut Krismas.Agak-agaklah makcik Pinat pun..sudahlah shopping time bulan tengah gerhana terpaksa korek tabung cari duit syiling,lepas tu orang beraya kita pun sibuk nak beraya..hah!!balik kepala berdenyut barulah insaf tau.


Tengah-tengah mall tu diorang nyanyi lagu apantahlahhh..dah rupa bunyi dalam gereja tu lah.cer teka kat mana..? ;) Indahnya hidup bermasyarakat kalau kita saling menghormati kepercayaan orang lain dan memahami keutamaan kita sendiri.

Malam ni ingat nak balut hadiah sekali baru ingat..,lupa beli kertas balut hadiah lah pulakkk..kat rumah ni cuma ada baki-baki kertas sikit..agak-agak kalau balut macam ni pun ok gak kan..yang penting isi dalamnya.Pembalutnya orang buang jugak nanti.Bak kata cik kakak "penting ker..?" Huhuhu....

jumpa kat web mana ntah gambar hadiah krismas ni..
Amalan memberi hadiah sangat dianjurkan dalam agama sebagai mengeratkan silaturrahim dan tanda saling berkongsi kegembiraan.Nak bagi hadiah tak payah balut pun boleh..macam idea cik kakak ..tapi tentu lebih manis kalau dibalut cantik asal tidak keterlaluan sampai berlaku pembaziran melampau atau simbol menunjuk-nunjuk kan.Tak adalah togel jer hulur ..pakai plastik kedai pulak.*tepuk dahi

Sebab tak jadi balut hadiah malam ni..kita masuk dapur buat sagu gula Melaka..sagu hijau tu saja jer masak lembik sampai  tak nampak berbiji dah..lajuu jer masuk tekak..yummmm!

Selasa, Disember 06, 2011

SYUKURI APA YG KITA MILIKI SEADANYA

Alhamdulillah dah sihat semua kat rumah ni .Irfan boi dah tak demam lagi tapi hingus still meleleh haihh..rimas!.Syukur juga anak-anak demam masa cuti sekolah,kalau tidak jenuh juga nak minta cuti..kerja kuli bukan senang nak cuti..lainlah kalau jadi boss kan ;(

Muka happy dah sihat
Cuti kali ni tak dapat nak berjalan sangatlah..budget pun tak berapa nak banyak,cukuplah duit semangkuk dua cadang nak bawa anak-anak pergi Aquaria ker..Muzium Negara ke..pasar malam depan rumah ni ker..Tu pun ntah bila..



Macam biasa hujung tahun kita kemas rumah.Yeahh!! Gotong-royong anak-beranak memang kecoh.Recyle barang mana yang patut sebelum masuk barang baru.Kalau tak nanti tak ada ruang pulak nak letak baju sekolah baru,buku baru..etc..Alhamdulillah sejak beberapa tahun ni kami ada tempat nak bagi barang terpakai.Beberapa keluarga nelayan kat kampung kami memang mengharap barang-barang macam ni terutama pakaian dan peralatan sekolah anak-anak.Kadang-kadang ada juga kawan yang kirim berkotak-kotak barang terpakai untuk kami bawakan.Alhamdulillah..kami cuba memanjangkan pemberian orang.Syaratnya bagilah barang yang masih elok dan boleh digunakan.Kalau barang dah rosak atau baju dah lusuh sampai kita pun tak lalu nak pakai tak usahlah bagi kat orang.Tak baik cam tu...;)

Masa kemas-kemas kabinet dapur semalam jumpa botol kicap,botol jem..konon hari tu nak tampal deco..last tak jadi pulak.Biasalah kan..hot hot chicken shit..Bila jumpa idea DIY buat lampu chandeliar ni rasa macam teruja lak nak buat..tambah bunga ros atas tutup botol tu ker,gantung batu jurai-jurai kasi blink blink sikit ker..walla! Jadilah kan.Berangan tak kena bayar. kalau jadi bolehlah jimat duit sikit nak beli handbag baru ni...uwaaa!!





Tadi beli barang sekolah anak..amboi makk..baru dua tiga item dah berketul-ketul duit kena bayar.Mahal betul harga barang sekarang ni.Beli bag sekolah yg kualiti sederhana jer dah lima puluh hengget.Tu baru bag..bayang jerlah kalau anak ramai.Tu pasal beli berdikit-dikit taklah terasa sangat..

Buku baru kakak..kalau dia tengah membaca jangan panggil..nanti mulut moncong..huh!       
 Kakak mintak buku,biasalah kan..anak dara ni cakap nak buku sekolah tambahan tapi sempat jugak dia pow buku cerita ..ermm..tak habis-habis novel budak ni. Tiap minggu ada jer nak buku atau novel baru.Layankan jer lah ..dulu masa anak kecik suruh dia rajin membaca..sekali dah jadi ulat gonggok buku ..takkan nak marah pulak kan...walaupun emak dia kabur-kabur jer mata tengok handbag..(> <) huhuhu...

Alhamdulillah.Syukur atas segala nikmat yg Allah kurniakan.

Ahad, Oktober 09, 2011

BILA NAK MULA..?

Lepas raya ni rasa badan berat semacam jer..baju semua dah mula mengecut..tak berapa nak lepas dah..yang pelik tekak tu seleraaaa jerlah pulak. Hujung minggu tak ke mana-mana dari subuh sampai malam asyik berpusing keluar masuk dapurrr jer. Elok pulak anak-anak bagi sokongan padu..masak apa jer habis licin diorang makan..mak dia apa lagi..tambah bersemangatlah.;)

OK..esoklah mula diet..sementara tu nak gi pasar dulu..penuhkan stock peti sejuk utk minggu depan.mana tau tengah tengah berdiet tetiba perut lapar pulakk..siapa susah..? ekeke

Ahad, Ogos 28, 2011

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA RAKAN MAYA YG MEMBACA BLOG INI.
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
MUDAH-MUDAHAN SEGALA AMALAN KITA DITERIMA ALLAH.

Mood raya sudah menjelma.Ini semua sebab dapat kiriman cookies daripada anak-anak murid dua tiga hari lepas.Walau pun masing-masing dah jauh di mata Alhamdulillah masih dekat di hati.Setiap kali diorang bergotong-royong  buat biskut raya,dapatlah makpinat sebalang kukis yg rangup dan sedap ni.Tapi jangka hayatnya tak lama..masuk dua hari dah tinggal habuk jer..semua dah masuk dalam perut ;)

Petang semalam abang pasang lampu kelip-kelip depan rumah. Itu tanda dah nak raya lah tu.Setiap tahun lampu tu bertukar..abang suka sangat sebab lampu tu ada ketupat sepuluh biji ! sekali pandang macam tak logiklah pulak gantung ketupat depan pintu..apa nak buat, abah dia pun layannn jer beli lampu tu..Yer lah,baik tukar lampu tiap tahun daripada tukar langsir tiap tahun kan..mau lari budget tak larat nak kejar pulak nanti..keh3x.

Yang jadi hero dalam rumah ni budak Irfan boboyboi ni lah.Asyik memanjat & mengemas jer kerjanya. Tak reti penat pulak tu.Rumah ni sehari ntah berapa kali  sapu..kadang mop lantai sampai 2 kali sehari sebab asyik melekit sana sini dikerjakan budak ni.Tak taulah raya kat kampung nanti cemanalah agaknya..dah terbayang dia memanjat meja kuih kat rumah atok ..huhuhu..

Alhamdulillah si Kakak balik petang Jumaat..dapat ringan BANYAKK kerja..lagilah bila dia tengok jejari runcing emak dia tu kan belum baik betul..jadi kakak pun take over lah segala kerja..Yeehaa!! Upahnya?? Nah ..! kakak mintak nasi Arab makan dalam dulang..tapau kat Bangi kabsyah ayam dengan lamb Hanith..wah! makan anak beranak berpusing dulang !!


Best juga sesekali makan bersila menghadap dulang anak beranak macam ni..berlaga-laga tangan !

Pulut kuning tu juadah yg abang dapat tengahari tu sempena Majlis khatam alQuran murid tahun 6 kat sekolah,.Alhamdulillah abang antara murid yg terpilih membaca atas pentas dan dapat sijil khatam al Quran.

Kakak tunjuk skill masak lempeng lagi 30 minit nak berbuka..fuh! sikit punya cekap pukul  telur,tuang susu,tambah tepung,bakar...siap!  Ingat nak makan dgn aiskrim tapi terlupa lak  nak beli,akhirnya tuang jer madu..licin juga! Kakak eksyen bukan main..dua tiga kali masuk bakul keluar bakul puji diri..padahal guna tepung waffle ready made jer pon..huh!

Oh ya! pagi tadi doktor dah buka jahitan Rupanya buruk jer ..maklumlah jari dah berjahit kan..tak macam asal rupa dia..lagi pulak jari tu masih bengkak sikit..tapi syukur Alhamdulillah,bercantum juga. kalau tengok betul-betul hanya tinggal 1 inci jer bahagian yg bersambung..kalau tidakk..memang dah kira jari putus lah..
Syukur dapat berhariraya dengan jumlah jari cukup 10..kalau tinggal 91/2 batang hari tu kan dah malu nak bersalam raya..;)

Isnin, Ogos 22, 2011

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Di sebalik musibah tragedy kelingking sebatang ini rupa-rupanya banyak hikmah tersembunyi. Ada yang nampak dengan mata kasar,ada yg perlu dinilai dengan mata hati,ada juga yg masih menjadi rahsia  Allah.
Pengajarannya selagi kita bergelar manusia,kita mesti sentiasa bersedia menerima segala ketentuan Allah,yang baik atau buruk.Itu tanda hamba yang taat.

Semalam pergi dressing sekali lagi. Kali ini nampaknya luka jahitan sekeliling jari tu semakin mengering tetapi luka di kuku yang tertanggal tu masih basah. Kali ni baru nampak jelas rupanya jahitan tu berbentuk C mengelilingi atas hingga bawah kuku jari kelingking.nampak macam kecil tapi sakitnya aduhai! tak payah ceritalah..nanti jadi macam tak redho pulak kalu asyik mengeluh sakit.Bengkak yang tak surut tu tak lain tak bukan sebab lasak sangat,selalu terlanggar dan berlaga..nak buat cemana kan..buka pintu tersangkut tombol, bangun tidur hentam kepala katil,gosok gigi guna tangan kiri tapi tangan kanan ikut bergoyang terlaga dengan kepala paip..alahai!

Isnin, Jun 20, 2011

MANISNYA MINGGU INI

Alhamdulillah selepas minggu-minggu yang sibuk,akhirnya minggu ini ada kelapangan sikit.Bolehlah kemas rumah yang dah makin huru-hara tu. Nak buat cemana..yang berkemas seorang,yang buat sepah bukan main ramai..

Semenjak dua menjak ikut beberapa tips dalam buku ni,ada juga kesannya. Anak-anak nampaknya patuh pada jadual "kehendak anak dengan kehendak parents". Ok lah..berbaloi jugaklah duduk berbincang dgn Abang dan Izzah..kemudian buat persetujuan beberapa perkara. Contohnya berapa jam yg diorang nak duduk depan tv dan comp. dan berapa jam pulak yg mak dan abah benarkan ..so kami ambil jalan tengah yg dipersetujui bersama.Alhamdulillah diorang ikut. Isyy..banyak lah nak citer..lagi baik baca sendirilah  ;-)

Minggu ni sempat juga baca buku kedua Pn.Roza Roslan . Banyak pengalaman hidupnya yang boleh dijadikan panduan.Kadang-kadang bila kita baca atau dengar pengalaman hidup orang lain terasa betapa bertuahnya hidup yang kita miliki ini.Bersyukur,bersyukur dan bersyukur dengan apa yg ada di sekeliling  kita dan nikmati hidup ini sebaiknya.Jangan irihati dengan kelebihan orang lain.Jadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi.

Buku pertama ni dah khatam tahun lepas.
 Minggu ini ada kenangan paling manis iaitu berjumpa buat pertama kali dengan keluarga cyber yang dikenali semenjak 10 tahun yang lalu.Mudah-mudahan Allah memberkati ukhuwwah fillah.Terima kasih kepada DILA yang sudi menjemput kami sekeluarga.

 Seronok juga minggu ini melayan anak-anak jiran memenuhkan laman sekangkang kera kami dengan bermain .Kalau ada gelak tawa anak-anak ini makin ceria dan meriahlah rumah.
 Alhamdulillah. Mudah-mudahan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Khamis, April 28, 2011

PESTA BUKU (PBAKL)

Bertolak dengan dua buah bas dari sekolah.Berderet-deret anak murid mengekor dari belakang..bila masuk jer memasing memborong macam orang lupa diri..cikgunya ke mana ,muridnya kemana..hahahha..!! Balik rumah rasa macam nak putus urat betis dan bahu.Mana tidaknya,sudahlah berpusing berkali-kali serupa macam orang tawaf kaabah,tangan pulak penuh kiri kanan .Rebeh bahu makcik.

Apa pun puashati dapat pergi pesta buku kali ini pada hari bekerja berbanding cuti hujung minggu macam tahun lalu. Walaupun sesak tapi taklah teruk sangat macam hari Sabtu dan Ahad.Cuma hari ni tak ramai penulis buku yang hadir.Biasalah..makcik Pinat kan suka enterframe hulur hulur buku minta sain autograf gittew...;-D


Minggu ni kakak balik dari asrama. Dia dah bagi hint nak pergi jugak hari Ahad ni..tengah terfikir-fikir ni..sanggup ker nak bersesak lagi?? ;-P

Jumaat, April 15, 2011

IKAN TERMENUNG PISANG BERANGAN

Ikan termenung,pisang berangan 
mari merenung sambil berangan-angan

Syukur ! akhirnya tiba juga ke hari Jumaat penghujung minggu yang sangat sibuk.Rasa macam nak berehat jer dengan anak-anak hujung minggu ni. Tak payah buat kerja apa-apa..baring-baring melepak kat rumah sambil makan-makan,borak-borak.Jauh daripada kesibukan ..jauh daripada gangguan.
Seronok agaknya kalau kelilng rumah ada padang atau pokok hijau...rasa tenang,segar,nyamannn...boleh main kejar-kejar keliling rumah sambil hirup udara segar..

Kalau tak pun lepak-lepak sambil dengar desiran pantai dari tingkap rumah dan merasa hembusan angin pantai yang bertiup lembut . Asyiknyaa...tak perlu rumah besar macam villa berhantu, duduk di rumah kecil pun tak mengapa asal dapat berkumpul anak-beranak..ketawa..ceria..tak payah fikir apa-apa..syoknyaa...!
Salam Jumaat yang barakah kawan-kawan.
Arghh!!!seronokkan berangan-angan..hehehe! sesekali apa salahnya..bukan kena bayar pun..;-)

Pic: kredit to pakcik gugel.

Rabu, Mac 09, 2011

BERBASIKAL SAMPAI KE SABA' CYBERJAYA

Cerita hujung minggu lepas,naik basikal pusing Taman Botani rasa macam nak putus kaki..

layan jerlah bebudak ni..kesian kan..selalu naik basikal depan rumah jer..kali ni kayuhlah puas-puas.

Ambil gambar masa tengahari lat lit pulak tu..masing-masing lapar,apalagi....vrooommmmmm..!
Kita pergi Cyberjaya ..:-)

Senang jer nak cari restoran Saba' ni..ikut papan tanda CBD..Insyaallah sampai..
Mujurlah dapat ruang beraircond kat tingkat 2..lega sikit..kalau tak..memang SABAR jer lah makan kat Restoran Saba' ni..tunggu dekat setengah jam .. ramai betul umat manusia menunggu  nasi Arab ni..
Tengok muka abang tu..punyalah ketat..mana taknya,sudahlah  kebulur menunggu ..mak kata STOP! ambik gambar lamb kabshah tu dulu..!! kehkehkeh..

Balik rumah tak payah mandi..dah kenyang Nasi Mandy!

Rabu, Mac 02, 2011

LADAP

                                             Pagi sabtu yang penuh gelak ketawa


I love you
Comelnya awak


kacaknya awak
lepas menari kita buka kelas urut
 buat hilang stress katanyerr...

Selasa, Januari 25, 2011

DARI KECIL SAMPAI PENCEN

Begitulah nasib diriku..bila memilih kerjaya sebagai guru,hampir seluruh hidup asyik berulang alik ke sekolah setiap hari.Ada juga orang bertanya,tak jemu-jemu ker..? asyik pergi sekolah dari kecik sampai umur tua?
Meskipun setiap hari melalui jalan yang sama tapi cabaran yang dilalui setiap hari tentulah tidak sama.

Seumpama menanam benih pokok,kepuasan bagi seorang guru hanya akan dikecapi bila melihat pohon yang ditanam dan disirami baja hidup subur.Saban hari semakin segar dan berseri.
Keasyikan itu menyebabkan perjalanan hidup terasa indah dan sangat bermakna.Kejayaan bukan sekadar melihat anak-anak didik memeluk deretan A dalam peperiksaan tetapi lebih dari itu melihat syahsiah dan jiwa dibentuk menjadi insan bertakwa yang sentiasa membesarkan Penciptanya.

Jemu..? tidak ! ..tapi kadang-kala memang stress bila terlalu banyak yang hendak dicapai sedangkan waktu sering memburu...Syukurlah hidup ini seringkali bertemu dengan sahabat-sahabat yang ringan membantu.
           Dan boss yang memahami..walaupun kadang-kadang menyeramkan..
                                                          Kereta boss saya..;D

Rabu, Disember 15, 2010

PLAN TIDAK MENJADI

 Plan A nak kemas rumah..hujung minggu ni ada tetamu nak datang,rumah dah macam tongkang pecah..ehh..macamana rupa tongkang pun tak tau..tak pernah nampak sebenarnya..Plan B nak berguling-guling mengulit baby Irfan sambil baca majalah atas katil.Uihh! nyamannn jer plan B ni..

 Tengah sapu lantai tetiba tersangkut pulak depan tv tengok The Biggest Loser Asia. Bila dah tersangkut macam ni hilang segala plan A,B,C,D,E..semua plan tak boleh pakai dah..Tengok budak Raj yang menang tu humang aii..dah rupa model pulak. Terus bersemangat nak bersenam.

Ehh!! Tengahari ni nak makan buah-buahan jer lah..untung-untung boleh kurus..

 **Sebenarnya dah tengahari ni..malas nak masak..huhuhu..

Rabu, Disember 01, 2010

TERIMA KASIH BUJAL X

Ready..jom  jalan-jalan dgn Irfan..

Wah! berjaya akhirnya memasukkan gambar macam yg Bujal ajar..Terima kasih cikgu ..

Istiadat jejak  kaki ke bumi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin