Ahad, November 09, 2008

HUJUNG MINGGU

Pagi Sabtu Izzah pergi zoo dengan kawan-kawan dan cikgu tadika. Sejak dua tiga hari lepas dia asyik ingatkan kami supaya kejut dia awal pagi..takut cikgu tinggalkan dia katanya...Malam sebelum tidur dah siap sediakan kasut dan bag depan pintu..adoi lah..

Memang macam tu agaknya perasaan kalau dapat pergi ikut rombongan sekolah kan? Macam Izzah ni dia bukan seronok sangat nak pergi zoo tu sebab Izzah dah pernah pergi ..dan dia kata dekat zoo tu panas..yang dia excited sangat tu sebab nak naik bas dan cikgu cakap nak bawa bekal makanan berpicnic ramai-ramai...

Malam tu Izzah tidur senyum sambil mimpi indah....:)


Balik dari zoo tengahari tu pun tak habis senyum meleret ...puashati dapat naik bas agaknya..


Petang Sabtu kemas rumah dan kain baju semua ..baru lapang sikit ..kalau tak nampak serabut jer..lepas tu boleh lah lepak baca buku anak- beranak..Semalam belikan diorang buku dan komik baru..koleksi buku sendiri pun bertambah lagi..mana nak letak ni?

Dah dekat nak cuti sekolah ni rasanya kena susun jadual untuk budak-budak ni..kalau tak nanti diaorang jadi tugu negara tak bergerak depan tv dari pagi sampai malam..Bukan tak boleh tengok tv, cuma kena ada had lah..masa main,masa baca buku, masa mengaji Quran..


Pagi Ahad pula kakak ambil hadiah Hari Kecemerlangan kat sekolah agama..dapat nombor tiga, jadi lah...abang pun dapat nombor tiga juga kat sekolah kebangsaan dan akan naik pentas juga lah ambil hadiah hari Rabu depan..kat sekolah agama abang tak dapat lah naik pentas sebab dapat nombor 9 ...abis camno..budak lelaki payah betul nak suruh lekat dengan buku....

Kami sebenarnya tak kisah lah dapat nombor berapa pun asal jangan sampai banyak berpuluh-puluh cukup lah...kalau dah sampai berpuluh nombor tu kisah lah juga! yang penting anak-anak seronok belajar dan target dapat A atau B dalam setiap subject...macam Izzah dapat nombor 13 jer tapi semua subject dia score A ...cukup lah tu..lagi pun bukan periksa nak masuk U...baru sekolah tadika..Alhamdulillah , Izzah ni sihat dan membesar sempurna macam anak-anak lain pun dah syukur..


Masak mee sup ketam konon makan sup nak diet tapi sedap sangat sampai makan berpinggan-pinggan...tak dapek nak nolong...

7 ulasan:

aNIe berkata...

Pinatbate...tahniah buat kakak...Izzah tu senyum sampai balik sebab dpt jenjalan kat zoo ngan kengkawan...naik bas plak tu...mau tak tersenyum2...

Nampak mee sup ketam tu nampak sedap...slurrrpppp

dilaOHdila berkata...

sonok baca criter kak pinat nih
waduh izzah seronok sgt agaknya sampai senyum ajer dier...
ala kak macam kita zaman skolah dulu aaa. Yang naik bas tu paling bestnya. dapat duk ngan kawan2 satu tempat duduk. kira geng bas aa nih:-)

yanti isa berkata...

tahniah buat kakak dan abang ....tahun depan buat lagi baik..amboi sedapnya mee sup ketam dia..

habiha69 berkata...

mmg budak lelaki perangainya macam gitew..nak baca buku mmg ler payah... buas pulaks tu kan..kan...tahniah lah anak2 PinatB. mmg Klasss. Anaks-anaks adalah permata dan harta Kita..anaks soleh& solehah impian semua...

PINATBATE berkata...

KAK ANIE..

Sampai rumah jer Izzah borak dengan abang dia .."best pergi zoo..bas dia lajuu...cepat jer dah sampai...dapat makan aiskrim dengan ayam goreng bawah pokok.."

Tak ada cerita pasal binatang pun...^o^


DILA..

nostalgia masa sekolah rendah,dapat pergi rombongan ke Melaka...malam tu tak boleh tidur....hahaha..

PINATBATE berkata...

KAK YAN..

Tahun depan kakak nak ambil UPSR...mudah-mudahan dapat result baik..

mee sup ketam tu sebenarnya tercipta sebab malas masak..eehh..tak sangka LARIS pulak rupanya..licin satu periuk besar..



Tuan habiha...

ya betul, anak-anak permata hati..setiap anak berbeza tingkah dan sikap..cara pendekatan ibubapa juga perlu sesuai..disamping akur menerima kelebihan dan kekurangan mereka tanpa syarat.

Hanim berkata...

Alhamdulillah semua anak Pinat menjadi...tahniah kat abang dan kakaknya okay..cute je Izzah tidur tersenyum..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin