Rabu, November 30, 2011

GUNTING RAMBUT MACAM CABUT GIGI


Selalunya kalau rambut dah mengurai ke depan ala ala Justin Bibir tu mak potong ajer rambut Boboiboi ni masa mandi kat bilik air..tapi entah kenapa masa balik kampung hari tu teringin pulak nak gunting rambut Irfan kat barber..;) kasi bergayalah sikit kan...

Anney tukang gunting ni dah dekat 40 tahun kerjanya menggunting rambut.Kedai gunting dekat kaki Bukit Malawati tu dari dulu sampai sekarang tak putus-putus pelanggan termasuklah atuk Irfan.Kira atuklah yang perkenalkan Irfan dengan anney kedai gunting ni...;)

Masa ni tengah happy main lari-lari keliling kerusi dalam kedai sambil tunggu giliran. Irfan sempat main salam-salam dengan uncle yg sama-sama menunggu.


 Sekali naik atas kerusi lepas tu badan pulak kena balut dengan kain...mulalah cuak..hihihi..
 

Bila nampak gunting jer dia dah start buat muka ..mula-mula tu ralit nampak sikat,gunting tu..sekali bila rambut mula gugur jerr..

 Huwaaaaaaa...!!!   Melalak sampailah siap bergunting..Mujurlah tukang gunting tu mahir dan sabar dengan budak.Siap dia gurau-gurau dengan Irfan sambil tangan menggunting..cekap betul..fuhh!!

Esoklah tampal gambar Irfan new look...sekarang nak siap hidang makan malam..masak lomak cili api ikan merah dengan asam belimbing buluh you... ada ulam petai lak tu..;)) 

Jumaat, November 25, 2011

Permudahkan hidup kita. Simplify your life.

Salam Jumaat terakhir tahun hijrah 1432..Celik mata terus terjah dapur.. Buka peti sejuk rasa malas pulak nak masak pagi ni. Mula-mula arahkan budak-budak mandi bersiap sambil tu selesaikan urusan kain baju dulu...kalau turutkan kerja rumah ni dari pagi sampai malam tak siap-siap....Tunggu esok pulak nak sambung..kalau tak siap esok,sambung lusa pulak..tak siap lusa sambung tulat,tonggeng..lama-lama tingtong..

Kalau asyik fikirkan masalah dan urusan kerja yang bertimbun, mau berkedut muka plus menggerutu naik jerawat dibuatnya..tak sempat nak cucuk botox dah berkedut balik.Hahaha..lebih baik jangan susahkan hati..elakkan stress.kita buatlah apa yang kita suka asal jangan menyusahkan diri dan masyarakat cukup..

Pagi ni kita lepak mamak..;))

Kira celebrate birthday Abang lah ni...semalam 24 Nov Abang genap 12 tahun tapi tak ada buat apa-apa special pun sebab emak dia sibuk berkursuslah pulak.Abah dia lagilah lupa langsung birthday anak sendiri..anak ramai kekdahnyaa...banyak tarikh nak kena ingat..kuikuikui

 bagilah diorang peluang sekali sekala melompat, memanjat menjerit..;)


 Masing-masing terpegun tengok ikan dalam tasik punyalah banyak..

Lepas penat kira ikan-ikan tu kami pun baliklah.Buat nasi goreng kampung jer tengahari ni.Lepas bebudak ni solat Jumaat nanti nak kasi diorang nap sekejap sebelum mulakan project bean mosaic ni..


esok nak balik kampung..lalalalalalaaa....

Khamis, November 24, 2011

MY KIDS AND TUPPERWARE

Siapa yang rajin baca blog ni daripada awal tentu tau kakpinat ni kalau tengah angin rajin selalu  bawa bekal utk anak-anak ke sekolah.Bukanlah sebab nak berjimat sangat pun sebab kadang-kadang beli makanan di kantin lebih murah..tapi tulah..kalau bawa makanan dari rumah anak-anak akan dapat makanan yang ikut selera kita dan kita yakini kebersihannya...lagi pun anak-anak akan rasa ikatan antara ibu dan anak..yer lah. ..bila nak suap makanan  jer terbayang muka  emak kan..syahdu gitu...cececehh ;))

Biasanya bekal tu dimasukkan dalam tupperware yang pelbagai bentuk dan warna.ringkas,mudah dan menarik..berseleraaa jer..tak caya?? tengok sana dan sini..


Alang-alang ada contest merebut hadiah cantekkk punya tupperware kat sini..http://tupperwarefactory.blogspot.com


 apalagikk....kita joinlah kan..untung-untung dapat hadiah lumayan..


                          Bolehlah Izzah bawak bekal hari-hari ke sekolah tahun depan....;))



Rabu, November 23, 2011

SERANGAN GARUDA

Sana sini cerita harimau muda lawan garuda.Kat rumah ni pun dah macam kena serang garuda gak gayanya.Anak-anak berkumpul ditambah lagi dua orang anak saudara berkampung seminggu..memang huru-hara lah.Tiap-tiap pagi basuh baju macam kedai dobi.Masak tak usah cakaplah...asal masak jer licinnnn...yang pasti mesti ada lauk ayam .Alhamdulillah.

Kerenah memasing..?? arghhhh..!! boleh naik darah tinggi emak dibuatnya..! Kerja letih,cuti lagi letihhh..

Sabtu, November 19, 2011

BUNGA BUKAN SEKUNTUM,EXAM BUKAN SEKALI ..

Abang tak ada di rumah hari ni.Terasa sunyi sebab selalunya dia yang riuh menyakat adik-adiknya dari pagi sampai malam.Pagi tadi kami hantar Abang ke Masjid Negeri mengikuti kem Anak Soleh. Alaa..Bukan lama pun..tidur semalam jer,esok petang baliklah dia.

Sejak dapat result Abang nampak sugul jer. Dia cuma mampu dapat 2A. Balik rumah asyik nak beli jiwa mak dia jer.Sekejap cakap mak abang minta maaflah,sekejap cakap abang sedihlah..kat dapur tak usah cerita..punya rajin menolong..masak nasi,siang ikan,kupas bawang tak payah suruh..nak ambik hati ...:))

Terus terang memanglah dalam hati kecil tu rasa cemburu tengok anak-anak orang lain dapat 5A.Tapi bila memikirkan adalah tak adil membandingkan kebolehan dan keupayaan anak sendiri dengan orang lain.Lagi pun Abang memang dah berusaha semampu yang dia boleh. Kebolehan setiap individu berbeza. Dalam pada main bola pagi petang tu kalau kita suruh buat homework,dia buat..kalau kita hantar tuisyen pun tak pernah ponteng..balik kampung pun baca buku walaupun diselang seli dengan main...dah setakat tu rezeki dia..Alhamdulillah.

Bila dia tunjuk result pun kami suami isteri taklah terkejut sangat sebab selama ni pun memang Abang  tak pernah dapat 5A..Habis kuat pun trial hari tu dapat 3A2B..Okeylah..syukur! Agaknya kalau tetiba dia tunjuk result 5A baru betul-betul terkejut..Kau meniru ke aper ni Bang?? Pada kami tak kisahlah sangat..Insyaallah abang tu ada potensi maju bila naik sekolah menengah dan dah matang sikit nanti.Budak lelaki kan..Cukuplah kalau dia tetap solat lima waktu tak payah disuruh dan berakhlak baik..*walaupun kuat loyar buruk budak ni..

Tapi yang tak boleh tahan tu.......bernanah rasa teliga emak ni bila kena kutuk dengan sedara mara,jiran tetangga...Ni contoh ayat-ayat beracun yang buat cair taik telinga mendengarnya :
  • Anak orang lain lelaki jugak,main bola sampai wakil negeri lagik ..dapat 5A pun...
  • Emaknya mengajar boleh bagi A kat anak orang,anak sendiri tak dapat A ?
  • Emak bapak lulusan luar negeri,anak cuma dapat 2A jer..?
       Tapi satu ni yang tak boleh tahan....
  • Apalahh dosa mak bapaknya..kesian anak tu...dah usaha pun tak dapat 5A..tak sembahyangkan hajat ker masa nak periksa hari tu..;((
 Hadoilahhhh....sakit jiwa betul melayan orang macam ni..Pedih tau..

Untuk Abang,
Emak dan Abah bangga dengan abang,kami tak marah pun..Tak usahlah rasa bersalah sangat. Yang dah sudah tu kita ambil sebagai pengajaran. Ada banyaakkkk lagi peluang menunggu Abang dan masih panjang lagi langkah perjalanan Abang. Insyaallah,dengan usaha yg berterusan Abang akan lebih berjaya lagi.Menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan berbuat baik kepada sesama makhluk akan menjadikan emak dan abah lebih berbangga sebab kecemerlangan sesorang bukan setakat dinilai dengan keputusan exam semata-mata.

Selasa, November 15, 2011

KUIH CARA

 Semenjak dua menjak rajin tengok rancangan Masterchef Malaysia ni,si abang bukan main rajin ke dapur.Tolong kupas bawanglah, potong sayur,siang ikan..semua dia nak try. Bila time masak jer dia sibuk ke nak tunjuk bakat sekali.

Petang tadi dek kerana cuaca mendung ,memasing kelaparan..abang pun buka langkah buat kuih cara.Elok jugak..kalau tak,acuan kuih cara tu tak berusik bawah kabinet.
Ni sebahagian hasilnya. Sambil masak,sambil makan..Alhamdulillah! senang hati emak..;))

Yang geram tu dapur bersepahhhh!! lepas masak dia tinggal gitu jer..siapa yang kemas? emakkk jugakkk

Sabtu, November 12, 2011

BROGA GA GA GA..

Jam 5.30 petang baru nak gerak dari rumah..ingatkan dekat jer tempatnya ..rupa-rupanya jauhhh ke sdalam ceruklah Excel Training Resort ni...dah lah hp tertinggal kat rumah..tawakal jerlah ..Redahh !! Seram kecut-kecut perut dibuatnya.hujan renyai-renyai pulak tu tambah dengan gelap senja, lalu belukar semua,lereng bukit curam ,lorong kecil muat sebuah kereta jer..ya ampunnn..

Alhamdulillah jam 6.30 sampai jugak..lega betul masa tu...rasa nak menjerit seronok!
Tapi memang bebaloilah hantar 2 bas anak-anak murid berkampung kat situ.Tempatnya cantik,bersih,udara segar dan lengkap segala kemudahan.Cuma nak sampai tu memang kena berjihadlahhh...jauhhhhhhhh!!!

Jumaat, November 11, 2011

KORBAN







10 Zulhijjah 1432H
 Sempena hari raya korban tahun ini kami  telah mengambil keputusan besar yang melibatkan pengorbanan yang amat besar. Demi anak-anak tersayang anugerah daripada Allah..semuanya kami tempuhi dengan tabah.Mudah-mudahan ada hikmah di sebalik pengorbanan ini.

 Untuk Kakak, bila satu pintu ditutup, janganlah merenung pintu itu terlalu lama..lihatlah pintu-pintu lain yang terbuka untuk kita.Ada cahaya di situ. Masuklah..!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin