Sabtu, Januari 30, 2010

EMERGENCY CAKE

Emergency betul..!

Apa punya kecohlah petang tadi..dah pukul tujuh malam budak-budak ni sibuk minta buat kek. abang nak kek coklat, Izzah nak kek carrot..sebenarnya dalam hati mak dia nak try kek oren..
Akhirnya kami lat tali lat tamplung dah Izzah menang..fine. bahan-bahan tak berapa cukup tapi bolehlah...pakai resepi yg biasa buat

1 cup oil
( sepatutnya pakai corn oil tapi belasah minyak masak cap saji jer..)
1 cup brown sugar
3 eggs
1 1/2 cup self raising flour
1 ts bicarconate sugar

2 ts cinnamon
2 large carrots,grated

3/4 cup chooped walnuts
( tak ada stock walnut, tuang jer almond baki buat coklat ..)


"mak buat lepas solat maghrib yer.."

"tak mo...tak mo.. mak buat sekarang jugak.."

"dah petang sangat ni..kejap lagi nak maghrib.."

"alaa...nanti lepas maghrib mak suruh ngaji pulak..abis tu..bila nak buat..?"

" yer lah..yer lah.."

tak sampai hati pulak rasanya..lagi pun memang dah lama tak bakar kek untuk budak-budak ni..apalagi,huru-haralah dapur tu dibuatnya..seorang nak tolong parut carrot, sorang nak tolong pukul telur..masa masukkan dalam oven berebut-rebut nak tolong..elok masuk oven jer, azan..Alhamdulillah.

Sepanjang masa solat dan mengaji tu memang rumah berbau wangi jer..nampak muka gelisah budak berdua tu..mana taknya..harum cinnamon menusuk hidung..kesian kan..hahaha..! sure solat tak khusyuk punya la tu..;D

Ni baru keluarkan dari oven..cepat-cepat snap gambar..kalau tunggu sejuk, potong dan posing ..nampak gayanya tak sempat kot..hahaha..!


Khamis, Januari 28, 2010

TEMAN DAN TAMAN

Sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke akhir hayat, teman dan sahabat amat penting dalam putaran kehidupan insan. Ada yang menyatakan sahabat lebih penting daripada wang. Jika kita tiada wang dan mempunyai ramai sahabat, mereka tentu boleh menolong...tu pun kalau nasib baik dapat kawan yg pemurah lah..;D

Sempena malam Jumaat yg barakah ini, kita ulangkaji sikit sebahagian
Adab bersahabat
..

1) menutup keaiban sahabat,so kalau kawan terkentut tak sengaja tu..redholah sedut bau dalam-dalam dan buat tak dengar sajer...jgn kecoh arr..
2) memberi nasihat dengan cara yang lembut apabila ia berkehendakkan nasihat sahabatnya..cakap elok-elok..belanja makan western food sebelum beri nasihat adalah langkah yg berkesan..
3) meninggalkan berbantah dengan sahabat..kalau dia degil ketegaq,doakan saja dalam hati..jangan belasah dia..tak beradab namanya tu..
4) jangan suka memberatkan sahabat dengan bebanan dan tanggungjawab,bahkan hendak ia cuba meringankan beban sahabat...errr...kalau kawan tu mmg berat, sila bantu dia mendaftar di Biggest Loser Asia


Apa kaitan TEMAN dengan TAMAN..?

Sebenarnya nak tunjuk gambar taman yang teman-teman buat kat sekitar kawasan kebun kami..yg ni lokasinya bawah tangga...

yang ni taman dekat depan foyer..baru siap tu..ada kerusi kat tepi taman tu bererti adalah tempat baru nak lepak-lepak lepas penat berkebun..

sekarang tengah tunggu ikan-ikan di masukkan dalam kolam-kolam tu..bila dah besar ikan-ikan tu nanti, bolehlah kami memancing kat situ...;D

Isnin, Januari 25, 2010

ALPUKAT VS POLIGAMI

semalam hari dating berdua..yeehaaa..! pergi buat urut refleksiologi lepas tu apalagi..cari makan la...
Setiap kali datang ke SINI tak lain tak bukan nak cari jus alpukat..tapi semalam tak ada rezeki sebab stock avocado dah habis..sedih kan? Utk menghiburkan hati yg sendu tu kita order es buah...Ya ampunnn..manis sekali pakkk..kalau org diabetis minum,melompat-lompat paras gula dlm darah..tobat !

sekali jer minum es buah ni..lain kali tak mo dah..
set ayam panggang my darling ..tempe dan tahu tu sedap betullah..apa rahsianya entah..

owhh!! ..Yg ni set ayam penyetku..

dilawankan pulak dgn jus poligami..campuran 4 jenis buah dalam satu gelas..sebelum minum baca selawat 3 kali dulu..takut ketulahan..! ;P

Ahad, Januari 24, 2010

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YG KE 13

buat Kakak..Semuga usia diberkati Allah dan sentiasa yakin diri menempuh hari-hari mendatang.

Tengahari tadi pergi jenguk dia kat asrama..bawa coklat satu bag penuh sebab dia kata nak hadiah coklat utk birthday kali ni ..bawa juga sedikit makanan utk jamu kawan-kawan dia satu dorm..biasalah budak asrama kan..seronok bila dpt juadah yg berbeza sikit ..meriah!

Kakak ada aktiviti merentas desa rupanya pagi tadi..mengadu sakit kakilah..dah tu,tak pernah berlatih tiba-tiba kena merentas desa ..tapi mcm tak percaya jer kakak sakit kaki..Apa taknya ,kata sakit kaki tapi sempat pula ajak pergi Tesco..nak minta stock makanan sebulan katanya..turutkan ajerlah apa dia nak.. ..adoilah! penuh kotak bawak katil dia dgn segala biskut,coklat,susu kotak,cereal,milo 3 dlm 1 dan macam-macam lagilah ..macam nak pergi bercamping masuk hutan tak jumpa makanan padahal kat asrama tu makan 6 kali sehari! tak peliklah sebulan duduk asrama,pipi Kakak dah naik tembam! Kakak..kakak..



Birthday tahun ni Kakak collect hadiah jam tangan,bag sandang kain Elyza yg dia kenen-kenen sejak bulan lepas,baju kurung sepasang,novel Dear Yayah 5 dan coklat beraneka jenis..stock makan sebulan ! Tunggu ! ada lagi satu..,Kakak balik cuti CNY nanti baru tau apa hadiahnya..;P

Khamis, Januari 21, 2010

UBAT SAKIT TEKAK

Baru tiga minggu sekolah dah rasa sengal-sengal tulang..letih ! hari Sabtu ni kena ke sekolah untuk ganti cuti CNY..nak buat camana kan..redah jerlah..dah tanggungjawab...lagi pun ada dua program melibatkan ibubapa dan murid masa tu..hari dimana diriku tiba-tiba feeling menjadi penting dan famous..hiks..^^

Biasalah kan ..kalau letih kenalah cari ubat menyegarkan badan..
tapi yg kat bawah ni mcm ubat menyegarkan tekak jer..lepas makan licin mangkuk pun masih letih lagi..apa kes?

mango taufufa
`
fruit lolo

ape kebenda lolo pulak namanya...=,=
errmm..syukur!..segar tekak..esok bolehlah buka volume kuat-kuat dalam kelas....;P

Isnin, Januari 18, 2010

REZEKI

Tak baik merungut-rungut sambil mengadap rezeki kan..?


Hujung minggu baru -baru ni anak-anak ajak makan ayam kampung goreng kat Veledrom Cheras..tempat biasa kami makan ayam kampung. Memang best makan kat situ terutama ayam goreng dan sambal belacan dia..senang cakap memang licin pinggan lah..lagi-lagi kalau kena dengan jus air durian belanda ni..perghh...nanges!

Tapi...banyak jugak yg tak best kalau makan kat situ..memang dah biasa berlaku tiap kali kami makan kat situ..tapi sebab nak makan tabah jugak hadapi..errmm..
nak tau kenapa?
1. ada pak cik jual biskut berlegar-legar tunjuk barang jualan dia..tak peduli org tengah gigit ayam boleh dia suruh rasa biskut tart nenas dia..
2. salesman mulut petpotpetpot sambil tunjuk cd dan buku kanak-kanak..sepuluh ringgit satu.
3. budak hulur surat kebenaran minta derma dari mana ntah..

Bayangkan bila kita tengah sedap-sedap makan ada pulak gangguan macam tu..adoilah..tersedak akak...patah selera ..sedih betul rasa nak telan nasi pun tak sanggup..lagi-lagi kalau budak salesman tu bercakap merecik air liur..bila kita geleng kepala dia pujuk jugak suruh belek buku dia..mana tangan nak pegang buku,mana nak pegang nasi...ggrr..

Memanglah bagus usaha mereka mencari rezeki halal ..tapi biarlah sesuai cara dan masanya..janganlah sampai menimbulkan rasa tak senang orang lain ..kalau dia buka meja jualan dekat situ pun dah cukup..lepas selesai makan,orang mungkin akan datang tengok jualan dia...tapiii....

Khamis, Januari 14, 2010

MOTIVASI BUAT DIRI YG LESU

Sedar tak sedar dah hampir seminggu tak masuk blog ni..patutlah nampak bersawang jer..:D
Sebenarnya bukanlah sibuk mana pun..tapi biasalah awal tahun macam ni macam-macam hal nak kena buat. Setiap hari ada saja kerja yg nak diselesaikan..tak habis-habis...bila bertangguh lagi banyak kerja bertimpa-timpa...letih memang letih..tapi bila otak asyik fikir letih makin letihlah badan jadinya..muka makin kedut..tulang makin reput..;)

Cabaran baru mesti ditempuh sekalipun banyak halangan menanti di hadapan.
Manusia mencapai sesuatu yang hebat dalam hidupnya kerana caranya berfikir. Cara berfikir yang hebat sudah pasti akan membentuk insan yang hebat. Hukum akalnya memang begitu. Berfikiran positif akan memberikan kesan positif pada diri. Begitulah juga sebaliknya. Begitukan..? jadi mulai sekarang kena buat semua kerja dalam senyuman ..selesaikan satu persatu..tidak mengeluh..dan ceria..;)

Pinat boleh lakukan dan cuba istiqamah ..

Jumaat, Januari 08, 2010

REHAT SEKEJAP

Jumaat! akhirnya tiba juga...
seminggu ni letih betul rasanya..maklumlah dah lama berehat..bila masuk kebun mulalah sakit pinggang,tegang urat,cangkul berkarat...macam-macam hal..

Di rumah pula spt biasa bila sekolah di buka mulalah aktiviti rutin,bangun awal buat breakfast dan lunchbox untuk budak budak ni..tahun ni hanya buat dua saja..teringat pulak kat kakak. Rutin membawa bekal ini dimulakan oleh kakak dan diikuti oleh adik-adiknya..sampai sekarang..
klik

Hmm !..dah sepanjang minggu bangun awal tidur lewat sampai nenong kepala
petang ni masa untuk ..kita rehat sebentar...;P
macam iklan Kitkat..

Selasa, Januari 05, 2010

Visit historic Melaka means visit Malaysia..

orang kata laa...;P

Singgah Pengkalan Balak..cari asam pedas

ada brani..?




lepas naik bas, naik beca pulak..


bukti gi Melaka..alamak!..ada montot amoi lah pulak..
Lepas tu hujan..kita balik jerlah..datang lagi minggu depan..hukhuk..

Sabtu, Januari 02, 2010

JJCM MALACCA

Yeeehaaa...!! Salam dari Bandar Bersejarah..
orang lain dah habis program cuti, kami baru nak pergi bercuti..sambil meraikan 2010..
Bertolak dari rumah jam 11.00 selepas pasti segala urusan sekolah anak-anak siap semuanya..stokin dengan kasut sekolah pun hadap ke pintu ..:P

Berhenti solat Jumaat di Masjid Si Rusa..Wow! suprise you...nak tau apa yg kami jumpa..? bukan rusa..tapi khatib baca khutbah sambil tayang slide..baru terbeliak mata orang dengar khutbah kan..lebih faham dan menghayati isi khutbah..

Singgah sekejap di Pengkalan Balak ..biasalah..hari cuti kan..sesak dengan pengunjung sampai tak nampak pantai..hanya nampak bekalan orang berpicnic jer sepanjang pantai..Akhirnya sampai juga ke hotel jam 6.00 selepas berpusing ke hulu ke hilir tengah-tengah bandar..cari hotel tak jumpa padahal dah nampak bangunan..biasalah..pelancong selalu sesatkan...^^

Sementara anak-anak terjun badak berendam dalam kolam sampai maghrib,apalagi...mak dia luruskan pinggang..sambil berangan nak gi Jonker street..kononlah.. tapi lepas makan malam pekena asam pedas Melaka ..terus terlelap..tak sedar diri..hahah! lupakan jerlah..anak-anak pun layan tv jer ..cerita Mr Bean pergi holiday..ntah berapa kali dah tengok movie tu pun still boleh gelak mengekek lagi...baguslah!

OK..nak gi sarapan..lepas ni tak tau nak gi mana..banyak sangat tempat nak gi..

Jumaat, Januari 01, 2010

BUKA

Entry pertama di tahun 2010 !

Alhamdulillah..;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin