Rabu, Mac 23, 2011

SPM 2010

Syukur Alhamdulillah . Kenduri lagi lah nampaknyaa...

Isnin, Mac 14, 2011

SEMANGAT NGAT NGAT

Liat betul nak berkemas rumah bila time cuti macam ni. Nak masak pun malas.Kakak puasa,abang pulak pergi tuisyen kat sekolah.Goreng nasi dan buat sandwich tuna saja utk sarapan terus sampai lunch.

Alahai mata sakittt la pulak bila nampak baju kotor berlonggok.Alang-alang basuh baju..basuh sekali langsuir langsir dapur.Sebelum gantung langsir bersih,lap dulu cermin tingkap. Pheww!!! barulah terang..kehkehkeh..ingatkan rumah ni gelap sebab tak cukup cahaya matahari  masuk..rupanya sebab langsir dan cermin dapur berkarat..

Tiba-tiba pulak teringat nak pasang alas meja baru. Ehh..! macam kena tiup-tiup pulak aura rajin ni..Beli warna merah terang masa sale bulan 12 orang kata nak sambut krismas ker? Sekarang bolehlah pasang kot..Gong Xi Fa Chai pun dah habis..kalau nak ikut cakap orang,hishh!! alamat semua kerja tak menjadi. Sukahati makciklah..dapur makcik.

Sekarang barulah ada SEMANGAT..!!

Anak-anak,
lepas ni jangan makan bersepah depan tv lagi yer..duduk makan kat dapur elok-elok.Meja dah cantik tu..;-D

Amacam,semangat tak alas meja polkadot tu..? tu tangan kakak..*rajin !
Semangat Kakak nak berbuka puasa..letak buah potong besarrr punya...

Ahad, Mac 13, 2011

CUTI SEMINGGU

Alhamdulillah.
Cuti sekolah seminggu.Tak payah masuk kelas tapi kerja berlambak-lambak bawa balik. Tak dapat berjalan ke mana-mana cuti kali ni sebab Abang ada kelas tambahan kat sekolah.

Layan budak manja ni sambil tanda kertas jawapan ujian  jer lah.. boleh ker?
 kalau dia jumpa kunci kereta mulut mulalah bising..ajak jalan-jalanlah tu..
baru lepas mandi berebut makan biskut dengan kakak Hannah..dahhh comot balikk...grrrr..

Rabu, Mac 09, 2011

BERBASIKAL SAMPAI KE SABA' CYBERJAYA

Cerita hujung minggu lepas,naik basikal pusing Taman Botani rasa macam nak putus kaki..

layan jerlah bebudak ni..kesian kan..selalu naik basikal depan rumah jer..kali ni kayuhlah puas-puas.

Ambil gambar masa tengahari lat lit pulak tu..masing-masing lapar,apalagi....vrooommmmmm..!
Kita pergi Cyberjaya ..:-)

Senang jer nak cari restoran Saba' ni..ikut papan tanda CBD..Insyaallah sampai..
Mujurlah dapat ruang beraircond kat tingkat 2..lega sikit..kalau tak..memang SABAR jer lah makan kat Restoran Saba' ni..tunggu dekat setengah jam .. ramai betul umat manusia menunggu  nasi Arab ni..
Tengok muka abang tu..punyalah ketat..mana taknya,sudahlah  kebulur menunggu ..mak kata STOP! ambik gambar lamb kabshah tu dulu..!! kehkehkeh..

Balik rumah tak payah mandi..dah kenyang Nasi Mandy!

Khamis, Mac 03, 2011

SEMBILAN TAHUN

Terasa baru semalam berulang alik ke hospital.Terbayang-bayang airmata dan tangisannya.Alhamdulillah,hari ini genap 9 tahun umurnya.Nurul Izzah yang kuat dan tabah.

Mudah-mudahan sentiasa sihat dan dilimpahai rahmat dan kasih-sayang Allah sepanjang hidupnya.


Rabu, Mac 02, 2011

LADAP

                                             Pagi sabtu yang penuh gelak ketawa


I love you
Comelnya awak


kacaknya awak
lepas menari kita buka kelas urut
 buat hilang stress katanyerr...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin