Sabtu, Mei 30, 2009

NO PICTURE


Sebenarnya mlm ni nak tampal gambar hadiah-hadiah yg my anak-anak murid bagi semalam..tapi mana ntah lah perginya camera cap ayam den lopeh tu...menyorok bawah bantal agaknya..cari tak jumpa..Terima kasihlah yg bg hadiah macam-macam adooo....

OK..semalam adalah hari terakhir persekolahan penggal satu..cuti dua minggu..Yes!
Semalam juga kami adakan sambutan hari guru..sengaja buat lewat sebab nak beri laluan kpd peperiksaan pertengahan tahun..yg paling gempak..hadiah utk guru paling sporting tahun 2009 diberikan kepadaaaa........huhuhu...siapa lagi ! Riak makcik sekejap..kembang lubang idung...terbayang wajah anak-anak murid .. terharu senbenarnya .Terima kasih lah siapa yang mengundi tu..tersipu- sipu makcik pinat pakai baju tema color gold melangkah ke pentas sambil buat langkah ayu masa ambil hadiah ..alahai..tak tau lah macamana penilaian sporting ni..adakah daku betul-betul seorang guru yg memahami aka sporting?

erkk...sebenarnya ..makcik pun blur jugak..lepas rembat hadiah terus naik bilik guru tutup register bulan Mei,siapkan buku rekod,tanda paper,berkemas...tak tau apa acara diorang buat ..tau-tau errkk....dah habis......tak sempat nak ikut lawan gusti lengan....akal pengelat ..yang penting dah kenyang makan jamuan nasi minyak..Alhamdulillah! syukur...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ptg tadi kami pergi keKebetulan masa kami sampai jer Upin dan Ipin pun keluar dari pintu betul-betul sebelah kami berdiri..apalagi..melompatlah Izzah..suka benar dia dpt jumpa Upin dan Ipin depan mata..siap tepuk-tepuk lagi..sayangnya tak ambil gambar..

Buku tak banyak sangat kat sini tapi OK lah..lepas memborong kat KLBF jadi tak ada lah beli buku sgt..cuma buku-buku cerita Izzah dan koleksi Harry Porter kakak jer..dah byk kali minta tapi tangguhkan sbb nak suruh dia tumpu pd UPSR..tapi tengok harga diskaun lebih cantik berbanding kat KLBF dan kakak pun dah berkali-kali minta..OK lah...layan jer..

Lepas tu ronda-ronda Mines cuci mata.. makan sup miso,udon,tempura,salmon dan onigiri kat Mr Tenpanyaki ..perasan bijak jer mkn makanan Jepun..padahal balik terus singgah pasar malam cari tempe dgn jengkol...lalalala....harus cukup stock utk seminggu, kalau tak ada benda-benda ni ..makan tak kenyang beb...

Jumaat, Mei 29, 2009

LUNCH BOX 3

Sengaja nak ubah decoration rumah ni..yg lama tu dah jemu..lagi pun nak cari semangat baru..cat dinding warna biru biar tenang kata Dr Fadhilah Kamsah..ehek....
ok..mulai minggu depan bolehlah rehat sikit..tak payah bangun awal sgt masak bento utk budak-budak ni..kita tengok apa dia orang bawa pergi sekolah sepanjang minggu ni...
sekali tengok nampak mcm nak pergi picnic pulak..bukan pergi belajar! adoyai..

sandwich ayam dan fries

bihun goreng dan pizza segera by Pizza Pah Bangi

roti kebab dan cucuq badak sumbu
mee goreng dan karipap jerawat
ni bekal bila mak diserang virus M..tak payah cerita lah..

Khamis, Mei 28, 2009

COUNTDOWN

yes!
tinggal sehari lagi..esok ada sambutan hari guru dan lepas tu cuti..!
ermm..
bukan cuti kerja,cuma cuti tak mengajar jer..tapi ada baannyyaakkk kerja nak kena siapkan ..perkampungan ilmu 4 hari,kerja-kerja pengkeranian yg kerani pun tak sudi buat dan sebeban kertas exam yg nak ditanda....okey..senyumm....

Tunduk menjawab tu bagus..tunduk tidur tu hampeh yo...
Mr Nelson anak omputeh tengah khusyuk menjawab soalan karangan Bahasa Melayu..jangan risau, tak cukup kertas boleh angkat tangan ..

Khamis, Mei 21, 2009

AWARD FROM BNA


Terima kasih Bna..kerana menghadiahkan award ini..sungguh amazing! yeahh..
macam biasa kena letak syarat-syarat menerima award..

copy award dan letakkan dalam blog anda:
done...

nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:
  • bercakap laju mcm kena kejar polis..
  • sangat aktif dan berstamina tinggi utk melakukan banyak perkara dlm satu masa..
  • bijak
  • tak ada adik beradik lelaki..eehh..kita samalah!
  • pakai baju kuning dan kain coklat pergi ke sekolah..
nyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya :

sepuluh? banyak tuu...lima cukuplah..
  • suka coklat, aiskrim dan kopi
  • tak suka bising ..lagi-lagi bunyi hentak bangunan eeii..pening..
  • baru hilang jam tangan ..
  • sangat suka membaca..termasuk membaca papan iklan ..
  • sensitif ..selalu menangis..kadang-kadang ketawa pun boleh menangis..
pilih 10 penerima award seterusnya dan describe lah tentang blog mereka:
  • 10 jer..?..ermm saya berbesar hati menganugerahkan award ini kepada sesiapa saja yang berminat kerana blog anda memang amazing! Sila gantung di dinding yer..

PENYAKIT


Sekarang musim exam tapi susah betul nak suruh budak-budak kat rumah ni baca buku..asyik melekat kat tv jer .. langsung tak risau nak jawab periksa...perlu ker masukkan tv ni dalam stor?..atau...

Selasa, Mei 19, 2009

TUNGGU


Hari ni tunggu Cik Awin ..tunggu punya tunggu tapi Cik Awin tak datang, orang lain pulak yg jelma..tak apa lah..

Sabtu, Mei 16, 2009

HUJUNG MINGGU

Lega sikit hujung minggu ni ..boleh berehat sambil habiskan baca buku -buku dan majalah yg terabai sejak dua tiga minggu kebelakangan ni..serabut betul tengok meja dan almari buku..bersepah sana sini buku...bacanya tidak juga..

Budak bertiga kat rumah ni nak exam minggu depan tapi nampak gayanya tak mesra buku langsung.Kakak tu boleh lah harap juga,tapi kalau Abang tu ..rasanya buku pun tak kenal ke dia..adoi !..sabar jer lah anak lanang sorang ni..

Koleksi brg antik tak ada,koleksi pinggan mangkuk pun tak ada,koleksi buku pun sekadar hiasan..appaddaa...chiitt!!

Projek baking pun dah lama tak buat...nampak gaya kena mula start enjin ni,kalau tak berkarat pula nanti.Asyik layan tekak makan mochi Jepun jer dua tiga hari ni..Perasan bijak mcm Jepun jer bila makan kuih mochi ni..Semalam beli inti peanutbutter...mak aihh..lemak manis sgt pulak..inti kacang merah ni rasanya lebih sedap berbanding inti peanut butter ..
Rasa nak buat onde-onde buah Melaka lah pulak petang ni..demi masa depan yang cemerlang harus gigih cari kelapa parut..

Rabu, Mei 13, 2009

BUAH JANGGUS/GAJUS

Terima kasih 3 Efektif..khususnya Athirah and the gang..
kerana birthday suprise pagi tadi..sungguh rasa terharu dan berbesar hati..Terima Kasih.


Ada sebekas buah ini sedang masak ranum di dapur..nak buat apa yer..

Ahad, Mei 10, 2009

Sabtu, Mei 09, 2009

SETIAP HARI

Saya percaya hanya ada dua perayaan sahaja dalam Islam iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri . Sebab itu saya tidak terlalu ghairah menyambut sebarang perayaan selainnya lebih-lebih lagi di Malaysia kita ni banyak sangat hari nak sambut.Hari Pekerja,Hari Wilayah, Hari Jururawat,Hari Natal, Hari Wesak,Tahun Baru Cina..macam-macam lagi..Jangan salah sangka pulak..bukanlah saya menghukum haram sambutan yang bermacam-macam ni..cuma rasa rimas.

Bulan Mei ini saja saya menyambut Hari Lahir,Hari Ibu dan Hari Guru..Syukur ke hadrat Ilahi ..tapi setiap hari istimewa itu saya anggap sebagai peringatan bukan meraikannya. Pada pagi hari ulangtahun kelahiran saya kena beringat dan muhasabah diri kerana umur sudah semakin berkurang (bukan bertambah) kerana jangka hayat semakin pendek..sudah tidak banyak masa untuk bersiap sedia membuat bekalan ke akhirat. Masa untuk berbuat baik sesama manusia dan makhluk pun semakin singkat.Hidup ini perlu dinikmati sebaiknya sebagai tempat mengumpul 'point' di akhirat kelak. Tidak ada kek harijadi atau pulut kuning utk saya..tapi bersyukur Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya dengan rezeki yg tak terhitung nikmatnya.

Sedari kecil saya tidak pernah diajar meraikan hari Ibu...Anak-anak pun saya tak ajar meraikan hari ibu. Saya mahu anak-anak mendengar nasihat dan membalas didikan ibubapa dengan berbuat kebaikan setiap hari. Apalah ertinya kad atau hadiah hari ibu jika perbuatan seharian menyakitkan hati ibu. Siapalah yg pandai-pandai reka hari ibu 10 mei. Kenapa tak buat 2 minggu sekali hari ibu? Tentu lebih banyak keuntungan tokey restoran, penjual bunga atau kedai hadiah..dalam Islam berbakti pada ibu, tak perlu tunggu hari perayaan setahun sekali dan seorg muslim yg baik sepatutnya tak memerlukan hari ibu utk berbakti pada ibunya kerana cukup Al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sumber motivasi.

Saya amat menghormati dan menyayangi ibubapa dan ibu mertua saya..saya berazam mahu berbuat baik kpd mereka sehingga akhir hayat mereka dengan segala kebaikan yang termampu saya lakukan...setiap hari, setiap masa..dan tidak akan lupa mendoakan kebaikan untuk mereka di dunia dan di akhirat. Tak perlu tunggu hari ibu.

Ini emak dan abah saya yg tidak pernah putus-putus mendoakan kebaikan untuk anak dan cucunya sepanjang hayat mereka.


Seperti juga hari-hari sambutan bulan Islam yg dianggap bid'ah oleh sebahagian ulama,saya selalu mengingatkan diri supaya cuba mengamalkan sunnah dan berselawat kepada nabi setiap hari,tak perlu tunggu Maulidurrasul.Baca Quran setiap hari walau pun sedikit..tak perlu tunggu sambutan Nuzul Quran..,tunjuk akhlak yg baik kepada orang bukan Islam tak perlu nak tunggu rumah terbuka Deepavali atau Gong Xi Fa Chai..Kasih sayang perlukan pendekatan bukannya hari..kalau tak nanti jenuh nak buat hari abang,hari kakak,hari suami,hari isteri..Bila masuk bulan Ogos setahun sekali semua diseru berjiwa patriotik sebab sambut hari Kebangsaan..habis bulan Januari,bulan April..tak perlu patriotik ke?

Setiap tahun apabila menjelang Hari Guru saya akan sentiasa dirundung sedih dan serba-salah.Ya, sedih..sangat sedih kerana sehingga kini walau sudah berbelas tahun menjadi guru saya masih tidak mampu menukar budaya hari guru di sekolah yang kebanyakannya berbentuk lagha. Apa implikasi budaya begitu kepada generasi masa depan. Apakah murid-murid akan lebih menghormati guru sebagai murabbi dan mursyid selepas acara sebegitu.Di sekolah lama ,saya pernah cuba mencadangkan membaca kisah Lukmanul Hakim mendidik anak-anak dalam majlis hari guru..tapi ditolak dengan alasan hari guru adalah hari utk guru dan murid bergembira...bukan mendengar ceramah! Ini salah satu sebab mengapa saya sering 'ghaib' dalam keriuhan sambutan hari guru di sekolah..

Mungkin penilaian saya silap atau entry kali ini bernada agak keras tapi itulah saya.Mungkin usia yg semakin tua membuatkan saya lebih banyak berfikir.

WONG SOLO BANGI

Tengahari ni makan makanan Indonesia di Restoran Wong Solo Bangi sempena ulangtahun kelahiran yg ke seratus sembilan puluh lima...tua setahun lagi..


hidangan ayam bakar dan ayam penyet paling menyelerakan ditambah dengan cah kangkung..
tempe dan tahu tak ketinggalan..licin sebakul nasi kita tambah lagi..
peha ayam goreng kesukaan anak-anak.. nampak pelik jer sebab style potong macam bunga..tapi sedap! daging sapi bakar tak sempat nak posing ..dah tinggal kenangan..

Jus alpukat (avocado) coklat yg wow!..tengkiu darlingku belanja makan best hari ni termasuk bibik sekali tersenyum lebar...hikhikhik..

Syukur..
masih lagi berpeluang menghirup nafas di bumi Allah yg luas..Alhamdulillah masih diberi rahmat dan kasih sayang Allah yg tak terhitung banyaknya..

Khamis, Mei 07, 2009

MIMPI ?

Sebaik tamat meeting mingguan jam 2.50 ptg saya terus memecut keluar ..terasa nak makan sesuatu yang manis dan sejuk ditekak...otak ligat berfikir..puding jagung, triffle buah-buahan, bubur pulut hitam, cendol..?..Akhirnya saya singgah di Jusco dan tolak troli seorang diri. Toleh kiri kanan tapi tak ada apa yang berkenan di hati..akhirnya balik dengan tangan kosong..letih! sampai rumah terus saja menunaikan ibadah tidur ....khusyuk..tenang..

selang setengah jam..ketika mimpi baru nak masuk chapter 1..tiba-tiba..

Assalamualaikum..kakpinat..!

err..mcm suara jiran sebelah..( bangun sambil gosok mata..)

Buka lah pintu ni cepat..lambat karang cair pulak...

apa hal pulak ni..( masih tak habis tenyeh mata..)

Diana ni kakpinat..! Diana buat homemade aiskrim .
.

huh..? aiskrim..? TERUS BUNTANG BIJI MATA..



Alhamdulillah..!
soalannya..mimpikah aku?

Isnin, Mei 04, 2009

SEPANJANG JALAN


Sesiapa yang melalui jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam pasti akan nampak deretan gerai-gerai dengan papan tanda begini sepanjang jalan..kalau pandai tawar menawar akan dapat harga sepuluh ringgit untuk tiga kilogram mentarang yang besar dan segar..kalau tidak, penjual akan menawarkan harga istimewa RM7.00 sekilo..senyum..

Beginilah rupa mentarang yang sudah direbus..Pelbagai cara memasak mentarang tetapi yang paling popular ialah rebus dengan bawang serai macam merebus kerang tu atau isinya di masak lemak cili api (kopek kulit dulu)..Boleh juga masak goreng bercili ala-ala chilli crab dan kalau terlebih rajin sesuai juga dibuat rendang mentarang ini...Fuhh! meletop...
Awas! gout members dinasihatkan supaya tidak bermanja-manja dengan Encik Mentarang ini..

Setiap kali melintasi jambatan Sg Buluh yang sibuk pasti akan terlihat arca kusyen dan rim kereta yang nampak sangat pelik berlatar belakangkan bangunan kedai antik..huhuhu..serious tak faham apa mesej benda-benda ni ..tapi entah mengapa minggu ini arca ini sudah hilang! Agaknya ada yang dah jadi mangsa denggi atau chikungunya kot...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin