Isnin, Mei 30, 2011

DAH LAMA RUPANYA

Dah lama rupanya tak buka blog ni..macam dah terabai pulak sejak diserang angin busy crazy ni.Urusan sekolah yang tak habis-habis,ditambah pula Irfan dah mula berjalan ni..suasana memang kelam-kabut jer.Alhamdulillah jiran depan rumah ni dah selamat melangsungkan majlis perkhwinan anak sulungnya semalam. Lega..dah namanya jiran kan..sedikit sebanyak  kami suami isteri tumpanglah jugak sibuk..tolong rewang mana yang patut..lagi pulak rumah ni terlibat jadi markas senduk lauk dan berkat cenderahati jemputan.
bak kata pepatah..yang berat sama di pikul,yang ringan jinjinglah sendiri..;-)


Hari ni bermula cuti pertengahan tahun.Macam biasa bila musim cuti stock makanan kena cukup kalau tidak ikan piranha dalam rumah ni menggelupur sambil buka tutup tudung saji dan peti ais. Nak buat macamana..dah ramai ..;-)

Ahad, Mei 22, 2011

AL FATIHAH

Terkejut mendengar berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat melalui Buletin Utama malam tadi. Lebih terkejut bila dapat sms yang mengkhabarkan bahawa salah seorang mangsa yang terkorban adalah murid kami ZAID AS SYAWAL ZAMBRI..pelajar Ting.6 ..khabarnya arwah ke madrasah sebagai sukarelawan .

Saya mengenali arwah ketika beliau di tingkatan empat.Sewaktu itu saya membantu Pn Mahani PK HEM menguruskan biasiswa  murid di Jab.Kebajikan Masyarakat.Sebak betul rasa hati ini mengenangkan arwah pelajar yang aktif dan baik hati..juga ketua tingkatan yang rajin dan bertanggungjawab. 

 Gambar simpanan saya ketika arwah mengetuai koir bersama rakan-rakan Ting 6 Rendah sempena majlis penutup Bulan Kemerdekaan 2010.

 
Al fatihah.Semuga Allah menempatkan arwah bersama ahli syurga , Amin.

Isnin, Mei 16, 2011

EMAK DAH MENGANTUK

 Tolonglah tidur wahai budak kenit,dah malam ni..semua orang dah lena.Tinggal kita berdua jer ..

 Sudah-sudahlah main tu..esok sambung lagi yer

 Mata emak dah tak daya nak celik ni..tak larat nak layan.Makin disumbat susu,makin bertenaga pulak dia buat sepah..macam tau tau jer esok cuti hari wesak.

 Emak kira sampai tiga....kalau tak nak tidur jugakkk...mainlah sensorang..OK, satuuuu!...dua!....
dua setengahhh!...aaarrghhhhh....!!

 sukahati kau lah labuuu...!

Setiap manusia Allah uji dengan ujian dan masalah yang berbeza. Allah Maha Adil menilai setiap usaha dan kesabaran setiap hambaNya dalam menempuh ujian yang datang.Orang yang berjaya akan menganggap setiap masalah yang menimpa sebagai cabaran.Tempuhi cabaran itu sebaiknya..bukan lari daripada masalah.
Jangan sekali-kali lupa,mohon dan bermunajat kepada Allah.Permudahkanlah segala urusan.

Khamis, Mei 12, 2011

REWANG

Petang tadi balik awal sebab nak rewang .Menu soto ,bihun sup dan lontong.Meriah sungguh masak gotong -royong ni. Ramai orang daripada kerja yang nak dibuat.
Dua minggu lagi jiran depan rumah ni nak buat kerja kahwin anak sulung dia.Majlis kenduri kahwin yang pertama di lorong rumah kami ni. Pergh!! Memecah tradisi betul.
Malam ni kenduri mesyuarat letak kerja.Dah jadi jiran yang paling hampir,buka pintu rumah jer terus nampak muka dia tentulah ikut bersemangat. Orang kata.. jiran muafakat membawa berkat kan..kan..;-)

Selasa, Mei 10, 2011

10 MEI

Alhamdulillah,genap setahun umur Irfan hari ini.Semuga menjadi anak soleh yang membahagiakan ibubapa.

Isnin, Mei 09, 2011

9 MEI

Jutaan Terima Kasih@Jazaakumullahu Khairan Kathira kepada semua sahabat dan kenalan yang mengirimkan salam tahniah dan kalungan doa sempena ulangtahun kelahiran saya hari ini.Semuga kita semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi

Jumaat, Mei 06, 2011

BERDIKARI

Alhamdulillah,sudah pandai berdiri di atas kaki sendiri.Minggu depan genap setahun umurnya,Insyaallah.
 Alhamdulillah...Rumah kemas dan rapiiii jer sentiasa sejak Irfan dah pandai berkemas ni...kain baju semua berlipat tersusun, kat dapur lagilah kemas..periuk senduk terletak elok jer..Rajin betul Irfan ni ;-)

Rasa nak pengsan!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin