Khamis, Disember 31, 2009

TUTUP

PENGUMUMAN

Setelah hampir dua tahun menulis di blog ini, dengan rasa sedih dan hiba hari ini saya mengumumkan dengan rasminya untuk menutup blog ini...Ampun maaf sekiranya ada tulisan yang menyinggung perasaan atau mengganggu fikiran.
Sebelum malam melabuh tirai..terima kasih diucapkan kepada sahabat dan rakan yang sudi mengunjungi blog ini..

Insyaallah, jika ada kesempatan dan umur panjang..kita jumpa lagi...di tahun depan..^:^

Selasa, Disember 29, 2009

JANTUNG TERHENTI

Hujung minggu lepas pergi tengok Kakak dekat asrama..Bila nampak muka Kakak terjengul dekat pintu jer adik-adik dia dah menjerit.."kakak! kakak!.."macam dah setahun tak jumpa..padahal tiap-tiap minggu datang asrama ..hiks..

''Mak! ngapa mak lambat sangat sampai..? cepatlah bawak Kakak keluar mak..!"

''Kenapa..?"

" kakak dah tak tahan sangat ni..tolonglah bawak kakak keluar mak..!!"

Jantung terhenti seketika..tak tau nak cakap apa..bermacam-macam perkara berlegar dalam kepala..Kena buli ker budak ni? Tak tahan duduk asrama ke? Susah sangat ke pelajaran dia? sekolah mana nak hantar pula lepas ni?..haihhh..! baru dua minggu...

Tarik nafass...hembus..!!


"Ok Kak..Cuba cerita kat mak, kenapa sebenarnya..apa sebab kakak nak keluar..?"

''Kakak nak MAKAN PIZZA..!! Jom lah gi Pizza Hut.."

" Hek Elehhh..nak keluar makan pizza rupanya...buat sakit jantung mak terkejut jer.."





Nikmat!..mujurlah cuma nak makan pizza jer...kalau tidakkk...mau tidur berdiri mak dia..

Khamis, Disember 24, 2009

PMR 2009

Alhamdulillah..!

Tahniah utk semua !

Murid-murid itu berusaha kuat..ibubapa mereka juga sangat menyokong..guru-guru membimbing sepenuh hati..Allah jua yang memakbulkan segala hajat..


72 org mendapat straight A's daripada lebih kurang 400 calon dgn 89.7 % lulus adalah pencapaian yg membanggakan bagi sekolah harian biasa seperti sekolah kami..Guru-guru lebih lebar tersenyum kerana kejayaan mengatasi pencapaian tahun lalu..klik..

Dalam keghairahan meraikan kejayaan kadang-kadang kita lupa nilai kejayaan seseorang bukan hanya setakat seberapa banyak seseorang itu mampu mengumpul A dalam catatan sijilnya..tetapi lebih dari itu, seberapa tawadduknya seseorang mensyukuri nikmat Allah meskipun hanya mencapai kejayaan yg kecil,berterimakasih kepada orang sekeliling yang menyokong dan membantu dan mendoakan kejayaan dan paling penting mampu merendah diri berdiri di samping sahabat-sahabat yg kurang berjaya sambil meroboh sifat angkuh dalam dada atas kejayaan ini.

Jangan lupa, kejayaan ini baru permulaan..Namun, keputusan yg baik tentu memerlukan usaha berlipatkali ganda utk mengekalkannya..


There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!

Rabu, Disember 23, 2009

HIBURKAN HATI

Jalan-jalan hiburkan hati anak..

damai senja hiburkan hati abah..

berendam hiburkan hati anak-anak lagi ..

dibuai bunyi ombak hiburkan hati sendiri..

Isnin, Disember 21, 2009

TEKA TEKI TEKUK


makhluk apakah ini..?

Setiap tahun baru biasanya orang akan buat azam..tetapi adakah mesti buat azam tiap awal tahun baru saja..? tentu tidak....azam boleh dibuat bila-bila masa...kalau kita ada kawan nama Azam pun kita boleh call dia bila-bila saja kan?











tadaaa..

kesian burung ni..sesat dalam rumah..tak jumpa jalan keluar..
--------------

Azam tahun baru ni tak nak sesat lagi setelah jumpa jalan keluar..;)

Rabu, Disember 16, 2009

LAYAN TEKAK



Jemput minum semua...malas nak ceritalah..nak layan tekak jer...




Alhamdulillah...!

Selasa, Disember 15, 2009

MEMILIH KEJU HALAL

Entry ini diambil dari blog pakar masakan dan novelis Norzailina Nordin
Mudah-mudahan dapat jadi panduan..maklumlah masa cuti sekolah ni asyik melayan tekak jer kerjanya..;D


MEMILIH KEJU HALAL


Terdapat pelbagai jenis keju dijual di pasaraya. Jadi, bagaimana memilih yang HALAL?

* Pastikan ada logo Halal dari pengeluar di negara berkenaan. Contohnya, keju dari Australia mesti ada logo Australian Halal Board. Begitu juga keju dari France, New Zealand dll.

* Rennet - bahan yang digunakan bagi
menukar susu kepada pepejal keju. Biasanya ia diperbuat daripada bahagian dalaman perut binatang seperti lembu dsbnya. Jikalau lembu tidak disembelih mengikut keperluan agama Islam, bermakna ia tidak Halal dimakan. Kebanyakan keju dari Eropah menggunakan rennet daripada binatang.

Hanya pilih rennet:
- microbial rennet (diperbuat daripada microbes, termasuk fungi dan bakteria)
- non-animal rennet (diperbuat daripada bahan kimia lain atau sumber bukan binatang)
- vegetable rennet (diproses daripada sumber tumbuh-tumbuhan)

* Kini sudah ada keju yang tidak menggunakan rennet langsung tetapi melalui proses pemerapan (fermentation).

* Keju lembut (soft cheeses) seperti krim keju tidak menggunakan rennet dalam pembuatannya.

* Baca setiap paket keju yang dibeli kerana ia mungkin Halal dalam bentuk sebuku (block) tetapi tidak Halal dalam paket yang sudah diparut (ready grated).

* Keju dalam bentuk serbuk (kering) seperti Parmesan juga mungkin tidak Halal, jadi, berhati-hatilah selalu. Parmesan sering dihidangkan di restoran bersama Caesar Salad atau Spaghetti Bolognese.

Isnin, Disember 14, 2009

MINGGU BARU

Aktiviti cuti sekolah

korbankan stokin sekolah tahun lepas...

My name is Jogi..I'am a frog..

My name is Melly..I am a snake..
My name is Hannah..demam panas rindu kakak ....huhuhu...

Ahad, Disember 13, 2009

KAKAK MASUK ASRAMA

OK..kali ni kisah benar..tajuk entry tak tipu punya..hihihi..

kakak minta fruit cocktail sebelum balik kampung..mujur tak minta makanan yang pelik-pelik..

Babai rumah...babai kawan-kawan...babai facebook..babai friendster..babai koleksi novel dan komik...babai bantal busuk..

Alhamdulillah....12/12/2009 kakak masuk asrama..bertolak dari kampung...diiringi tangisan pilu Izzah..huahuahuaaa...

..percaya pada diri..dengan harapan dan keyakinan ..oowwhh..!!


Rabu, Disember 09, 2009

PETUA BERJIMAT

Sejak awal minggu ni asyik berulang-alik shopping..Jusco,Tesco,Carefour,Giant,kedai runcit depan rumah ..semua tempat kujejaki...fuhh! ayat macam orang kaya-kaya..kellass..

Bukan shopping beli baju,bag tangan kasut baru....nehi!..nehi..! Nafas tengah sesak hujung tahun ni....Ini shopping nak bagi budak-budak ni bertenang..dah banyak sangat tenaga terkumpul budak dua orang ni...jadi,belikan kereta remote sorang satu supaya diorang boleh main jerit-jerit kat luar rumah..raket badminton yg baru beli minggu lepas tu dah bengkok diorang buat main lawan pedang....ha! baru tenteram sikit nk mengadap komputer..bijakkan makcik pinat...bijak..


Yang ni shopping persediaan nak pindah pulak..hari pertama shopping baldi,gayung,hanger,sabun,berus,penyepit baju, blablabla...

Hari kedua shopping bantal,selimut,cadar,kelambu,tilam,pingan mangkuk,periuk belanga,meja makan,sofa..ahhh..*tipu

Alhamdulillah..! Selesai satu urusan..
Mana petua berjimatnya..? sila cari sendiri..tidak terdapat dalam entry ini..

Isnin, Disember 07, 2009

MELEPAS RINDU

Nostalgia betul berjalan kaki melintas Jambatan Kota..masa kecil-kecil dulu mak selalu bawa kami beli baju raya dekat Klang..tempat paling best masa tu..

Yang ni pulak tempat lepak masa remaja..setiap petang Jumaat keluar asrama merayau ke Great Wall, Chi Liung Plaza, Emporium Makan dan Pasar Jawa..

Paling syahdu bila jumpa Pakcik ni..! Masih lagi gigih menjaja seperti dulu..

Perrgghhh!! Cendol kereta sorong depan Pasar Jawa..

Hilang rindu..!

Khamis, Disember 03, 2009

JIJI & IZZAH

Jiji ni abang Aliff ..umurnya sebaya dgn Izzah..sepanjang cuti sekolah ni Jiji duduk kat sini berkawan dengan Izzah. rumah Jiji ni bukan jauh sangat tapi bila dia duduk kat sini,Izzah ada kawan nak belajar..makin bersemangat pulak tu..bermain berdua tu tak usah kiralah..kalau dah ralit tu,makan pun tak mau..

Lepas solat subuh berjemaah jer terus mengaji tak payah disuruh..berlawan-lawan siapa yang paling kuat baca..kadang-kadang bacaan pun tak betul panjang pendeknya,tempat berhenti pun tak kena ..tapi baca sikit punya kuat penuh semangat..over confident la pulakk..maklumlah nak bertanding siapa paling cepat khatam..

Lepas mengaji buat homework matematik sementara nak pergi tuisyen..Jiji nampak lebih cekap mengira berbanding Izzah..Izzah lambat sikit mengira sebab dia kata jari dia tak cukup 15 batang..macamana nak jawab soalan ni..?

Balik dari tuisyen kena singgah beli jajan dulu..barulah lengkap..sebagai syarat untuk 'sempurnakan harimu'...kalau tak nanti sepanjang hari Izzah merengek ..lagi pun pagi tadi sarapan roti dengan sup cendawan kimball jer..mana tak lapor..

Petang ni cadang nak hayun reket badminton tapi hujan pulak..main games jerlah yer..sempat jugak Jiji chat dengan mak dia..tak per..kasi peluanglah..nanti rindu pulak mak dia kan..

Kepada emak Jiji yg sedang skodeng blog ni..bersabarlah yer..anakmu selamat dalam jagaanku..rajin pulak tu belajar...ada harapan dapat jadi best student penggal depan..huahuahua.. ..hanya kalau dia over melompat-lompat atau terpekik-terlolong tu..selamat jugalah ku jerkah sambil jegil-jegil mata..alah!..mak long jegil mata jer..bukan korek bijik mata Jiji pun...;PP

Selasa, Disember 01, 2009

ANAK OH ANAK..


Raya dah habis....

Makan kenduri pun dah habis...tunggu undangan minggu depan pulak..;)

Jadi minggu ni bermula operasi mengemas rumah..bungkus baju-baju sekolah budak-budak yg dah tak boleh pakai..beli baju dan kasut sekolah baru, simpan buku tulis tahun lepas..beli buku baru..balut buku SPBT utk tahun depan..arrhhh...!! rutin bulan Disember dah bermula..!

Anak oh anak..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin