Khamis, Julai 30, 2009

RAHSIA DURIAN

Urrghh!! TAJUK ENTRY MESTI GEMPAK..!

Bangun tidur pagi tadi rasa berdenyut-denyut kepala...sakit sampai terfikir-fikir nak ambil MC..ambik..tidak..ambik..tidak...akhirnya start kereta dan vroommm...Alhamdulillah..sampai juga ke destinasi meskipun berkerut dahi sepanjang pagi .Mujurlah hari ni murid-murid exam,jadi tak banyak sangat kena bercakap.

Mula-mula tu rasa macam nak salahkan kambing panggang ni..tentu dia punya pasal sampai senget kepala ni..tapi bila fikir balik macam tak logik pula ..takkan makan kambing panggang kenduri aqiqah tengahari Ahad lepas baru terasa bahananya pagi Khamis..lagi pun kambing tu tak bersalah..sungguh tak adil kan..

Ini tentu sebab membelasah durian malam tadi!
nampak gayanya sejak akhir-akhir ni makan durian pun boleh sakit kepala dan sengal belakang tengkok..apakah itu tanda......?? owwhh!! tidak...

Lepas ni makcik janji berhati-hati bila nak durian lagi..malam semalam tu pun terlajak sikit jer..ingat nak makan tiga ulas ..tapi sebab anak-anak semua tidur dan kesian pulak tengok durian tu terbiar sepi..makcik bahamlah tiga biji.....alahh..tiga biji jer...
Tu pun boleh buat pening kepala jugak ker?

Jumaat, Julai 24, 2009

VITAMIN R SUDAH MENJELMA

Jumaat yang ceria !
Berkat pertolongan sahabat-sahabat yang hebat dua buah program yang dirancang hari ini berjalan dengan lancar..Alhamdulillah. Kadang-kala bila kita merasa kesempitan tanpa disangka-sangka Allah mengirimkan sahabat-sahabat yang baik untuk membantu..Itulah yang berlaku hari ini.

Mungkin kerana fikiran dah terasa lapang,vitamin R yang bersembunyi di celah awan biru kini menjelma seakan mengusir jauh virus M yang sekian lama bertakhta. chewwah..tetiba ayat macam nak buat cerpen pulak..

Sepetang mengemas dapur,lap pintu kabinet, cuci peti sejuk dan sental singki,periuk,belanga...fuhh! sakit pinggang wei...
err..cakap banyak lak....belajar munafik la tu...sebenarnya yang mengemas tu my PA..yang tukang beri arahan tu Puan Pinat..mengaku jer lah..

Tapi kek carot ni dah tentu lah air tangan makcik...jangan tuduh makcik pemalas yer...tak baik tau..bukan sebijik..nah ! dua bijik you..boleh tengok sendiri gigih ke tak gigih ...hadoi!

Kek coklat kukus ni moist lah sangat ..First time buat dalam kukusan berlubang tengah macam ni..sekali jadik cantik dow!.selalu tu buat dlm loyang bulat dia jadi retak kat tengah...kali ni cantik lah body dia...Boleh jamu orang jauh yang datang esok..ahaks!
Buat kek dan kemas rumah beriya-iya ni sebenarnya nak sambut tetamu... kalau tidak...eermm...rajin lah sangat...

Resepi?


Selasa, Julai 21, 2009

OMPOMPUAN

Minggu ini terasa letih betul..bermula dari hari Ahad yang sibuk dengan sukan di sekolah Abang dan Izzah, ditambah pula seminar parenting di Pusat tuisyen kakak..bila sampai hari Isnin jer dah rasa macam tak cukup oksigen. Tercungap-cungap..

Alhamdulillah..pagi Isnin yang cerah dapat pula hadiah sempena Minggu Pusat Sumber pulak..Wah! riak sekejap..dah lupa dah hari tu masuk pertandingan apa ntah..tetiba diumumkan menang kategori guru ! Hadiahnya hampir sama dgn hadiah tahun lepas..bersyukur jer lah..bukan senang tu nak menang dua tahun berturut-turut..

Hari ni dating berdua dengan kakak..mcm biasa bila keluar berdua ibu dan anak gadis, tempat yang dituju tentulah tempat ompompuan! Lepas selesai shopping barang-barang anak dara , pihak penaja pun berkecut hati menghabiskan sisa-sisa kepingan rimau di Laksa Shack..Macam biasa kalau kat situ mesti order laksa sarawak yang perghh! dan kakak mkn nasi kerabu ayam percik. Syiok jer makan..tak sedar kat luar hujan lebat!

Malam ni nak buat roti lagi..nampaknya enjin dah mula panas ni...kena kayuh laju-laju sikit..kalau tidak, takut berkarat pulak gajah putih ni..

Sabtu, Julai 18, 2009

GELOMBANG KUNING PAGI SABTU

Program yang pada mulanya dijadualkan di PGA Cheras di tukar tempat pada saat akhir..bagus! tak payah drive jauh-jauh..buat kat sekolah jer..yang penting makan sedap! Baju dan bag free pun dapat..lupa sekejap hari ni hari Sabtu...lalala..

Santai saja hari ni....Sesi urut mengurut menghilangkan stress..


Sesi mencari peserta paling macho..ada yg dah tak sabar-sabar nak tunjuk kemachoannya...orang lain yg kena panggil , dia pulak yang terjun cat walk...hahaha!..gelak sampai putus urat kentut..

sesi berkokok paling tak boleh blah..rasa nak jatuh pankreas, bergegar modula oblongata menahan ..respek beb..! Boss makcik tuu!!!

Selasa, Julai 14, 2009

BIJAK HANNAH BIJAK..

Mana abang ni..?

Abang! cepat lah....

jom solat sama-sama..ikut Hannah yerk..

Hannah jadi imam..abang jadi makmum..

Sabtu, Julai 11, 2009

MATI SEMUT KERANA GULA


Alhamdulillah..dah lama tak makan halawah ni akhirnya dapat juga makan segigit dua..Halawah Saudi yang manih leting ni kalau makan dengan qahwah arab yang pahit tu memang masyukk..tapi kalau makan kunyah-kunyah macam makan kuih wajik hari raya tu sambil tengok tv memang paras gula dalam darah bukan saja naik mendadak..tapi juga melompat terkinja-kinja dibuatnya..dua hari melekat rasa manis dia kat tekak..
Masa mengandungkan Hannah adalah masa yang paling perit berbanding mengandungkan anak-anak yang lain. Agaknya faktor usia dah meningkat,masa ni lah kena diebetis..Setiap kali nak makan nasi mesti kena inject insulin dan makan nasi pun bercatu.Paras gula memang tinggi dan doktor bukan saja tak bagi makan makanan dan minuman manis , segala jenis buah-buahan dan sumber karbohidrat pun kena kawal..Punyalah seksa..dah lah tekak masa tu tu rasa nak makan jer..Usah kata makanan dalam pinggan, tengok gambar atau bercerita pasal makanan pun boleh menitik-nitik air liur....

Alhamdulillah, lepas Hannah lahir tak ada pulak diebetis tapi kenalah juga berhati-hati. Sekarang bukan semut saja yang mati kerana gula, manusia pun ramai yang mati kerana penyakit gula..

Dua hari ni asyik tulis entry pasal mati jer..
apakah..?

Khamis, Julai 09, 2009

MATI

Nak cium bau dia?

Nak..! nakk..! nakk..!

Yuck! laa..macam ni rupanya bau kapur barus, serbuk kayu cendana..

Ikut nasihat ustaz,
Pastikan aurat tertutup, aib tersimpan..

Antara tanda-tanda orang beriman ialah mati dalam senyum...

Mati adalah pasti..hidup Insyaallah...

Sabtu, Julai 04, 2009

GIGI



Semangat betul nak tampal gigi pagi ni..awal pagi lagi dah bersiap nak pergi..padahal klinik gigi Tiew tu pukul 9.30 baru buka. Mula-mula tunjuk gigi taring yang terserpih masa makan daging liat minggu lepas..ingat nak tampal sebatang tu jer..tapi mata doktor tu terang betul lah..boleh dia nampak ada sebatang gigi geraham kanan berlubang..eehh..tuan punya gigi pun tak nampak tau !..hehehe..

Hidup terasa bertambah nikmat tengahari tu...


Alhamdulillah..!

Khamis, Julai 02, 2009

UBAT SENGAL TULANG

Minggu lepas kami bekerja keras menyahut seruan kerajaan "Luangkan masa 10 minit seminggu." membersihkan pokok-pokok dan sampah sarap di keliling rumah.Takut juga kalau rumah kami jadi pusat pembiakan nyamuk aedes ..lagilah takut kalau ada ahli rumah yang kena demam denggi..tak pasal nanti kena check in kat hospital pulak..

Suasana gotong -royong tu meriah betul.Ada yang menyapu sampah,ada yang membersihkan rumpun serai,ada yang mencantas dahan mangga dan jambu yang dah merimbun umpama pokok di hutan.,ada yang membaja pokok,ada yang menyiram pokok dan ada juga yang bercakap dengan pokok. Mujurlah pokok tu tak berborak sekali..

Selepas hampir tiga jam memerah keringat, siaplah semua tugasan dengan jayanya..Ya, rekod masa yang dicatat adalah tiga jam..dan bukan 10 minit...iklan kat tv tu adalah tipu..fuhh!..sakit badan dibuatnya..rasa berkeriuk tulang temulang..dan rasa nak tertanggal skru sendi..Mujurlah ada pengubatnya..

Makan kuih mochi sambil tengok Hagemaru!

Jiwa masih dijajah Jepun..? apakah..?

Rabu, Julai 01, 2009

TAG LAGI..

Syarat-syarat penerima :
1) Letak dalam Blog anda.

2) Letak link orang yang kasi award ini.
- Terima kasih meEn.
lain kali kasi lagi erkk...

3) Awardkan kepada kawan-kawan lain.
-kak Rina
- Fara
-Cik Lie
-kak Anie
-dilabangi

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin