Khamis, November 27, 2008

BUBUR ABANG



Bubur abang ni bukan abang yang masak..abang tu maksudnya merah..(walaupun sebenarnya bubur ni bukan berwarna merah )

Bubur nasi yang lemak manis hasil gabungan beras,santan, dan gula merah diadun pula dengan sedikit garam dan gula serta pandan wangi adalah makanan tradisi orang Jawa sebagai lambang kesyukuran.Disebut'among-among'.Biasanya dibuat sebagai meraikan hari ulangtahun kelahiran,lulus periksa ,selesai majlis perkahwinan atau berkhatan atau juga selepas selesai sesuatu pekerjaan besar..zaman dulu bubur abang dimasak selepas panen iaitu selepas selesai menuai padi..

Bubur abang dimasak dalam dua periuk.Satu bubur nasi bercampur santan dan gula merah. Warnanya hitam kecoklatan..Petua untuk mendapatkan warna coklat hitam yang anggun dan mempersona ialah menambah sesudu dua kicap manis.Seperiuk lagi bubur nasi yang di campur santan dan sedikit gula pasir menghasilkan warna putih melepak.

Ada dua cara menghidang bubur abang ini..Bubur putih diletak di tengah-tengah bubur gula merah macam dalam gambar tu..menandakan majlis itu meraikan anak lelaki seperti berkhatan atau harijadi anak lelaki.Sebaliknya jika majlis itu meraikan perempuan contohnya kejayaan anak perempuan pula maka bubur gula merah di letakkan atas bubur putih.Simbolik kan..

Kalau meraikan lelaki dan perempuan contohnya pasangan suami isteri diraikan selepas balik menunaikan haji..maka boleh juga bubur abang itu dihidangkan sesuka hati mengikut citarasa orang yang membuatnya...hahaha...siapa peduli..dah masuk dalam perut nanti jadi satu warna juga!!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah!. ini peberet aku nih. blh aku bawa mangkuk tepen? hehe

Shazwani Adnan berkata...

salam.

salam singgah. nampak sedap.. Rasa macam nak cuba buat plak.

en_me berkata...

teringat dulu kecik2 soh bonda me buat bubur abang maser arijadi me.. uhuhu

HABIHA69 berkata...

Waah..terserlah lah hari ini resepi JAWE...adat budaya dilupa jangan, nih nak kena mintak embah I buatkan lahh minggu nih..TQ cikgu PiantB mengingatkan saye di masa silam..

Uncle berkata...

Nampak macam best and of course rasa pun mesti best ni!

Uncle

Tepi Sungai Batu berkata...

Pak Man belum pernah makan lagi tapi nampaknya sungguh menyelerakan.

PINATBATE berkata...

CJ..
mangkuk tepen? sayang sekali dah habis...


WANIE..
senang saja membuatnya..bahan pun mudah..boleh ganti santan dengan susu...dari nenek tua sampai ke baby pun boleh makan..


en-me...
saya pun buat bubur abang masa harijadi anak-anak..diorang suka makan..mudah hadam gittew...

PINATBATE berkata...

HABIHA....
hehehe...takkan hilang jowo di dunia..


UNCLE...
memang best...lagi-lagi kalau baru keluar dari peti sejuk...elok untuk pulihkan selera orang baru baik demam..


PAK MAN..
sedap itu kan subjektif...orang yang tak biasa makan mungkin rasa bubur nasi begini macam makanan bayi jer...sesekali cuba ganti laksam dengan bubur abang..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin