Cepat betul masa berlalu, tak sedar dah sampai hujung Ramadan rupanya.Mudah-mudahan amalan kita diterima Allah dan beroleh kemantapan iman dan amal selepas sebulan melalui madrasah Ramadan kali ini.
Malam tadi kena giliran bawa moreh ke surau. dah petang baru teringat, mujur ada sebiji sukun dari kampung.Apalagi..zaass..goreng dengan tepung rangup Adabi , asingkan 4 keping utk orang kat rumah berbuka .Geram tul..yang kat rumah langsung tak ada siapa usik..syukur sebekas yang bawa ke surau, licin... Alhamdulillah.
Riuh-rendah kat rumah ni bila cuti berkumpul semua.Pusat lepak depan tv penuh dengan bantal,buku cerita,pensil color..mujurlah puasa..kalau tidak nasi goreng pun diorang usung depan tv..Paling kecoh tentulah budak yang tak puasa ni..ke hulu-ke hilir gigit biskut...
Alhamdulillah,akhir Ramadan tahun ini bertepatan dengan cuti sekolah..jadi dapatlah cuti lama sikit menjelang Syawal.Tahun ini tak buat biskut raya macam
dulu. Buat kuih 'point and pay' saja..Tapi macam tak best lah..tak ada bau! masa tengah taip entry ni ada bau bakaran biskut sepoi-sepoi bertiup dari rumah jiran sebelah..alahai..seronoknya..baru terasa macam dah nak raya..
Tajuk kat atas tu ..? no bake lahh...;DD
Maaf zahir batin