Isnin, Disember 27, 2010

KE PULAU MARINA

Hujung minggu ke Pulau Marina..naik jambatan baru ni..saja nak cuci mata..minggu depan dah nak masuk sekolah..huhuhu..

 Nampak gayanya resort dan hotel dah mulai ramai pengunjung

tapi kedai-kedai masih belum dibuka sepenuhnya

Tapi kat kompleks jeti nampak dah banyak kedai dan restoran di buka..

Cantik pemandangan kat pulau ni dan banyak tempat-tempat rekreasi yang sedang di bina..
Teringin pulak rasa nak naik basikal sambil menyandar macam ni..

kalau dapat memancing kat sini best jugak..

Tak pun cari tempat yang banyak ikan mcm pakcik ni..best!..angin sepoi-sepoi..

Sempat abah temuramah pakcik tu..sambil mak ambik gambar..hohoho!wartawan kann..
Ingatkan udang-udang  tu hasil tangkapan dia..rupa-rupanya umpan!

yang ni muka sedih tak mau balik ..tak apa..nanti kalau pembinaan pulau ni dah siap sempurna sepenuhnya kita datang lagi okey..
Nak tau kami pergi ke mana hujung minggu lepas?

KLIK http://www.marinaisland.com/

Khamis, Disember 23, 2010

PMR 2010

 Alhamdulillah,peningkatan yg baik PMR tahun ini dgn 75 calon straight A's..yg paling penting adalah bagaimana untuk memanfaatkan ilmu yg ada untuk menjana keberkahan dan kelangsungan kecemerlangan rasa taqwa dan syukur yang berpanjangan kepada Allah.
p/s:
Jangan pandang rendah pada mereka yang tak dapat cemerlang,
mereka mungkin cemerlang 1 hari nanti...InsyaAllah...

Sabtu, Disember 18, 2010

LEMBUT GUSI DARI LIDAH

Semalam shopping baju sekolah anak-anak.Siap dah semua..tinggal kasut jer tak sempat beli. Buku-buku tulis pun dah beli minggu lepas.Lega rasanya ..kekonon tak nak lah kelam-kabut bila dah nak buka sekolah nanti baru terhegeh-hegeh beratur kat kedai buku sekolah ... pas tu bersesak-sesak shopping baju sekolah..biasalah..strategi pengurusan masa mesti cekap kann..*riak ;P

Alang-alang bebudak tu dah bersemangat baju baru,bag baru semua,balik rumah terus check buku teks yang diorang dapat sebelum cuti sekolah hari tu.Tengah sibuk balut buku tiba-tiba Izzah tunjuk beberapa helai kertas celah buku BM..
Mak..Izzah lupa cikgu ada bagi home work..
Laa..! buat cepat..tu lah..cuti asyik main jer..blablablabla..(..membebel apa ntah..)

Lepas terkebil-kebil kena bebel Izzah pun mula buat home work..duduk sebelah abang yang tengah tulis nama dekat buku teks dia.tiba-tiba dengar dialog dua beradik tu..


Izzah: Abang apa maksud peribahasa "lembut gusi dari lidah?"
Abang: Oohh..orang tu sakit gusi tu..


Lepas tu dengar diorang gelak mengekek sambil jelir-jelir lidah.Malas nak menyampuk sebab dah penat membebel tadi.biarkan jer lah..Lagi pun Hannah tengah bising nak susu..nak susu..

Setengah jam kemudian masa check home work Izzah, rasa nak kejang urat saraf bila baca dia tulis..

"lembut gusi dari lidah"
 ertinya sejenis penyakit merbahaya yang menyebabkan gusi yang keras menjadi lembut seperti lidah.




Rabu, Disember 15, 2010

PLAN TIDAK MENJADI

 Plan A nak kemas rumah..hujung minggu ni ada tetamu nak datang,rumah dah macam tongkang pecah..ehh..macamana rupa tongkang pun tak tau..tak pernah nampak sebenarnya..Plan B nak berguling-guling mengulit baby Irfan sambil baca majalah atas katil.Uihh! nyamannn jer plan B ni..

 Tengah sapu lantai tetiba tersangkut pulak depan tv tengok The Biggest Loser Asia. Bila dah tersangkut macam ni hilang segala plan A,B,C,D,E..semua plan tak boleh pakai dah..Tengok budak Raj yang menang tu humang aii..dah rupa model pulak. Terus bersemangat nak bersenam.

Ehh!! Tengahari ni nak makan buah-buahan jer lah..untung-untung boleh kurus..

 **Sebenarnya dah tengahari ni..malas nak masak..huhuhu..

Isnin, Disember 13, 2010

SPIRAL POTATO PUNYA CERITA

Ceritanya bermula begini..jeng..jeng..jeng...Please..buat-buat suprise. Kami selalu beli potato spiral ni kat Pantai Jeram. sebiji dua hengget.setiap kali beli mesti tak cukup sebiji seorang..sebab anak-anak suka sangat lah.

Masa dekat Pengkalan Balak,Melaka hari tu kami jumpa ada makcik jual potato spiral ni harganya sebiji seringgit. Wah! sungguh berbaloi-baloi..Jadi anak-anak ni berulang-ulang beli potato dekat makcik ni.Punyalah bahagia masa tu..hingga mereka dan keluarga mereka terlupa rupa-rupanya dah dekat sekilo makan potato dan duit mak diorang yang jadi tukang sponsor pun dah tinggal dua tiga helai jer..Ya ampuunnn..
    Gambar potato Pengkalan Balak yang jadi pojaan tu..
Demi masa depan yang lebih cemerlang saya pun mencari maklumat kat mana nak beli mesin pemutar kentang   sekali kau hah!..setelah berfikir-fikir  isyy! tak jadilah nak beli mesin tu..tak berbaloi pulak setakat nak makan anak beranak...lainlah kalau nak buat bisnes kentang kat kantin sekolah kan...baru gempak..mesti laku punya..;)

Ohh! Tiba-tiba pagi tadi tanpa disangka-sangka kawan saya Liza yang sedang bercuti sambil membuat kajian makanan dan pemakanan di Fukouka,Jepun telah menunjukkan sebahagian hasil penemuan barunya di SINI Wah! apalagi..tanpa menoleh kiri dan kanan saya pun terus berlari laju menuju kedai runcit membeli kentang.Vromm..! Ehh..macam cerita kartun pulak... hasilnya..


Hasil kali pertama...kentang goreng celup tepung tempura.

Selepas hampir sepuluh biji kentang menjadi bahan ujikaji barulah saya dapat menghasilkan kentang spiral yang nipis sekata dan kini saya faham pepatah Jawa yang mengatakan practise make perfect.

Hannah dah ready nak ngapp..mak kata..jap! jap! nanti mak ambik gambar dulu..!
Alhamdulillah,seronok anak-anak makan dan puashati dapat buat potato putar sendiri.Kepada Liza diucapkan terima kasih dan ingatlah pantun ini,..
                                         kalau ada sumur diladang,
                                         boleh kita menumpang mandi,
                                         kalau ada teknik masak yang senang,
                                         boleh kita berkongsi lagi.

                                                              Jemput makan !

Rabu, Disember 08, 2010

APA ADA DI MUARA SUNGAI DUYUNG

Mungkinkah ada ikan duyung yang jelita di situ? Yang pasti waktu kami sampai banyak betul kenderaan masuk ke Medan ikan bakar ini.Dari jauh dah terhidu aroma ikan bakar yang mencabar kedamaian jiwa. .Angin pula bertiup sepoi-sepoi...huhuhu..nyaman !
 
Ouhh  ! sayangnya kami sampai dah malam jadi tak nampak suasana nelayan menaikkan ikan.

Mujur juga terlihat bot nelayan berhampiran restoran, tak lah rasa kecewa, terkilan ,kempunan sampai nak masuk batu belah batu bertangkup lak ..

Ahaa..! Siakap 3 rasa sebelah jer..sebelah lagi minta bakar plain saja cicah dengan sambal kicap special..satu lagi specialnya kat sini tak ada nasi putih, tapi ada nasi lemak bungkus yang sanggaatt sedap.
Udang yg sangat fresh tapi butter prawn ni anak-anak tak gemar sangat sebab tak ada "telur tali-tali"
macam kat Tupai-Tupai  dan  SINI.Nak buek camano..eyyhh! memilih lak bebudak ni..

Pepahat masak halia..sedap dan saiz besarr punya..puas hati makan.Sebelum ni pernah makan pepahat kat Bagan Lalang ..saiznya kecik jer..

Chilly crab lagikk..sedapnya sambal dia ..kalau tak ada orang tengok rasa macam nak jilat piring..kikiki..

                                           yang ni apa? kepah erkk..first time makan..

Buat ada-ada jer sayur campur ni..jangan sampai tak ada sayur katanyaa..padahal dah meratah seafood tadek sapa nak makan sayur haih! Makkk juga tolong habiskan...makanan seimbang kann..

Air tembikai sejug + fresh orange sejug..sedap seyy..! rasa nak order sejug lagi air buah ..mujur ada orang ingatkan.."Dah ..dah lah tu..nanti malam takut ngompol.."

Iklan khidmat masyarakat:
Muara Sungai Duyong

Medan Ikan Bakar
KM4-5,Jalan Padang Temu,
Permatang Pasir,
75460 Malacca.
Halal
Tel: 017 7794215
Opening hours: 5pm – 12am

Isnin, Disember 06, 2010

1432 HIJRAH @ KUALA SUNGAI BARU


SALAM MAAL HIJRAH 1432 . Mudah-mudahan hidup kita akan lebih bahagia pada hari-hari mendatang  dan sentiasa diberkati Allah .

Baru balik makan sup tulang yang sedap kat restoran Lily Simpang Balak.Memang biasa makan kat situ tapi kali ni nak jamu Kakak makan ayam goreng kunyit dgn sotong tepung kesukaan dia tiap kali ke sini. Minggu depan Kakak dah nak balik ke asrama..jangan sedih makan nasi kawah lagiii sedap dan berkat.Sabar yer Kak..

OK, sekarang nak tayang gambar makan-makan kat Kompleks Medan Ikan Bakar Kuala Sungai Baru masa perjalanan balik dari Melaka . Tak habis lagi cerita melaka rupanya.kehkehkeh..The journey to Kuala Sungai Baru took us nearly an hour, by passing Klebang, Tanjung Kling, Sungai Udang, Masjid Tanah and Pengkalan Balak.Tetiba cakap jawa ni apehal?

      Seronok nampak nelayan balik petang dengan hasil tangkapan..
 Hannah suka betul ambil gambar buat aksi mulut herot
Menara Restoran Terapung yang cantik waktu matahari berlabuh.

                                                                         fresh!
kesukaan Kakak..babai! kat asrama takkan jumpa sotong goreng celup tepung..sobsob..

Tak boleh nak cakap apa lagi dah kalau muka dah macam tu punya sengih...Alhamdulillah ala kulli hal.

Rabu, Disember 01, 2010

TERIMA KASIH BUJAL X

Ready..jom  jalan-jalan dgn Irfan..

Wah! berjaya akhirnya memasukkan gambar macam yg Bujal ajar..Terima kasih cikgu ..

Istiadat jejak  kaki ke bumi..

OUT OF SPACE

Minta tolong kawan-kawan..Help! Help!
Masa saya add image kat blog keluar mcm ni :

Whoops!  You're out of space.  You are using 100% of your 1 GB quota for photos.

macamana nak buat? perlu kah delate gambar lama..? Ayoyo..Blog dah masuk 3 tahun lepas tu letak gambar banyak-banyak pd setiap entry kan..patutlah jadi gini..sudah peninglah..
So, ini gambar-gambar yg last lah kiranya..lps ni tadek gambar lorr...sehingga masaalah dpt diselesaikan.

Tak sah pergi Melaka kalau tak ambik gambar depan ni..

 berteduh di bawah pokok Melaka macam Parameswara zaman dulu

gaya  pelancong mesti ada..baru ada klasss..haih!

                                         

Selasa, November 30, 2010

MUZIUM LEBAH PULAK

 Muzium ini mengumpulkan koleksi berbagai jenis lebah dan tebuan seluruh dunia..


 Tak habis-habis aksi dia ..



Ni time yg paling best..boleh rasa macam-macam jenis madu sampai kenyang..

Isnin, November 29, 2010

MUZIUM ORANG ASLI

Bawa anak-anak pergi muzium masa cuti sekolah sebenarnya adalah salah satu cara save budget mendidik dan mengenal jati diri.Cuma kena banyak sabar sebab Kakak akan baca semua maklumat dalam muzium satu persatu lepas tu belek gambar lama betul..tanya itu ini..mujur dia tak mencatat sebab dia kata serupa macam kat buku sejarah tingkatan 1..^---^

 Abang tekan button sana sini sambil menghafal nama suku kaum  penempatan orang asli di semenanjung..Temiar,Semai,Jakun,Mahmeri,Jah hut,Temuan,Senoi..bla bla bla..ntah apa-apa lagi lah Abang kata..Ehh! sama macam kat dalam buku Kajian Tempatan laaa...ayyoyoo..budak ni..haih!
 Seram la pulak tengok patung pengantin ni..
 Yang ni menggedik buat-buat seram..padahal tak seram pun..
Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. 

 Alat-alat memasak..Abang tanya "Orang Asli buat lemang macam kita ker..atau kita yang buat lemang tiru Orang Asli.."?

Ok..lepas ni kita masuk muzium yang lain pulak yer..;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin