Selasa, Jun 30, 2009

BELASUNGKAWA

Mereka anak-anak yang tabah dan kuat semangat...sebab itu Allah menguji mereka dengan dugaan yang hebat.


Lynn & Farhan


Bad


Afiq & Afiqah

Jadilah anak soleh yang sentiasa bertakwa kpd Allah dan berbakti kepada ayah.Kenanglah didikan ibu dan segala kebaikan yang ditinggalkannya.Sentiasalah berpegang pada redha Allah saat menempuh musibah kehilangan ini. Menangislah..pecahkan batu yang menghimpit rasa..kemudian bangun dan lihatlah dunia luas di hadapanmu dengan yakin dan semangat juang yang tinggi.Carilah hikmah Allah disebalik ujian hebat ini.

Cukuplah Allah sebagai Penolong dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung.


Firman Allah bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 157)


Rasulullah SAW pernah ditanya:

"Ya Rasulullah, siapakah paling keras mendapatkan ujian? Baginda menjawab: Nabi dan pengikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat, maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah, maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Jumaat, Jun 26, 2009

TAG


Terima kasih kepada sahabat ku MOKNIK aka MRS NOR kerana sudi mengirim tag dari jauh..alahai..buat syusyah syusyah jer...



1. Copy badge "2009 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..


Moknik ni saing ambo masa hangat berforum kat forum CARI ..Ambo masih simpe lagi jam dinding kayu berukir ayat kiriman Moknik..terharu raso hati mengenang keikhlasan Moknik..Moknik ni rajin sungguh nyimpe ..comey rumoh dio..tok serupo pondok ambo..

Fakta tentang diriku

1.Pemalu..tu pasal tak berani letak gambar sendiri dlm blog ni
2.Pemalas..selalu buat kerja last minute
3.Pemandu berhemah..mencilok bila perlu shj..bila dah lambat nak pergi kerja misalnya..
4.Pendiam bila berjumpa org yang tak dikenali..jarang memulakan perbualan,tapi kalau dah mula..non stop lah plak
5.Pengguna produk HPA halalan thoyyiba..sapa nak boleh order..whahaha!
6.Pelawak amatur..orang kata lah..

Hobi diriku

1.Masak dan makan makanan manis dan berlemak..huhuhu...
2.Membaca buku,majalah,blog orang seantaro dunia..apa-apa jer lah selagi boleh baca..kadang tak faham pun apa yg dibaca..
3.Melancong dan melencong
4.Menemubual orang-orang tua utk mengetahui cerita dan pengalaman masa lampau
5.Menonton kartun dgn anak-anak

Penerima award seterusnya

1.Liza ..sahabatku yg jauh di mata dekat di hati


Selasa, Jun 23, 2009

MENJAGA HARTA

Gempar!!Kisah benar!


Kereta putih yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh tuannya ini ditemui di depan kedai runcit depan rumah kami...mula-mula nampak tu rasa nak gelak..tapi kemudian rasa terharu lah pulak..macam-macam cara orang nak jaga harta kan..


Harta dan Maruah adalah dua dari lima perkara keutamaan (Dharuratul Khams) dalam Islam. Perkara-perkara yang lain ialah Nyawa, Agama dan Akal.Sesorang yang ditindas haknya tidak boleh sekadar berdiam diri bahkan wajib mempertahannya.

Hari ini mesyuarat AJK kewangan sekolah bermula jam 2.30 dan berakhir jam 4.00..berdenyut kepala tok sah cakap lah..dah lah cuaca panas..rasa nak berendam jer dlm air..tapi tu lah..bimbang nanti orang confius pulak..tak kenal yang mana satu mak badak..yang mana satu mak pinat..sebab dah sama jer bentuk paras dan saiznya..


Menghayati hening pagi di Pangkor

Banyak perkara yg mesti diambilkira apabila menguruskan harta sekolah ni..ia bukan sekadar bermain dengan angka tetapi yang lebih penting ialah sejauhmana amanah melibatkan wang untuk keperluan murid dan sekolah dapat dilaksanakan dengan telus dan mencapai matlamatnya. Pengalaman adalah universiti kehidupan.


OK..
Esok dah masuk bulan Rejab..bulan yg baik utk melatih diri berpuasa sbg persediaan menyambut Ramadan.Antara peristiwa yg berlaku pada bulan Rejab ialah
  • hijrah yang pertama
  • Isra' dan Mikraj
  • Perang Tabuk
  • lahirnya Imam Syafie
jom bangun sahur mlm ni..

Ahad, Jun 21, 2009

PANGKOR

Lepas tidur nyenyak mkn ikan bakar..paginya pulak masa untuk mandi ..yeah!
Dua tahun lepas kami naik bot ni RM 35 jer..sekarang dah naik harga..RM 45 !..laju betul abang baju hijau ni bawa bot....

Pukul 7 pagi dah naik bot utk island hopping..memang rancang awal pagi sebab waktu tu redup dan tak ramai org lagi..
kakak duduk depan sekali..bot bawa laju pulak tu..suspen jer muka..

sejuk...
bagi ikan makan roti..leka tengok ikan-ikan tu berebut..macam-macam warna..


Pulau Batu buaya..nampak batu tu macam buaya ker?
Maha Suci Allah menciptakan alam ini penuh dengan keindahannya.

Monkey Island..ada temple yg dijaga oleh kerajaan monyet..meriah ! kami tak turun pun kat sini sbb tujuan kami nak ke Coral Island..
Rata Tengah

Dah sampai..! line clear..tak ada sesiapa lagi sampai kat pulau ni..yes! pulau ni kami yg punya..!
Nampak benda hanyut ni pun budak-budak ni hairan bin takjub..

ombak bukan biru
Hannah main masak-masak..


masa mandi tak ada sapa nak ambil gambar..semua dah masuk dalam air..
Bila matahari dah panas..ramailah orang datang Coral Island ni..tak kisahlah..kami pun dah puas mandi dan dah lapar..

Akhirnya..selepas dua jam kami pun balik..tu pun jenuh pujuk Hannah tak nak keluar dari air..

Sampai pantai Teluk Nipah..main gayut-gayut lepas tu terjun tiruk pulak..


Letih..tapi seronok!

Sabtu, Jun 20, 2009

LUMUT-PANGKOR

JJCM masa cuti sekolah baru ni tak jauh..cuma lepak kat tempat kerja abah jer..esoknya melangkah jauh sikit, naik feri ke Pangkor..nak mkn ikan bakar..





Esoklah letak gambar island hopping .. ngantuk lah pulak..

BYE BYE

Hari ni ada LADAP di PGA,Cheras. Lepas sarapan boss bagitau berita gembira..Rasa macam nak melompat suka . Satu beban berat sudah diangkat dari batu jemala patik..syukur Alhamdulillah! Walaupun baki kerja tu dah tinggal setengah tahun jer lagi tapi syukurlah ..akhirnya permohonan yang diajukan awal tahun tu dapat juga pertimbangan dari boss...Minggu depan ni nak serah tugas pada orang baru..lagi cepat lagi bagus...kalau boleh nak serah segala fail malam ni juga.

Tengahari tu terus jer heret my darling pergi pasar komputer. Kat mana lagi kalau bukan kat Low Yat..jam giler pulak tu depan DBP..tak kisahlah asal dapat dating berdua.
Tengok laptop dan digital photo frame sambil berangan ..turun naik escalator lepas tu pergi acara paling penting.





Demi muafakat dan perpaduan sejagat segala diet dan kalori hendaklah diabaikan semasa berdating.

Khamis, Jun 18, 2009

HADIAH

Semalam sewaktu berjalan keluar dari kelas 3 Kreatif ada seorg anak murid menghulur hadiah..alas meja satin bunga biru..baru balik dari Beijing katanya..kebetulan tak lama lepas tu ada seorang murid lelaki pulak hulur kurma dan kekacang dari Mekah.
Alhamdulillah..macam tu lah lazimnya kalau baru buka sekolah, ada saja anak-anak murid yg balik bercuti atau umrah hulur hadiah..rezeki jgn ditolak..

Sejak kebelakangan ni kalau difikir-fikir banyak betul dapat hadiah dan cenderahati dari murid-murid. Bermula dari potong kek harijadi dalam kelas sampailah hari ni rasanya tak putus-putus ada saja rezeki..org memberi kita merasa kata Cikgu Bedah..Syukur!

Ini sebahagian hadiah yg murid-murid beri masa hari guru..paling meriah dapat hadiah sebakul hamper yg sarat dgn coklat!..Semua hadiah dlm gambar ni ada yg sudah digunapakai, ada yg disimpan dlm almari kaca, yg digantung di dinding dan ada juga yg dah masuk dalam perut..Terima kasih daun keladi..

Tudung hadiah dari Hanis ni nak pakai dgn abaya hitam sulam bunga merah dari Madinah pagi Jumaat nanti..mudah-mudahan menjadi amal jariah yg berpanjangan..

Kadang-kadang tu rasa bersalah pula bila terima hadiah dari anak-anak murid ni...macamanalah nak balas hadiah yg banyak-banyak ni..yg hairan tu murid yg selalu kena marah,yg selalu kena jegil tu lah yg selalu bagi hadiah..

Kepada anak-anakku semua ,
berusahalah mencari ilmu dan mengamalkannya.Bukan harga hadiah yg menjadi ukuran tetapi keikhlasan kalian bersusah-payah amat menyentuh hati.Marilah kita saling berdoa mudah-mudahan hidup kita sentiasa dipayungi kasih-sayang Tuhan.

Isnin, Jun 15, 2009

KERJA

Hari yang indah..kerja-kerja rutin pun bermula pagi ini..senyum dan syukur..kerana masih ada kerja dan keupayaan melaksanakannya..meskipun kepala mulai berserabut ..dan nafas mulai semput!

Ya Allah! berikan daku kekuatan..

Jumaat, Jun 05, 2009

5 HARI 4 MALAM

Rumah ni kembali riuh-rendah sejak abang balik Kem Tahsinul solat wal Quran di SRI Tahfiz petang semalam.Macam biasa kerja dia asyik mengusik Hannah dan bergaduh dengan Izzah...sampai menangis-nangis budak tu .

Abang masuk kem ni sejak ptg Ahad ..dan habis ptg Khamis..tapi gaya tu macam dah lama sgt tak balik rumahlah..dia boleh order roti canailah,laksa lah ..amboi mcm orang baru balik dari luar negerinya gayanya....padahal dengar cerita menu kat kem tu pun boleh tahan sedapnya..

Masa hantar abang dan sepupunya Ammar hujan turun renyai-renyai..abg tu muka control jer..Ammar pulak buat muka tu nak cover lah tu..diorang tu sebenarnya tengah kecut perut .. takut kena bangun qiamullail pukul 4 pagi..Tapi biasa lah.. dah masuk tu, seronok macam tak nak balik..lagi-lagi ada acara night walking meredah sungai dan hutan ..
Ni masa buat persembahan hari penutup tu.Kumpulan diorg buat choral speaking ...abang yg berdiri tengah sblh baju hijau, pakai baju biru dan songkok ..tunduk mengintai skrip 'Sifat 20'. .dia kena sebut "The eighth character of Allah is IRODAH..Meaning is, Allah can do what He want".. hehe..tu jer pun part dia,tapi cuak..Ammar yg tepi kanan sekali pakai baju coklat tak nampak muka..tapi nampak lagi confident depan orang ramai..

Masa ambil hadiah tempat kedua persembahan terbaik ..jadi lah..



Mudah-mudahan dapat pengalaman baru,ilmu baru,kawan baru,azam baru..!


Harapan mak agar sentiasa istiqomah menunaikan solat dan membaca al Quran..cuma penyakit menyakat adik tu tak boleh blah langsung... rumah ni macam nak pecah diorang bantai berebut remote tv! lepas tu bergasak jerit pekik main pukul-pukul bantal pulak..eeiiiggrrr..!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin