Selasa, Julai 31, 2012

NOSTALGIA KUIH RAYA

Dibulan puasa begini sesekali terkenang pula suasana masa kecil-kecil dulu.Bila masuk minggu kedua puasa emak mula buat persiapan membuat kuih raya.Jemur tepung dan gula..dan ntah apa-apa lagi.Kuih yang biasa emak buat pada masa itu ialah bermacam jenis halwa,kuih tradisional seperti kuih rose,rempeyek kacang tanah,kacau labu yang sangat manis dan agar-agar kering.Paling tak dilupakan berjenis-jenis biskut dan kek.


Macam ni lah oven yg bersekali dgn dapur gas emak tu dulu

Beberapa tahun sebelum emak berjaya membeli oven dapur gas,biskut dan kek dibakar dalam oven hitam cap kupu-kupu.. Emak juga ada satu almari khas menyimpan peralatan baking dia ..segala macam bentuk loyang,acuan dan buku resepi disimpan dalam almari berkunci yg hanya akan dibuka pada bulan puasa!Ohh..nostalgia betul saat itu...;))
 
Oven kupu-kupu ni memang famous betul zaman tu.Boleh dikatakan setiap rumah memang ada .Besar betul jasanya..kalau tidak takkan setiap tahun meja kuih emak penuh berjenis-jenis biskut..yang paling popular ialah semperit,biskut mazola,tart nanas,biskut telur rebus,biskut senyum,kuih makmur,putu kacang dan entah apa-apa lagilah..yang pasti tak ada satu jenis pun yang dibeli macam sekarang.semuanya dibuat sendiri anak-beranak.

Nostalgia itu datang semula Semalam Cik kakak dan adik-adiknya bergotong royong membuat cornflake madu.Dua kotak conflake dan dua buku butter menjadi watak utama dalam pembikinan biskut kesukaan ramai ini.Melihat anak-anak bergotong-royong sambil bersilang tangan mengisi conflake dalam paper cup sementara  si Kakak terjerit-jerit menghalang si kecil daripada memegang loyang panas,teringat situasi yang hampir serupa berpuluh tahun dulu masa tolong emak buat kuih raya.
Bezanya,waktu itu kami adik beradik hanya berpeluang makan biskut yang terhangit bakarannya sahaja dan emak cepat-cepat sorok barang biskut sehingga kami berpeluang merasanya semula bila tiba hari raya.Hari ini conflake madu itu dimakan sebaik saja selepas dibakar. Satu balang waktu berbuka,satu balang selepas terawih dan satu balang semasa sahur.Habis licin.Mujur balang tu tak boleh dikunyah sekali.

Ia bukan lagi kuih raya..tapi makanan kegemaran tak perlu tunggu raya.Bertuah sungguh anak-anak sekarang.


2 ulasan:

kucingorengemok berkata...

oven bawah dapur gas tu best, tapi sejak mak kita meninggal oven dia dah jadi apartment labah², keh keh... buat daging arab dalam mikrowave je, nasib baik boleh masak!

PINATBATE berkata...

KOG,
alahai..sayang betul

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin