Terkejut mendengar berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat melalui Buletin Utama malam tadi. Lebih terkejut bila dapat sms yang mengkhabarkan bahawa salah seorang mangsa yang terkorban adalah murid kami ZAID AS SYAWAL ZAMBRI..pelajar Ting.6 ..khabarnya arwah ke madrasah sebagai sukarelawan .
Gambar simpanan saya ketika arwah mengetuai koir bersama rakan-rakan Ting 6 Rendah sempena majlis penutup Bulan Kemerdekaan 2010.
Al fatihah.Semuga Allah menempatkan arwah bersama ahli syurga , Amin.
Saya mengenali arwah ketika beliau di tingkatan empat.Sewaktu itu saya membantu Pn Mahani PK HEM menguruskan biasiswa murid di Jab.Kebajikan Masyarakat.Sebak betul rasa hati ini mengenangkan arwah pelajar yang aktif dan baik hati..juga ketua tingkatan yang rajin dan bertanggungjawab.
Al fatihah.Semuga Allah menempatkan arwah bersama ahli syurga , Amin.


