Memaparkan catatan dengan label kebun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebun. Papar semua catatan

Sabtu, November 12, 2011

BROGA GA GA GA..

Jam 5.30 petang baru nak gerak dari rumah..ingatkan dekat jer tempatnya ..rupa-rupanya jauhhh ke sdalam ceruklah Excel Training Resort ni...dah lah hp tertinggal kat rumah..tawakal jerlah ..Redahh !! Seram kecut-kecut perut dibuatnya.hujan renyai-renyai pulak tu tambah dengan gelap senja, lalu belukar semua,lereng bukit curam ,lorong kecil muat sebuah kereta jer..ya ampunnn..

Alhamdulillah jam 6.30 sampai jugak..lega betul masa tu...rasa nak menjerit seronok!
Tapi memang bebaloilah hantar 2 bas anak-anak murid berkampung kat situ.Tempatnya cantik,bersih,udara segar dan lengkap segala kemudahan.Cuma nak sampai tu memang kena berjihadlahhh...jauhhhhhhhh!!!

Ahad, Julai 10, 2011

WARNA-WARNI SUKAN

tak daya nak taip cerita..letih siang tadi belum habis lagi..biarlah gambar menceritakan segalanya..






















Rabu, Mac 23, 2011

SPM 2010

Syukur Alhamdulillah . Kenduri lagi lah nampaknyaa...

Khamis, November 11, 2010

BUKAN CERITA AYAM GORENG


 

Masa kecil-kecil dulu ayam-ayam peliharaan abah adalah sahabat yang baik dan mesra.Setiap petang emak suruh tabur makanan ayam-ayam tu. Masa tu lah time paling best sebab boleh berlatih jadi cikgu sekolah..;D " Kurrrr...beratur semuaaa....jangan berebut,,ikut gilirannn...."   
Abah pulak selalu suruh tolong pegangkan ayam bila dia nak menyembelih ayam. Saat yang paling seronok ialah masa kejar ayam keliling rumah,kutip telur ayam  dan tolong emak cabut bulu ayam.Kena paksa basuh taik ayam yang qadha hajat kat tangga pun selalu jugak..yang tu kira sakitt.lah..Isyy! banyaklah kenangan manis dengan ayam.Tidur dalam reban ayam jer tak pernah.

Sewaktu murid-murid kami membuat amali sembelihan ayam semalam,suasananya berbeza sangat.Anak-anak bandar sekarang tak ramai yang mesra ayam hidup macam anak-anak dulu. Diorang mesra dengan ayam kfc dan mc D jer..:D



 Ada yang sedih,ngeri,takut tengok ayam kena sembelih..tapi tak kurang juga yang teruja mengikuti pengalaman pertama menyembelih,mencabut bulu ,memotong ayam seterusnya membbq ayam sebelum agenda penting...bersantap  ayam bakar..hehehe..

Elok juga beri pendedahan begini,..sekurang-kurangnya membuka mata anak-anak ini,memberi pengalaman berharga  disamping menyebarkan kaifiat sembelihan yang sah dan hikmah sembelihan kepada mereka.



Alhamdulillah sebanyak 20 ekor ayam yang kami sediakan,seekor jer jadi bangkai sebab tak sah..muehehehe...urat marih tak putus dikk..ngeee..tukang sembelih gigil,tukang pegang lepaskan pulak ayam tu.....seekor ayam lagi yg dicelur utk cabut bulunya  pulak sudah masak kena rebus dalam sauna punyalah lamaaa...hahah! sekali angkat bercerai daging dari tulang..alahaii..lawaklah bebudak ni..

Rabu, November 03, 2010

TUKANG MASAK KERJANYA ENTENG

Siapa kata masak nasi goreng susah..senang jer sebenarnya..minggu-minggu lps PMR ni kami buat macam-macam pertandingan..antaranya Pertandingan memasak nasi goreng ..;D

 bahan-bahan yang diperlukan ialah.....ehh!..tengok jer lah gambar tu..

Ada 10 kumpulan bertanding ..4 kumpulan lelaki dan 6 kumpulan perempuan..masing-masing bukan saja pandai menggoreng nasi..menggoreng cikgu pun pandai..

Mamat hensem ni  kata setiap kali masak nasi goreng hati dia mesti sayu dan pilu mengingatkan pengorbanan emak dia memasak setiap hari untuk anak-anak..Terharu kan..?
Sebenarnya dia nak cover airmata meleleh-leleh gara-gara mengupas bawang putih bawang merah..Cait!


Chef Two bukan Chef Wan...sedang mengadili pertandingan dengan adil dan saksama..

kecoh anak-anak dara ni menggoreng
1
2

Ahad, Oktober 03, 2010

SELAMAT BERJUANG

Selepas berusaha sepenuh daya,saat ini kita serahkan seluruh pergantungan kita kepada Allah.


KepadaNya kita panjatkan doa semuga benih yang ditanam,dibaja dan disiram saban hari membuahkan hasil yang manis lumayan.

Selamat berjuang untuk semua anak-anak didikku.Bittaufiq wan najah.
Insyaallah.

Isnin, Ogos 30, 2010

SEMUGA BERSABAR


Macam serabut je sejak akhir-akhir ni..Sadis betul kalau kemas almari susun kain baju kemas-kemas lepas tu bebudak ni sepahkan balik..kemas bilik, macam nak masuk majalah Anjung Seri ..perasan pergh! lepas tu diorang bantai main pondok-pondok ke apa ntah siap angkat cadar selimut susun bantal buat khemah lah..pas tu baca buku bawah katillah..hadoi! rasa nak cubit jer sorang-sorang..
 
Esok cuti hari kemerdekaan ingat nak M.E.R.D.E.K.A..malas nak berkemas dah....tunggu jerlah malam raya nanti baru sapu lantai..tu pun kalau rajin..ekekeke..
   
Sebenarnya banyak kerja lain nak buat.. kertas trial exam ni nak kena siap cepat,kalau sampai cuti raya tak siap-siap jugak alamat sengsara jiwa dibuatnya..

                             
budak bertuah jenis macam ni pun dah bikin makcik sengsara tau...

Ahad, Ogos 01, 2010

KAKAK-KAKAK COMEL




Kakak-kakak yg comel ni datang ziarah Irfan, terharu sungguh rasanya. Walaupun masing-masing dah berpisah ke merata tempat menyambung pelajaran,sesekali berkumpul  riang ria gelak ketawa sok sek sok sek..meriah macam dulu!

Irfan pun seronok jer ramai tukang riba,dukung, peluk cium..muhahaha..


Semuga kakak-kakak comel terus berjaya dan cemerlang walau di mana kakak berada..Terima kasih atas segalanya.dan semuga comel selalu..

Sabtu, Februari 13, 2010

YEAH..!

Lega..seminggu cuti CNY..macam -macam hal berlaku sepanjang minggu ni..Macam sibuklah sangat..tapi sempat juga layan kakak yang balik cuti ..steamboat katanya..apa-apa jerlah kakak..

dalam huru-hara buat kerja kat kebun,sempat juga join pot luck ni..percaya tak,pukul 12 malam buat agar-agar pandan..ntah apa silapnya..agaknya dah ngantuk kot..tak mau timbullah pulak lapisan atas dia..nak amek gambar pun malu..haiss!! tapi licin jugaklah..;D



Meriah..meriah!...tapi sedihkan..bila kita tengah senduk makanan ada orang tegur suruh makan beringat..bagus jugaklah orang sayang..kesian takut makcik pinat umur tak panjang agaknya..anak dahlah ramai...cuma rasa macam tak tertelan..bukan makcik melantak seperiuk pun..amik rasa sikit saja..tak apa lah..dah nasib orang kencing manis..

pandang saja kek ni..tapi dalam hati ada cinta..

yang ni special kak Honey buatkan..entah mengapa menitik airmata..tak terluah dengan perkataan..Terima Kasih Kak Honey,makan sebiji saja tapi saya ingat sampai mati.

Yang ni pun akan diingat sampai mati jugak..PA yang rajin dan tak banyak kerenah..hantar balik kampung malam ni..sebab banyak sangatlah penyakitnya..sakit tulang belakanglah,sakit kakilah,darah tinggilah..babai lah bibik Suratik ..jagalah dirimu..daku pun nak jaga diriku jua..:D

Khamis, Januari 28, 2010

TEMAN DAN TAMAN

Sejak zaman kanak-kanak hinggalah ke akhir hayat, teman dan sahabat amat penting dalam putaran kehidupan insan. Ada yang menyatakan sahabat lebih penting daripada wang. Jika kita tiada wang dan mempunyai ramai sahabat, mereka tentu boleh menolong...tu pun kalau nasib baik dapat kawan yg pemurah lah..;D

Sempena malam Jumaat yg barakah ini, kita ulangkaji sikit sebahagian
Adab bersahabat
..

1) menutup keaiban sahabat,so kalau kawan terkentut tak sengaja tu..redholah sedut bau dalam-dalam dan buat tak dengar sajer...jgn kecoh arr..
2) memberi nasihat dengan cara yang lembut apabila ia berkehendakkan nasihat sahabatnya..cakap elok-elok..belanja makan western food sebelum beri nasihat adalah langkah yg berkesan..
3) meninggalkan berbantah dengan sahabat..kalau dia degil ketegaq,doakan saja dalam hati..jangan belasah dia..tak beradab namanya tu..
4) jangan suka memberatkan sahabat dengan bebanan dan tanggungjawab,bahkan hendak ia cuba meringankan beban sahabat...errr...kalau kawan tu mmg berat, sila bantu dia mendaftar di Biggest Loser Asia


Apa kaitan TEMAN dengan TAMAN..?

Sebenarnya nak tunjuk gambar taman yang teman-teman buat kat sekitar kawasan kebun kami..yg ni lokasinya bawah tangga...

yang ni taman dekat depan foyer..baru siap tu..ada kerusi kat tepi taman tu bererti adalah tempat baru nak lepak-lepak lepas penat berkebun..

sekarang tengah tunggu ikan-ikan di masukkan dalam kolam-kolam tu..bila dah besar ikan-ikan tu nanti, bolehlah kami memancing kat situ...;D

Khamis, Disember 24, 2009

PMR 2009

Alhamdulillah..!

Tahniah utk semua !

Murid-murid itu berusaha kuat..ibubapa mereka juga sangat menyokong..guru-guru membimbing sepenuh hati..Allah jua yang memakbulkan segala hajat..


72 org mendapat straight A's daripada lebih kurang 400 calon dgn 89.7 % lulus adalah pencapaian yg membanggakan bagi sekolah harian biasa seperti sekolah kami..Guru-guru lebih lebar tersenyum kerana kejayaan mengatasi pencapaian tahun lalu..klik..

Dalam keghairahan meraikan kejayaan kadang-kadang kita lupa nilai kejayaan seseorang bukan hanya setakat seberapa banyak seseorang itu mampu mengumpul A dalam catatan sijilnya..tetapi lebih dari itu, seberapa tawadduknya seseorang mensyukuri nikmat Allah meskipun hanya mencapai kejayaan yg kecil,berterimakasih kepada orang sekeliling yang menyokong dan membantu dan mendoakan kejayaan dan paling penting mampu merendah diri berdiri di samping sahabat-sahabat yg kurang berjaya sambil meroboh sifat angkuh dalam dada atas kejayaan ini.

Jangan lupa, kejayaan ini baru permulaan..Namun, keputusan yg baik tentu memerlukan usaha berlipatkali ganda utk mengekalkannya..


There is no secret ingredient, you just have to BELIEVE!

Rabu, November 25, 2009

CUTI SEKOLAH

kali ni entry tak ada gambar makanan..janji!

Hampir seminggu sekolah bercuti tapi masih belum terasa betul-betul cuti. Masih ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dan sepanjang cuti pun sebenarnya kena bersedia bila-bila masa saja sekiranya dipanggil bertugas. Rasa macam doctor on call jer...Saya yang menurut perintah..:)

Hari Jumaat terakhir suasana meriah macam pasar borong Selayang jer..semua berkejar sana-sini siapkan kerja..tapi sempat juga kami buat majlis perpisahan kecil-kecilan..

Selamat berpindah ke sekolah baru buat sahabat kami Cikgu Maryam..selamat maju jaya, jangan lupa kami di sini.

Lepas tu masing-masing sibuk kemas atas meja,bawah meja,almari,rak-rak,laci...kasi clear licin licau..baru senang hati nak bercuti kan...

Apa banyak sangat sampah sarap tu cikguuu...penuh plastik bag hitam ! Sisih jangan tak sisih..lepas tu susun pulak yer..jangan lupa sapu dulu..huahuahua!..

makcikpinat berlagak sungguh dapat tender baru, projek 5S....sejak dapat lesen asyik nak cari mangsa jer...

oppss..!! dah jumpa mangsa!!!

v

v

v

v

v




Tu dia!
Boleh tengok sendiri betapa gigihnya seorang guru mengemas ..hingga masuk dalam kotak!!
Boleh muat pulak tu duduk dlm kotak multi purpose tu..hikhikhik...;)

wahai anak-anak murid sekalian..hargailah jasa guru anda...yang sanggup berkorban apa sahaja... harta mau pun nyawa!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin