Rabu, April 29, 2009

tenang..redha..ikhlas


tenanglah jiwa..
kerana ketenangan menghilangkan segala resah..
ketenangan membuat kita
rasa senang dalam kesusahan..
rasa gembira dalam kesedihan..
rasa kaya dlm kemiskinan..
rasa lengkap dalam kekurangan..

Isnin, April 27, 2009

HAPPY MONDAY

Alhamdulillah, hari ini CUTI..!
Yes! cuti sempena meraikan kejayaan rumah HIJAU menjadi juara dalam kejohanan olahraga semalam...eh,tak lah..tipu jer tu..cuti sebab semalam kena kerja..sampai berasap kepala dan cair otak berpanas kat stadium tu..cuaca memang panas semalam.Kipas khemah pun tak terasa..kepala berdenyut tok sah cakap lah..balik rumah terus cepat-cepat mandi dan solat,lepas tu bummmmmmm..

Hari ni kemas almari baju sambil buat puding caramel dan blog hopping sampai Mexico..AWAS! wabak selsema #@&* sedang menyerang..berhati-hati di mana jua anda berada.. :D

Ahad, April 26, 2009

AWARD


Terima kasih kepada NA yang telah sudi menghadiahkan award ini
So kakpinat nak panjangkan kepada

1. Uncle -blog yg penuh dengan cerita dan pengalaman
2. Chibi @Fara -blog yg banyak gambar cantik dan pengalaman hidup yg best
3.Hazliza -blog keluarga gembira di Jepun
4.Kak Rina -blog macam-macam adaa..
5.KS-blog sarat pengalaman yg memberi inspirasi
6.Cguct -blog kek yg cantik
7.kakYan-blog yg memaparkan kegigihan seorg guru
8.Manis-blog yg memberi motivasi yakin diri
9.Shinky-blog yg santai dan cool
10.Dila -blog yg warna-warni penuh ceria..sumber inspirasi!


Ok,oleh kerana hanya ada 10 tempat so kepada yang belum dapat award ni boleh juga ambil bawa balik..tak ada masalah..


Terma & Syarat Untuk Penerima Award Ini:

1. Letakkan logo award ini di blog anda.

2. Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui ‘backlink’ dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Sabtu, April 25, 2009

PESTA BUKU 2009

Pagi ni kami ke PWTC!!

Diorang berdua ni bukan nak cari buku sangat,sebenarnya nak ikut naik LRT..ialah bukan selalu dpt naik LRT kan..

Orang memang ramai,tapi kakak memang berhajat nak cari buku kegemaran dia..so kami turutkan saja...bersesak sampai sesat pun tak kisah..redah jerr...

Kakak dengan penulis novel paling muda di malaysia.Lala Zehan,baru 16 tahun dan novel pertamanya terbit ketika berusia 14 tahun..Banyak buku siri pengembaraan Lala Zehan ni memang menarik minat remaja..budak yg malas membaca buku mcm Abang pun boleh tertarik tau..yer lah,santai dan relax jer bahasanya..lagi pula bila buku tu ada autograf Lala yang comel ni..eermm..

Alhamdulillah! tercapai hajat kakak..nak jumpa penulis buku Dear Yayah yang sangat diminatinya..Seronok sungguh kakak dapat jumpa Farihah Iskandar, sengih puashati ..Kakak memang kumpul semua novel Farihah Iskandar...tengoklah tu,macamanalah budak tak suka tulisan dia, jiwa pun remaja..siap pakai telinga mickey mouse berlampu lagi!

Yang tengah tu penulis yg mak diorang minat tapi malu nak mengaku..curi-curi ambil gambar dari jauh jer..cahaya yang putih memantul kena lampu tu janggut Pak Samad Said..hehehe..Diorang tengah berforum kat tengah suasana hingar-bingar orang ramai..apa diorang cakap pun tak berapa jelas sebab bercampur baur dengan pengumuman anak hilang dari kaunter pendaftaran kat tepi pentas tu....Sabor jer lah..

Petang tu berhatus hengget jugak lah habis,tapi puashati..selain dpt buku yg dihajati dpt jumpa Abi dan Ummi Saif dan Aina Emir cuma terkilan tak dapat jumpa Irfan Khairi dan Azizi Ali..bukan apa, kalau dapat jumpa diorang best gakk..boleh dapat aura jutawan!

MACAM-MACAM HANNAH

Hari ini cuti..
boleh lepak gaya bebas...Rasa nak main dengan Hannah puas-puas..kesian Hannah ..sepanjang minggu ni asyik kena marah jer ..macamana tak kena marah,sekarang dah makin lasak... suka sepahkan makanan merata rumah..masukkan baju kotor dalam peti ais....time mandi suka minum air paip, picit ubat gigi, cuci toilet bowl....

Ada sekali tu Hannah dapat botol bedak..habis sebotol dia tuang,bukan takat sapu muka dia..muka TV pun dia sapu rata bedak..putih melepak screen tv tu.... kalau jumpa pen dia akan melukis kat kaki dia...kadang-kadang kaki orang lain pun dia lukis..motif lukis kat kaki ? ntahlah...dah tu pantang nampak orang tidur dia akan korek mata dan lubang hidung ..sampai kita bangun..

Hannah tengah layan gitar akustik

Kalau nampak orang keluar rumah jer,dia mula lah menangis nak ikut..siap pakai kasut..
Bercakap pun dah mula buat bahasa sendiri,cute jer dengar..
mak,abah,tatak(kakak),baban(abang),gajah(kak Izzah)....haha!

Paling suka tengok rancangan TomTom Bak..siap ikut menari berpusing-pusing ....bila dah pening terjelepok pegang kepala..Susah nak snap gambar Hannah sekarang sebab dia akan rebut camera dan try nak ambil gambar kita pulak..Macam-macam Hannah ni..

Dalam kereta tak mau duduk diam,nak tekan tukar channel radio jer kerjanya..

Esok Ahad tapi hari kerja ..kena pergi stadium awal pagi dan balik petang..siap siaga!

Khamis, April 23, 2009

TEMPATNYA DI SYURGA

Pagi tadi kami dapat berita sahabat kami Raja Rapiah,kehilangan bayi lelaki yg dilahirkannya lewat petang semalam.Bayi suci itu hanya singgah sebentar menghirup nafas di bumi Tuhan ini sebelum berpindah ke alam yang kekal.Allah amat mengasihi Muhammad Zul Aidil, nama yang diberikan kepada anak itu. Anak yang tabah diuji dengan pelbagai komplikasi kehamilan sedari dalam rahim ibunya lagi.

Sewaktu kain putih yang menutupi wajahnya dibuka,kami melihat seraut wajah suci yang tenang seakan lena dalam dakapan damai yang panjang.Ya Allah! Petang itu airmata mengalir syahdu melepaskan pergi bidadari syurga..yang bakal menunggu kehadiran kedua ibubapanya yang tabah dan redha di pintu syurga..

Malam ini saya teringatkan memori lebih sepuluh tahun lalu..saat melepaskan Siti Rahmah Nurul Jannah..

Allah Maha Pengasih...mengatur perjalanan hidup hambaNya. Allah jua sebaik-baik tempat kembali.Selamat jalan sayang... Damailah bertemu Tuhanmu..

Ahad, April 19, 2009

CUCI MATA

Sakitnya kepala..dari semalam siapkan kerja tak habis-habis depan laptop ni..sampai bengkak mata..ehh..tipu jer..Yang betulnya hujung minggu ni langsung tak keluar rumah semata-mata nak siapkan headcount,JSU dan exam paper.. ..rasa macam dah senget jer ni..Mujurlah dapat ikut Waseem jalan-jalan ke Taif dan cuci mata..Syukran Waseem..

Tetiba teringin nak makan anggur tengok gambar ni....alamat nak kena keluar rumah jugak ni nampaknya..petik anggur kat belakang rumah..ehek..berangan jer..pokoknya pun belum tanam lagi..sebenarnya nak cari alasan keluar..tinggal dulu lah kerja berlonggok ni..Serabut !

Nak keluar!

Sabtu, April 18, 2009

PESANAN IMAM SYAFI'E

Minggu sibuk sedunia..nak bertegur sapa pun rasa dah tak larat..

entry kali ni sekadar nak kongsi saja..apa yg dibaca masa merempit ke serata pelusuk dunia...mudah-mudahan ada manfaatnya..


PESANAN IMAM SYAFI'E

4 perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. Kerap bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

4 perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Ahad, April 12, 2009

MOCHI

Beberapa minggu ni terasa macam nak makan kuih mochi Jepun ni jer..lebih-lebih lagi lepas baca pasal sakura mochi di blog kak Lela..(KLIK) Alhamdulillah...walaupun pun tak dapat makan daun sakura tu..merasa jugalah makan mochi kat Jusco..

Sebelum ni pernah makan daifuku mochi inti kacang( KLIK ) ni..rasa dan rupa lebih kurang macam kuih tepung gomak ..

Kali ni makan mochi salut kacang dan bijan pula..sebenarnya dalam bekas tu ada empat perasa..laici,mangga,pandan dan durian..fuhh..lembut,sejuk jerr masuk tekak..nyum..nyum..



Jumaat, April 10, 2009

BELAJAR MEMASAK ???

Ini cerita Wanie dan kawan-kawannya..ehh...apasal muka cuak jer Cik wanie kita ni? Mesti tak biasa pegang pisau kat dapur ni..kwangkwangkwang...

Anak-anak dara ni nak belajar memasak katanya..muka berkerut-kerut macam tak puas hati jer kena siang ikan..

Bersedia membedah perut ikan..dah bius ke belum ikan ni tadi?

err..sampai begitu sekali korang lapah ikan ni..kesian..nyawa-nyawa ikan tak bernyawa lah jawabnya..

biar betul..nak memasak ker nak main puzzle ni..
yang ni ikan apa pulak..? lain macam jer rupanya..

errkkk....mangsa keadaan..sungguh sadis..opocot!!
huhuhu...kembang tekak makcik.....boleh tengok tapi sila muntah di tempat lain..

habis dikoreknya isi perut makhluk Allah ni..
hasil bedah siasat...tutup muka sebab malu nak mengaku sebenarnya diaorang yang jadi tukang sembelih katak tu..

Senyum puashati...

Mudah-mudah mereka akan mencapai cita-cita menjadi doktor bedah, doktor haiwan, saintis atau apa-apa saja yang mereka hajati....jadi usahawan buka kedai makan atau catering pun bagus..asalkan jangan masak menu katak goreng berlada atau asam pedas katak sudahlah..nauzubillah.

Selasa, April 07, 2009

TERKENANG SOMTAM

Hujung minggu tak lepaskan peluang berdating berdua dekat gerai makanan Thai..


Bihun tomyam dengan air longan

laksa Thai dengan jus mangga

Lepas tu kongsi makan pulut mangga..

Alhamdulillah! Syukur nikmat ..kepada Tuhan yang memberi rahmat..oooohhh..oohh...(nyanyi sama-sama yer)

Bila dah makin tua ni tak boleh nak makan banyak sangat..senak perut dibuatnya..tapi tu lah,bila balik rumah terkenang-kenang pula somtam ..
somtam oh somtam..tidur malam ku bermimpi dikau..( Siapakah yang meniup-niup ditelingaku ini..?)

Ahad, April 05, 2009

APA YANG KAU CARI


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
kini sudah ku temui

Sabtu, April 04, 2009

PUSAT REKREASI AIR PUTRAJAYA



Family day 2009..datang utk tembak gambar sajork..






Hidup ini adalah untuk mengikat silaturrahim

dan mencari pengalaman
Alangkah indahnya hidup dalam dunia kanak-kanak ..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin