Isnin, September 28, 2009

SUJUD SYUKUR

Setiap kali singgah ke Kedai runcit Nas di depan rumah kami, saya selalu memerhatikan Nasrol tokey kedai yang rajin menghantar tong gas dari rumah ke rumah itu menabur remah-remah roti untuk direbut oleh kawanan merpati yang jinak ini.

Mungkin dari amalan itu datangnya keberkatan rezeki Nasrol. Buktinya kedai runcit Nasrol makin besar dan bisnesnya makin maju. Lebih nikmat Nasrol boleh menangkap mana-mana merpati jinak yang disukai untuk dibuat gulai...kellasss!

Malam tadi kami dapat sebungkus besar hamper hari raya yang sampai di depan pintu rumah..rezeki untuk dikongsi ...tapi ada rezeki lain yang lebih besar lagi untuk di syukuri..berbaur rasa terkejut, gembira dan teruja..!

Jika Allah memberi nikmat tanpa kita perlu meminta-minta, itu ertinya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana..melengkapkan apa yang tidak kita miliki dan menunjukkan bukti kekuasaanNya..

Alhamdulillah!

Sabtu, September 19, 2009

MENJELANG SYAWAL

Ramadhan semakin beransur pergi, singgahnya sekejap saja..tanpa di sedari airmata mengalir saat menamatkan terawikh yang terakhir malam ini..

Ini antara aktiviti di kebun kami sepanjang Ramadhan ..menanam benih iman dalam jiwa..semuga lahir generasi harapan yang mantap rohani dan teguh peribadi.

Majlis khatam berlangsung pada hari Rabu, sederhana tetapi bermakna..berdoalah semuga ruh Al Quran akan terus berada di dalam hati kita...selama-lamanya..

Tazkirah Ramadhan yang terakhir tahun ini di kebun kecil kami..Mudah-mudahan berjumpa lagi penyampai tazkirah itu..oppss! silap...Mudah-mudahan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun hadapan..Insyaallah..

Wajah-wajah ceria menunggu kehadiran Syawal..tambah gumbira bila hari Jumaat diisytiharkan cuti! Ganti pun gantilah..horey! horey! lompat tinggi-tinggi...Yang mana satu makcik Pinatbate? tentulah yg tengah melompat sambil tembak gambar...so tak payah teka..

Sampai penghujung Ramadhan, anak-anak macam dah jemu makan kurma masa berbuka setiap hari ..jadi masukkan sebiji badam bakar dalam perut kurma dan salut dengan coklat..barulah berebut nak makan...tengok! kurma pun sudah naik taraf..mudah-mudahan tahap amalan dan takwa kita pun sudah semakin mantap selepas sebulan melalui madrasah Ramadhan yang penuh latihan dan ujian.

Izzah tunggu coklat sebelum berbuka..sambil kira berapa minit lagi nak berbuka ? berapa minit lagi..?

Dalam banyak-banyak tu, ini saja yang tinggal selepas berbuka....nampak gayanya tak ada harapan nak hidang masa hari raya..harap maklum..

Apple pie ni nampak sedapkan?..yer! memang sedap..tak ada orang puji pun, tapi berdasarkan piring yang licin jadi tukang masak kena masuk bakul ..angkat sendiri..baru puas hati..!
persoalannya, larat ker nak angkat bakul tu ? ekekeke..

Masa ambil gambar ini, lembu itu tersenyum mesra...

Bila dah jadi rendang padahal esok belum raya lagi, tukang masaknya pun senyuummm lega..

Menjelang Syawal, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sahabat-sahabat blogger, sahabat yang rajin komen, sahabat yang rajin baca blog Pinatbate yg tidak seberapa ini, sahabat yang tegur-tegur di shout box ..juga silent readers..saya memohon ampun maaf zahir dan batin sekiranya tersinggung atau tersentuh hati dengan tulisan yang kadang-kadang merapu merepek ni..Selamat masak ketupat dan lemang..Mudah-mudahan sinar Syawal membawa rahmat kepada kita semua.

Rabu, September 16, 2009

SEMPAT KER ?

Sugeng riyadi Idul Fitri
Sedaya kelepatan nyuwun diampuni


Sedar tak sedar dah hampir sangat nak raya rupanya ..anak-anak pun dah sibuk dengan mood raya, asyik membilang berapa hari lagi nak raya...Nampaknya tahun ni kami sambut sederhana jer ..Mak abah pun beraya kat Mekah tahun ni, raya ketiga baru balik.. jadi tak adalah sibuk lat tali lat tamplung nak balik ke mana..memang kena balik rumah mak mentua lah..

Macam selalu kat rumah ni tak ada tukar-tukar langsir raya atau tukar sofa pun macam orang lain..Sofa kat rumah ni dah lebih 12 tahun umurnya, beli masa baru kahwin dulu..tapi sebab sofa tu tak mau reput-reput maka biar jer lah dulu..langsir pulak style pakai buang..sangkut basuh sangkut basuh...kalau dah sangkut nampak macam lubang-lubang roti jala tu barulah tukar..tak tunggu raya pun ..

Ada tak ada baju raya mesti adalah..terutama untuk anak-anak..sebelum puasa lagi dah siap gantung..tahun ni anak-anak pilih tema ungu..waduhh!..sekali susun dalam almari..semuaaa ungu..ada yg pilih ungu gelap, ada yang pilih ungu muda, ada yang berkenan ungu siang malam , ada yang nak pakai ungu cair..segala keturunan ungu ada.. juling biji mata!

Masalah yang belum selesai cuma satu jer..belum siap berkemas rumah lagi..syukurlah Jumaat tu cuti, ada masa nak sapu-sapu laman sekangkang penyu tu, nak kibas-kibas sawang atas kepala, nak susun-susun mana yang patut...

Perabut berhias cantik-cantik ni Iman home decor yang punya..Sila cari kat Suakasih kalau berkenan..Makcik tolong promote jer..nak tunggu rumah makcik pinat bergaya english style cenggini..lambatt lahh...tu pun kalau sempat ...
err..Sempat ker?

Jumaat, September 11, 2009

CHECK LIST

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi ..
Bila diingat-ingat pejam celik biji mata selepas berbuka puasa tadi ..baru tersedar rupa-rupanya...
  • Tadarus baru masuk juzuk 12....erkk..
  • Terawih bolos beberapa hari bukan sebab uzur tapi kerana tidur dan keletihan err..kekenyangan sebenarnya..
  • Amalan sunat tak konsisten..
  • Sedekah berkira takut budget raya lari..
  • Beli baju raya awal sejak sebelum puasa konon nak tumpu rebut 10 malam terakhir tapi sampai hari ni masih cari peluang tambah koleksi raya...
  • Order kuih raya dan beli kerepek sebab azam tahun ni tak nak sibuk bakar biskut tatkala orang lain merebut kelebihan qiamullail ..tapi tadi dah terbeli bahan nak buat beberapa jenis kek dan conflake utk buat conflake madu pulak..ada hati lagi tuu....
Ahhhhhh..!!! Tak mau gagal !

Mari muhasabah diri...Di mana anda berada ketika ini? jangan jawab di atas kerusi pulak !

Selasa, September 08, 2009

KAKAK

Buatlah sehabis baik yang kakak mampu lakukan..apa saja ketentuan yang Allah tetapkan, kita terima dengan redha.
Kakak nampak relax jer..mak dia yang gelisah..macam mak pulak yg nak jawab exam..padahal baru UPSR jer..

Jumaat, September 04, 2009

ROAST TURKEY WITH CHESTNUTS

Ada sebiji buah sukun yg masak ranum di dapur dan sesuai benar dibuat cekodok aka cucoq aka jumput-jumput ...pernah maka cekodok sukun? perghh!! sedap ..! semangat berkobar-kobar masa blend sukun ni..yer lah banyak kan..sebiji sukun kalau tambah tepung boleh dapat dua dulang besar cekodok tu..boleh bagi kak Siah belakang rumah,boleh isi dalam mangkuk membalas koewtiow goreng Kak Ros semalam,kalau ada lebih lagi boleh hulur kat Pak Bago van budak sekolah,boleh bagi..aahh..ramai lagilah yang boleh merasa cekodok sukun ni....Uncle Ramu rumah hujung tu pun boleh merasa sekali..kalau dia nak laa...

Cara membuatnya?
Senang saja puan-puan..mula-mula blend sukun yg masak ranum tu dengan gula...malangnya balang gula dah licin..gara-gara stock gula kat kedai dah kena sorok ...nasib baik ada baki gula setengah peket dalam kabinet, kita tuang semua..lebih manis lebih enak kann..lepas tu gaul dengan tepung hingga sebati dan mesra kemudian letak secubit garam..tak tau apa rasional letak garam tapi sejak anak dara dulu mak ajar macam tu, jadi ikut jer lah cakap orang tua...kalau lawan nanti berdosa.

Dah tu apa lagi..panaskan minyak dan mula men'jumput'..
tetibaaa...berdesing jeritan nyaring my PA yg dedikasi tu...

"IBUUKKKKK!!!
YG DALAM PLASTIK ITU GARAM..BUKAN GULA......APA IBU MASUKKAN SEMUA?????"
eerrk....
haaa???
aiiyaakkkk..!!!
laaaaaa.......awat hang tak khabaq Peah oii..????
dah tu..tepung cucoq sebesen ni nak buat apa?
baja?.penyaman udara?..hamper hari raya??..
uuwwaaa....!!

dah bukan rezeki,sabar jer lah...
puan-puan pun sabarlah yer..tajuk kat atas tu tak ada kena mengena..

Selasa, September 01, 2009

MEMBER LAMA

Pagi tadi rasa lemah betul lutut nak pergi ke kebun.Yer lah..dah cuti seminggu,lemak pun dah tepu..terasa berat jer ..ditambah pula cuaca sejuk sebab hujan sepanjang hari...

Sebaik keluar tapak semaian lebih kurang jam 10 pagi tiba-tiba my darling boss panggil masuk pejabat..makcik kalau nampak muka boss jer dah seram sejuk ..meremang tengkuk..tambah-tambah lagi bila boss jatuhkan hukum..
" Pinat, PENOLONG PENGARAH dari Perbadanan Peneroka Kebun Negeri nak tengok fail..bawa segala fail laporan tanaman dan hasil yang ada tu masuk mengadap dia kat bilik mesyuarat.."

Gelap!!..Macam kena hukum pancung kepala jer makcik punya gigil you...! berdiri terawang-awang macam tak jejak bumi ..tetiba rasa macam nak menyorok bawah meja ..tapi masalahnya bawah meja tu nak letak kaki pun dah tak ada tempat ..kwangkwangkwang..

Bukan ada buat salah ..fail semua pun tak ada problem..boleh kata bereslah.....tapi tau jer lah tahap gelabah makcik ni memang dah sampai tahap aura ketujuh..lagi-lagi kalau orang terjah tetiba macam ni...fuh! berasap !! Nak tak nak, hayun jer lah langkah Panglima Bujang Lapok meneruskan perjuangan..Terhoyong-hayang sampai langgar tiang..!

Sekali tengok..HEK ELEH!!..
WAK LAN rupanya! Member lama masa jadi dagang Pak Malau dagang merempat,dagang hamba mengkuang layu dulu..dah lah masa pergi rombongan Cik Kiah ke 5S hari tu jumpa Kak Dewi isteri Wak Lan..memang rezeki nak jumpa member lama lah ni..Syukur! Tetiba rasa macam matahari memancar-mancar terang walau pun realitinya hujan mencurah-curah..Hujan rahmatlah tu agaknya..

Seronok tengok kawan lama dah berjaya pegang jawatan tinggi..teringat kat member-member lain yg lebih kurang sama untung macam Wak Lan ..Walaupun dah berada atas awan diorang ni masih lagi mesra macam dulu-dulu...Memang Wak Lan ni murah rezeki, cepat naik pangkat,anak-anaknya pun bijak..sesuailah tu ..dulu masa study pun dia bijak ..kelentong orang pun bijak gak..kehkehkeh! Wak..aku masih simpan rahsia ko dalam poket..

Sudahnya sesi mengadap sambil tunjuk fail tu jadi sesi borak-borak cakap German dan sesi puji memuji ...TERmasuk sekali sesi buat ketupat sebelum raya...Astaghfirullah!

haha! ingat aku caya ker Wak..ko kata kerja kebun aku ni baguslah,peladang berpandangan optimislah,aktiviti terancanglah..padahal bukan aku tak tau..ko nak goreng ambik hati aku jer...cukup-cukuplah tu..yang penting REPORT kau tu sama tak dengan apa yg ko cakap tu Wak!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin