Rabu, Julai 30, 2008

GREEN DAY

Selepas setahun semenjak mula mengandungkan Hannah sampai minggu ini baru ada kesempatan mengemas halaman sekangkang kera ini..Alhamdulillah selama dua hari ni kerja-kerja membersih melibatkan pembuangan pokok-pokok bunga yang hidup segan dan mati pun mahu, pembersihan pasu-pasu yang tak ada pokok melainkan tanah keras dan ntah apa-apa lagi lah...Hajat di hati nak buat taman MINIMALIS...tak banyak pokok, kalau ada pun hanya pokok yang mudah dijaga..menggunakan kaedah 3T iaituTanam,Timbus,Tinggal...ekeekekek....dasar pemalas punya orang...


Ini kononnya idea yang diambil masa pergi CH hari tu...

last..pilih pokok bunga ungu ni...menggantikan pokok bunga kertas dan ntah apa-apa pokok lagi sebelum tu..

Ni satu sudut dekat pintu depan..tinggal pokok lidah jin jer...pokok-pokok keladi yang ada kat situ dah bagi kat Cik Flora...

Sama konsep...kat tempat parking basikal bebudak ni pun pokok lidah jin dan palm jugak...tepi tu cadang nak letak kaktus menutup pintu hitam tong sampah tu...nampak kan rak putih tu...kat situ lah konon nak letak pasu kaktus ...tapi macam tak cantik pulak...

Ni kat sudut kanan pintu tepi...bawah tu pasu-pasu kecil kaktus yang belum sempat masuk klinik..rak kaktus tu rasa nak alih kat sudut sini jer lah kot...tukar suka sama suka dengan pasu ni..


Ni pula area kasut kat pintu tepi...pokok buluh tu mak yang bagi...rasa sayang pulak nak buang...letak lah kat situ...baja, bela mudah-mudahan boleh gemuk subur seperti tuannya...

Isnin, Julai 28, 2008

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA

Ramadan semakin hampir..banyak hutang yang perlu diselesaikan segera.Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah s.w.t mengasihi seseorang hamba nescaya dia akan memanggil Jibril a.s dan berfirman: Sesungguhnya Aku mengasihi orang tersebut, oleh itu kasihilah dia. Baginda bersabda: Lalu Jibril mengasihinya. Kemudian Jibril menyeru ahli langit dengan berkata: Allah telah mengasihi orang tersebut, jadi kamu semua mestilah mengasihinya, lantas semua ahli langit mengasihinya. Baginda bersabda: Kemudian orang tersebut diterima oleh semua golongan yang berada di muka bumi. Apabila Allah s.w.t memurkai seseorang hamba, nescaya dia juga akan memanggil Jibril a.s dan berfirman: Sesungguhnya Aku benci orang tersebut, oleh itu bencikanlah dia. Baginda bersabda: Lalu Jibril membencinya. Kemudian Jibril menyeru ahli langit dengan berkata: Allah telah membenci orang tersebut, jadi kamu semua mestilah membencinya, lantas semua ahli langit membencinya. Kemudian dia dibenci oleh semua penghuni bumi

RUJUKAN
http://www.al-islam.com/mal/

Rabu, Julai 23, 2008

PANJAT HANNAH PANJAT

Celik mata subuh tadi nampak Hannah dah bangun..sengih-sengih pas tu terus memanjat..

Pegang kuat-kuat hannah...nanti jatuh...

Alaa...rileks lah makk...tak jatuh punya...

Tengok Hannah jalan ni...ops...hati-hati...

cewwahh...cayya lah Hannah...Alhamdulillah...

Isnin, Julai 21, 2008

IMPIAN TERCAPAI

Pagi tadi telah diadakan majlis serahan replika kutipan sumbangan sempena JOM KARNIVAL 2008 daripada pihak sekolah kepada PIBG.

Alhamdulillah cita-cita kami untuk mengadakan projek laluan berbumbung hampir tercapai tidak berapa lama lagi...Terima Kasih kepada semua yang terlibat menyumbang wang ringgit, tenaga dan idea..
Ameer mewakili 4 Alpha menerima hadiah daripada YDP PIBG atas usaha cemerlang yang mereka telah ditunjukkan. YES!!..kami dapat.....

Syukur...Alhamdulillah..kita telah mencapai impian yang kita idamkan sebelum ini..Percaya lah, kita pasti BOLEH !!..asal saja kita sanggup berusaha dan bekerja keras...

Tokey air dan roti john..aksi orang kaya sekelip mata...

Tokey spagheti, kek batik dan mash potato...aksi posing sesedap rasa...


nota kaki:
Peristiwa menyayat hati...masa bebudak ni tengah bersukaria makan isi perut hamper tu dalam kelas..SECOND BOSS lalu...yerkkk...kantoi la pulak...siap dia berhenti buat isyarat "aper ker heyy ni yop...kome idok belajor ker hari ni..?" sambil kerut-kerut dahi..
adui..hilang ingatan makcik dibuatnya...automatik jer terus jerit..."OK semua orang...buka buku muka surat 129..bla-bla..bla...." padahal masa tu bebudak tengah pulun berebut twisties.....
( pengsan ...)

Ahad, Julai 20, 2008

SELERA HERBA BANGI

Dah lama tak jalan Bangi..

Petang semalam pergi PKNS ..ingat nak cari baju kurung tapi terdapat kasut dan ntah apa-apa benda merapu pulakk...ekekeke..nampak baju baby cantik-cantik kat bawah tu ..huhuhu...tunggu minggu depan lah yer Hannah..

macam biasa kalau bawak budak-budak kenit ni...layann....

Lepas tu jalan-jalan cari makan kat tempat yang dipromosi oleh dOd...kat mana tu..?


yuhuuu....set kacang pool...dah lama ku idamkan...

Budak-budak tu makan nasi goreng cina sorang sepinggan..licin...balik tak larat berjalan..

lempeng kelapa ni sambal dia sedap mbanget..tapi lempeng ni rasa macam kurang kelapa lah...yang bawah ni pula nasi Ambeng ..boleh tahan sedap...tapi still tak lawan nasi ambeng pasar malam Meru lah...



Macam-macam minuman yang kitorang order...tapi minuman idaman kopi TELEVISYEN tak ada pula hari tu..tak apa lah ...yang penting bandung soda memang best.!...Alhamdulillah..

Sabtu, Julai 19, 2008

HARI SUKAN


Lepas subuh terus masuk dapur masak laksa untuk sarapan... macam tak percaya jer bebudak bertiga tu makan laksa pagi-pagi..Alhamdulillah laris .. abah memang tak makan laksa jadi dia makan roti dengan serawa durian semalam jer..

Lepas sarapan Izzah pergi sekolah ada sukan hari ni.Abah dengan kakak pergi temankan..Abang malas ikut, dia kata nak jaga Hannah kat rumah sementara mak basuh baju..yer lah tu, macam lah kita tak tau sebenarnya dia nak tengok kartun.. Alaa. ..sukaneka budak tadika..kalah atau menang semua dapat hadiah..Izzah masuk acara masukkan air dalam botol..dah dua minggu berlatih..dia kata team dia rumah Merah tak berapa kuat..asyik kalah jer masa latihan..tapi tunggu jer lah dia balik nanti, mana tau dapat nombor satu pulak...

EDIT

Izzah masa sukan tadi...tengah beratur dengan kawan-kawan rumah merah...eerr....cuba teka yang mana satu Izzah ni....

Masukkan air dalam belon tu...

Lepas tu masukkan pula air tu dalam botol...fuhh...bila nak penuh ni........

Yeeahh...dapat nombor duaa.....!! Alhamdulillah..

Rabu, Julai 16, 2008

DURIAN DAN PETAI

Sakit tekak sejak dua hari ni bukan lah disebabkan berdebat tapi sebab terlampau banyak makan durian..bukan makan kat dusun pun...makan durian pasar malam jer...tapi kalau dah seminggu dua kali beli durian mana tak sakit tekak..selalunya musim durian mesti sama dengan musim petai kan....


Minggu ni kakak dengan abang ada ujian bulanan kat sekolah tapi dua-dua orang tu nampak relax jer...langsung tak mesra buku...malas lah nak bebel...buat berbuih mulut jer..

Isnin, Julai 14, 2008

ISNIN

Hannah demam panas semalam....petang tu masa bangun dari tidur dia menggigil sampai terketar lutut..muka dia pun semacam jer...tak lama lepas tu badan naik panas...huhu...sedih betul rasanya..mujurlah cepat dapat bagi makan paracetamol..malam tu tidur lenalah dia. Pukul tiga pagi dia menangis panas badan lagi ....syukur lepas masuk ubat cucuk montot dan jaram kepala dia kebah..minta-minta tak lah berlarutan demam ni..


Teringat Izzah masa umur baya Hannah dulu...tiap-tiap bulan demam , kalau batuk atau demam alamat lembek jer badan dia, makan tak mau..susu tak mau..kalau di suap pun muntah balik.Kalau dah macam tu alamatnya bungkus kain baju berkampung kat hospital la..


Pagi ni sampai jer kat meja ada satu bungkusan kek pisang..Alhamdulillah..tu namanya rezeki yang tak disangka-sangka datang dari arah yang tak diketahui..hehehe..siasat punya siasat rupa-rupanya kiriman emak seorang murid sebagai tanda terima kasih...Orang memberi kita merasa...


Hujan pula tengahari ni..ingat kan nak pergi beli tanah kat nursery bunga untuk baik pulih pokok-pokok depan rumah yang tinggal nyawa-nyawa ikan tu....nampak gayanya kena kensel lagi...macam-macam rancangan dalam otak ni...nak letak pokok-pokok yang mudah jaga, letak batu keliling pasu, buang sebahagian pokok yang dah tak relevan dan kurangkan pasu..arrhh...bila lah nak buat tu...

Petang ni buat dadih untuk berbuka...

Ahad, Julai 13, 2008

MASAK DAN MAKAN


Ada orang kata kakpinat ni beruntung sebab ada tiga orang anak perempuan..boleh menolong kat dapur..heheheh..Alhamdulillah, mudah-mudahan begitu...tapi orang tu mungkin lupa sementara menunggu mereka membesar dan boleh diharap untuk membantu, mau tak mau terpaksa melayan selera makan mereka yang berbagai ragam.Ada yang suka ini tak mau itu..sorang nak makan ini , sorang nak makan itu...Mujurlah anak lelaki sorang tak banyak ragam makannya...kalau dia suka dia makan banyak, kalau tak suka..makan sikit...namun makan tetap makan...

Kek coklat kukus ni permintaan Izzah..setiap minggu mesti suruh buat atau kalau dah tak larat nak layan tu beli ajer..dia tak jemu-jemu makan ..kadang-kadang bila buat muffin coklat dia tak mau makan sebab katanya tu bukan kek...nak jugak kek coklat...err...bukan ker rasanya lebih kurang sama jer...?Donut lagi satu yang Izzah suka makan...tapi yang pelik lagi ajaibnya dia tak suka topping coklat kat donut..suruh tabur gula jer... katanya pening makan donut dengan coklat.....gitu pulak...
Apa-apa saja masakan berasaskan ikan adalah pilihan Kakak tapi bukan anak-anak yang lain..kalau tak ada lauk ayam,daging atau udang sotong...pilihan utama mereka ialah telur mata kerbau aka telur ceplok...curah kicap..senang cerita...kalau hidang ikan,banyak lah cekadak tak mau makan..
Puding caramel ni kakak sorang yang suka..dia boleh hadap sebekas makan sorang-sorang...
Roti putih ni pilihan semua orang dalam rumah ni..terima kasih kat Maisya yang beri resepi roti ni..roti yang ada inti kaya, kacang merah,kelapa,sardin..apa-apa pun tak jalan...selalunya diorang suka cecah kari atau buat sandwich telur rebus jer dengan roti ni ...

Alhamdulillah...kakak sekarang dah boleh buat kek carot kesukaan dia sendiri...bangga betul dia bergambar dengan hasil pertama dia...keep it up Kakak...sebenarnya kek carot ni walaupun elok jadinya cuma tak berapa menggebu sebab kakak letak dalam bekas besar..tapi okey lah ..percubaan pertama kakak..dia siap bawa ke sekolah nak riak kat kawan-kawan dia la tuu....

Khamis, Julai 10, 2008

TAK ADA TAJUK

Bila lah Hannah ni nak tumbuh gigi agaknya....


Minggu ni sibuk sangat sampai tak sempat nak tulis cerita.Lepas beberapa hari Jom Karnival yang menyebabkan sakit pinggang tu, datang pula satu berita gembira..baru saja dapat tahu tengahari tadi...iaitu gerai Kebabowm 4 Alpha jadi pemenang aka JUARA...mengumpul hasil jualan terbanyak ..kategori gerai makanan dan minuman. Insyaallah hari Isnin nanti akan dibuat pengumuman rasmi dan sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak pentadbir, akan ada habuan lah menunggu geng Kebabowm tu...Alhamdulillah..

Semalam kelam-kabut sehari suntuk duduk dekat kebun menyiapkan kerja...mana taknya pagi ni dalam cuaca sejuk-sejuk mendung tu datang lah MANDUR aka Pentaksir daerah dengan senyum manisnya memeriksa segala macam hasil tanaman dengan segala racun serangga dan baja-bajanya sekali...aduhai...bikin gabra saja ini mandur...

Petang ni rasa macam nak rehat saja tapi terpandang pulak kain baju berlonggok tak berbasuh dah dekat seminggu...hhmm...kena buka kedai dobi lah ni......macam-macam urusan hidup kat dunia ni....bak kata apek dalam cerita P Ramlee...idup susah mati laaagggiii susah...

Gambar selingan ni masa makan-makan alasan malas masak kat Alamanda minggu lepas, dalam macam-macam pilihan makanan,Izzah tetap memilih mee goreng ..lain tak mau dah..walaupun pagi tu dah sarapan mee goreng sepinggan kat rumah. Gambar paling bawah tu pulak order dari makcik Jawa yang kekonon nak jadi jepun..Black Pepper Beef Tempayaki katanya...lepas ni tobat makcik dah , kembung perut makan taugeh...huahuahua...










Ahad, Julai 06, 2008

RAJIN HANNAH RAJIN

Hannah dah pandai memanjat.....






JOM KARNIVAL




Alhamdulillah...seribu syukur...JOM KARNIVAL yang berlangsung hari ini telah berjaya mencapai target sebagaimana yang diharapkan. Mudah-mudahan projek laluan berbumbung yang dirancang akan menjadi kenyataan selewat-lewatnya awal tahun depan .

Pagi tadi sewaktu tiba jam 7.30..Geng Kebabowm 4 Alpha dah sedia berkhidmat...rupa-rupanya mereka dah mula angkat tong gas seawal jam 6.45 pagi lagi...4 Alpha dibahagikan kepada beberapa group..Group Ameer bertanggung jawab menyediakan air, group Azrie pula bahagian roti john dan roti bakar, group Sabrina masak spaghetti,Hanis and the gang buat kek batik dan tart, geng Sarah dengan mash potato 20 kilonya manakala Shahirah dan Fiza bahagian promosi...terharu sungguh dengan kesungguhan anak-anak muda ini. Gerai kami terletak di kantin..ok lah ...lapang sikit sebab nak gunakan dapur..

Air dah siap bancuh...spagetthi pun dah packing

Kat mana pulak nak gantung menu ni....

Ni kerja geng spaghetti sorok stock bawah meja..

Ni tokey spaghetti Sabrina...kerja keras dari mula sampai habis projek

Sementara Aiman sibuk siapkan bahan utk roti John, Amir berkejar pergi angkat air batu

Geng mash potato sempat lagi senyum simpul..tak payah tunggu pelanggan datang gerai diorang dah angkat bakul edar jualan....
Alamak...Shahirah...cukup-cukuplah promosi tuu...

Kalau semua dah ready...boleh lah mula bekerja...Bismillahirrahmanirrahim...
Pelanggan dah tunggu nak order sarapan tuu...



Tuan Hj Ismail Musa, PPD Hulu Langat merasmikan karnival...

Lepas perasmian selesai dan gerai kebabowm dah steady...sempat vroomm balik rumah sekejap ambil bebudak kat rumah datang join karnival...tinggal lah Hannah sorang tolong abah sidai kain...yeah yeah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin