Isnin, Oktober 31, 2011

RESEPI NASI MANDY AYAM

Kepada reader yg tanya resepi nasi mandy yg kakpinat letak gambarnya kat entry sebelum ni ..ini resepinya kakpinat share..;) Sejujurnya..adik kakpinat yg masak nasi ni kat rumah emak ..Dia terror sikit bab masak ni..berbanding kakak dia .Lagipun masa tu kakpinat belum mandi pagi ..mana boleh nak masak nasi mandi kalau chefnya pun belum mandi kan..nanti ayam bertukar bau kambenggg siapa susah..? ekekeke..ok..merepek tak perlu bayar

Seriously, taklah susah sangat kalau kita biasa masak nasi ayam atau nasi minyak,lebih kurang macam tu jugalah lah cara masaknya...Bahan pun main agak-agak jer tak adalah pakai timbang sukat bagai.

Kakpinat pun tanya kat Pakcik Google yang bijak bestari tu jer.Ada pelbagai resepi tapi yg ni kira simple lah..Yg paling special boleh  letak loban sejenis bhn masakan Arab yg rupa mcm kemenyan tu, safron @ za'faron yg mahal utk warna dan arang yg dibakar ditengah nasi utk hasilkan bau wangi.Lebih syahdu kalau kalau ayam atau kambingnya dimasak sekali dalam nasi ..makan sambil pejam-pejam mata..nikmat !..:)

OK start..
Mula-mula tumis bwg putih dan bawang besar yg dipotong dadu dgn minyak sapi,masukkan  bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga dan daun salam..dah garing masukkan beras basmathi.Basuh dan toskanlah dulu beras tu. Guna air rebusan ayam utk masak nasi..perisakan dgn garam..letak saffron utk warna kuning ..kami letak kunyit jer..dan carrot parut sikit kasi meriah itu nasi...dah masak,masukkan gajus yg digoreng garing..

Ayam yg dah direbus separuh masak tu perap dgn serbuk rempah beriani,serbuk ketumbar,serbuk jintan,garam,kunyit,..pastu bakar ayam dalam alumunium foil. Alas foil tu dulu dgn bawang besar dan lemon potong(lagi banyak bawang lagi sedap) baru letak ayam atasnya.Bungkus foil..bakar..;)

Jangan lupa tinggalkan air rebusan ayam sikit buat sup utk kuah dia,buatlah salad sayur dan sambal tomato style arab tu.Just kisar tomato dgn cili besar dan garam.Jgn letak air masa blend tomato tu..;)

Dah siap! kalau tak nak guna minyak sapi boleh pakai minyak zaitun,mentega atau minyak masak biasa.Asal jangan tuang minyak petrol sudahlah. Beras tu pun kalau tak ada beras basmathi pakai beras bashidup cap rambutan ke,beras Bernas pilihan ramai pun tak kisah..


Renung-renungkan dan selamat beramal!

Khamis, Oktober 27, 2011

TERIMA KASIH KAK INA KL

Lepas raya hari tu ada order dua balang kukis daripada KAK INA KL Ini kali ketiga order .Berulangkali order tu tandanya sedap dan puashati.lah kan.:) Tiap kali order mesti ambil dua balang sebab sebalang  anak-anak kongsi makan,sebalang lagi emak dia hadap seorang..keh3x


Tapi kali ni rasa macam terharu nak menangis pulak. KakIna siap bagi diskaun harga  tak charge duit minyak pun utk penghantaran,pas tu bagi 5 paket sampul duit raya utk my anak-anak yg berderet ni..tak cukup tu..dia siap bagi lagi fridge magnet ole-ole from Kuching! Alhamdulillah! Tak pernah pergi beli biskut kat supermarket dapat memacam hadiah macam beli biskut KakIna ni..seronok makcik,senyum simpul sambil kunyah kukis kakIna depan laptop. Happy giler..! orang gila pun tak happy macam ni tau..


Utk KakIna,Selamat maju jaya..Terima kasih daun keladi.

BERKARAT

Memang dah naik berkarat blog ni ditinggalkan .Rasa macam selalu melepak kat facebook sampai nak update blog pun naik malas.Sejak akhir ni banyak sangat cerita nak tulis tapi sibuk mengalahkan PM Najib nak pilihanraya pulak.Pergi sana sini buat itu ini..perghh!! Hebat!

Alhamdulillah abang dah habis exam jadi lega sikit boleh suruh dia jaga adik.Senang sikit emak dia nak buat kerjakan.Kalau tak nak buat urusan rumah tangga pun payah..bergerak kat dapur ada ajer yang mengekor tarik baju tarik kain..haishh! Rimas..rasa nak gigit jer senduk menahan geram.

Tu belum buat kerja sekolah lagi..Bila emak pegang pen merah nak tanda kertas periksa ada ajer lah yang nak tolong tanda..nak tolong kira markah lah..padahal tekan calculator pun tak berapa nak kenal nombor lagi..alahai!
Alhamamdulillah,Solat Hajat PMR,SPM dan STPM kat Masjid Alam Damai berjalan lancar,Ramai ibubapa yg hadir
Ni gambar homemade nasi mandy ayam buat dgn my adik masa balik kampung minggu lepas.selalu makan kat kedai-kedai nasi arab tak teringin pun nak buat sendiri..rupanya sekali buat,taklah susah mana sangat..;)


Berbaloilah masak seperiuk besar makan dua keluarga plus atuk dan embah..anak-anak rambu-ramba menambah..Insyaallah,raya haji ni boleh buat lagi..;)

Abang makan tak ingat dunia..ingat akhirat jer.

Khamis, Oktober 13, 2011

RANCANGAN TERGENDALA SEBENTAR

Cuaca mendung dan sejuk jer sepanjang hari.Tengahari tadi berdesuppp ke BBB cari cenderahati utk VIP sempena Hari Graduasi hujung bulan ni. Syok juga shopping time tengahari gini ,tak ramai orang..tapi tulah kan..benda yg nak dicari tu taklah banyak mana pun..tapi yg lain-lain tak termasuk dalam senarai tu pulak yg berplastik-plastik..cukuplah dengan tudung,biskut,bunga bagai..alahai..! payah betul nak menahan nafsu duit daripada mengalir.

Mendung gini hirup sup panas best kan..kan..kan..;) OK.rancangan diet kita tunda ke minggu depan ajer lah..buat syusah syusah ajer ..


Ahad, Oktober 09, 2011

BILA NAK MULA..?

Lepas raya ni rasa badan berat semacam jer..baju semua dah mula mengecut..tak berapa nak lepas dah..yang pelik tekak tu seleraaaa jerlah pulak. Hujung minggu tak ke mana-mana dari subuh sampai malam asyik berpusing keluar masuk dapurrr jer. Elok pulak anak-anak bagi sokongan padu..masak apa jer habis licin diorang makan..mak dia apa lagi..tambah bersemangatlah.;)

OK..esoklah mula diet..sementara tu nak gi pasar dulu..penuhkan stock peti sejuk utk minggu depan.mana tau tengah tengah berdiet tetiba perut lapar pulakk..siapa susah..? ekeke

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin