Memaparkan catatan dengan label lunch box. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lunch box. Papar semua catatan

Khamis, November 24, 2011

MY KIDS AND TUPPERWARE

Siapa yang rajin baca blog ni daripada awal tentu tau kakpinat ni kalau tengah angin rajin selalu  bawa bekal utk anak-anak ke sekolah.Bukanlah sebab nak berjimat sangat pun sebab kadang-kadang beli makanan di kantin lebih murah..tapi tulah..kalau bawa makanan dari rumah anak-anak akan dapat makanan yang ikut selera kita dan kita yakini kebersihannya...lagi pun anak-anak akan rasa ikatan antara ibu dan anak..yer lah. ..bila nak suap makanan  jer terbayang muka  emak kan..syahdu gitu...cececehh ;))

Biasanya bekal tu dimasukkan dalam tupperware yang pelbagai bentuk dan warna.ringkas,mudah dan menarik..berseleraaa jer..tak caya?? tengok sana dan sini..


Alang-alang ada contest merebut hadiah cantekkk punya tupperware kat sini..http://tupperwarefactory.blogspot.com


 apalagikk....kita joinlah kan..untung-untung dapat hadiah lumayan..


                          Bolehlah Izzah bawak bekal hari-hari ke sekolah tahun depan....;))



Jumaat, Januari 28, 2011

DAMAI

Siapa kata memasak itu susah..senang saja sebenarnya lebih-lebih lagi kalau hati tengah gembira..;D
Tentulah gembira sebab dapat cuti seminggu sempena CNY...boleh jalan-jalan cari pasal lagi..
 
Sarapan popia goreng tapi guna inti crab stick lebihan isi sushi bekal ke sekolah...kena kreatif sikit kalau nak senang kerja ..
Damainya hati ..Alhamdulillah.

Sabtu, Januari 08, 2011

BUKAN MUDAH MENJADI SUPERMOM

Alhamdulillah,dah sampai pun hujung minggu..sibuk rasa nak putus kaki dan tangan seminggu ni menguruskan hal anak-anak di sekolah.Mujurlah ada penolong yang setia kat rumah.kakak Izzah sekarang dah boleh harap untuk jaga adik-adik dan menolong di dapur.Cuci pinggan lepas makan memang tugas dia sebab si Abang dah rebut nak ambil part sidai dan iron baju sekolah.Abang bijak..otak ligat .. sebenarnya urusan kain baju ni banyak dibantu oleh helper yang datang ke rumah seminggu dua kali..jadi banyaklah dia dapat bersenang lenang..anak lelaki ni kerja nak mengelat jer..

Sebelum tidur dah siapkan barang nak pergi sekolah termasuk ready bahan utk sarapan keesokan hari .Ni sosej gulung pakai puff segera dari planet Mat Gebu.Izzah yg tolong buat.. Masa tu Cik adek Hannah dah tidur dah..sekali berbau puff harum kat dapur ..boleh dia bangun! ..melantak seketul puff dengan serabai tak cuci muka....pas tu tidur balik ..kehkehkeh..

Nasi lemak lauk nugget huruf sempena kembali ke sekolah ni pun Izzah yg tolong prepare utk bekal dia dan abang.Jangan terpegun lak..Izzah cuma tolong masukkan dalam tupperware jer..bukan dia yang masak nasi,buat sambal tumis,goreng nugget, telur, potong timun segala...Nehi..nehi..! Tu omak eyy yang buat. Bekas biru tu Abang punya.Abang makan nasi dengan sambal sama banyak..sambal tak pedas katanyer..

Kalau dah penat seharian kerja,time makan malam macam tak berdaya nak masak dah..order jer lah kat abah pasal emak dah sakit pinggang..huhuhu..macam ni lah rupanya..anak beranak makan depan tv..bersila bertemu lutut..mata masing-masing tengok tv..mulut lajuu jer kunyah.

 jadi jangan salahkan Irfan kalau dia pun ikut melakukan serangan bertubi-tubi...tanpa mampu dikawal lagi..
Tajuk macam iyer-iyer jer..sengaja nak hiburkan hati sendiri sebenarnya. Anak-anak semua dah lama tidur..kalau mimpi dah masuk tiga episod agaknya..errmm..urusan rumah baru jer selesai.Pagi ni nak kena pergi meeting pulak kat sekolah.Mujurlah abah cuti boleh tolong jaga baby Irfan dan Hannah.

Arrghh.! dah tak boleh tidur lah pulak..

Isnin, Julai 19, 2010

MABUK SHUSHI

 Pagi Isnin yang sejuk,tiba-tiba semangat pahlawan ninja shushi datang menyerang! ni semua gara-gara terjumpa buluh penggulung dan gadjet buat Carlifornia roll ni masa berkemas dapur semalam.Beras cap mulut menganga pun ada separuh peket lagi.. tambah pulak ada awek cun yang minta dibuatkan shushi gulung ketat-ketat katanyerr..Eh..apasal Carlifornia yer? bukan Fukouka roll ker..Okinawa roll ker..ngee..

Persediaan mantap...sebelum subuh dah bangun nak menggulung..latar belakang gambar tu kelam syahdu jer kan..bukti fajar sadiq belum muncul..sah pakai camera  cap ayam den lopeh ..mengaku sajalah..

Plastik penggulung beli kat SINI tahun lepas..dah lama menyorok..tetiba jumpa balik..magic kan?


Pulun letak isi  ..macam gelihati jer rupa bentuk dia kan? ada yang kurus ada yang gebu..

lemang berbaris sopan dan anggun menunggu saat untuk dipotong

Ready tu nyum nyum...ambil lunch box memasing..mari berfiesta! sayonara...;D

Jumaat, Mei 29, 2009

LUNCH BOX 3

Sengaja nak ubah decoration rumah ni..yg lama tu dah jemu..lagi pun nak cari semangat baru..cat dinding warna biru biar tenang kata Dr Fadhilah Kamsah..ehek....
ok..mulai minggu depan bolehlah rehat sikit..tak payah bangun awal sgt masak bento utk budak-budak ni..kita tengok apa dia orang bawa pergi sekolah sepanjang minggu ni...
sekali tengok nampak mcm nak pergi picnic pulak..bukan pergi belajar! adoyai..

sandwich ayam dan fries

bihun goreng dan pizza segera by Pizza Pah Bangi

roti kebab dan cucuq badak sumbu
mee goreng dan karipap jerawat
ni bekal bila mak diserang virus M..tak payah cerita lah..

Selasa, Mac 31, 2009

LUNCH BOX 2

Tajuk entry kali ni sengaja di letakkan nombor 2 sebagai menyambung kisah yang pernah di tulis DI SINI

Sejak Izzah masuk darjah satu awal tahun ni kotak bekal anak-anak bertambah satu lagi. Bila dah ramai anak,macam-macam pula permintaannya.Jadi sebelum tidur biasanya mereka akan sebut apa makanan yang diorang nak makan buat sarapan dan apa pula bekal yang nak di bawa..order apa saja macam kat restoran mamak gitu..ahaks..

Di antara bekal yang diorang bawa minggu lepas..

Nasi goreng dengan telur goreng, sandwich tuna dan oren..

Izzah bawa bahulu acuan ikan dari kampung, kakak bawa pizza dan agar-agar merah,abang bawa nasi dan daging kicap leftover..pagi tu sarapan homemade pizza..

Squiggles untuk kakak,mee goreng dan sosej utk Abang dan squiggles,sosej dan samosa untuk Izzah.

Sandwich tuna dan oren..

Sejak dah ada acuan telur rebus ni, buat nasi lemak kereta utk abang,nasi lemak bear utk Izzah dan nasi lemak rabbit utk kakak..kehkehkeh..seronok tengok bekal bersih licin bila balik rumah..

Mudah-mudahan bila anak-anak dah besar nanti mereka tak lupa masakan mak ..walau tak sesedap mana tapi sentiasa melimpah dengan doa dan kasih dan sayang...

Isnin, Jun 30, 2008

LUNCH BOX

Salah satu cadangan untuk berjimat-cermat yang sering diwar-warkan sejak kebelakangan ini ialah membawa bekal ke tempat kerja atau ke sekolah.Orang Jepun sebut bento,orang Jawa sebut bontrot..bunyinya lebih kurang sama jer kan...hehehe..

Sebenarnya sebelum orang sibuk-sibuk nak bawa bekal, kami sudah pun membudayakan amalan ini sejak anak-anak masuk darjah satu lagi. Masa mula-mula kakak masuk sekolah dulu kami bimbang anak kecil kami lapar di sekolah..nak membeli kat kantin kena beratur (berasak) dengan budak-budak besar, dah tu belum pandai berjual beli...jadi bawa lah bekal dari rumah.Sampai sekarang dah darjah lima dan dah pandai menghabiskan duit pun kakak masih juga bawa bekal ..alasan dia, makcik kantin masak tak sedap...yer lah tu..maksudnya mak dia masak sedap mbanget lah tu...

Abang pulak suka bawa bekal sebab boleh berkongsi tukar-tukar menu bekal dengan kawan baik dia Syazwan . Kadang-kadang tu ada juga masa yang tak sempat buatkan bekal,habis lah monyok muka dia pergi sekolah....padahal duit belanja dah tambah ..Budak berdua ni walau pun dah sarapan kat rumah,siap bawak bekal lagi...namun duit belanja tetap nak juga..

Ni antara gambar bekal sepanjang minggu lepas....ada bekal yang tak sempat nak snap gambar pasal dah lambat...nanti tak pasal sibuk nak bergambar tertinggal bas pulak...wakakaka...

bihun goreng

roti telur, nugget, fries potatoes

mee goreng mak(bukan mamak)

Nak sediakan bekal ni bukannya susah sangat asal saja ada kemahuan..tak perlu bangun awal pagi sangat,pukul 5.30 dah cukup cantik..kalau terlambat jam 6.00 pun masih sempat lagi..tapi kalau pukul 7.00 baru nak celik mata tak payah sibuk nak berbekal lah..kejar solat subuh tu dulu...

Cara yang mudah ialah rancang dan siapkan bahan sebelum tidur. Kalau nak buat sandwich telur contohnya dah siap rebus telur dan potong timun dari malam. Kalau nak buat nasi goreng pun sama cenggitu.. bawang , sayur siap potong , ayam atau udang letak tingkat bawah peti sejuk.. kalau besok pagi baru nak keluarkan ayam batu, susahlah ..Kalau bawa bekal nasi lemak , telur dan sambal masak malam..Kalau nak lagi senang beli jer nasi lemak kat gerai depan rumah lepas tu bawa lah bekal tu pergi sekolah....habis cerita..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin