Memaparkan catatan dengan label monolog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label monolog. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 20, 2012

SILA BERI CADANGAN YG MEMBINA JIKA TIDAK SUKA

Diam tak diam rupa-rupanya blog ini dah berusia lima tahun. Ramai kawan-kawan yg datang berkunjung,berkenalan,komen,tegur sekali kemudian hilang dan tak kurang juga yg sekadar silent reader.Angin dan kerajinan memblog biasanya pasang surut dan bergantung kepada keadaan dan waktu senggang.Alhamdulillah sekali sekala bolehlah juga senyum simpul sambut cash Nuffnang..hikhik

Kepuasan berblog sebenarnya bergantung kepada niat asal.Saya berblog sekadar untuk mencatat kenangan warna-warni hidup ini dan hati rasa gembira jika dapat berkongsi rasa.Sudi-sudikan komen jika wajah baru blog ini kurang ceria dan jelita.Terima kasih kerana selama ini sudi berkunjung ke blog yg tidak seberapa ini.

Salam Sayang:
PINATBATE ALWAN

Selasa, Ogos 23, 2011

CERITA CUTI

Malas nak taip sebenarnya sebab bila taip pakai dua tangan sakit bisa terasa lagi kelingking ni.kalau taip pakai jari kiri saja lambat dan asyik nak typing error jer lah.Cemana pun nak cerita jugak pasal cuti TERgempar ni.

Masa keluar wad hari tu doktor tanya nak mc tak? Tentulah nak sbb hari tu mmg sah tak gi sekolah. keluar bilik OT tu jer dah pukul 2 ptg. Dr kata kalau luka macam ni nampak gaya macam lambat baiknya..
"Saya bagi cuti 2 minggu lps tu kita tengok kalau belum ok saya sambung lagi". 
Amboi mak aihh!! Tu dia..!
"Ehh..tak payahlah lama sgt dr..badan saya tak sakit,jari jer yg sakit"
doktor tu senyum sumbing jer..
"yer lah..saya faham cikgu banyak tanggungjawab..tapi boleh ker cikgu nak menulis,angkat buku,ke padang (padahal puasa mana ada cikgu bawa budak ke padang)buat kerja-kerja semua tu..?"
" Ehh..Saya buatlah dgn jari yg tak sakit ni.." sambil gerak-gerak jari..:)

Sebenarnya masa tu terbayang banyak kerja tak selesai kat sekolah.Trial PMR baru mula dan ada gerak gempur SPM. Terlibat dgn Program Ihya Ramadhan dan  Bulan Kemerdekaan semua. Kalau cuti tak masuk kelas nanti terpaksa cikgu lain yg ganti. Kesian kat kawan puasa-puasa ni kan.
Lagi pun sumpah jari tu tak sakit langsung!

Sekali balik rumah dan habis kuasa ubat bius yg melemahkan deria rasa tu baru lah tauuuuuuuu..!!  Hambek kau dia punya sakit berdenyut merayap sampai kepala!! Semalaman berguling tak tidur kesakitan cukuplah dengan denyut,dengan bisa bagai. Memang menangislah. telan pil tahan sakit pun tak lut masa tu.

Lepas dua tiga hari jari bengkak pulak sebab byk gerak dan terlanggar benda.Luka kat kawasan kuku pun tak kering lagi.Masa tu baru tau tau kenapa doktor bagi mc panjang..nak tau ? Mula 16 Ogos sampai 4 September!

Tapi manusia ni makhluk Allah yg lemahkan.Saya pernah berdoa minta kelapangan waktu supaya dpt buat persiapan raya utk anak-anak..juga masak berbuka utk mereka. tapi saya lupa..bila Allah beri ruang waktu yang panjang lantaran cuti ini..saya tiada daya!! Tak usah nak buat persiapan raya..nak urus diri pun berjihad melawan rasa sakit!

Tadi dpt sms dari kawan yg ucap simpati kerana musibah tapi disambung dgn  " jeles kat kau sbb dapat cuti raya awal..!" Hah! kalaulah dia tau betapa siksanya cuti yang tidak dipinta ini,tentu dia menyesal menulis begitu. tak taulah ..agaknya dia fikir saya sedang berseronok shopping baju raya kat jln TAR,pilih bag tgn raya&kasut raya kat Sogo atau bakar biskut raya sambil berseronok kemas rumah pasang langsir raya..

Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati melihat anak-anak berbuka dan bersahur dengan makanan ala kadar ,belum ada persiapan raya, rumah bersepah..saya cuba menyapu sisa remah makanan selepas makan tapi tangan terus berdenyut.Pernah memasak kari ayam tak pedas permintaan anak-anak,suami basuhkan ayam dan letak santan kotak sebelum pergi kerja. Hasilnya sampai ke sahur saya menahan bisa sakit tangan.

Bukanlah saya menulis ini menyatakan rasa kesal dengan musibah ini.Tidak! saya redho..cuma terkilan dengan tanggapan orang.Kalau nak sangat cuti raya..ambillah cuti saya ini. Jangan lupa ambik sekali dengan jari  hancur ini. Ada berani..?

Rabu, Januari 12, 2011

SIPUT

Malam ni TERtengok cerita hantu kat tv.Entah apa tajuknya..Kebelakangan ni banyak betul cerita hantu..bersepah merata chanel ..apalah yg orang minat sangat kat cerita hantu ni pun tak tau lah.Sambil tengok tu mulut tak renti mengunyah mee siput goreng cicah sambal kicap.Jadi orang Muor kita malam ni..hahaha..

Tetiba teringat kerja sekolah bannyyaakkk lagi tak selesai..dah makin tua ni, buat kerja makin lembab pulak..udah serupa macam siput.Haih!

Rabu, September 08, 2010

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kepada semua pembaca BLOG INI
Seandainya ada yang saya tersalah catat ,terlanjur bicara dan terkasar bahasa
Saya mohon kemaafan di hari yang mulia ini
MUDAH-MUDAHAN ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.

Khamis, Ogos 26, 2010

CHECK LIST

Ini entry ulang tayang..Ramadhan tahun lepas punya..saja  recycle buat peringatan..

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi ..
Bila diingat-ingat pejam celik biji mata selepas berbuka puasa tadi ..baru tersedar rupa-rupanya...
  • Tadarus baru masuk juzuk 12....erkk..
  • Terawih bolos beberapa hari bukan sebab uzur tapi kerana tidur dan keletihan err..kekenyangan sebenarnya..
  • Amalan sunat tak konsisten..
  • Sedekah berkira takut budget raya lari..
  • Beli baju raya awal sejak sebelum puasa konon nak tumpu rebut 10 malam terakhir tapi sampai hari ni masih cari peluang tambah koleksi raya...
  • Order kuih raya dan beli kerepek sebab azam tahun ni tak nak sibuk bakar biskut tatkala orang lain merebut kelebihan qiamullail ..tapi tadi dah terbeli bahan nak buat beberapa jenis kek dan conflake utk buat conflake madu pulak..ada hati lagi tuu....
Ahhhhhh..!!! Tak mau gagal !

Mari muhasabah diri...Di mana anda berada ketika ini? jangan jawab di atas kerusi pulak,,

Jumaat, Ogos 20, 2010

MENCARI KESEMPATAN DICELAH KESIBUKAN

Semakin aktif Irfan sekarang..time orang tengah berbuka dia bising ajak bersembang..time nak berterawih dia panggil ajak tidur... time sahur pulak dia uwaa..uwaa..nak menyusu..petang tadi bertadarus baru dapat dua tiga baris,Irfan dah buat kuih..huh! rancangan tergendala sebentarrrr....cobaannn.;D

Kerana Ramadan itu hadirnya hanya sebentar dan perginya pantas tak upaya di tahan..mesti kuatkan semangat  dan cekalkan hati..jangan sampai masa berlalu sia-sia..bimbang tak bertemu lagi dengannya tahun hadapan!
Buku baru bulan ini,curi-curi baca sebelum tidur..:D

Rabu, April 14, 2010

JANGAN MENGELUH

Peringatan untuk diri sendiri saja sebenarnya..
Sejak akhir-akhir ni banyak betul kerja tertangguh yang tak terdaya nak dibereskan..bertimpa-timpa datangnya sampai tercungap-cungap rasa nyawa..pandang kanan kerja berlonggok..pandang kiri senarai kerja menunggu..tak tau mana nak lari..

Bila rasa penat dan sakit..ingat saja betapa ramai orang yang menganggur tak ada kerja dan betapa ramai OKU yang tak upaya melakukan kerja meskipun hati mahu melakukannya..BERSYUKUR sajalah dan tarik nafass..hembus..tarik nafas lagii...hembus...

Kayuh saja pelan-pelan..

Rabu, Februari 03, 2010

TAK ADA BACA KA..?

Pagi tadi doktor bagi senarai panjang makanan yg boleh menambah darah .Sepanjang dua bulan ni asyik pening bila menunduk atau sujud.Rupa-rupanya kurang darah..tapi yang rasa grrrr tu bukan apa..sebab nurse yg bagi ubat tu double triple bebel pulak berbanding doktor..alahai..! rasa nak gam jer mulut dia dengan gam gajah..


" Chegoo tak baca internet ker..? "

'' err..baca apa..? "

" Tada baca lah tu...tu lah...bacalah internet chegoo..apa jadi kalau kena anemia..apa bahayanya..apa makanan yg perlu dimakan..jangan makan nasi saja banyak..kena ambil tau semua itu..pilih makanan berkhasiatla chegoo.....blablablabla.."

" grrr..*%$#@**%#.....*haper dia ingat...@;@ "


hambek kau..! grrrrr...geram betul aku dengan kerang kerang ni semua..

Isnin, Januari 18, 2010

REZEKI

Tak baik merungut-rungut sambil mengadap rezeki kan..?


Hujung minggu baru -baru ni anak-anak ajak makan ayam kampung goreng kat Veledrom Cheras..tempat biasa kami makan ayam kampung. Memang best makan kat situ terutama ayam goreng dan sambal belacan dia..senang cakap memang licin pinggan lah..lagi-lagi kalau kena dengan jus air durian belanda ni..perghh...nanges!

Tapi...banyak jugak yg tak best kalau makan kat situ..memang dah biasa berlaku tiap kali kami makan kat situ..tapi sebab nak makan tabah jugak hadapi..errmm..
nak tau kenapa?
1. ada pak cik jual biskut berlegar-legar tunjuk barang jualan dia..tak peduli org tengah gigit ayam boleh dia suruh rasa biskut tart nenas dia..
2. salesman mulut petpotpetpot sambil tunjuk cd dan buku kanak-kanak..sepuluh ringgit satu.
3. budak hulur surat kebenaran minta derma dari mana ntah..

Bayangkan bila kita tengah sedap-sedap makan ada pulak gangguan macam tu..adoilah..tersedak akak...patah selera ..sedih betul rasa nak telan nasi pun tak sanggup..lagi-lagi kalau budak salesman tu bercakap merecik air liur..bila kita geleng kepala dia pujuk jugak suruh belek buku dia..mana tangan nak pegang buku,mana nak pegang nasi...ggrr..

Memanglah bagus usaha mereka mencari rezeki halal ..tapi biarlah sesuai cara dan masanya..janganlah sampai menimbulkan rasa tak senang orang lain ..kalau dia buka meja jualan dekat situ pun dah cukup..lepas selesai makan,orang mungkin akan datang tengok jualan dia...tapiii....

Sabtu, Oktober 10, 2009

BEKERJALAH SEPERTI KAMU AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI

Apa punya sedihlah kena buat post mortem trial SPM saat-saat kritikal macam ni..sudahlah senget kepala nak buat graf turun naik ni, lapar pulak tu tengah malam ..isyy...bantal ohh bantal......di mana dikau..

Kita sambung pagi-pagi esok jer lah yer.....; )

opss!..esok gigih nak berhi tea akhir tahun pulak..Ahad nak pergi open house lagi..bila nak sambung kerja terbengkalai ni?

seribu tahun lagi dah jadi fosil agaknya makcik pinat ni..

Isnin, September 28, 2009

SUJUD SYUKUR

Setiap kali singgah ke Kedai runcit Nas di depan rumah kami, saya selalu memerhatikan Nasrol tokey kedai yang rajin menghantar tong gas dari rumah ke rumah itu menabur remah-remah roti untuk direbut oleh kawanan merpati yang jinak ini.

Mungkin dari amalan itu datangnya keberkatan rezeki Nasrol. Buktinya kedai runcit Nasrol makin besar dan bisnesnya makin maju. Lebih nikmat Nasrol boleh menangkap mana-mana merpati jinak yang disukai untuk dibuat gulai...kellasss!

Malam tadi kami dapat sebungkus besar hamper hari raya yang sampai di depan pintu rumah..rezeki untuk dikongsi ...tapi ada rezeki lain yang lebih besar lagi untuk di syukuri..berbaur rasa terkejut, gembira dan teruja..!

Jika Allah memberi nikmat tanpa kita perlu meminta-minta, itu ertinya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana..melengkapkan apa yang tidak kita miliki dan menunjukkan bukti kekuasaanNya..

Alhamdulillah!

Khamis, Ogos 20, 2009

TUNGGU


Menunggu Kehadiran Ramadhan..
Mohon maaf segala silap dan salah..zahir batin..
Alhamdulillah, dah mula bersedia dengan Quran,baju dan telekung baru utk solat tarawikh,beli stok makanan utk bersahur,ulangkaji balik buku-buku tentang kelebihan Ramadhan dan tak lupa beli kurma madu..
gara-gara suara gemersik yang mendayu-dayu tu lah...

Yusuf Tayoobb....Yusuf Taiyobb...! adoilah..

Isnin, Jun 15, 2009

KERJA

Hari yang indah..kerja-kerja rutin pun bermula pagi ini..senyum dan syukur..kerana masih ada kerja dan keupayaan melaksanakannya..meskipun kepala mulai berserabut ..dan nafas mulai semput!

Ya Allah! berikan daku kekuatan..

Sabtu, Mei 09, 2009

SETIAP HARI

Saya percaya hanya ada dua perayaan sahaja dalam Islam iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri . Sebab itu saya tidak terlalu ghairah menyambut sebarang perayaan selainnya lebih-lebih lagi di Malaysia kita ni banyak sangat hari nak sambut.Hari Pekerja,Hari Wilayah, Hari Jururawat,Hari Natal, Hari Wesak,Tahun Baru Cina..macam-macam lagi..Jangan salah sangka pulak..bukanlah saya menghukum haram sambutan yang bermacam-macam ni..cuma rasa rimas.

Bulan Mei ini saja saya menyambut Hari Lahir,Hari Ibu dan Hari Guru..Syukur ke hadrat Ilahi ..tapi setiap hari istimewa itu saya anggap sebagai peringatan bukan meraikannya. Pada pagi hari ulangtahun kelahiran saya kena beringat dan muhasabah diri kerana umur sudah semakin berkurang (bukan bertambah) kerana jangka hayat semakin pendek..sudah tidak banyak masa untuk bersiap sedia membuat bekalan ke akhirat. Masa untuk berbuat baik sesama manusia dan makhluk pun semakin singkat.Hidup ini perlu dinikmati sebaiknya sebagai tempat mengumpul 'point' di akhirat kelak. Tidak ada kek harijadi atau pulut kuning utk saya..tapi bersyukur Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya dengan rezeki yg tak terhitung nikmatnya.

Sedari kecil saya tidak pernah diajar meraikan hari Ibu...Anak-anak pun saya tak ajar meraikan hari ibu. Saya mahu anak-anak mendengar nasihat dan membalas didikan ibubapa dengan berbuat kebaikan setiap hari. Apalah ertinya kad atau hadiah hari ibu jika perbuatan seharian menyakitkan hati ibu. Siapalah yg pandai-pandai reka hari ibu 10 mei. Kenapa tak buat 2 minggu sekali hari ibu? Tentu lebih banyak keuntungan tokey restoran, penjual bunga atau kedai hadiah..dalam Islam berbakti pada ibu, tak perlu tunggu hari perayaan setahun sekali dan seorg muslim yg baik sepatutnya tak memerlukan hari ibu utk berbakti pada ibunya kerana cukup Al-Quran dan Hadis Nabi sebagai sumber motivasi.

Saya amat menghormati dan menyayangi ibubapa dan ibu mertua saya..saya berazam mahu berbuat baik kpd mereka sehingga akhir hayat mereka dengan segala kebaikan yang termampu saya lakukan...setiap hari, setiap masa..dan tidak akan lupa mendoakan kebaikan untuk mereka di dunia dan di akhirat. Tak perlu tunggu hari ibu.

Ini emak dan abah saya yg tidak pernah putus-putus mendoakan kebaikan untuk anak dan cucunya sepanjang hayat mereka.


Seperti juga hari-hari sambutan bulan Islam yg dianggap bid'ah oleh sebahagian ulama,saya selalu mengingatkan diri supaya cuba mengamalkan sunnah dan berselawat kepada nabi setiap hari,tak perlu tunggu Maulidurrasul.Baca Quran setiap hari walau pun sedikit..tak perlu tunggu sambutan Nuzul Quran..,tunjuk akhlak yg baik kepada orang bukan Islam tak perlu nak tunggu rumah terbuka Deepavali atau Gong Xi Fa Chai..Kasih sayang perlukan pendekatan bukannya hari..kalau tak nanti jenuh nak buat hari abang,hari kakak,hari suami,hari isteri..Bila masuk bulan Ogos setahun sekali semua diseru berjiwa patriotik sebab sambut hari Kebangsaan..habis bulan Januari,bulan April..tak perlu patriotik ke?

Setiap tahun apabila menjelang Hari Guru saya akan sentiasa dirundung sedih dan serba-salah.Ya, sedih..sangat sedih kerana sehingga kini walau sudah berbelas tahun menjadi guru saya masih tidak mampu menukar budaya hari guru di sekolah yang kebanyakannya berbentuk lagha. Apa implikasi budaya begitu kepada generasi masa depan. Apakah murid-murid akan lebih menghormati guru sebagai murabbi dan mursyid selepas acara sebegitu.Di sekolah lama ,saya pernah cuba mencadangkan membaca kisah Lukmanul Hakim mendidik anak-anak dalam majlis hari guru..tapi ditolak dengan alasan hari guru adalah hari utk guru dan murid bergembira...bukan mendengar ceramah! Ini salah satu sebab mengapa saya sering 'ghaib' dalam keriuhan sambutan hari guru di sekolah..

Mungkin penilaian saya silap atau entry kali ini bernada agak keras tapi itulah saya.Mungkin usia yg semakin tua membuatkan saya lebih banyak berfikir.

WONG SOLO BANGI

Tengahari ni makan makanan Indonesia di Restoran Wong Solo Bangi sempena ulangtahun kelahiran yg ke seratus sembilan puluh lima...tua setahun lagi..


hidangan ayam bakar dan ayam penyet paling menyelerakan ditambah dengan cah kangkung..
tempe dan tahu tak ketinggalan..licin sebakul nasi kita tambah lagi..
peha ayam goreng kesukaan anak-anak.. nampak pelik jer sebab style potong macam bunga..tapi sedap! daging sapi bakar tak sempat nak posing ..dah tinggal kenangan..

Jus alpukat (avocado) coklat yg wow!..tengkiu darlingku belanja makan best hari ni termasuk bibik sekali tersenyum lebar...hikhikhik..

Syukur..
masih lagi berpeluang menghirup nafas di bumi Allah yg luas..Alhamdulillah masih diberi rahmat dan kasih sayang Allah yg tak terhitung banyaknya..

Khamis, Mei 07, 2009

MIMPI ?

Sebaik tamat meeting mingguan jam 2.50 ptg saya terus memecut keluar ..terasa nak makan sesuatu yang manis dan sejuk ditekak...otak ligat berfikir..puding jagung, triffle buah-buahan, bubur pulut hitam, cendol..?..Akhirnya saya singgah di Jusco dan tolak troli seorang diri. Toleh kiri kanan tapi tak ada apa yang berkenan di hati..akhirnya balik dengan tangan kosong..letih! sampai rumah terus saja menunaikan ibadah tidur ....khusyuk..tenang..

selang setengah jam..ketika mimpi baru nak masuk chapter 1..tiba-tiba..

Assalamualaikum..kakpinat..!

err..mcm suara jiran sebelah..( bangun sambil gosok mata..)

Buka lah pintu ni cepat..lambat karang cair pulak...

apa hal pulak ni..( masih tak habis tenyeh mata..)

Diana ni kakpinat..! Diana buat homemade aiskrim .
.

huh..? aiskrim..? TERUS BUNTANG BIJI MATA..



Alhamdulillah..!
soalannya..mimpikah aku?

Rabu, April 29, 2009

tenang..redha..ikhlas


tenanglah jiwa..
kerana ketenangan menghilangkan segala resah..
ketenangan membuat kita
rasa senang dalam kesusahan..
rasa gembira dalam kesedihan..
rasa kaya dlm kemiskinan..
rasa lengkap dalam kekurangan..

Ahad, April 19, 2009

CUCI MATA

Sakitnya kepala..dari semalam siapkan kerja tak habis-habis depan laptop ni..sampai bengkak mata..ehh..tipu jer..Yang betulnya hujung minggu ni langsung tak keluar rumah semata-mata nak siapkan headcount,JSU dan exam paper.. ..rasa macam dah senget jer ni..Mujurlah dapat ikut Waseem jalan-jalan ke Taif dan cuci mata..Syukran Waseem..

Tetiba teringin nak makan anggur tengok gambar ni....alamat nak kena keluar rumah jugak ni nampaknya..petik anggur kat belakang rumah..ehek..berangan jer..pokoknya pun belum tanam lagi..sebenarnya nak cari alasan keluar..tinggal dulu lah kerja berlonggok ni..Serabut !

Nak keluar!

Ahad, April 05, 2009

APA YANG KAU CARI


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
kini sudah ku temui

Sabtu, April 04, 2009

PUSAT REKREASI AIR PUTRAJAYA



Family day 2009..datang utk tembak gambar sajork..






Hidup ini adalah untuk mengikat silaturrahim

dan mencari pengalaman
Alangkah indahnya hidup dalam dunia kanak-kanak ..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin