Ahad, September 30, 2012

UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE


Kek Nenas Terbalik sebenarnya..tapi bila sebut bunyi macam kasar sangat sampai macam nak terbalik terbalik meja pulak.Sejak nampak gambar dalam blog Mat Gebu teringin pulak rasa nak membuatnya. Pernah makan pertama kali kat rumah kawan dulu ..ingatkan dia tersilap buat kek,buah nenasnya mendap ke bawah ker aper..? rupanya memang ada kek ni..hihihi

step 1 : atur nenas sekeping masuk loyang,sekeping masuk mulut...sekeping masuk loyang,sekeping masuk mulut ..ulang lagi hingga habis nenas dalam tin hirup pulak sirap dia..ekeke..

Chewwaahh! jadi dah..nampak kertas resepi lagi kat hujung tu..Rupa-rupanya senang jer membuatnya.rasanya mungkin lebih sedap lagi  kalau ditambah paste nenas atau jam nenas atau nenas yg di putong kecil-kecil dalam kek. Kek ni dalam kategori kek berat lebih kurang macam kek buah atau kek carrot tu.Simpan semalaman kalau nak lebih terasa moist dan lebih terasa nenasnya .
Jom tengok resepinya..

UP SIDE DOWN PINEAPPLE CAKE

 

1 tin nenas dalam tin , ditoskan
Ceri merah secukupnya
250 g mentega
5 biji telur gred A, asing kuning dan putih
135 g gula halus
135 g tepung gandum* guna tepung naik sendiri jer..pandai-pandailah kau tepung..
2 camca teh baking powder*ganti dgn soda bikarbonat pulak
1 camca teh esen vanilla *rasanya kalau letak esen pineapple lagi sepadan bagai merpati dua sejoli

Cara membuatnya :

 1.Gris springform pan berukuran 9 inci dengan mentega.

2.Susun gegelang nenas dalam tin seperti dalam gambar mula-mula tu.

Sumbat dengan ceri merah pada setiap lubang nenas tadi (1 biji ceri, belah 2).Terbeli nenas yg saiz besar dan besar pulak bulatan empulurnya sampai masuk 3 biji ceri baru muat.huhuhu.
Ketepikan.
 

3.Putar mentega dengan sebahagian gula halus dan esen vanilla hingga putih
Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Gaul rata dan ketepikan.
 

4.Dalam mixing bowl yg bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih
Masukkan baki gula dan terus memutar hingga kembang dan kental.
Gaul putih telur tadi ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Kacau rata.
 

5.Tuang dalam tin tadi dan ratakan.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 50 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2.
 

6.Sejukkan kek sebelum dihidangkan.
Kek ni memang sedikit turun bila masak.
Kalau suka boleh sapu dengan piping gel atas permukaan nenas untuk nampak lebih berkilat


Kat rumah ni tak payah nak tunggu sejuk..tak sempat nak make up sapu pengilat ker apa..keluar oven jer...

Serbu..!

Sabtu, September 29, 2012

MENANGIS


Jangan menangisi masa lalu yang sudah pergi.Ia iktibar dan pengalaman.
Jangan terlalu memikirkan tentang hari depan yang belum pasti. Ia milik Allah.
Nikmati hidup ini dan buatlah seindah mungkin.

menangis kena buli abang..
Yg ni pulak menangis sebab nak ikut abang pergi solat Jumaat..tak sedar diri tu perempuan..

Ahad, September 23, 2012

KEK PISANG SEMPOI

Petang Sabtu banyak betul kerja nak buat..tak habis-habis,tapi syukurlah Irfanboi tak mengacau sebab abang kakak ada di rumah melayan. Yang tak bestnya,Irfan asyik kena buli jer..dah banyak kali abang kakak gayakan Irfan dengan tudunglah,telekunglah..isyy! budak ni sukaaa pulak tu..mengekek dia ketawa , takut pulak dia ingat skarf pink tu pakaian budak lelaki.

Minggu lepas kakak ipar bagi pisang ni dua sikat,sesikat dah habis..sesikat lagi terbiar jer.Apalagi..vroommm

Bertukar!

 RESEPI KEK PISANG SEMPOI / Sofinar-My Resipi

  • 150g pisang emas - dilecek * tadi guna lebih sbb pisang banyak kan..
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing * kurangkan sikit sbb pisang tu dah manis
  • 3 biji telur
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate * tak pakai pun sbb tak ada
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.
_____

Walawei! makan panas-panas dengan teyy O syesyesyedappp!
HAVE A RELAXING WEEKEND !

Ahad, September 16, 2012

MEE REBUS HASIL MEMBANTING TULANG

Stor bawah tangga penuh dengan khazanah .Nakcari barang pun boleh sesat jalan keluar dibuatnya.Bukan setakat harta karun bertimbun,sampah sarap pun berlonggok.Punyalah besar peranan bilik stor ini.Semua pun boleyy..

Demi masa depan yang lebih cemerlang bersempena cuti ni kami pun buatlah makeover stor bagi clear sikit..buang segala makneka barang yang ntah haperhaper...Sifat penyayang katakan..semua benda nak buat kenangan sampai kasut zaman Parameswara membuka Melaka pun masih nak simpan.haih!

Beli dua buah rak ni  kat IKEA dan suruh Abang pasang.Tak rugi belajar Kemahiran Hidup Bersepadu kat sekolah.dah boleh buka bengkel pasang rak. Ni rak pertama abah tolong pantau..takut silap pasang skru.
Ni rak yang kedua..nampaknya pembantu abang yang penyibuk aktif tu dah mula buka langkah.Biasalah Irfankan..mana boleh duduk pandang saja ..kasi  naik atas tu main motor rempit..vroomm...vroomm..

Yeay! dah siap! sekarang dah boleh masukkan dalam bilik stor dan susun barang kemas kemas.

Kesian kan tengok pekerja bengkel,pembantu termasuk pemantau penat buat kerja terbongkok-bongkok.Tu kuah mee rebus sudah menggelegak atas dapur.

Upah mee rebus sempoi seorang semangkuk.
 MEE REBUS HASIL MEMBANTING TULANG..BUKAN MEE REBUS TULANG!
Slurrpp!! Alhamdulillah.

Isnin, September 10, 2012

PERGANTUNGAN KEPADA PEKERJA ASING PUNCA KERUGIAN NEGARA

 Setiap dua  minggu sekali ada seorang helper yg datang tolong bersihkan rumah ini .Namanya Idah orang Kalimantan.Rasanya sudah hampir 7 tahun Idah bekerja dengan kami.Sayang dan bertahan lama dengan dia ni pasal dia jujur dan solat.Kerja tetapnya sebagai cleaner di sekolah,jadi ambil dia lepas kerja sekali sekala buat meringankan kerja rumah.Idah ni kerjanya hanya mengemas laman sekangkang kera,mencuci 3 buah tandas,mop lantai dan mengelap segala cermin dan perabot yg ada.Kadang-kadang kalau ada special kes contohnya nak raya,banyaklah task dia kena buat.Berbadan kecil,ibu beranak 3 yg kesemuanya ditinggal di kampung ini sangat cekap bekerja.

Minggu lepas,selepas mengelap kipas siling yang berhabuk seinci dia menyimpan tangga yg digunakan untuk memanjat ke dalam stor.sekaligus tangannya pantas bergerak menarik keluar vacum cleaner dan kakinya ikut menolak-nolak beberapa kotak yang kami sumbat simpan dalam stor. Cekap betul ! Bila buka stor tuu..humangaii!! segala mak nenek benda dia sumbat..kertas suratkhabar lama,botol-botol kosong,sampah sarap pun dia storkan sekali.Kellas kau Idah...patutlah bersih banget rumah aku.

Selesai urusan di ruang tamu dia masuk ke dapur mengelap lantai,pintu-pintu kabinet dan peti sejuk.Bukan setakat pintu..segala isi dalam peti sejuk pun dibersihkan sekali.Dia buang sayur kering,ikan kering,pasal sudah kering alasannya..baki butter yang tinggal separuh, donut frozen...kuih ini sudah keras tidak boleh digigit lagi katanya..dan ntah hape-haper lah sampai bersih licin makcik punya peti ais dekkk...Sekali buka tong sampah...huarrrr!! Rajin tak bertempat ni susah jugak..sabor jerlah..tarik nafas..hembus!

Perangai Idah ni kadang-kadang tak boleh nak jangka..sekali tu dia tuang pencuci pinggan Cosway makcik sebanyak tidak dalam baldi sebab nak mop lantai padahal pencuci lantai Ajax Fabuluso ada jer depan mata dia.Bila makcik menjerit-jerit tegur dia boleh jawab..alaaa! pakai ini pun boleh ..saya tuang dalam tandas pun bersih jugak! hampagas betul minah ni..patutlah bila dia datang sebotol pencuci pinggan habis ..@#$%^...Lepas tu bila dia dtg,lekas-lekas sorok pencuci Cosway..keluarkan Axion sudah.

Macam-macamlah kalau nak citer..ada ajer benda merapu yg dia buat,tapi dalam sengal sengal Idah ni berguna juga bila keadaan terdesak.Tu yg makcik tak berputus asa panggil dia datang tiap dua minggu sekali.
Motif tulis curhat curahan hati ni bukannya apaa..makcik tengah cari kasut raya warna biru..hilang sebelah ni..sebelah lagi ada celah pasu bunga..apakah..?? Makcik agak dah kena sapuuuu dengan Idah ni. Dia mmg rajin,pembersih dan cekap tahap dewata ungu.
Haih!

Sabtu, September 08, 2012

REHAT

Petang Sabtu yang damai selepas separuh hari di sekolah.Sudah siap kemas rumah,lipat kain baju,anak-anak makan dan rehat. Inilah masa yg sesuai meluruskan badan..baring menghabiskan buku-buku ini.

Bila letih dalam kesibukan dan perasaan menghimpit,masa rehat yang damai adalah nikmat Allah yang amat disyukuri.Seribu syukur!

Khamis, September 06, 2012

ROTI KACANG POL

Sebelum ni kalau teringin makan roti dengan kacang pul ,kami cari kat Restoran Selera Herba Bangi
Tapi semenjak restoran ni ditutup,memang tak merasalah nak makan..ada sekali tu masa pergi MAHA kat Serdang,jumpa gerai Johor yg jual roti kacang pul ni..tapi tak berapa nak rasa kacang pulnya ..dagingnya banyak sangat..dah rasa kuah daging pulak.
Daripada banyak cekadak makcik pinat ni baik masak sendiri kan...puashati gitu melayan tekak.Bukan susah sangat nak buat kuah ni..guna kacang mudammas dalam tin Kimbal dan daging cincang Ramly burger..mudah saja!

Tumis bwg putih.bwg besar cincang dgn serbuk ketumbar,jintan putih,jintan manis kisar ,serbuk kari daging sikit..dah garing masukkan daging cincang dgn air..bila daging masak,masukkan kacang pol....lenyek2 jer..tambah air ikut kepekatan yg kita nak..jgn lupa garam gula sikit..nak lebih rasa Arab,tumis dgn minyak sapi..;)
Makan pulak dengan roti bakar sapu mentega,telur goreng mata,tabur kuah pul dengan bawang besar,cili hijau dan perah limau kasturi.Kaedah makcik pinat tak ada cili hijau,tabur jer cili merah ,suka-suka hati..masak dengan imannnn...;)

Ahad, September 02, 2012

HOME MADE POPCORN GARRET

 Bila pergi KLCC mesti beli popcorn Garret ni..Harga bukanlah murah tapi kalau anak-anak minta memang tak sampai hati nak tolak..beli jugaklah kan..Bau dahlah harum sebatu menggoda ..mana tahan!
 Paling syiok makan pop corn caramel yg ada badam sebijik-sebjik tu..fullamak..makan sampai pejam-pejam mata..bukan takat anak dia layan, mak dia lagiii lah kan..
 
3-4 kali beli Garret rasa macam nak bankrup, cik Kakak ambil inisatif menggodek kamus masakan pakcik gugel..akhirnyaa..!! tada!!
 Jadilah jugak,popcorn ala-ala garret versi poket kempis..;)

 Bolehlah kan..walaupun taklah 100% rasa Garret,tapi lebih sedap berbanding popcorn pasar malam yg biasa tu.
 Bravo Kakak!
nak resepi ? Resepi ini ambil di JUICY CAFE & CAKES  Terima kasih Shuhairi Shuhani.

GARRETT'S CARAMEL POPCORN

Bahan
1 sudu besar minyak jagung
1 cawan pop corn
1 sudu kecil garam halus
1 1/2 cawan gula perang
1cawan butter
1/2 sudu kecil baking soda
** Cik Kakak tambah badam cincang yg dibakar.
cara:

 Cara2nya..
1. Panaskan minyak jagung dengan api yang kecil dalam periuk besar. Untuk percubaan letakkan 6 biji popcorn dan tutup periuk.
2. Tunggu popcorn dalam periuk meletus, kalau sudah meletus tuang semua popcorn.
3. Tunggu semua popcorn2 meletus, kalu sudah tidak berbunyi, ertinya popcorn sudah siap.
4. Sambil menunggu popcorn siap, dalam periuk, satukan gula perang, butter, light corn syrup dan baking soda, masak atas api yang kecil sehingga mendidih. Tutup api.
5. Angkat popcorn, letak dalam dulang, buang baki2 popcorn yang tidak meletus.
6. Tuang syrup karamel dalam dulang berisi popcorn tadi dan gaul sebati.
7. Bakar dalam oven yang telah di panaskan dengan suhu 120C selama 1 jam, gaul popcorn setiap 10 minit.
8. Keluarkan, gaul supaya popcorn tidak melekat antara satu sama lain.
9. Hidangkan sambil menonton tv dan simpan dalam bekas kedap udara.


Sabtu, September 01, 2012

MERAIKAN TETAMU SYAWAL

Malam tadi kami menerima kehadiran tetamu Syawal family Kang Di dari Perak.Borak punya borak sambil makan seadanya hidangan ekspress .. macam-macam cerita tak sedar rupanya sampai tengah malam.Itulah antara  keistimewaan Syawal,dapat jumpa,berbual,bersilaturrahim.Kalau tidak,semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.Jiran sebelah rumah pun tak sempat nak tegur.

Masa tetamu tengah makanlah Irfan buat perangai,berlari-lari celah tetamu,naik basikallah dia..grrr!
 Amat bertuah sekali andai kita dikunjungi tetamu. Bila tetamu bertandang dan hadir ke rumah kita, maka ia datang bersama rezeki dan pulangnya bersama pengkifaratan dosa-dosa kita, mudah-mudahan. Bila tetamu datang ke rumah kita bermakna Allah hendak memberi kebaikan dan hasanat yang banyak pada kita semua.

Rumah kecil kami tahun ini berkongsi kegembiraan dengan kaum keluarga sebelah suami bila perjumpaan keluarga hari raya dibuat di sini.Sangat meriah  dan rasa berbesar hati kami menerima kaum keluarga semua ke rumah kami yg serba kekurangan ini
  Kehadiran anak-anak murid dan kawan-kawan anak pun menambah meriah hari raya. Alhamdulillah.

Nikmatnya hidup berkasih-sayang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin