Memaparkan catatan dengan label Hannah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hannah. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 17, 2012

ANAK ANDA RAJIN BACA BUKU TAK ?


Cik Kakak sudah  pun selesai menduduki peperiksaan PMR.mudah-mudahan berjaya dengan cemerlang. Minggu ini Izzah dengan Hannah pula nak masuk final exam.Errmm...budak-budak ni tak pernahnya nak study bila masuk periksa..

Pagi tadi suruh diorang berdua baca kat luar supaya tak terganggu dek bising adik yang seorang ni.sekali tengok,rupa-rupanyaa...tengah main masak-masak style pertandingan Master Chef gitu..siap berlakon masuk ujian Cipta Rasa lah..Ujian penyingkiranlah.

 
 
 Sabar jer lah..Kalau dilarang nanti diorang jerit..''Hak bermain hak kami..!!" macam dalam iklan tv tu pulak..haih!

Sabtu, September 29, 2012

MENANGIS


Jangan menangisi masa lalu yang sudah pergi.Ia iktibar dan pengalaman.
Jangan terlalu memikirkan tentang hari depan yang belum pasti. Ia milik Allah.
Nikmati hidup ini dan buatlah seindah mungkin.

menangis kena buli abang..
Yg ni pulak menangis sebab nak ikut abang pergi solat Jumaat..tak sedar diri tu perempuan..

Jumaat, Ogos 17, 2012

HARI-HARI TERAKHIR RAMADAN

Tak sedar masa berlalu terlalu pantas..Ramadan berbaki dua hari lagi.Sebenarnya masih banyak lagi yg mahu dilakukan dalam waktu yg singkat ini. Ya Allah! permudahkanlah Ya Allah segala urusan hidupku di dunia ini ,jauhkanlah hamba Mu ini Ya Allah dari siksaan kubur yang menakutkan dan azab neraka Mu yg pedih.AAMIIN!


Tahun ini Hannah mula belajar berpuasa...tapi sempoi punya bersahur pukul 7 pagi..ekekeke..kadang-kadang tu pukul 8 pun masih sahur lagi.Nak kejut bangun sahur sama-sama ..? owhh! tidaklah..nanti jadi drama tangis -menangis di dinihari nan sepi ..tak senang mak dia nak bersantap.Senang cerita Hannah makan kenyang -kenyang sebelum pergi tadika,lepas tu puasa kat sekolah sampailah petang..Berbuka pulak bila rasa haus atau lapar tak boleh tahan dah. Selalunya jam 3 petang dia dah buat muka sedih ..hahaha..tak mengapalah begitukan.Asalkan dia dapat merasa suasana berpuasa pun jadilah..

Yang paling utama dalam usia sebegitu ialah menanamkan pasak yg teguh tentang keutamaan solat 5  waktu..Ibadah berpuasa akan jadi mudah bila disiplin solat telah dibina dan kukuh dalam diri anak-anak dan fizikalnya telah bersedia,Insyaallah.

Alhamdulillah,projek kemas rumah yg bermula 1 syaaban hari tu dah mencapai 90% siap.Mana baki 10%..? Tu kena tunggu lepas balik cuti raya nantilah kot..hahahadoii..macamanalah nak berkemas..ramai betul tukang sepah barang..grrr!

Ok ! Sekarang masa nak siapkan biskut raya !Mood raya sudah datang..mood raya sudah datang!

Jumaat, Jun 29, 2012

ALAHAI ANAK OMAK

 Tengahari tadi terus berdesup zass ke 100 Yen. Hajat hati nak cari egg mould untuk kawan-kawan yg kirim minta carikan  tapi tak jumpa pula.Belum ada rezeki tak apalah..Insyaallah kalau ada kelapanga lain kali nak try cari kat Parkson pula lah.Sekarang tengah sibuk dengan hal-hal sekolah.Macam-macam kena buat bila dah masuk bulan 7 ni...:)

Walau sibuk pun projek kemas kemas tetap berjalan,buat sikit-sikit tak terasa letihnya.Majalah-majalah lama dah hantar kat library sekolah..Fuh! lega rasanya..sekarang ada ruang dalam almari untuk letak majalah yg lain pulak..Kalaulah ada almari atau rak buku macam kat library gini kan best..kalaulah kannn..verangan tak kena bayar..;)

Rak buku impian makcik pinat..library rumah omputeh mana ntah ni..kemas bebenor..
Tapiii...rumah ni nak berkemas 24jam pun payah..budak-budak bertuah ni walau pun dah ada play area diorang depan tv tu tetap juga nak bergumpal kat ruang tamu.kalau main tu pulak sampai  tak hengat..Tu diaa...ada yg tidur tersangkut macam ni..aduhai anak! sabor jerlahhh....

Children brighten our lives in so many ways :-)

Sabtu, Mei 19, 2012

NASI LEMAK TELUR ARNAB

Janganlah ada yang tanya sejak bila arnab boleh bertelur pulak..ekeke

Ini gara-gara Izzah minta nak makan nasi lemak.Maka dengan gigihnya masaklah juga petang tadi walaupun dalam hati tu rasa macam nak order kat pasar malam jer...kesian pulak kat anak seorang ni.

Nasi lemak ni tak adalah sedap mana pun,biasa-biasa jer..cuma yg special tu telur dia ada 4 jenis..yg ni comform tak ada jual kat pasar malam punya..kat nasi Lemak Antarabangsa pun tak jumpa..

Menggigil tangan kopek telur rebus tu masa tengah panas-panas..cepat-cepat masukkan dalam mould lepas tu tutup,lock dan humban masuk dalam besen yg dah sedia ada air ais..Silap sikit tadi terlupa guna telur gred A. dahlah besar gedabak nak masuk dalam mould saiz telur ged C..terpaksa tekan pelan-pelan supaya dapat masuk tanpa terpecah..

Masing-masing teruja nak makan telur..Hannah dah cop nak telur arnab,Irfan sibuk tunjuk nak car..car..yg dah tua ni makan telur rebus biasa jerlah..tergolek gitu..dah tak cukup acuan nak berebut,cemana ?..ekekek
Tu diaa...! fish tu nampak terlebih sikit keliling dia..fish gemuk katakan...yg kelakar,Irfan sempat buat bunyi vroomm..vroomm sebelum masukkan telur dalam mulut..meriah betul makan nasi lemak..;))

Ni pinggan Hannah,dia tak layan pun ayam goreng berempah sebab seronok sangat dapat makan telur rabbit..Alhamdulillah.

Ahad, Disember 04, 2011

MUSIM HUJAN MUSIM DEMAM





Seminggu ni melayan anak-anak demam bergilir-gilir,lepas seorang..seorang demam.Emak diorang pun dah separa nak demam ni.Kepala dah berat semacam.badan pun dah seram sejuk dibuatnya. Syukurlah my great helper si Kakak sihat walafiat.Alhamdulillah..Kalau dia pun ikut demam payah jugak nak minta tolong buat kerja..;)

Kakak baru balik dari Kem Remaja Di masjid Putrajaya. 3hari 2 malam tak lama tapi banyak juga kerja rumah terbengkalai sebab tak ada kakak nak tolong.Bab kemas rumah dan urusan kain baju memang tanggung jawab kakak..bila dia tak ada mulalah baju menggunung tak berlipat.Rumah memanglah kelam-kabut je sepanjang musim demam.Walaupun Kakak tak suka memasak berbanding Abang,tapi bab mengemas nombor satu.Bila dia balik rumah jer..terus pegang penyapu..tangan dengan mulut sama rancak jalan..kikiki..budak tengah demam pun boleh bangun kutip buku dan mainan bertabur sebab takut kena bebel dengan kakak.

Anak-anak ramai ni demam pun memacam ragam.ada yang demam muka monyok tak mau makan,tak mau bercakap.Senyapppp jer.Izzah punya perangailah tu. Kalau Hannah demam manja mengada lebih.Makan nak bersuap,tidur nak mintak peluk..berkepit  jer,merengek nak itu ini..sabau jerlah.Irfan boy pulak kalau demam tak macam budak demam.Badan panas berapi tapi sibuk nak main bola.Kalau dah mintak dukung tu tanda demam dah teruk sangatlah tu.

Kadang-kadang terlintas jugak dalam hati ,agaknya bila mak dan abah dah tua dan uzur dan ditakdirkan tiba masa sakit nanti..adakah anak-anak yang ramai ni nak jaga,nak suap makan minum,bangun malam nak bagi makan ubat ikut time ..huhuhu.Teremosi lak...

Teringat tazkirah seorang ustaz,katanya: Sebagai ibubapa sebaiknya kita jangan fikir apa yang anak-anak akan balas pada kita di hari tua kita atau selepas kita mati nanti..Ikhlaskan saja niat kita membesarkan anak-anak kerana menunaikan amanah daripada Allah. Cukup. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan.Didiklah anak-anak supaya menjadi anak yang bertakwa kerana dengan cara itu sahaja yang akan menjamin anak-anak kita menjalankan amanahnya pula sebagai seorang anak bila mereka dewasa nanti.

psstt.!  makcik nak pi bancuh slimming tea sekarang.Untung-untung boleh buang lebihan lemak ni. Musim hujan kannn ..laporrr sokmo

Rabu, Ogos 10, 2011

DUGAAN RAMADAN

Dugaan datang mengiringi kehadiran Ramadan.
Anak-anak demam bergilir ganti sejak malam 1 Ramadhan lagi. mula-mula Irfan demam sampai menggigil badan. Bila tidur malam asyik terjaga jer. Bila dah masuk hari keempat demam tak kebah rasa cuak semacam jer. Takut melarat .Syukurlah beransur baik lepas tu..walau pun ada sikit batuk dan hingus meleleh tapi badan dah tak panas dan menyusu elok. Legaa..Alhamdulillah.

Muka budak baru baik demam 
Selang sehari kakak Hannah pulak demam sama macam Irfan.Lagi sedih bila  dia muntah-mudah lepas tu badan panas sangat..masaalahnya tak mau makan ubat !. Cukup payah nak suap ubat sebab bila masuk ubat jer dua tiga minit kemudian dia muntah..Bila dua tiga kali jadi macam tu,fobia jadinya Hannah nak makan ubat. Last masuk ubat bontot ..barulah lega. Tiga hari jugak Hannah demam.

Alhamdulillah,dah sihat demam,main kejar-kejar mulut becok bercakap tak berhenti
 Bila anak demam barulah terasa nikmat kelapangan waktu.Semua benda yang biasanya selesa terasa sempit sangat.Malam tak cukup tidur,siang mengantuk kat sekolah.dahlah kat sekolah macam-macam hal kena buat..Balik rumah buat urusan rumah terkejar-kejar sebab anak merengek demam.Masak untuk berbuka pun simple jer janji boleh makan. Badan letih ditambah cuaca panas rasa nak marah jer. Mujur ingatkan diri puasa..puasa..tahan..tahan..

Ujian menjadikan kita  makin hampir kepada Allah..tempat menggantungkan segala harapan dan permohonan.Ujian juga menjadikan kita sentiasa berfikir dan muhasabah diri.Menilai sejauh mana kita mensyukuri nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Rasa menyesal sebab selalu merungut-rungut marahkan Irfan buat sepah punggah barang itu ini..bila tengok dia terbaring lesu ,tanpa disedari mengalir airmata hiba. selalu kat rumah ni suara Hannah potpetpotpet bising bercakap,bercerita, menyanyi..Ya ampunn..bingit telinga dibuatnya..tapi bila dia demam rumah jadi sunyi..sepi..Sedih betul rasanya. ;(

Alhamdulillah, mudah-mudahan dugaan kecil begini mendatangkan keinsafan dan menambah manisnya Ramadan. Alangkah tabahnya hati orang-orang yang diuji Allah  dengan pelbagai ujian besar,tapi sentiasa sabar,redha dan berlapang dada.

Khamis, Julai 21, 2011

SYUKUR MENAMBAH BERKAT

Bila kita tidak dapat memiliki apa yang kita sukai, belajarlah untuk menyukai apa yang kita miliki.
Walaupun sebenarnya teringin nak makan ubi rebus panas-panas  cicah dengan sambal tumis emak yang sedap tu..tapi tak dapat sebab tak jumpa ubi..sob,sob,sob...syukurlah dengan rezeki yang ada.



kalau tangan dah buat sign peace..peace..tu tandanya sedap sangat tak boleh cakap dah. Alhamdulillah
Terima kasih aunty Fara
Ini baju dari Quebec City Canada, rezeki Hannah dapat masa lahir dulu. Masa tu tak muat pakai sebab besar jadi simpan dalam almari .Sedar-sedar bila jumpa balik dah muat-muat jer..syukur..; )

Rabu, Jun 01, 2011

MANGSA BULI

Bila musim cuti tiba macam biasa rumah riuh- rendah.Dapur pun klentung-klentang..dari pagi sampai malam. Kalau bukan emaknya yang memasak, anak-anak yang sibuk bukak tutup peti ais selongkar makanan.
Semalam buat pulut durian sebab kakak sebut nak makan durian.

Rumah memang bersepahlah semenjak Irfan dah pandai berjalan ni.banyak kes dah dibuatnya.Dia rajin betul selongkar almari susun kain baju..pernah sekali tu selongkar kabinet dapur tumpahkan garam lepas tu tabur kunyit kat lantai.Jenuhlah membersihkan lantai.Sorok kunci kereta dalam almari kasut pun dia buat.Dua hari juga menonggeng meniarap mencari serata rumah baru jumpa.

Ini kebolehan terkini Irfan. Tekan-tekan remote tv.Kalau remote tu dah dapat kat dia semua orang kena redha ajerlah.Kalau direbut meraung dia nanti.Itu pun dah kira nasib baik..silap gaya diketuk kepala orang tu dengan remote tu..Hannah dah kena sekali..menangislah cik kak tu...

Tapi sesekali ada juga masa yang senyap sunyi.Bila seorang pergi tusyen,seorang mengadap laptop,seorang hanyut dengan novel,seorang khusyuk mewarna,seorang lagi tidur lena...tv pulak tutup,errmmm...rasa macam rumah tak berorang pulak.

Budak berdua ni dapat basikal baru tapi kakak Hannah tak daya nak kayuh basikal tu laju-laju..sebab adik dia dah sama besar jer saiz badannya..Kesian..yang adik tu pulak menyandar macam bos jer gayanya..Ini dah jadi kes membuli kakak ni ..

Rabu, Januari 05, 2011

WAJAH PENGHILANG LETIH

Bila dah buka sekolah ni,macam-macam perkara kena buat.Dari sebelum subuh sampai pejam mata tengah malam sentiasa ada kerja nak dibuat..sampaikan nak update blog pun tak terdaya dah..

Tapi ada suatu perkara yang paling menghiburkan bila penat letih balik kerja dapat peluk cium baby Irfan.Terasa hilang segala keletihan .Alhamdulillah.
Hujan lebat petang ni ..jadi kami berdua buat aktiviti posing aksi lentok manja ..seronok betul bergolek-golek dengan Irfan ni.
Bila pakaikan serkop kepala kakak Izzah nampak comel jer Irfan..dah rupa macam budak pompuan pulak.hehehe..
Yang ni budak jeles sebab dengar mak asyik cakap Irfan comel..Irfan comel..dia pun pakai jugak serkop tu..bajet muka comel jugak..errmmm..

Isnin, November 22, 2010

SURIRUMAH SEPENUH MASA

Menjadi surirumah sepenuh masa dengan lima orang anak yang rajin makan dan hobinya bergaduh..pheww..sungguh nikmat! Alhamdulillah..

Selasa, November 02, 2010

HANNAH DAH TIGA TAHUN


selamat hari lahir yg ke 3 utk Hannah..semuga jadi anak yg baik,cerdik,sihat dan ceria


Ahad, Oktober 10, 2010

10.10.10


Saja ambil kesempatan update blog pada tarikh yang cantik ni. Kena tunggu 11 bulan lagi kalau nak dapat tarikh 11.11.11pulak..tu pun kalau panjang umur lah.Patutlah Dr syeikh Muzaffar pilih hari ni utk nikah.Senang nak ingat tarikh.

Nak ikutkan blog ni dah seminggu bersawang.Jenuh nak menyapu segala habuk.Busy betul minggu ni, mood pun tak berapa nak cantik.Layan PMR..layan kerja kat rumah..longgar lutut dibuatnya.

Hannah pun makin banyak idea sekarang ni. Kalau ditegur pandai tarik muka sambil hempas-hempas  badan..amboi! belajar kat mana ntah..Bijak jugak dia,kalau nak hempas badan pilih atas sofa atau tilam..

Saja ambil gambar Hannah ni sebab mulut dia...bersungguh betul sampai herot-herot ..hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin