Selasa, Mac 31, 2009

LUNCH BOX 2

Tajuk entry kali ni sengaja di letakkan nombor 2 sebagai menyambung kisah yang pernah di tulis DI SINI

Sejak Izzah masuk darjah satu awal tahun ni kotak bekal anak-anak bertambah satu lagi. Bila dah ramai anak,macam-macam pula permintaannya.Jadi sebelum tidur biasanya mereka akan sebut apa makanan yang diorang nak makan buat sarapan dan apa pula bekal yang nak di bawa..order apa saja macam kat restoran mamak gitu..ahaks..

Di antara bekal yang diorang bawa minggu lepas..

Nasi goreng dengan telur goreng, sandwich tuna dan oren..

Izzah bawa bahulu acuan ikan dari kampung, kakak bawa pizza dan agar-agar merah,abang bawa nasi dan daging kicap leftover..pagi tu sarapan homemade pizza..

Squiggles untuk kakak,mee goreng dan sosej utk Abang dan squiggles,sosej dan samosa untuk Izzah.

Sandwich tuna dan oren..

Sejak dah ada acuan telur rebus ni, buat nasi lemak kereta utk abang,nasi lemak bear utk Izzah dan nasi lemak rabbit utk kakak..kehkehkeh..seronok tengok bekal bersih licin bila balik rumah..

Mudah-mudahan bila anak-anak dah besar nanti mereka tak lupa masakan mak ..walau tak sesedap mana tapi sentiasa melimpah dengan doa dan kasih dan sayang...

Isnin, Mac 30, 2009

100 YEN

Cuti hujung minggu pergi kedai 100Yen. Macam-macam barang dari Jepun dijual disitu.hampir semua benda berharga RM 4.90..

Tujuan utama sebenarnya nak cari egg mould dan cutter ni..

tapi biasalah kalau dah masuk kedai macam ni kan..macam-macam lah benda rasa nak capai..mujur ada member card ..boleh juga kumpul point...

Bukan beli apa pun...bekas-bekas makanan untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah..
Tadaa...!inilah hasilnya....

balik rumah terus try egg mould tu..tak berapa nampak sangat bentuk kereta,arnab,bear dan ikan tu sebab cepat sangat buka mould tu agaknya..maklumlah,tak sabar!

Cute jer tengok pisang disangkut kat banana hanger ni..rasa berselera nak makan pisang...kehkehkeh..Jepun ni kreatif betul..penyangkut pisang pun dia boleh terpikir nak buat....:D

Sabtu, Mac 28, 2009

BAJU KECUT DAN LAKSA MASAM

Hari ni ada Hari Anugerah Cemerlang, kena pakai baju ikut warna tema majlis iaitu oren atau hijau..mlm tadi selongkar satu almari baru perasan rupa-rupanya tak ada sehelai pun baju oren! baju hijau yang ada tu pun ala-ala dah reput..mujur juga baju tu belum mengecut....still boleh zip kain tu..Alhamdulillah..

Demi menjamin supaya semua baju tak mengecut..kena lah makan benda-benda masam,tak berlemak ..jadi hari ni kita makan kat Laksa Shack yer..

Laksa Sarawak yg..hmmm..terangkat ! memang best!! tapi laksa asam dia ada kureng sikit..Tak masam pun dan kuah ikan dia berketul-ketul, rupa paras nya macam ikan tuna dalam tin jer ... ;P

Tengok tu...Kakak rajin sungguh tak buang masa..tunggu order beriani pun sempat lagi study..
errmm..biasalah tu...mak nak ambik gambar kan..

Cari benda tersembunyi...mana kacang? mana jagung? mana cendol?..jumpa tak?

Hannah pakai baju baru harga seploh hengget..yeah! mak aihh capang betul telinga budak ni..

Jumaat, Mac 27, 2009

MARI BERSEDEKAH

Diriwayatkan daripada Salman bin Amir, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:

"Sesungguhnya sedekah yang diberikan kepada orang miskin akan diganjarkan dengan satu pahala sedekah dan sedekah yang diberikan kepada ahli keluarga terdekat akan diganjarkan dengan dua pahala, satu pahala sedekah dan satu pahala menyambung silaturrahim. "

(Hadis riwayat Imam Nasaie).


Terima kasih gadis dan kotak, juga kepada semua yang membantu..Mudah-mudahan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah.

Khamis, Mac 26, 2009

MOTIVASI JANGAN BASI

pic: pinjam kat pakcik Gugel

Bukan nak jadi pakar motivasi pula..sekadar nak kongsi .. ; )

Senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat :

1. Kunci ilmu ialah bertanya dan mendengar
2. Kunci kemenangan ialah sabar
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan bersyukur
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat ialah takwa
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa
6. Kunci maksiat adalah kesombongan
7. Kunci solat ialah kebersihan
8. Kunci ibadah haji adalah ihram
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Mari kita gunakan 10 kunci ini untuk merasang perubahan diri ke arah kecemerlangan ..

alon alon angger klakon..tiru kata-kata hikmat Kang BP..

Isnin, Mac 23, 2009

Petang ni makan ubi kayu goreng dengan ketumbar dan jintan..harumnya bau!!
tak lama lepas tu...


jeng..jeng...jeng..
teka..what happen..?



..

tuutt....proott...!
huhuhu..
siapalah punya kerja ni....!
;D

Jumaat, Mac 20, 2009

BERMALAS-MALASAN

Apasal semua orang mood malas hari ni...padahal semua dah kena kerah mandi pagi sental dengan sabun antibakteria ..
Suruh mengaji asyik nak mengelat ajer, suruh baca buku lagi lah pura-pura tidur...Lagi dua hari nak buka sekolah ...ni tak boleh jadi ni..kang ada yg kena libas ni...grrrrr...

Khamis, Mac 19, 2009

OPEN BOOK TEST

Baru balik dari jawab exam PTK..jawab paper 1 jer ..
Punya lah syiok cari jawapan dalam buku..tak jumpa-jumpa jawapan masa menjawab pun tamat..
Balik rumah tengok paper ujian berlonggok tak siap tanda rasa macam nak sambung cuti seminggu lagi..
Adehh..
Tetiba rasa nak makan cendol pulut pulak tekak ni
Kat mana ada jual cendol low sugar and cholestrol free ni agaknya..

Rabu, Mac 18, 2009

CERMIN MATA

Cermin mata sudah tersangkut di batang hidung kembang setaman saya yang anggun ciptaan Ilahi ini sejak tingkatan tiga lagi. Selepas melahirkan Izzah dulu pernah juga setahun dua memakai contact lense tetapi tak lama lepas tu surrender sebab malas nak buka,pakai dan terjegil-jegil depan cermin pagi-pagi ..

Selepas membaca LASIK bukan lastik di blog en_me
terasa macam nak melasik pula mata ni..bukan apa... semua gara-gara Hannah mengkeropokkan cermin mata mak dia yang sungguh fragile ni..Adoi lah..boleh dia ramas-ramas cermin mata tu sebelum dia patahkan dua..hebat! mujur juga dia tak cicah cerminmata tu dalam air kopi..

Isnin, Mac 16, 2009

SAMBAL TAUN KULIT LEMBU

Entry ini untuk menjawab pertanyaan TUAN ADIE yang jauh nun di Langkawi..



mula-mula kulit lembu yg dah di jemur kering beberapa lama, di bakar dan kikis bulunya kemudian di rendam..
bila dah lembut,bersihkan sekali lagi ..lepas tu potong/gunting kecil..

Rebus pula kulit yg dah berpotong supaya empuk..kalau tak nanti liat macam makan tayar pula..

selepas direbus baru lah dimasak ikut resepi kegemaran masing-masing..selain di tumis pedas biasanya kami buat sambal taun iaitu campuran cili api,lengkuas,bawang,asam,ikan bilis,belacan,santan,guladan garam...
Ok..ni sambal taun yg dah siap masak ..lebih kurang macam masak lemak cili api lah..cuma santannya putih dan cili tu sebijik-sebijik tak ditumbuk..sedap kalau makan dengan daun ubi atau meranti yg dicelur..

harap dapat menjawab pertanyaan Abang Adie kita ..: D

Ahad, Mac 15, 2009

YESS!! CUTI LAGI

Cuti seminggu nampak gayanya sesuai betul nak menambah berat badan..lagi..dan lagi.. ;D

Sarapan pasta tapi makan tengahari nak buat sambal taun kulit lembu makan dengan celur daun ubi..fuh..cakap tak guna lah..
Minggu lepas banyak betul perkara yang menyesakkan otak..Alhmdulillah semuanya berjalan lancar satu persatu..seminggu cuti ni boleh lah bernafas pelan-pelan walaupun berlonggok kertas ujian nak kena tanda..cuti kata kan...

Jumaat, Mac 13, 2009

SEKARANG MAKIN LIGAT

Hannah sekarang sudah pandai panjat tangga rumah,tangga katil,panjat kerusi,terjun katil,terjun sofa,masuk almari baju,guling-guling bawah meja makan dan baru-baru ni ditemui sedang asyik menjilat garam yang diselongkar dari dalam kabinet dapur..apaadaa..dah tak ada snack lain ker nak makan..pas tu bila kena jegil mula lah dia buat perangai menjerit-jerit nangis..tabah jer lah anak dara sorang ni..

Rabu, Mac 11, 2009

TUMPANG GEMBIRA

Keputusan SPM tengahari tadi kami dapat 91.7 % ..walaupun peratus lulus menurun tapi kualiti naik.Ramai yg dapat A..syukur..

___________________________________________________________________

Keputusan STPM 2008 kami dapat 98.1%..wah.. cantik itu nombor..ada banyak ong!

------------------------------------------------------------------------------------------------Tebal

Tuesday March 10, 2009 -THE SUN

Haziq glad to be a source of inspiration

KUALA LUMPUR: Mohd Haziq Samrat may be just 14 and a paraplegic who needs a skateboard to move about.

However, he stood tall among the others on stage when he received the Maulidur Rasul Award 2009 yesterday.

It was not sympathy that Mohd Haziq gained but awe from his fellow recipients and the audience as he wheeled himself on the skateboard and moved himself up the steps to receive his award from Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Also present were Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak.

“I have to be strong and accept my condition with an open mind. People and my school mates treat me like anyone else,” said the student from SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 in Kuala Lumpur.

Award recipients: Dr Ma’amor (third from left) congratulating Mohd Haziq after the award ceremony yesterday. Prof Sidek (second from right) looks on. Also present are (from left) Muhammad Ahmad, Mohd Yunus and Mortadha Lau. — Bernama

“I am happy to be given this recognition. I am glad that I am a source of inspiration for others,” said Mohd Haziq, who was one of five Maulidur Rasul Award recipients.

The other recipients were 14-year-old Muhammad Ahmad Zahid, who could memorise the Quran when he was 10; Muslim Consumers Associa-tion secretary-general Datuk Dr Ma’amor Osman; Chinese-Muslim Association (Sarawak) president Mortadha Lau Abdullah; and Pengasih founder and president Mohd Yunus Pathi.

They received RM22,000, a certificate and a plaque each.

Selasa, Mac 10, 2009

CERITA BALIK KAMPUNG

Izzah potong kek dua kali tahun ni..kali ni kat rumah atok dan embah dikelilingi sepupu-sepupunya..semua lelaki!

Kakak makan roti tissue kat Restoran sri Kassim..
gegege....roti lagi tinggi dari kakak!

Jumaat, Mac 06, 2009

MENGUTIP ILMU DAN PENGALAMAN

Sibuk,stress,sakit kepala....akhirnya sampai ke hari Jumaat.Alhamdulillah..selesai.

Pagi tadi kami duduk mendengar tazkirah sempena sambutan Maulidurrasul di perkarangan kebun kecil kami.Rupa-rupanya duduk berlantaikan bumi dan berpayungkan langit adalah ciri-ciri orang tawadhuk menuntut ilmu. Sambil mengharap payungan rahmat para malaikat kita mencabut rasa megah dan takbur ..betapa tidak,selama ini punggung dan kaki kita menghenyak kerusi empuk,tilam tebal dan permaidani lembut..tapi kini..kematu bontot.. ;)

Banyak sebenarnya ilmu yang Ustaz Wan sampaikan tadi..antaranya tentang tawakkal dan pergantungan kepada Allah.Sebenarnya antara punca kegagalan dan juga kesusahan yang selalu menimpa kehidupan kita antaranya ialah kealpaan insan dalam menyerahkan segala urusan kepada kepada Yang Maha Berkuasa.

Kita sering terlupa untuk menjadikan tawakkal dan harapan sebahagian dalam bentuk perancangan kita. Sekalipun kita mempunyai perancangan yang teliti dan teratur, namun tanpa dua elemen ini akan menyebabkan lemahnya emosi serta tidak redha dengan kemungkinan yang akan menimpa.

Konsep tawakkal dan meletakkan harapan kepada Allah akan mengangkat martabat insan serta meningkatkan nilai spiritual meskipun perancangan kita menemui kegagalan atau mungkin kita menerima musibah yang berat.

Tawakkal kepada Allah juga dapat mendatangkan rezeki,rahmat dan kasih sayang Allah . Dengan bertawakkal Allah menjanjikan rezeki dan jalan keluar dari mana-mana arah yang DIA kehendaki.

Sesungguhnya mencari ilmu bukan setakat membaca,meneliti dan mendengar..tetapi sebenarnya pengalaman adalah guru yang paling baik.Minggu stress ini banyak sekali mencipta bunga-bunga pengalaman hidup..yang manis dan pedih.

Rabu, Mac 04, 2009

IZZAH



Semalam 3/3 genaplah umur Izzah 7 tahun.
Alhamdulillah Izzah membesar sihat seperti anak-anak yang lain. Tak ada yang lebih bererti selain kesihatan yang sempurna dan Allah Maha Mendengar doa hamba- hambaNya yang meminta.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin