Isnin, Jun 30, 2008

LUNCH BOX

Salah satu cadangan untuk berjimat-cermat yang sering diwar-warkan sejak kebelakangan ini ialah membawa bekal ke tempat kerja atau ke sekolah.Orang Jepun sebut bento,orang Jawa sebut bontrot..bunyinya lebih kurang sama jer kan...hehehe..

Sebenarnya sebelum orang sibuk-sibuk nak bawa bekal, kami sudah pun membudayakan amalan ini sejak anak-anak masuk darjah satu lagi. Masa mula-mula kakak masuk sekolah dulu kami bimbang anak kecil kami lapar di sekolah..nak membeli kat kantin kena beratur (berasak) dengan budak-budak besar, dah tu belum pandai berjual beli...jadi bawa lah bekal dari rumah.Sampai sekarang dah darjah lima dan dah pandai menghabiskan duit pun kakak masih juga bawa bekal ..alasan dia, makcik kantin masak tak sedap...yer lah tu..maksudnya mak dia masak sedap mbanget lah tu...

Abang pulak suka bawa bekal sebab boleh berkongsi tukar-tukar menu bekal dengan kawan baik dia Syazwan . Kadang-kadang tu ada juga masa yang tak sempat buatkan bekal,habis lah monyok muka dia pergi sekolah....padahal duit belanja dah tambah ..Budak berdua ni walau pun dah sarapan kat rumah,siap bawak bekal lagi...namun duit belanja tetap nak juga..

Ni antara gambar bekal sepanjang minggu lepas....ada bekal yang tak sempat nak snap gambar pasal dah lambat...nanti tak pasal sibuk nak bergambar tertinggal bas pulak...wakakaka...

bihun goreng

roti telur, nugget, fries potatoes

mee goreng mak(bukan mamak)

Nak sediakan bekal ni bukannya susah sangat asal saja ada kemahuan..tak perlu bangun awal pagi sangat,pukul 5.30 dah cukup cantik..kalau terlambat jam 6.00 pun masih sempat lagi..tapi kalau pukul 7.00 baru nak celik mata tak payah sibuk nak berbekal lah..kejar solat subuh tu dulu...

Cara yang mudah ialah rancang dan siapkan bahan sebelum tidur. Kalau nak buat sandwich telur contohnya dah siap rebus telur dan potong timun dari malam. Kalau nak buat nasi goreng pun sama cenggitu.. bawang , sayur siap potong , ayam atau udang letak tingkat bawah peti sejuk.. kalau besok pagi baru nak keluarkan ayam batu, susahlah ..Kalau bawa bekal nasi lemak , telur dan sambal masak malam..Kalau nak lagi senang beli jer nasi lemak kat gerai depan rumah lepas tu bawa lah bekal tu pergi sekolah....habis cerita..

Jumaat, Jun 27, 2008

ABG SEDIH

Abang tak ada kat rumah malam ni sampai tengahari Ahad.Petang tadi hantar dia ke kem ..muka dia nampak sedih jer..maklumlah tak pernah tidur kat sekolah..jam 4.30 ptg dah kena check in ..tidur dua malam pulak tu.

" Abang jangan takut, jangan sedih, kat sini nanti seronok, ada macam-macam aktiviti, ikut jer cakap cikgu..ada masalah,bagitau cikgu.."

"Mestilah abang sedih mak...duduk kat sini dua hari abang tak dapat tengok kartun..."

larr....itu rupanya yang sedih sangat tu....



PROMOSI JOM KARNIVAL

JOM KARNIVAL SMKBTHO2 2008

OBJEKTIF : Mengumpul dana berjumlah RM70 000.00 untuk membina laluan berbumbung utk pejalan kaki dari pintu masuk hingga ke bangunan sekolah.

TARIKH & MASA :
SABTU 5 JULAI 2008 ( 8.30 Pg-4.00 Ptg )


TEMPAT : SMKBTHO2

AKTIVITI : Jualan makanan dan minuman, jualan pakaian dan perhiasan , jualan barangan terpakai, pertandingan lukisan, rumah hantu, mini pawagam, pertandingan futsal, pertandingan tarik tali, pelbagai jenis games dan banyak lagi.

SEMUA DI JEMPUT HADIR

4 ALPHA berpeluang mempromosi gerai "KEBABOOWM" pada perhimpunan pagi hari Selasa lalu.

Aiza dan Hanis tengah buat intro...

Sketsa:Farah dan Paul tengah ambil order

Antara yang akan dijual di gerai 4 Alpha nanti ialah aneka jenis minuman, Roti John,Roti bakar dan spagetthi bolognese....Amboi..makan sampai kenyang nampak!

Yang lain-lain tengah ready nak jerit..

K..E..B..A..B..O..O..W..M !!

Oh ye..gerai KEBABOOWM juga akan menjual kek batik, fruit tart dan mash potatoes. Jumpa di sana..di sana...di sana...

Isnin, Jun 23, 2008

HADIAH AWAL MINGGU

Tengahari semalam pergi ke Mines saja nak belanja anak-anak yang dah selesai periksa pertengahan tahun. Alhamdulillah masing-masing menunjukkan peningkatan prestasi yang baik ..walaupun sekadar peningkatan yang kecil, rasanya memadai, sebab sepanjang enam bulan pertama persekolahan ini mereka memang dah berusaha....mudah-mudahan akan lebih baik penggal hadapan.

Mula-mula sampai jer dah serbu kedai pakcik kasut kuning ni ....walaupun tak menepati selera tekak mak abah tapi layan jer lah permintaan bebudak ni...huh...tak jemu-jemu diorang ni...

Lepas tu pusing-pusing cuci mata...dah lama juga tak pergi Mines lepas ada Hannah ni ...nampak ada banyak perubahan...Sebelum budak-budak buat ragam, pergi kedai kasut dulu..dapat sambar kasut Scholl warna mocha dan sandal BATA sepasang....kasut tu ada offer 70% ..tu yang cepat jer tangan ...sandal tu pulak memang dah perlu sangat sebab sandal yang lama dah nak putus nyawa...jalan depan sikit eehh...nampak tudung pulak..rembat lagi 3 helai....sebelum kaki melangkah ke tempat yang lebih mencabar lekas-lekas istighfar...huhuhu...lepas tu layan lah bebudak ni bagi lah benda kecik-kecik, jajan, alatulis.....

Sebelum balik makan lagi...rasionalnya malam ni mak tak payah masak apa-apa yer..semua orang dah kenyang kan...kan..kan..

Hannah punya

Izzah punya

Kakak kongsi dengan abang

abah punya..

mak punya..heheheh...

Alhamdulillah
Pagi ini entah apa tuah rezeki menggolek..sambut sajalah dengan penuh syukur..Dengan tak disangka-sangka tetiba nama disebut sebagai pemenang kedua pengunjung bertuah Pusat Sumber Zaaba....wah! ini sudah bagus..dapatlah satu beg besar penuh dengan biskut, coklat , empat batang pen dan ntah apa-apa lagi lah..walaupun hadiah tak sebesar mana tapi kalau dah nama hadiah tu..memang seronok melompat dan syukur..tak sia-sia selalu keluar masuk pusat sumber yang sejuk macam peti ais tuu...

Khamis, Jun 19, 2008

MENUAI HASIL

Sewaktu balik kampung dua minggu lepas kami sempat ziarah Kak Lyn dan baby sulungnya Muhammad. Petang tu dalam perjalanan balik nampak padi yang baru ditanam beberapa bulan lepas dah masak menguning..oleh sebab budak-budak dalam kereta terjerit-jerit hairan nampak mesin tuai padi, abah pun berhentikan kereta dan snap gambar mesin menuai padi ni...baru lah puas hati..Agaknya orang lain tengok mesti cakap.. orang dari planet mana lah ni ...nampak jakunis sunguh ...


Alhamdulillah petang ni siaplah segala beban kerja yang menyesakkan kepala..Fuhh..lega..
Rasa macam terangkat segala penyakit yang membelenggu urat saraf selama sebulan ni.Bermula dari tarikh menggubal soalan sampai minggu menanda jawapan terus key in markah sampai lah ke print out keputusan... kadang-kadang tidur pun mengigau nampak nombor-nombor...wakaka..
Hujung minggu ini akan berlangsung hari yang ditunggu-tunggu...Hari Bicara Akademik..Semuga semua yang dirancang berjalan lancar..Lepas tu nanti dah bersusun program lain pula akan menyusul...hhmm..

Seronok betul rasanya petang ni...rasa lapang jer dada...maklumlah kerja dah beres..
agaknya begitulah hati petani waktu menuai hasil tanaman...

Rabu, Jun 18, 2008

USAHA

Usaha tak kenal jemu

Andai terjatuh bangun semula

Setiap masa setiap ketika

Rajin berusaha pasti berjaya

Ahad, Jun 15, 2008

Sabtu, Jun 14, 2008

REZEKI MINGGU LEPAS

4 GAMMA 2007

Awal minggu ini memang rasa down sebab hilang barang kesayangan..yer lah bukan senang nak dapat lebih-lebih lagi masa harga minyak naik melompat -lompat macam ni...Rasa sedih sangat bila diuji begini...seharian termenung..tapi makan selera jer pulak...

Alhamdulillah!
Tuhan itu Maha Adil. Sesuatu yang tidak lengkap, akan sentiasa disempurnakan.
Setiap kesusahan, selalu berganti dengan kemudahan.

Nampaknya kesedihan itu berganti bila dapat dua bungkusan hadiah daripada 4 Gamma 2007 hari Khamis lepas..Ingatkan diorang nak buat kejutan apalah panggil ke kantin lepas kelas rupa-rupanya nak bagi suprise ni...Satu untuk baby Hannah dan satu lagi...yahuu....mak Hannah punya!

Wow...macam-macam Hannah dapat...ada KINTEL hijau dalam tu...jangan maree....

Apa ada dalam bungkusan ni..? Ahaks...pakai baju baru lah nampak gayanya bulan ni...

TERIMA KASIH kepada 4 Gamma 07 atas ingatan kalian semua...semuga kalian berjaya dalam exam tahun ini dan terus berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi...di dunia dan di akhirat..

REZEKI LAGI..SYUKUR...

Petang tu abah balik dari kerja letak sekotak besar coklat atas meja kiriman dari boss abah yang baru balik dari Australia.Selepas dibelek-belek dan puashati kehalalannya masing-masing pun pakat rebut sorang sikit..Pejam celik pejam celik makan coklat ...tak pandang keliling dah.....fuh...memang sedap coklat cream brulee tu cair jer dalam mulut...syiookk....

tiba-tiba....MAK!! TENGOK HANNAH...!!



laaa....tak sedar rupanya Hannah pun tumpang sekaki....malam tu sampai tengah malam dia aktif main ...tak mau tidur ...terlebih gula kot...

Rabu, Jun 11, 2008

MINGGU SIBUK

Makan bubur jagung dengan santan pekat yang lemak manis memang sedap...tapi kolestrol tinggi melompat...harap-harap ayam lemon rosmary ni boleh mengikis lemak tu semua...



Sakit kepala la pulak...minggu ni sibuk betul rasa macam tak cukup kaki tangan...semua kerja nak kejar date line....gini lah orang hidup...

Errmm....rasa macam tak seimbang pulak...buat amal ibadat slow siput jer...tak pula mengejar date line umur.....yang bila-bila masa boleh tamat..Astaghfirullah..

Isnin, Jun 09, 2008

REDHA


9 Jun 1998

Hari ini merupakan ulangtahun kesepuluh kelahiran dan pemergian Siti Rahmah Nurul Jannah.Dia tiada tetapi ingatan terhadapnya kekal hingga ke hujung nyawa.

Alfatihah.

Jumaat, Jun 06, 2008

BILA DEKAT DIMARAH BILA JAUH RINDU PULA..

Bukan kerana dia satu-satunya anak lelaki dalam rumah ini..tapi kerana dia pencetus suasana ceria dan sedikit huru-hara dengan kerenahnya yang selalu mencuit hati. Tanpanya rumah jadi sunyi dan meja makan pun jadi suram kerana kehilangan seorang peminat tegar mee goreng, tomyam udang dan ayam masak merah.

Bukan juga kerana dia anak perempuan sulung yang paling banyak membantu urusan seharian di rumah tapi kerana dia yang selalu menunjukkan sikap prihatin dan kasih-sayang melalui ucapan dan perbuatannya.Tanpanya tiada lagi ciuman di pipi seawal pagi atau lewat malam,tiada juga gurau dan ketawa bersama..ruang buku-buku dan lukisannya terbiar kosong.

Sudah seminggu kakak dan abang bercuti di kampung rasa hati emak kosong dan tawar...tak sabar nak tunggu balik kampung besok jemput diorang balik...padahal diorang kat kampung tu seronok jer..sikit tak ingat pun nak balik rumah..Kalau boleh nak sambung cuti lagi ..pas tu cakap dalam talipon nak pindah sekolah kat kampung boleh tak...amboii...bebudak ni...terlebih sudaa...

Rabu, Jun 04, 2008

SARAPAN


Pagi ni sarapan nasi goreng lebih nasi malam tadi..dan goreng nugget untuk Izzah. Semalam sarapan sandwich tuna dan Izzah makan roti dengan jem nenas..Budak dua bercuti kat kampung ni nak masak beriya-iya pun malas.Bersyukur jer lah apa yang ada...

Nak beli nasi lemak kat gerai depan rumah tu pun macam dah jemu lagi pun nasi lemak seringgit sekarang dah naik jadi RM 1.30 dekat sini....ada gerai masih jual seringgit tapi dapat masuk dua tiga jemput jer dalam mulut..dah habis.

Kalau lah dapat beli sarapan yang berbagai jenis dan murah-murah macam ni setiap pagi...alangkah bertambah gebus diriku....Nasi lemak tu seringgit saja dan boleh pilih berbagai jenis lauk..ayam masak merah, rendang daging, sambal sotong, sambal udang, gulai ikan pun ada..

Kuih-muih pulak 25 sen sebiji ..seringgit dah boleh dapat 4 ketul saiz besar...berbanding RM2.00 dapat lima ketul kuih kat sini...saiznya kiut pula tu...Sabar jer lah...Alhamdulillah ala kulli hal..


Ni semua gambar kat sebuah gerai jual sarapan pagi masa kami kat Langkawi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin