Selasa, November 30, 2010

MUZIUM LEBAH PULAK

 Muzium ini mengumpulkan koleksi berbagai jenis lebah dan tebuan seluruh dunia..


 Tak habis-habis aksi dia ..



Ni time yg paling best..boleh rasa macam-macam jenis madu sampai kenyang..

Isnin, November 29, 2010

MUZIUM ORANG ASLI

Bawa anak-anak pergi muzium masa cuti sekolah sebenarnya adalah salah satu cara save budget mendidik dan mengenal jati diri.Cuma kena banyak sabar sebab Kakak akan baca semua maklumat dalam muzium satu persatu lepas tu belek gambar lama betul..tanya itu ini..mujur dia tak mencatat sebab dia kata serupa macam kat buku sejarah tingkatan 1..^---^

 Abang tekan button sana sini sambil menghafal nama suku kaum  penempatan orang asli di semenanjung..Temiar,Semai,Jakun,Mahmeri,Jah hut,Temuan,Senoi..bla bla bla..ntah apa-apa lagi lah Abang kata..Ehh! sama macam kat dalam buku Kajian Tempatan laaa...ayyoyoo..budak ni..haih!
 Seram la pulak tengok patung pengantin ni..
 Yang ni menggedik buat-buat seram..padahal tak seram pun..
Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. 

 Alat-alat memasak..Abang tanya "Orang Asli buat lemang macam kita ker..atau kita yang buat lemang tiru Orang Asli.."?

Ok..lepas ni kita masuk muzium yang lain pulak yer..;D

Sabtu, November 27, 2010

KELUAR DARI SARANG

Sakit pinggang malam ni berkemas rumah, lps tu packing baju anak-anak pulak ..dah tu sambung siap apa yg patut untuk bekal makanan dalam perjalanan esok ..rancangannya awal pagi nak keluar dari saranggg..Yahoo! Akhirnyaaa..ku pergi juaaa..
 
Sebenarnya ada jemputan kenduri kahwin minggu ni tapi oleh kerana dah rancang awal..jadi terpaksalah minta maaf.Insyaallah esok kami nak ziarah tuan rumah ucap tahniah sebelum berangkat pergi..Ecececeh..bunyi macam nak pergi Jepun jer kan..sebenarnya nak pergi ziarah sahabat kat Ayer Keroh  jer!ekekeke....orang tua-tua kata buang yang keruh ambil yang jernih..
 
Doakan perjalanan kami selamat yer..



Dua hari berturut-turut buat kek pisang sebab nak habiskan stok .. Ehh..gambar ni macam tak ada kaitan dengan cerita pulak..hahaha..layan jer lahh..

Khamis, November 25, 2010

ABANG



Selamat hari lahir utk Abang ,semuga jadi anak soleh kebanggan keluarga.

Selasa, November 23, 2010

MUJUR SEMPAT


Kawan-kawan Kakak call bg tau nak datang petang tadi. Budak berenam ni mmg berkawan rapat sejak sekolah rendah lagi . Masa kecik-kecik dulu comot berhingus jer. Sekarang dah anak dara sunti..memasing makin cantik manis pulak .

Selain daripada kakak ada juga geng yg  masuk sekolah berasrama,Jadi bila cuti atau ada kesempatan memasing berkumpullah borak-borak chit chat pot pet bertepuk bertumbuk bertampar huhahuha....meriah! Macam borak kat kelas masa cikgu tak ada jer!






Sebab dah lepas zohor baru diorang call nak datang ,jadi tak sempatlah nak masak beriani ,sembelih kambing atau masak yang gempak-gempak utk buddies ni.Lagi pun tukang masaknya nak keluar petang tu beli baju baru barang dapur. Selongkar punya selongkar jumpa agar-agar sepeket jerrr.
Nasiblah labuuu...




Mujurlah sempat buat agar-agar buah peach ni..Cargaslah makpinat godek periuk cairkan agar-agar ..tambah gula, susu cair dan buah peach dalam tin. Tuang dalam bekas,suruh kipas tiup kuat-kuat..Belum betul-betul sejuk  dah tolak bekas masuk dalam esbok..huarhuarhuar..Sabor jer lah yer..
Tadaaaa..!!
Mujurlah dengan iringan doa dan selawat ke atas Junjungan dapat juga agar-agar tu mengeras pada waktu yang sepatutnya..Kalau idak..makan minum agar-agar dalam mangkuklah kome yerr yong..!

Isnin, November 22, 2010

SURIRUMAH SEPENUH MASA

Menjadi surirumah sepenuh masa dengan lima orang anak yang rajin makan dan hobinya bergaduh..pheww..sungguh nikmat! Alhamdulillah..

Jumaat, November 19, 2010

ANA SUZANA ANNIVERSARY GIVEAWAY




Sebelum ni dulu pernah juga join giveaway kawan-kawan blogger,tapi tak pernah menang pun..tak kisahlah saja suka-suka.Tapi kali ni rasa teruja lah pulak nak join sebab Ana Suzana ni orang sekapal.Kalau balik kampung,sure ikut arah yg sama. Abang Ana ni dulu member sama-sama mengajar kat Sekolah Pasir Panjang..kihkihkih.Syyyy!! .dia tak tau




Kepada sesiapa yang nak join Ana Suzana anniversary giveaway ni syarat-syaratnya mudah je :

 
1. Keutamaan bg yang jadi followers blog Ana..jangan sedih,yang takde blog pun boleh gak join, just create google akaun je..

2. copy paste entry ini balik & letak banner ni kat sidebar  bg yg ada blog..yg takde blog  email je lah ye.. 
 
3. Tag 2 orang kawan anda:
 
sorry ar kengkawan yang lain owner contest mintak letak 2 jer....


4. Yang dah join sila letak link kt komen ye..utk Ana buat terjahan..takyah wish apa2 pun..nak wish pun boleh juga kekeke..
 
(ANA SUZANA,SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KEENAM,MUDAH-MUDAHAN DIBERKATI ALLAH ,DIKURNIAKAN SAKINAH ,MAWADDAH DAN RAHMAH SEHINGGA AHKIR HAYAT..)

5. Keputusan ana akan umumkan pada hari anniversary Ana pada 28 Nov nanti...


Hadiah yg di tawarkan amatlah LUMAYAN..tak caya..?? tengok SINI..kalau dapat ..perghh! bergaya habes makcik..tidur malam mimpi-mimpi..

CUTI TAPI KERJA

Selesai Aidil Adha,bersusun susun agenda yang belum siap nak di selesaikan.Uihh! Banyak betul urusan hidup di dunia ini.Kalau tak selesai nanti kena soal siasat pulak di akhirat..haih!

Geram jangan engkau geram..

Nak siapkan urusan markah budak form 4 ni..minggu depan nak tunggu budak exam lak kat sekolah.Hebatkan? buat kerja dalam satu masa..cuti dan kerja. Ayat penyedap hati jer tu..

Khamis, November 11, 2010

BUKAN CERITA AYAM GORENG


 

Masa kecil-kecil dulu ayam-ayam peliharaan abah adalah sahabat yang baik dan mesra.Setiap petang emak suruh tabur makanan ayam-ayam tu. Masa tu lah time paling best sebab boleh berlatih jadi cikgu sekolah..;D " Kurrrr...beratur semuaaa....jangan berebut,,ikut gilirannn...."   
Abah pulak selalu suruh tolong pegangkan ayam bila dia nak menyembelih ayam. Saat yang paling seronok ialah masa kejar ayam keliling rumah,kutip telur ayam  dan tolong emak cabut bulu ayam.Kena paksa basuh taik ayam yang qadha hajat kat tangga pun selalu jugak..yang tu kira sakitt.lah..Isyy! banyaklah kenangan manis dengan ayam.Tidur dalam reban ayam jer tak pernah.

Sewaktu murid-murid kami membuat amali sembelihan ayam semalam,suasananya berbeza sangat.Anak-anak bandar sekarang tak ramai yang mesra ayam hidup macam anak-anak dulu. Diorang mesra dengan ayam kfc dan mc D jer..:D



 Ada yang sedih,ngeri,takut tengok ayam kena sembelih..tapi tak kurang juga yang teruja mengikuti pengalaman pertama menyembelih,mencabut bulu ,memotong ayam seterusnya membbq ayam sebelum agenda penting...bersantap  ayam bakar..hehehe..

Elok juga beri pendedahan begini,..sekurang-kurangnya membuka mata anak-anak ini,memberi pengalaman berharga  disamping menyebarkan kaifiat sembelihan yang sah dan hikmah sembelihan kepada mereka.



Alhamdulillah sebanyak 20 ekor ayam yang kami sediakan,seekor jer jadi bangkai sebab tak sah..muehehehe...urat marih tak putus dikk..ngeee..tukang sembelih gigil,tukang pegang lepaskan pulak ayam tu.....seekor ayam lagi yg dicelur utk cabut bulunya  pulak sudah masak kena rebus dalam sauna punyalah lamaaa...hahah! sekali angkat bercerai daging dari tulang..alahaii..lawaklah bebudak ni..

Isnin, November 08, 2010

WONG SOLO LAGI

 Hajat hati nak order jus alpukat tapi hari tu tak ada pulak..dapat jus nenas pun jadilah..
 kakak Izzah ikut nasihat emak,baca selawat dulu sebelum minum Jus poligami tu..ekeke..
 tahu dan tempe berpisah tiada..
 Ayam penyek idaman abah.. ngee  ..dah jemu lah abah..lain kali kita makan dekat Mohd Abdullah Chan yer...


 Ayam goreng tepung bunga idaman Abang
 Dia makan dengan nasi saja pun dah berselera sangat ..
 Sebelum

 Selepas
 Huh! Licin dikerjakan dek Irfaaan..!
Gambar ini lakonan semata-mata..

Ahad, November 07, 2010

GAMBAR MAKANAN DAN LUAHAN PERASAAN

 
Lama jugak tak letak gambar makanan dalam blog sejak peristiwa 'tersentap'.Masa mula-mula tu rasa kecik hati sangat.Lama-lama bila dah hilang asap kat kepala tu rasa kesihan pulak..yerlah..kawan tu baru nak kenal fb dan blog..bila nampak kita letak gambar makanan dia kalut kata mak pinat  nak  displaylah..makan sedap tak jemput..tunjuk gambar sajalah..padahal dia sendiri lagi bergasak menampal gambar makanan..dia sendiri tak perasan kot..Huh! Kalau nak  ikutkan kata orang, alamat dah lama tutup blog Mat Gebu .

Akhak ni dekk..dah memacam gambor makanan dari yang jenama hotel sampai ke warung cendol bahkan sampai bekal sekolah anak pun akak tampal kat blog..Tak pernah orang kata apa punn..Yang betulnya..buat ajerlah hal yg kita suka..ikutlah niat masing-masing..kalau orang kata letak gambar dengan niat nak menunjuk pun terpulanglah.Blogger mesti cekal hati. Dah..blog haku yang punya ..  suka hati haku lah..

 Cuti..dan makan..sangat sinonim kan..
yerlah..dah 5 hari cuti tak lain..masak..makan...masak..makan..tapi memang bahagia kalau kita masak anak makan sampai licin pinggan kan..

Goreng udang dan sayur dengan tepung tempura cicah sos..salah satu cara bagi anak seronok makan  sayur..Selalu kalau goreng cendawan atau brokoli macam ni, barulah anak-anak makan sayur tak memilih .


Nah hah ! Ni namanya blogger tegar... goreng cekodok ikan bilis pun gigih ambik camera tauu..

 Buat kenang-kenangan anak cucu di belakang hari nati..Tak ada niat nak menayang bagai..setakat cekodok penyek jer pun..tak ada maknanya..


Sekian luahan perasaan.Terima kasihlah sudi membacanya sampai habis...:D alahai..

Rabu, November 03, 2010

TUKANG MASAK KERJANYA ENTENG

Siapa kata masak nasi goreng susah..senang jer sebenarnya..minggu-minggu lps PMR ni kami buat macam-macam pertandingan..antaranya Pertandingan memasak nasi goreng ..;D

 bahan-bahan yang diperlukan ialah.....ehh!..tengok jer lah gambar tu..

Ada 10 kumpulan bertanding ..4 kumpulan lelaki dan 6 kumpulan perempuan..masing-masing bukan saja pandai menggoreng nasi..menggoreng cikgu pun pandai..

Mamat hensem ni  kata setiap kali masak nasi goreng hati dia mesti sayu dan pilu mengingatkan pengorbanan emak dia memasak setiap hari untuk anak-anak..Terharu kan..?
Sebenarnya dia nak cover airmata meleleh-leleh gara-gara mengupas bawang putih bawang merah..Cait!


Chef Two bukan Chef Wan...sedang mengadili pertandingan dengan adil dan saksama..

kecoh anak-anak dara ni menggoreng
1
2

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin