Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 23, 2011

BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH

Allah jadikan saya sakit di hujung Ramadan supaya saya dapat bermuhasabah diri.

Allah berikan ruang rehat di hujung Ramadan  supaya saya dapat menambah dan memperbanyakkan ibadah solat,zikir,tadarus Al Quran  & amalan-amalan terpuji yg lain.

Allah mengurniakan saya kelebihan rezeki di bulan Ramadan supaya saya dapat melakukan sedekah.

Allah kejutkankan saya dari tidur dua tiga kali dalam satu malam melalui rasa sakit dan bisa di tangan supaya saya bangun mengerjakan qiamullail.

Allah titipkan rasa nyilu dan denyut ditangan setiap kali melakukan urusan hidup sebagai latihan supaya sabar dan syukur.

Allah jadikan semua musibah sebagai teguran tanda Allah sayang kepada saya.

Alhamdulillah
La haulawala quwwata illa billah
Allahuakbar

Gambar terkini jejari runcing..keh3x

Isnin, Ogos 22, 2011

HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

Di sebalik musibah tragedy kelingking sebatang ini rupa-rupanya banyak hikmah tersembunyi. Ada yang nampak dengan mata kasar,ada yg perlu dinilai dengan mata hati,ada juga yg masih menjadi rahsia  Allah.
Pengajarannya selagi kita bergelar manusia,kita mesti sentiasa bersedia menerima segala ketentuan Allah,yang baik atau buruk.Itu tanda hamba yang taat.

Semalam pergi dressing sekali lagi. Kali ini nampaknya luka jahitan sekeliling jari tu semakin mengering tetapi luka di kuku yang tertanggal tu masih basah. Kali ni baru nampak jelas rupanya jahitan tu berbentuk C mengelilingi atas hingga bawah kuku jari kelingking.nampak macam kecil tapi sakitnya aduhai! tak payah ceritalah..nanti jadi macam tak redho pulak kalu asyik mengeluh sakit.Bengkak yang tak surut tu tak lain tak bukan sebab lasak sangat,selalu terlanggar dan berlaga..nak buat cemana kan..buka pintu tersangkut tombol, bangun tidur hentam kepala katil,gosok gigi guna tangan kiri tapi tangan kanan ikut bergoyang terlaga dengan kepala paip..alahai!

Jumaat, Ogos 19, 2011

JEJARI RUNCING MESTI TABAH MENGHARUNGI DUGAAN YG DATANG

 Tajuk biar gempak..;P

Pagi Selasa 16/8..Awal pagi yg dingin.. masa tu nak pi sekolah,singgah hantar baju dan bag sek agama Izzah dan abang kat nursery. Selalu tugas tu asben yg buat tiap hari ,tapi hari tu makcik terpaksa take over psl slps sahur beliau dah otw ke Sabak Bernam.Masa tu jam 7.00 pg..teringat hari Selasa kena masuk waktu 1 jam 7.30 ..Apalagi..macam nak terbang rasanya ke pagar sekolah...Masa loading bag tu tangan kiri tutup pintu kereta seat belakang,tgn kanan tarik bag keluar..tp rupanya jari kelingking tak lepas..pap! terasa kena hentaman kuat kat jari tapi tak sakit..cuma kebas..

Bila hulur bag kat pengasuh nursery tu dia jerit "kak! tangan akak berdarah.!" Bila pandang nampak hujung jari dah terkulai dgn darah menitik-nitik pas tu darah terpercik sampai tudung..punya tak sedar. nampak jari tu ternganga mcm kopek kulit pisang ker gitu lah,kuku tertanggal,darah terpancut,ada daging penyek dan nampak tulang putih.Mujur kat nursery tu ada first aid jadi dia balut dgn kain tahan darah.


drive sendiri ke klinik..pusing 4-5 klinik sekitar situ semua tak buka..pagi sangat lagi..masa tu baru rasa denyut dan jari-jari lain dah pucat sejuk..terus drive masuk emergency Colombia hosp.( rezeki duit bonus di situ rupanya..huhu)

dr x ray kata tulang bawah akar kuku terserpih..so doktor buang serpih tu dan jahit keliling jari yg terbuka tu 12 jahitan keliling. satu jam jugak dr buat kerja dlm ot tu...dr kata rumit sebab kelingking tu kecik pas tu berpusing pulak tu.hanya bhg bawah kuku jer yg tak dijahit. kat situ penyelamatlah..kalau takkk..kira jari tu putuslah.Lps keluar ot baru call asben.;(

Begitulah Rezeki Ramadahan. Alhamdulillah.
Balutan tu nampak macam budak hilang jari kena mercun buatan sendiri.

 
Baru lps dressing 18/8/11..Dr masukkan/tanam semula kuku yg tercabut.Tujuannya supaya kuku baru ada acuan.Kalau tak dia akan tumbuh mengerekot. Sakit dia dua kali ganda drp masa kuku tercabut.Still bleeding dan jari bengkak.Nasib baik balutan kali ni ok sikit...

Bila jadi macam ni barulah tersedar hikmah di sebalik segala dugaan ini.Belajar menghargai perkara-perkara kecil yg selalu diabaikan. Penting rupanya jari kelingking ni. Sangat sukar mengharungi situasi dalam bilik air waktu pagi dengan jari tidak sempurna.

Isnin, Februari 28, 2011

SAKIT KEPALA APA UBATNYA SAYANG..?


Sakit kepala ini dah lama.Tapi selalunya saya buat-buat tak rasa saja.Pagi tadi rasa dah tak boleh tahan lagi. Sejak dari malam dah terasa kepala berat semacam.Bila bangun pagi rasa melayang dan berdenyut.Bila sujud terus gelap rasa kena hempap batu berat. Gelap,berdenyut,melayang.

Hmm...akhirnya MC sehari.Doktor kata sinus saya sudah makin teruk.Ubat yang dibekalkan satu bag penuh.Syukur dan redha sajalah..Dalam denyut kepala tu teringat banyak kerja yang nak diselesaikan pagi ni.Alamatnya tertangguh lagi..huhuhu..


Sudah makan ubat,nak tidur sekejap.Mudah-mudahan lega lepas ni.

Rabu, Jun 30, 2010

TANDA-TANDA ANDA BERMASALAH

Pagi ni tetengah blogwalking tadi tetiba terjumpa artikel yg baik ni.Mudah-mudahan boleh dimanfaatkan.Credit to keluarga Hj Hamid

TANDA_TANDA ANDA BERMASALAH

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  • Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah, Perut mengandungi angin, Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sendi

  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA. Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  • MULUT/KERONGKONG/LIDAH
    LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    MUNTAH DARAH - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan, Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  • LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
  • KENCING
    KERAP KENCING: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
    AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  • BUANG AIR BESAR
    CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    NAJIS BERDARAH - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
    NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
  • BADAN
    RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    - Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    - Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    - Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  • RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
  • RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
  • SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
credit to http://memoirhjhamid.blogspot.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin