Jumaat, Januari 30, 2009

ZOOM CUTI-CUTI PANTAI TIMUR




Allah ciptakan laut dengan pelbagai khazanah supaya kita sentiasa bersyukur dan mengagungkan ciptaanNYA.

Hannah dah tak takut main pasir kat PCB..masa kat Langkawi hari tu menjerit-jerit bila pijak pasir..

Bawa anak-anak pergi muzium..menghayati sejarah sambil menjimatkan duit..keskeskes..

Pergi Pengkalan Kubur pagi-pagi hari..tuan kedai baru buka pintu kedai..

On de way balik Pengkalan Kubur sempat jeling watt dengan patung raksaksa ni..yoo..ngeri besar nya..


Bukti bergambar kami cuci mata sampai meleleh air mata kat Pasar siti Khadijah..

Pilih kak..pilih..minta abah bayar yer.. fulus mak dah hangus...
Izzah nak naik beca tapi abah kata itu 'teksi' bukan beca..tak jadi naik..hihihik...


Balik pun sempat cuci mata sambil lap cermin mata...lain kali ada rezeki datang lagi...tu pun lepas kumpul duit dua tiga guni..kalau tak nanti putih mata jer...

JJCM PANTAI TIMUR

Sempena cuti CNY kami JJCM ke Pantai Timur..tiba-tiba jer nak pergi..rasa nak cari makanan yang lama diimpikan..fuuhh..punya lah jauh cari makan tu...

Alhamdullillah..puashati dapat makan Nasi Tumpang@Tupe ..

Makan sambil senyum tanda sedap sangat..
Satar..satar..satar...tak jemu-jemu..tapi satar Jln Beserah Kuantan tetap menjadi pojaan hatiku..
Aneka kuih muih manis..akok,telur itik,jala mas,puding telur,sira pisang,agar-agar..ntah apa nama..semua sedap..
serunding@sambal ikan,daging dan ayam..dodol dan makanan kering..
semuanya dibakar!..sosej bakar celup sambal pakcik kat Pengkalan Kubur ni sedap ya amatt...

Baru ni jumpa lada warna putih yang orang buat solok lada nasi kerabu tu..

Buah salak ni lonjong dan isinya warna kuning,lembut..berbeza dengan salak yg isi putih ,rangup tu...
seafood goreng tepung kat PCB...sedap makan sedap lah hulur pitih nya....

Jumaat, Januari 23, 2009

HAPPY BIRTHDAY KAKAK

Hari ini genaplah usia kakak 12 tahun. Nanti boleh lah buat mycard untuk kakak..
Syukur..kakak anak yg mendengar kata dan selalu menunjukkan sikap tanggungjawab membantu urusan adik-adiknya.Terima kasih kakak..

Mak dan abah doakan kakak menjadi anak solehah,dikurniakan Allah kesihatan yang baik,ceria selalu dan berjaya mencapai segala cita-cita kakak..Amin


Inilah kotak derma pakai gam nasi sejuk semalam..sempoi saja kotak tu..tapi yang penting kami dapat mengumpul hampir dua ribu ringgit..kutipan dalam masa sehari saja! Alhamdulillah! Ramai yg ikhlas nak membantu saudara-saudara kita.

Jangan salah faham pula...Yang ni bukan aksi derma menunjuk-nunjuk..hanya gimmik mengajak (baca mengajar) cara-cara memasukkan duit derma ke dalam tabung..supaya lebih ramai orang mengambil contoh dan turut sama menderma...
Apa lagi..Jom hulurkan tangan..ringankan beban saudara kita di Gazza..

Khamis, Januari 22, 2009

UJIAN KECIL DAN MISI NASI SEJUK

Kadang-kadang Allah uji kita dengan nikmat...kadang-kadang dengan kesusahan.

Jangan lah Kau uji aku dengan ujian besar yang tak tertanggung oleh ku Ya Allah..


Waktu Allah limpahkan nikmat air turun dari langit mencurah-curah ..sampaikan baju kat ampaian lembap tak mahu kering-kering,macam-macam bunyi merungut..

Sekarang tanpa sebarang notis, tetiba kepala paip tak keluarkan air setitikpun..sedang baju kotor bergumpal-gumpal melimpah keluar dari bakul. Pinggan, mangkuk,periuk, sudu, garpu tak muat sinki saiz mega..uwwaarrhhh..padanlah muka aku! tinggal jer lah dulu..

Cadang malam ni nak hias kotak Tabung Kemanusiaan Palestine dengan gambar-gambar Palestinian...esok pagi nak buat kutipan selepas bacaan Yasin pagi Jumaat.Kotak dah siap balut cantik, gambar pun dah download semua siap gunting...alih-alih GAM tak dakkk.....nak tampal dengan air liur tak mau melekat lah pulak! .

Macamana lah boleh tak ingat ... semalam budak-budak gunting kertas buat kerja Pendidikan Seni habis kering sebotol besar gam ..secalit pun tinggal..Adoi lah...ujian lagi!

Mujur lah teringat baki nasi sejuk dalam periuk...tenyeh-tenyeh nasi tu..melekat lah jugak gambar-gambar tu kat kotak..Yes! misi berjaya!..bukan orang tau pun..melainkan sesiapa yang baca blog ni..huhuhu..

Minta-minta selamat lah kotak tu..takut tengah malam CIK TI bawa lari pulak...:)


***********************************************

Semalam hari Rabu
Esok hari Jumaat
Semalam hari gembira
Esok tak tau apa cerita..
Hari ini demam

Selasa, Januari 20, 2009

TAG DARI HABIHA

Ini tag dah lapuk punyalah lama simpan sejak tahun lepas sampai berkulat...
mujur lah belum reput lagi...Mula-mula rasa macam nak buat-buat lupa..tapi sebab respek angkat tabik hormat toingtoing kat Ustaz HABIHA yang susah-susah mengetag.. makcik jawab lah juga kan....kan...;p

Banyak betul soalan..baru baca soalan dah berpeluh ketiak..belum jawab lagi tu..ngehngehngeh..

1. Do you think you’re hot?
- Err..mesti lah hot!.. naper? tak percaya ker?

2. Upload your favourite picture of you?

- Sukaaa sgt gambar ni..saya yg tengah duduk tu..yang tuu...alaah..yang tuu....hikhik..


3. Why do you like that picture
- Gambar tengah baca Yasin pagi Jumaat kat tapak perhimpunan..suasana tenang jer masa tu..jiwa lapang..langit terang...

4.When was last time you ate pizza
-Bulan lepas rasanya..dah tak ingatlah..tapi yang pasti extravaganza..


5.The last song you listen to?
-lagu Geng Bas Sekolah..Izzah nyanyi sambil buat aksi konon dia jadi Jinak yg pandai teknologi terkini tu..ngeekkk..

6.What are you doing right now besides this?
-Makan kerepek ubi sambil tunggu siaran langsung Barack Obama angkat sumpah kat AWANI..

7.What name would you prefer besides yours?
-errrr...apa namaa...

8. 5 people to tag.
- cguct
-Uncle
-Lynn @ Manis
-Fara@Chibi
-Dimar

9.Who is number one?
- Cikgu yang rajin mengajar, sentiasa sibuk dengan hal ehwal masyarakat di samping gigih mengembangkan potensinya sebagai bisnes woman ..paling penting dia pandai masak iwel-iwel,buntel,sambel taun,sambel goreng jowo..lebih kurang macam Mr.number five tu lah..

10. number three is having relationship with?
- Aisha .........dua tiga hari ni sejak hirup udara Kolumpor ni wajahnya tambah manis ..kalau dah jadi jutawan esok.....jgn lupa kawan yerkk..

11. How about number four?
- Dia ni tengah bergumbira main ski..menikmati salji iaitu salah satu jenis air yang harus dibuat bersuci kaedahnya..

12. Who is number two?
-seorang pemain ragbi yg dah gantung kasut dan simpan bola ragbi dalam stor .. kerjanya asyik makan tidur kat hotel-hotel besar jer.. tapi yg paling bertuah dia dapat menawan hati miss Japan yg cute..haitt...


OK..
dah selesai satu hutang ..ada baannyakk lagi hutang tag belum jawab ..huhuhu

Isnin, Januari 19, 2009

ANAK

SAIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH berkata

" Bermainlah dengan anak untuk tujuh tahun pertama mereka,disiplinkan mereka untuk tujuh tahun berikutnya,berkawanlah dengan mereka untuk tujuh tahun seterusnya dan selepas itu hormatilah mereka sebagai orang dewasa"



Dua tiga kucing berlari
Manakan sama sikucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama anakku seorang..

Jumaat, Januari 16, 2009

NAK BALIK!

Mula-mula rancang nak balik kampung hujung minggu ni tapi ada sekolah ganti sempena tahun baru Cina pula hari Sabtu ni..dah lama tak balik sejak raya haji hari tu..

Tekak teringin nak makan buah pauh colek lada belacan pulak rasanya...apa punya mengada anak tekak ni tak tau lah..tak pun buat kerabu mangga letak ikan bilis garing nyumnyumnyum..

Hmm..berangan jer lah dulu...Sabtu minggu depan pun ada meeting lagii....Bila lah boleh balik kampung ni..huhuhu..

Khamis, Januari 15, 2009

SUDAH SENGET

Macam senget jer kepala sejak dua minggu buka sekolah ni...mana taknya,bangun pagi awal giler..orang gila pun tak bangun awal macam ni.. lepas tu tengah malam baru tidur..

macam-macam hal kena buat awal tahun ni ...balik kerja tambah urusan kat rumah ni pula tak habis-habis......tu tak termasuk urusan menjelajah satu dunia..masuk dari satu blog ke satu blog....

hhmm..banyak betul urusan hidup kat dunia ni...nampak gaya harus pakai PA gitu..yerk..

Selasa, Januari 13, 2009

LAMPU MERAH


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Selautan belas kasihMu pada ku tak terhitung Ya Allah!

Saya telah meluncur dengan senang-lenang tanpa sedar melanggar lampu merah di simpang depan Jusco yang sesak sedang kereta dari kanan membelok dengan laju..dan..srreeccchhh....opss...mamat yg bawa kereta itu mencium stereng!

errkk..sorry bang.....(buat muka sardin basi)!!!
dan..PECUT!! jangan lah ada orang hapal plat kereta ni..
lutut menggigil tapi control ..control...
huhuhu..

kenapa tadi tak nampak lampu tu warna merah yer?
owwhh..berangan lah tu agaknya...;p

Isnin, Januari 12, 2009

JATI DIRI

Tempe goreng celup tepung...krup..krapp...krupp...krapp...
layannn...................


Ahad, Januari 11, 2009

DARAH

anak-anak kita di SINI

Sabtu, Januari 10, 2009

CERIA TANDA GEMBIRA

Syukurlah kita hidup di bumi makmur merdeka..tiada peperangan...anak-anak dapat pergi sekolah...dah tu tahun ni tak payah bayar yuran lagi...katernyerr.... ;D

Pagi tadi gotong -royong menceriakan kelas sempena sesi baru 2009..

Anak sapa lah yang rajin memanjat tu...boleh buat menantu...ahaks..
5 Alpha macam biasa...mantain ! awal-awal lagi kelas dah ceria..ada harapan nak menang kelas paling ceria tahun ni...

3 Inisiatif apa kurangnya..jangan pandang kami sebelah mata tau..pandanglah dengan kacamata...; ) Untung kelas ni...Cikgu kelas pun ikut memanjat sekali ...mujur tak patah kerusi tu tadi...huhuhu..

Jumaat, Januari 09, 2009

MUNAJAT


"Ya Allah!!
Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."

Khamis, Januari 08, 2009

ANGAN-ANGAN

Cuti Tahun Baru Cina ni kalau pergi Kelantan agak-agaknya banjir lagi tak..? Dah lama teringin nak makan nasi tupe dengan meratah seafood kat PCB...


MEETING SAMPAI PENING

Dah tiga hari berturut-turut mesyuarat ..dari tengahari sampai petang..kepala dah keluar asap..tu belum kira panas kena libas dengan boss tu..

Sabar..sabar...sabar..
Alon-alon anger klakon ikut kata kang JP yang pinter..


Rabu, Januari 07, 2009

MELUKIS DI ATAS PASIR



Belajar semasa kecil seperti melukis di atas batu..terpahat kekal dalam ingatan.Belajar setelah dewasa seperti melukis di atas pasir..sekejap saja dah hilang di sapu ombak..

Macamanalah nak kuatkan ingatan ni..sejak kebelakangan ni selalu saja lupa apa yg dibaca..tanda-tanda ketuaan kah?

Selasa, Januari 06, 2009

BOTOL SUSU TAK MAIN LAH....

Selepas lebih sebulan bercuti dan Hannah berkepit sepanjang masa, tiba lah saat Hannah terpaksa ditinggalkan .Tak ada masalah sebab Hannah mudah mengikut pengasuhnya tapi yang kesian tu waktu siang langsung tak mahu minum susu dalam botol..dah terbiasa minum susu bawah ketiak mak..lupa teknik nak menyusu botol agaknya..atau mungkin susu tu berbau ibu lembu..hahaha!

Dia sanggup minum air suam aka banyu jarang sampai bercawan-cawan dan bergolek-golek sebelum tidur siang...botol susu dicampaknya macam orang lontar cakera sukan SEA..mujur dia hala ke dinding,kalau hala ke cermin..atau ke muka orang..hhmmm...

Pagi tadi Hannah kena goreng....susu dibancuh dalam cawan..dia minum sruuppp srruuppp ..lepas bangun tidur minta minum lagi...kehkehkeh..tak pasti samaada dia tak sedar yang diminum itu susu atau dia memang tak tau ....


psstt..
Malam ni kita pakat-pakat makan sahur jom..esok 10 Muharram..

Ahad, Januari 04, 2009

JAWAPANNYA..

Ada yang teka buah bidara,keranji,buah keras, sukun,limau bali...mujur tak ada yang teka buah deroyan atau strawberry..hehehe..Terima kasih sudi meneka..jawapan sebenarnya ialah..BUAH KAWIS.Ia termasuk buah nadir di zaman ini.

Kami menemui pokok ini dan beberapa biji buahnya ketika balik kampung minggu lepas. Emak mentua menanam pokok kawis ini berpuluh tahun lalu, Alhamdulillah buahnya masih boleh dinikmati anak cucu hari ini.Pokoknya tahan lasak ..dikatakan mampu hidup di tanah yang berkapur, kering dan mempunyai jumlah hujan yang sedikit.

Saiznya sebesar buah jambu batu yang dijual di pasar malam tu tetapi awas!..kulitnya bertempurung keras dan anda dinasihatkantidak cuba menggigitnya seperti epal kerana dikhutiri ompong gigi hadapan.Ada pun aksi karate dan silambam untuk membuka kulit buah kawis ini juga akan mengakibatkan bengkak tangan berdenyut tiga malam..

Bandingkan saiznya dengan kepala lutut Izzah tu...Begini lah rupa isi buah kawis tu..Isinya lembut dan sedikit berserat.

Buah kawis ini mempunyai aroma masam manis yang tersendiri..Kami hempas beberapa kali buah ini dengan anak lesung batu ..hah! baru dapat tengok isinya!Buah yang masak berwarna kehitam-hitaman dan rasanya masam-masam manis..Cara memakannya..tabur gula atas buah tu dan ceduk dengan sudu..Tak payah tabur gula pun okey..rasa asli..manis-manis buah..tak terlalu masam ..Nak lebih ummpp lagi buat jus air kawis..tambahkan ais..wow! terangkat you..macam rasa air asam jawa pun ada...Bijinya lembut dan boleh dikunyah..lemak rasanya...

Menurut ini, Setiap 100 g bahagian isi buah yang dapat dimakan mengandung: 74 g air, 8 g protein, 1,5 g lemak, 7,5 g karbohidrat, dan 5 g abu. Dalam 100 g bahagian biji yang dapat dimakan terkandung: 4 g air, 26 g protein, 27 g lemak, 3 5 g karbohidrat, dan 5 g abu. Isi buah yang kering mengandung 15% asam sitrat dan sejumlah kecil asam-asam kalium, kalsium, dan besi. Kayu kawis berwarna putih kekuningan, keras, agak berat, dan berserat kasar, tetapi urat kayunya rapat dan boleh dipolish sampai berkilat.Boleh buat perabut gitu...;)

Sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buah kawis ini,boleh bertanya mbah Wiki yang pintar itu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin