Jumaat, Oktober 31, 2008

MINGGU SIBUK

Lepas cuti deepavali empat hari minggu ni berlalu dengan cukup sibuk. Hannah dihantar ke rumah pengasuh baru Kak Niza sebab nursery terpaksa ditutup kerana penyakit kaki tangan dan mulut. Alhamdulillah kak Niza nak tolong mengasuh Hannah..kalau tak tak haru juga..

HADIAH

Terima kasih Fahmi..

Selasa, Oktober 28, 2008

Jumaat, Oktober 24, 2008

GABRA

Hari Rabu lepas Kak Minah cakap nak datang beraya lepas balik kebun hari Jumaat ..dan nak bawa geng dia sekali..ayoyo amma....gabra ni..bukan apa..masa tu macam tak berapa kena jer tapi kalau tak datang waktu tu bila lagi kan?

apa nak buat ni? habis fikir, masak jer lah apa yang sempat untuk lunch..

Akhirnya tercipta menu mengiringi nasi putih..Ikan kembung sweet sour, kailan ikan masin, tomyam campur dan telur dadar..

Yang hairan, telur dadar tu yang jadi pilihan...wakakaka..

Jemput makan seadanya...

Tambah lagi.....sila..sila...nak bertimpuh pun boleh...asal jangan meniarap sudah lah....:P

Serius membincangkan issue DG 44..dan hujah-hujah yang menyokong perbahasan..hehehehe...

Alhamdulillah ala kulli hal....terima kasih semua yang hadir.
Jangan serik datang lagi lain kali.....ampun maaf layanan yang tidak seberapa..Itulah seadanya..

Rabu, Oktober 22, 2008

SETAHUN



Pantas sungguh masa berputar..seakan baru semalam menyambut kelahiran Hannah ...
hari ni genaplah setahun umurnya ...Alhamdulillah..

SELAMAT HARI LAHIR HANNAH
Semuga menjadi anak solehah, penyejuk mata penenang jiwa.

Isnin, Oktober 20, 2008

BUNGA API

Awas!! jangan sampai terbakar jari..

habiskan stock bunga api raya ni cepat-cepat..

lepas ni dah..jangan main lagi..buang duit, buang masa..

kalau nak jugak, tunggu raya tahun depan yer..

kita cari stock baru...

Khamis, Oktober 16, 2008

INJURED

Pagi itu sewaktu peperiksaan di pusat BD*** calon-calon yang kebanyakannya bijak -bijak belaka (masuk exam Maths pun tak bawak culculator..) ramailah yang jadi tugu negara duduk terkebil-kebil tak bergerak dan ada juga yang tumbang terlungkup atas meja sampai meleleh air liur..betul ! Sedih betul menengoknya...punyalah lama menanti...15 tahun tunggu nak masuk periksa PMR, alih-alih dah masuk dewan periksa...tidur! lena pulak tu macam kat rumah tak jumpa bantal.. :(


Bila dah boring tahap melampau tak tau nak buat apa ramai lah pula yang minta kebenaran nak keluar ke tandas..Salah satu prosedur mengawas peperiksaan ialah memastikan calon yang minta kebenaran ke tandas sewaktu peperiksaan berjalan pergi dan balik semula ke mejanya dengan selamat dan tidak melakukan sebarang penyelewengan.


Sadisnya bila sorang calon ni bangun, ketua pengawas signal suruh iring calon ni ke toilet.uhuhu...adui laa...tak kose den ...Budak ni pulak, ada toilet yang dekat nak jugak pergi toilet yang jauh...saja nak mendera lah tu...tapi escort pun sampai pintu toilet jer..tak lah ikut dia masuk sekali..tandas lelaki kan ..tu pun mujur tak keluar bau perfume dia... tunggu sajalah depan toilet tu kebetulan ada taman herba...cantik lah pulak taman tu, subur pokok-pokok daun lemuni, temulawak,pegaga, halia bara, serai kunyit ..agaknya banyak baja kot..


Tunggu punya tunggu...ehhh...terleka lah pulak nengok pokok herba ni, semuanya berlabel cantik... ...tau-tau budak tu dah selesai hajat dia berlari balik ke dewan...eehh...tak boleh jadi ni..dia larik kita kejarr...tak sedar laluan simen tu licin plus berlumut...apa lagi...zappp...errkkk...adoi! terpeleot kaki cute ku...!! Masa kena tu tak rasa sakit, lagi pun nak control ayu...sekali sampai rumah..hah bengkak berdenyut nyut nyut you! Tak pulang modal ..Malam tu sapulah segala minyak (tak termasuk minyak kereta) nak repair kaki..Alhamdulillah, bangun pagi rasa kurang sikit sakitnya walau pun jalan mengheret jer..


Bila dah terjengket-jengket berjalan ketua pengawas pun kesian agaknya...dia kata.. . Pinat,...pagi ni dan sampai tamat exam hari Jumaat nanti , you tak payah lah jaga dewan...masuk bilik rawatan jaga budak injured tu saja..cantekk...orait lah boss....elok pulak ada seorang calon accident kaki bersimen exam atas katil sorang-sorang dalam bilik rawatan sekolah tu...

Wah! asyik sungguh...budak tu jawab exam dengan kaki terjulur..pengawas dia pun julur kaki sambil urut buku lali sendiri...pengawas yang injured hanya layak mengawas calon yang injured sahaja.!. :)

Ahad, Oktober 12, 2008

BARAAN

*Baraan ialah istilah jawa untuk berjalan/ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya.

Kakak bagitahu geng kumpulan kompang dan marhaban dia nak datang baraan lepas isyak....40 orang semua ahlinya lelaki dan perempuah..huh? 40 orang??..erkk..ramai tu!!

Geng kompang marhaban ni terdiri daripada remaja 10-17 tahun kat kawasan rumah kami ni. Aktiviti ni dah dibuat sejak beberapa tahun tapi sebab kakak baru join ahli awal tahun hari tu..inilah kali pertama diorang datang....

Masalahnya pagi tu kena pergi kebun !!..balik tengahari berkejar masuk dapur..tung tang tung tang..bersilat ..mujur Hannah tak banyak ragam. kejap-kejap asyik tengok jam jer takut tak sempat masak..

Buat serba sikit..mee kari, nasi impit, pulut kuning, rendang daging, ayam masak kacang...rojak buah..Elok siap ajer terus hidang...elok hidang jer,diorang dah sampai depan pagar.!! alamakk...kata lepas isyak, rupanya lepas maghrib..!! Alhamdulillah..

Mula-mula sampai diorang berselawat marhaban dulu..meriahnya..:) rasa macam kat kampung..sebenarnya tak lah ramai sangat yang datang baraan ni..ramai ahli yang tak join sebab nak ambik periksa PMR Isnin ni dan ada juga yang balik kampung....

Nampak sangat rumah ku kiut..:) tersepit Kak Ana aka cikgu kompang marhaban kat belakang sofa..kesiannya..


Lepas tu baca doa ..Doa dibaca oleh Abang Long anak Wak Rahiman merangkap ketua kumpulan. Abang Long ni memang sajak jadi ketua..badan besar padahal baru tingkatan satu!


Mamat baju purple ni satu-satunya insan yang puji ..Mee kari makcik powerlah...huhuhu..baeek punya puji..boleh buat menantu ni :)

Jumlah kehadiran 25 orang jer berdasarkan duit raya sorang singgit yang dihulur..ekekeke..
kudukut punya makcik..

BELUM HABIS RAYA


Nampak tempayan depan pintu? sah lah ni banglo my boss..

Petang Jumaat hari tu dapat jemputan aidilfitri...Terima kasihlah boss..
tiap-tiap tahun mesti pergi serbu rumah dia sebab laksa dia memang kaw..kali ni ada nasi beriani pulak...fuh!!

Ni Kak Minah..tengah tunggu turn ambik nasi beriani...sempat membaca tuu...

kak Minah..wa angkat gambar lu nak masuk blog gua...

Masyaallah...enti ada blog kah Pinat? ana tak percaya lah...sempat pulak ente berblog?

Ni Puan Zeeta, my ex boss yang turut menghirup keenakan laksa dan lemang rendang tok kat rumah kawan karib dia..:)

Cikgu Su makan tepi air terjun lah pulak ....maklum lah suasana resort gitu...

Sebenarnya ada banyak jugak gambar berposing dengan tuan rumah dekat area paling cantik dalam rumah dia..tapi..tapi...segan lah nak tampal kat sini...

untuk Manis,
yang nak tengok gambar ku yang kelat-kelat assem ni... sorry yer darling...:P

Rabu, Oktober 08, 2008

PUTU KU

Bila berkumpul ramai-ramai masa hari raya hari tu, dapatlah berjumpa dengan anak-anak buah dan putu-putu aka cucu-cucu saudara......cucu saudara dah ada 21 orang...tak lama lagi akan ada dua orang lagi yang bakal lahir..makin terasa tua lah pullokk....Alhamdulillah ..

Latest cucu..Muhammad Hariq baru 4 bulan ..

putuku Aulia..dengan fesyen rambut raya

Yang ni bukan putu..anak sapa ntah..tayang lubang hidung dengan gigi 6 batang...kuat menggeget woo si Hannah ni...

Selasa, Oktober 07, 2008

CERITA RAYA

Cerita raya belum habis lagi...
Kan dalam dunia ni sambutan hari raya di Malaysialah yang paling meriah sekali..betul!!

Ni suasana menjelang Raya hari tu...beratur minta maaf...ampun salah silap, halal makan minum, bersih dosa...

Selamat hari raya cikgu, maaf zahir batin...doakan kami..



Cuti raya baca buku yer...jangan main mercun..pesan Cikgu Bedah...

Tak janji...tak janji...nak main jugak...kata Saodah...


Yang sibuk sibuk kat surau ni geng 4 Alpha..nak buat majlis khatam tadarus Al Quran tapi gaya macam nak kenduri kawen sibuknya..

Alhamdulillah mereka dapat menamatkan bacaan Al Quran sepanjang Ramadhan ini..mudah-mudahan akan berterusan mentadabbur Al Quran sepanjang hayat..


Senyum jer dapat bunga telur...

Aikk...takkan bebudak ni jer dapat bunga telur ...cikgi tak dapat ker? kwangkwangkwang..


My kampung...



Kami sekeluarga balik beraya pagi Sabtu ...tapi hari raya tahun ni biasa saja, tak macam tahun lepas...nenek pun baru meninggal..sedih lorr..:(


Hidangan berbuka malam akhir Ramadhan...masa tu semua dah berkumpul...

Ketupat tak masuk dalam gambar sebab masih rebus dalam periuk , dia wakilkan pada adik dia ketupat segera dan sepupu dia si pulut kuning...

Ni suasana pagi raya..masa cucu-cucu atuk dan embah cium tangan sambil kutip duit raya..
Entah napa tahun ni tak banyak ambik gambar raya..lagi pun segan lah, asal snap gambar jer orang keliling cakap..haa..ni mesti nak masuk blog ni...huhuhu..



Seminggu duduk kat kampung..rasa malas jer nak balik..Minggu ni pulak banyak kerja nak buat kat kebun tu...huwaaa.....kena mengawas PMR lagi..adehh..jauh lah pulak kena tuu....alamat longgar lutut lah jawabnya...

Alhamdulillah pagi Isnin tu 4 Alpha menang lagi...habis diorang rembat hamper-hamper pertandingan sempena bulan Patriotik hari tu...beraya sakan korang erkk.....






Minggu ni nak selesaikan puasa hutang dan syawal Insyaallah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin