Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Ahad, September 16, 2012

MEE REBUS HASIL MEMBANTING TULANG

Stor bawah tangga penuh dengan khazanah .Nakcari barang pun boleh sesat jalan keluar dibuatnya.Bukan setakat harta karun bertimbun,sampah sarap pun berlonggok.Punyalah besar peranan bilik stor ini.Semua pun boleyy..

Demi masa depan yang lebih cemerlang bersempena cuti ni kami pun buatlah makeover stor bagi clear sikit..buang segala makneka barang yang ntah haperhaper...Sifat penyayang katakan..semua benda nak buat kenangan sampai kasut zaman Parameswara membuka Melaka pun masih nak simpan.haih!

Beli dua buah rak ni  kat IKEA dan suruh Abang pasang.Tak rugi belajar Kemahiran Hidup Bersepadu kat sekolah.dah boleh buka bengkel pasang rak. Ni rak pertama abah tolong pantau..takut silap pasang skru.
Ni rak yang kedua..nampaknya pembantu abang yang penyibuk aktif tu dah mula buka langkah.Biasalah Irfankan..mana boleh duduk pandang saja ..kasi  naik atas tu main motor rempit..vroomm...vroomm..

Yeay! dah siap! sekarang dah boleh masukkan dalam bilik stor dan susun barang kemas kemas.

Kesian kan tengok pekerja bengkel,pembantu termasuk pemantau penat buat kerja terbongkok-bongkok.Tu kuah mee rebus sudah menggelegak atas dapur.

Upah mee rebus sempoi seorang semangkuk.
 MEE REBUS HASIL MEMBANTING TULANG..BUKAN MEE REBUS TULANG!
Slurrpp!! Alhamdulillah.

Sabtu, September 01, 2012

MERAIKAN TETAMU SYAWAL

Malam tadi kami menerima kehadiran tetamu Syawal family Kang Di dari Perak.Borak punya borak sambil makan seadanya hidangan ekspress .. macam-macam cerita tak sedar rupanya sampai tengah malam.Itulah antara  keistimewaan Syawal,dapat jumpa,berbual,bersilaturrahim.Kalau tidak,semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.Jiran sebelah rumah pun tak sempat nak tegur.

Masa tetamu tengah makanlah Irfan buat perangai,berlari-lari celah tetamu,naik basikallah dia..grrr!
 Amat bertuah sekali andai kita dikunjungi tetamu. Bila tetamu bertandang dan hadir ke rumah kita, maka ia datang bersama rezeki dan pulangnya bersama pengkifaratan dosa-dosa kita, mudah-mudahan. Bila tetamu datang ke rumah kita bermakna Allah hendak memberi kebaikan dan hasanat yang banyak pada kita semua.

Rumah kecil kami tahun ini berkongsi kegembiraan dengan kaum keluarga sebelah suami bila perjumpaan keluarga hari raya dibuat di sini.Sangat meriah  dan rasa berbesar hati kami menerima kaum keluarga semua ke rumah kami yg serba kekurangan ini
  Kehadiran anak-anak murid dan kawan-kawan anak pun menambah meriah hari raya. Alhamdulillah.

Nikmatnya hidup berkasih-sayang.

Jumaat, Jun 29, 2012

ALAHAI ANAK OMAK

 Tengahari tadi terus berdesup zass ke 100 Yen. Hajat hati nak cari egg mould untuk kawan-kawan yg kirim minta carikan  tapi tak jumpa pula.Belum ada rezeki tak apalah..Insyaallah kalau ada kelapanga lain kali nak try cari kat Parkson pula lah.Sekarang tengah sibuk dengan hal-hal sekolah.Macam-macam kena buat bila dah masuk bulan 7 ni...:)

Walau sibuk pun projek kemas kemas tetap berjalan,buat sikit-sikit tak terasa letihnya.Majalah-majalah lama dah hantar kat library sekolah..Fuh! lega rasanya..sekarang ada ruang dalam almari untuk letak majalah yg lain pulak..Kalaulah ada almari atau rak buku macam kat library gini kan best..kalaulah kannn..verangan tak kena bayar..;)

Rak buku impian makcik pinat..library rumah omputeh mana ntah ni..kemas bebenor..
Tapiii...rumah ni nak berkemas 24jam pun payah..budak-budak bertuah ni walau pun dah ada play area diorang depan tv tu tetap juga nak bergumpal kat ruang tamu.kalau main tu pulak sampai  tak hengat..Tu diaa...ada yg tidur tersangkut macam ni..aduhai anak! sabor jerlahhh....

Children brighten our lives in so many ways :-)

Ahad, Jun 24, 2012

KEMAS KEMAS

Dua hari ni projek berjalan tapi agak slow..dapat kemas bilik,almari budak-budak kenit dan laci -laci utk tuala dan cadar..hujung minggu ni Insyaallah nak kemas bilik-bilik lain pulak.dah 2-3 plastik barang lama masuk dalam plastik,ada yg nak direcycle dan ada yg nak dihumban saja..

Dalam sibuk huru hara tu sempat juga meroti..ahaks!

ok! esok nak teruskan projek mengemas lagi..lupa pulak nak ambik gambar before and after..


Khamis, Jun 21, 2012

PROJEK MENGEMAS RUMAH

 1 Syaaban.

Mulai hari ini saya nak pastikan rumah kemas.Mana-mana barang yang tak perlu kita buang,sedekah atau kitar semula.Rumah kami tak besar mana tapi kalau disusun elok-elok pastinya masih luas.Rekaan rumah kami memang rekaan lama kerana usianya dah lebih 12 tahun.Perabotnya pun sudah mulai goyang dan uzur tapi kami tidak bercadang menggantikannya dengan yang baru .Buat masa ini keperluan utama adalah untuk persekolahan anak-anak..yang penting mereka ada ruang yang selesa.

Projek bermula hari ini!



Isnin, Mei 30, 2011

DAH LAMA RUPANYA

Dah lama rupanya tak buka blog ni..macam dah terabai pulak sejak diserang angin busy crazy ni.Urusan sekolah yang tak habis-habis,ditambah pula Irfan dah mula berjalan ni..suasana memang kelam-kabut jer.Alhamdulillah jiran depan rumah ni dah selamat melangsungkan majlis perkhwinan anak sulungnya semalam. Lega..dah namanya jiran kan..sedikit sebanyak  kami suami isteri tumpanglah jugak sibuk..tolong rewang mana yang patut..lagi pulak rumah ni terlibat jadi markas senduk lauk dan berkat cenderahati jemputan.
bak kata pepatah..yang berat sama di pikul,yang ringan jinjinglah sendiri..;-)


Hari ni bermula cuti pertengahan tahun.Macam biasa bila musim cuti stock makanan kena cukup kalau tidak ikan piranha dalam rumah ni menggelupur sambil buka tutup tudung saji dan peti ais. Nak buat macamana..dah ramai ..;-)

Khamis, Mei 12, 2011

REWANG

Petang tadi balik awal sebab nak rewang .Menu soto ,bihun sup dan lontong.Meriah sungguh masak gotong -royong ni. Ramai orang daripada kerja yang nak dibuat.
Dua minggu lagi jiran depan rumah ni nak buat kerja kahwin anak sulung dia.Majlis kenduri kahwin yang pertama di lorong rumah kami ni. Pergh!! Memecah tradisi betul.
Malam ni kenduri mesyuarat letak kerja.Dah jadi jiran yang paling hampir,buka pintu rumah jer terus nampak muka dia tentulah ikut bersemangat. Orang kata.. jiran muafakat membawa berkat kan..kan..;-)

Selasa, Ogos 24, 2010

BULAN TERANG MALAM LIMA BELAS







Dah masuk separuh bulan berpuasa,baru terperasan rumah bersepah macam tongkang pecah..bila nak berkemas pun tak tau lah.Tiap hujung minggu agenda balik kampung berbuka dengan mak abah plus agenda shopping raya.Nampaknya minggu ni kena buat operasi besar-besaranlah.. Mudah-mudahan tak terlepas mengisi malam-malam akhir Ramadhan.

 Edisi panaskan enjin...malam ni kemas buku budak-budak ni sambil update blog
 

Isnin, Ogos 02, 2010

TIPS MENGEMAS DAPUR

Alhamdulillah..baru selesai kerja mengemas dapur..sekarang baru boleh meluruskan pinggang sambil blogwalking..Sebenarnya tiap-tiap hari pun kena kemas dapur juga,tapi hari ni buat operasi kemas besar-besaran kerana vitamin R sedang aktif..sementara  virus M belum melanda..

Memandangkan operasi hari ni dah selesai dengan jayanya, maka dengan rasa senang hati dikongsikan tips mengemas dapur terutama kepada suri rumah yang tiada pembantu ..kalau sesuai bolehlah diamalkan  yer puan-puan..alahai mak pinat ! macamlah  dapur dia kemas sangat..(*:*) ok..

Tips 1: Minimumkan barang di dapur.Kumpulkan segala barang-barang yang tidak selalu digunakan.Bekas- bekas aiskrim, botol-botol plastik, alatan memasak seperti penapis atau apa-apa jerlah..Masukkan kesemua barang tersebut  ke dalam satu kotak. Simpan dalam stor dan tunggu sehingga 3 bulan, jika masih tidak digunakan buang saja atau berikan kepada orang lain.Letak pinggan mangkuk,gelas,cawan dan sudu yg secukupnya shj utk kegunaan harian.Kalau 6 orang,sediakan 6 biji gelas shj..yg lain simpan.Logiknya,selepas digunakan,mau tak mau terpaksa basuh bila nak guna semula..kalau banyak nanti banyak gelas digunakan,longgok disinki..ambil yg bersih..letak kat sinki lagi..letih lorr..

Tips 2 :  Jadikan "clean as you go" sebagai peraturan di dapur. Amalkan mengemas meja,membersihkan sinki dan lap tungku masak sebaik selesai kerja di dapur. Pinggan mangkuk kotor kalau dibiar disinki makin lama makin payah nak dibersihkan dan berbau busuk.Sambil lap meja tu lap sekali kaunter dan pintu cabinet..kalau dibuat setiap hari,kotoran tak banyak melekat. Lagipun,kalau dapur bersih kerja memasak pada keesokan harinya akan jadi lebih mudah dan tersedia.Manalah tau kalau terbangun lambat kan..

Tips 3: Ajar anak-anak (termasuk abah anak) basuh gelas dan pinggan sendiri setiap kali makan.Anak yg sekecil Hannah pun ajarkan juga letak pinggan kotor di sinki.Kalau dah dibiasakan begitu kerja mengemas di dapur akan jadi lebih mudah sebab semua orang bekerjasama macam wonderpet.

Tips 4: Pastikan peti sejuk sentiasa update..simpan makanan dalam bekas tertutup supaya peti sejuk tak berbau dan makanan tak cepat rosak.yang penting buang segala sayur yg dah kecut dan makanan yg dah berkurun lama, Jangan biarkan kurma bulan puasa  tahun lepas masih tersimpan sampai dah nak masuk puasa tahun ni..masih ada lagi..sampai kematu kurma Yusof Tayyub tu..kwangkwangkwang..tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri..;P

 Fikir-fikirkan dan selamat beramal..;D



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin