Isnin, Mac 31, 2008

CITA-CITA

Pagi ni dah dapat barang di order hari tu,harap dapat dimanfaatkan lah...kalau tak sia-sia jer beli..


Petang ni berangan nak buat apam pisang ...siap paste resepi dari blog Mat Gebu...

Bahan-Bahannya (resipi asal boleh rujuk disini) :-)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..
PILU seribu kali pilu...telur yang dipecahkan semua TEMBELANG...huwaa.....benci betul...beli satu sarang kat Econsave ingatkan nak save ...rupanya telur dah lama....huh
akhirnya pisang tu jadi cekodok jer...

Sabtu, Mac 29, 2008

AHMAD ALIFF AMRI

Pagi-pagi dah bangun pergi kebun..tak sempat buat sarapan pun.Makan roti jer lah..
Hari ni keja ganti cuti pilihanraya hari tu..buat susah je bagi cuti,dah nak kena ganti..Kakak dan abang pergi sambutan Maulid dekat sekolah..Hannah hantar ke nursery,tinggal Izzah kat rumah tolong abah basuh baju..

Balik tengahari rasa menyampah pulak tengok dapur tu,mujurlah abah ajak makan nasi ayam kampung goreng kat Velodrom hoki ..kira oraitlah..lepas makan pergi jenguk dua tiga kedai perabut cuci mata...hajat hati nak cari ganti kerusi pusing kat meja komputer ni..maklumlah dah nyawa-nyawa ikan...

Ni air durian belanda kesukaan ramai...

Menu biasa kami kat sini...

Sampai rumah jam 4.30...hujan lebat pula tu..kain baju dah kering jadi sejuk balik..
Hujan-hujan ni sambil minum kopi dengan pisang goreng kami borak pasal Aliff Amri...
Anak buah sorang ni bukan main bijak budaknya ..tapi biasalah budak lelaki nakal ya rabbi...
Gambar ni masa dia ikut balik tidur satu malam kat rumah ni dulu...muka selamba ceria jer padahal baru kena marah pasal pecahkan pasu bunga maklong yang kat atas almari bawah tangga tu..
Memang kaki dia yang sepak sambil naik tangga pastu bila kena marah dia cakap...
bukan Aliff buat...kaki yang buat..


loyar buruk punya budak....geletek baru tau!!Rindu pulak kat Aliff....

Jumaat, Mac 28, 2008

UJIAN

Ujian Allah datang dalam berbagai bentuk..
Kadang-kadang berbentuk kepayahan dan kesempitan ,ada masa berbentuk kesenangan dan nikmat..semuanya untuk mengukur darjat ketakwaan hambaNya..

Hari ini Allah menguji kami lagi..dan kami akan berusaha untuk bertahan.

Teka ini gambar apa?
Ia tiada kaitan dengan entry ini..


Pagi ni baca cerita merapu kat majalah lama..kekadang bagus juga baca untuk menghilangkan rasa tension kat kepala...

Beberapa petua mengelakkan malu yg bagus untuk dipraktikkan ketika dlm kecemasan..:

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah sedang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap tahap kebersihan alam sekitar....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?"walaupun tiada orang di blakang ....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu ..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah korang) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah korang sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Ermm.....layan jer lah



Isnin, Mac 24, 2008

ANAK DARA

I still treat her like she is still a baby howtime really flies...there are so much to tell about Izzah..





Kakak Farah rajin tolong buat kerja rumah...
menyapu,sidai kain,basuh pinggan ...segala macam kerja yang biasa bagi anak sulung ..
Kalau dia buat kerja tak betul selalu ku tegur dia..macam ni lah anak dara...atau alahai anak dara ni...
Kakak selalu protes buat muka masam bila dipanggil anak dara...

Pagi tadi Izzah buat perangai ..tak mau makan ubat.Walaupun dah dipujuk-pujuk dan diumpan macam-macam hadiah nampak gayanya tak makan dek pujuk budak bertuah sorang ni.
Mula-mula pil yang tujuh biji jumlahnya tu dicium-cium..lepas tu dilambung-lambung...akhir sekali dijentik-jentik macam main tutup oren tu....

Aku: Makan satu biji lepas tu satu lagi..lagi...lagi...sampai habis..
Izzah: Tak mau..
Aku: Izzah kena makan,kalau tak nanti perut Izzah sakit..
Izzah: Tak sakit pun..(buat muka selamba kering...)
Aku: Izzah makan yer nanti jadi sihat,kuat..blablabla (hangin dah ni..)
Izzah: Banyak sangat nak kena makan lah...(mulut dah muncung)
Aku: Ok...Izzah makan satu dulu...mak kira...pas tu makan lagi...mak kira sampai habis..
Izzah: Err...kita tukar nak...mak makan ubat ni...Izzah kira...sampai habis..
Aku: Ehh...tak pasal mak pulak yang kena makan...apasal degil sangat hari ni...
( darah dah didih masa ni..)

Izzah: Izzah BOSAN lah...hari-hari kena makan ubat...
Aku: Ewwah....Sejak bila pulak pandai cakap bosan ni..
Izzah: Sejak Izzah dah besar lah..Izzah kan ANAK DARA....
Aku: huh.....??? (#@*&%#)

Akhirnya Izzah makan juga ubat-ubat tu lepas abah dia ugut nak talipon doktor....





Ahad, Mac 23, 2008

AHAD

Edit
kek coklat dah masak...


Alhamdulilah cuaca cerah selepas seharian hujan semalam..

Pagi ni saja bermalas-malas atas katil mengulit Hannah sampai pukul lapan .....bila dengar abang dengan kakak ketung -ketang buka tin biskut,buka katup peti ais...baru lah turun dapur.Kesian anak-anakku dah kebulur ..masak bihun goreng,kentang wedges,potong kek belang,potong tembikai dan buat teh O....aikk...licin...memang lapar betullah bebudak ni..

Lepas sidai kain ingat nak iron baju sekolah bebudak ni tapi dah terzzzzz sekali dengan Hannah..wakaka...bangun pukul sebelas setengah terus masak Nasi Kabuli versi cepat dimasak ..

NASI KABULI
1/2 kg daging ( rebus sampai empuk )
4 cawan beras Basmati...beras Bashidup pun boleh jer... ( basuh dan rendam sekejap)

bahan tumis
halia-kisar
bawang putih-kisar
bawang merah-kisar
bunga lawang
lada hitam tumbuk
kulit kayu manis
buah pelaga
dua sudu besar rempah soto (pakai rempah soto Syarifah/JB)
1/2 cawan minyak utk menumis

hiasan
bawang goreng
daun sup

CARA
1.Tumis bahan tumis sampai naik bau
2.Masukkan beras yang sudah direndam dan daging bersama air rebusannya .
3.Sukat air macam masak nasi biasa,tekan suis periuk nasi...tunggu masak
4.Dah masak,taburkan hiasan...walla...

Buat acar,sambal dan goreng papperdom....menjelang zuhor...licin....Alhamdulillah..


Petang ni rasa nak buat kek coklat dan habiskan stock pisang dari kampung pulak...nampaknya Ahad ni adalah hari masak-memasak jer....

Jumaat, Mac 21, 2008

LIMA BULAN

Macam sekejap je...esok Hannah dah lima bulan..




Khamis, Mac 20, 2008

MAULIDURRASUL

Cuti seharian
Merayau dari satu blog ke satu blog..
pusing serata alam..

Isnin, Mac 17, 2008

DI LUAR JADUAL

Hari ni bermula jadual baru di kebun...
masuk kerja jam 10.00 pagi dan habis pukul 4.o5 petang...
tapi hari Rabu dan Jumaat still macam biasa...
rasa okey sangat lah pulak jadual baru ni..
Dapat melepaskan diri dari beberapa perkara yang membosankan ..wakakaka...
urusan rumahtangga pun lebih teratur...cuma ..

Masa untuk bertenet dah kurang...

Jumaat, Mac 14, 2008

SETAHUN

Seringkali dalam munajat kami memohon mudah-mudahan Allah memberi kekuatan dan kesabaran membesarkan Izzah.
Seringkali juga airmata ini tumpah memecah benteng kesabaran hati..
Allah Maha Pengasih mendengar permohonan hamba yang meminta..




Alhamdulillah..
pada hari ini genaplah setahun pembedahan Izzah.
Dokor jangka Izzah akan memerlukan pemindahan darah 3 bulan sekali selepas pembedahan ini tetapi syukur..selepas setahun Izzah tak perlu lagi melakukannya berbanding dua minggu sekali seperti dulu.
Alhamdulillah....Izzah,jadilah anak solehah yang sentiasa bersyukur atas nikmat Allah dan redha menempuh ujianNya

Selasa, Mac 11, 2008

HANNAH DAN FARAH AULIYA

Petang Sabtu lepas mengundi kami menziarahi Liya..umurnya baru nak masuk sebulan..punyalah gelihati..boleh pulak tu pakai baju SERUPA dengan Hannah...aduhai...macam kumpulan boria cucu-cucu orang Tg Karang ni..

Bila letak bersebelahan jer tangan Hannah terus capai rambut Liya...
suspen mama Liya dibuatnya..tengok jari mama tu...

Mana tak cemas...Hannah tarik rambut Liya....hehehe...

BALIK KAMPUNG PRU12

Suasana pagi Sabtu 8 Mac 2008..
Kami bertolak dari rumah jam 8.30 dan singgah di Shah Alam sebab abah mengundi di sini...kes tak tukar alamat dari tahun 1999 lah ni...





Gambar-gambar ini menceritakan kemeriahan,keghairahan rakyat dan kesungguhan jiwa-jiwa merdeka...

Alhamdulillah dapat juga melaksanakan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia dua jam sebelum pusat pengundian tutup di SK Dato Manan..
Mudah-mudahan Malaysia aman dan sejahtera selama-lamanya..

HAPPY BELATED BIRTHDAY

Kek yang sedap kami beli di Seksyen 18 untuk meraikan hari lahir Izzah dengan atok dan embah kat kampung...Lagi best sebab family mak usu pun balik...


Seronok makan kek ramai-ramai...semuga Izzah jadi anak solehah,sihat selalu dan rajin belajar..


APAM BALIK KECEMASAN
by( UMMUHABIB ) ni pulak sebagai persediaan kalau tetiba ada tetamu datang dan masa tu tak ada kek cantik untuk dihidangkan....

2 cwn tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cwn air
1/2 cwn gula
1 s/k yis kering
sedikit soda bikarbonat (hujung sudu kecil je)

bahan tabur
kacang dimesin
gula
jagung krim

Khamis, Mac 06, 2008

DAH LEWAT NI...






Sepatutnya Hannah dah pergi inject imunisasi 4 bulan tapi tak sempat-sempat nak bawak...abah lak MC tiga hari demam panas...kesian abah...dapat ke pergi pangkah undi hari Sabtu ni..

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak inject pagi Jumaat di Klinik Zainiati..memang kuat betul Hannah ni ..langsung tak menangis kena cucuk...

Isnin, Mac 03, 2008

SELAMAT ULANG TAHUN NURUL IZZAH



Semuga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan melanjutkan usia mu dalam iman dan takwa kepada Nya.Amin.

Izzah lahir jam 4.15 petang hari Khamis 3 Mac 2002.Lahirnya mudah sekali..Alhamdulilah.
Syukur kepada Allah yang memberi kekuatan dan kesabaran kepada kami melalui hari demi hari bersama anak kesayangan kami ini.

Menjejaki usia 6 tahun hari ini ,emak dan abah berdoa semuga Izzah menjadi anak solehah dan sihat sepanjang hayat. Amin.


Sabtu, Mac 01, 2008

ALHAMDULILLAH

Glitter Photos
Alhamdulillah Hannah dah sihat semula...makin aktif dan ceria

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin