Ahad, Mac 28, 2010

GANTUNG APRON

Malam ni gantung apron..bon appetite..








Sabtu, Mac 27, 2010

TIME TUNNEL- THE FIRST MEMORABILIA MUSEUM IN MALAYSIA

EDIT

Nampaknya ramai pulak yg tanya kat mana mini museum ni kan...harap-harap tokeh museum ni bacalah entry promosi ni..untung-untung boleh dapat komisyen..very the verangan..huhuhu..


Museum ni dibuka pada 2008 dan mempamerkan lebih drp 1000 artifak barang lama sekitar tahun 50an,60an dan 70an. Juga artikel dan gambar-gambar berkaitan sejarah Cameron Highlands. Paling menarik tentang misteri yg belum terungkai tentang JIM THOMSON seorang saudagar sutera yg dilaporkan hilang di Cameron Highlands,penemuan kawasan salji di CH dan memacam lagilah..

OK..alamatnya: TIME TUNNEL
Jln Sg burung,Brinchang Cameron Highlands.
Masa lawatan: 9.00 pg -6.00 ptg
( tapi hari tu kami masuk jam 8.00pg sebab penjaga pintu tu kata dah boleh masuk..;D)
Tiket: Dewasa RM 5,Kanak-kanak RM 3.

Suprise to see such a classic museum in Cameron Highlands,very friendly set up .Its brings back the memories ..

Masa darjah satu mak belikan bag peti/kotak warna hijau macam yg kat gambar tu..bag jenis tu macam yang terbaeekkk lah waktu tu, sebab kawan-kawan ada yg pakai bag silang warna hitam dibuat dari plastik dan bakul/raga mcm kat meja belakang tu..Bila nampak bag tu rasa terharu pulak..eehh!!! aku pun pernah pakai bag mcm ni..(^^)

yang ni budak baru nak belajar sempoa..sampai menganga dengar cikgu mengajar..

Kekonon naik kenderaan lama kat pekan lama...

sebenarnya sangat susah nak pujuk budak ni turun dari vespa hijau..huhuhu..

Dulu abah ada vespa warna kuning air yang sangat berjasa..bila balik kampung mak akan letak bag baju yg besar warna kuning kat tempat letak kaki sebelah depan vespa tu..kemudian mak akan tenggekkan anak dia yang cute ni atas bag baju tu..abah pulak akan kepit anak dia sepanjang jalan utk tujuan keselamatan..nostalgia betullah..



Kereta kuda kayu macam ni pun pernah wujud dalam memori..rasanya dulu pernah main kereta kuda ni dengan sepupu-sepupu..seronoknya masa tu..

Nampak tak almari kat belakang buaian yg Hannah naik tu ? Penuh dengan mainan kanak-kanak zaman dulu..alahai..sedih tengok..ada yg mainan yg kami suami isteri biasa main masa kecik dulu..ada juga mainan mahal yg masa kecik kami berhajat tapi tak dapat..paling kelakar ada mainan tikam-tikam yg selalu ada kat basikal apek jual aiskrim..memasing jerit seronok "Ehh..!!tikam tikam!!" pecah rahsia kat anak-anak..mak bapak diorang pandai berjudi masa kecik dulu..adoi!

Kat atas kaki mesin jahit Singer tu ada memacam benda termasuk alat solek..nampak kotak Hazeline snow tu? sangatlah popularnyaa masa tu...tak ada jenama lain..;DD

Almari lauk tu macam kat rumah aruah nenek..masih elok digunakan..:D

alahaii...!! berlakon lah pulak bebudak ni.. ;D

muka letih lepas belek segala makneka barang lama...

Potongan akhbar tahun 70an, piring hitam penyanyi zaman dulu dan gambar-gambar P Ramlee dan saloma pun ada...

Masa kecil dulu hanya dua tempat saja kami sekeluarga pernah naik beca..kat bandar Klang menyeberang Jambatan Kota dan pusing Teluk Anson..hahaha!! pernah pancit tayar beca tu sebab berat sangat..;DD

Issyy..pendekata memang berbaloilah masuk museum ni..

Jumaat, Mac 26, 2010

KLIBF 2010

Cemas dapat panggilan telefon daripada kakak semalam..ingatkan dia demam kat asrama ..rupa-rupanya nak minta masukkan duit dalam akaun sebab dia nak join lawatan sekolah ke pesta buku di PWTC hari ni ..isyy!! jelousnya! tahun lepas kami pergi sama-sama..tahun ni tak laratlah nak pergi..dah makin berat rasanya..

Selasa, Mac 23, 2010

CAMERON











layan gambar jer lah dulu..

Khamis, Mac 18, 2010

MASIN

Hannah sekarang dah pandai bawak kereta..asal jumpa jer benda ni..tak mo turun dah..siap bunyi vroomm..vromm..budget F1 kat litar Sepang..

Tu si abang yang cakap..dia geram sebab Hannah leka main kereta..abang tu dah lapar dah..silap haribulan di gigitnya adik tu ;DD

Punyalah sedap bebudak ni makan ayam yer..ayam lah jugakk...di mana-mana bila-bila masa..

Spaghetti abah ni pedas sangatlah...mak punya mushroom soup sedap gak..tapi tak boleh banyak..muak..;D
makan kat San Francisco Pizza..tapi tak ada sapa pun yg nak order pizza..dah boring agaknya..

Malam ni masak ketupat palas..versi segera Adabi jer..bukan yg pakai daun palas tu..sekali dengan rendang ayam..ingat nak buat bekal mendaki gunung esok pagi..tetiba..chaitt!! TERMASIN lah pulakk..!!

Masalah betul..esok lah alter balik rendang masin tu..ngantuk dah ni..baju-baju nak panjat gunung belum pack lagi ni..

Jumaat, Mac 12, 2010

TIPS MENGHADAPI CUACA PANAS DI MALAYSIA

Berita baik..! tak perlu mandi 4 kali sehari dan anda boleh menjimatkan penggunaan elektrik dan duit..elakkan memasang aircond dari pagi sampai malam..kipas pun tak payah pasang..nak tau caranya?

Tips 1..pergi ke Mines dan cari kiosk Fruits Land
senang jer nak cari..kat tingkat paling bawah berhampiran jeti nak naik bot pusing tasik tu..

Tips 2.. pilihlah apa jenis lolo yang diminati..strawberry,dragon fruit,durian,tembikai,jagung..isyy!..berpuluh jenislah.. sampai pening nak pilih...

Tips 3..order dan tunggu ...


yang ni mango lolo..masam manis , Abang makan kongsi dengan Hannah..

Izzah makan red bean lolo..lemak manis


yang ni pilihan abah dan mak diorang ..mix fruit lolo..rasa manis-manis buah jer tapi fresh sangat!!

*sebenarnya tak tau napa dia panggil ais kisar ni lolo..

Khamis, Mac 11, 2010

SAAT MENUAI HASIL





Alhamdulillah
dan Tahniah untuk semua yang telah berusaha menghasilkan pencapaian TERBAIK SPM 2009..

Senyum tanda gembira
Syukur dan redha tanda kehambaan kepada Pencipta

Ahad, Mac 07, 2010

8 TAHUN




Alhamdulillah, 3/3 yg lalu genaplah Izzah 8 tahun..syukur!



Mudah-mudahan Izzah menjadi anak solehah..membesar sihat dan ceria..seperti adik-beradiknya yg lain..

Izzah, jangan lupa makan ubat setiap hari yer sayang..

BERBUDI KEPADA TANAH

Minggu lepas masa balik kampung nampak pokok buah naga aka dragon fruit yang my abah tanam dah masak ranum buahnya...ada dua biji yang memang dah sesuai betullah dipetik..

Alhamdulillah..isinya sangggaatt manis walaupun saiznya taklah sebesar mana...cukuplah kan..

Syukurr...!! tak sempat nak snap gambar isinya yang merah berjus tu ..dah selamatt masuk mulut cucu-cucu atok yang berkeliling tunggu ! Lain betul feel makan buah hasil tanaman sendiri daripada yg kita beli di pasar..

Hujung minggu ni nak try tanam pokok naga juga lah kat hujung pagar laman rumah sekangkang penyu ni..mana tau berbuah manis jugak kan..kata abah..berbudi pada tanah takkan rugi..;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin