Ahad, November 30, 2008

ABANG MASUK KEM CUTI SEKOLAH

Lepas sarapan nasi lemak kami drive balik dari kampung...minggu ni balik sekejap sangat rasanya..tak sempat nak petik rambutan kat kebun ethan..Sampai kampung tengahari Sabtu...Pagi Ahad dah balik..Tak apalah..Insyaallah minggu depan balik lagi...raya haji kann..

Jam sebelas dah masuk pagar Masjid bt 14 tempat kem ibadah dan motivasi abang.Dalam jadual program tu jam 11 majlis penutupnya lepas tu makan dan bersurai lepas solat.Ehh..rupanya masa tu masih belum habis lagi slot LDK terakhir dia...jenuh jugalah tunggu ..sempat habiskan baca buku Travelog Dakwah

Abang masuk kem ni petang Jumaat,jadi dua malam tiga hari duduk kat mesjid..dia tak tau pun kami balik kampung masa dia duduk dalam kem tu...kalau dia tau sure dia tak nak masuk nak ikut balik kampung..Masa nak hantar ke masjid tu pun berpujuk bagai..abang kata dia malu lah,takut lah,tak ada kawan..Biasalah tu kan..tapi dah berpujuk-pujuk tu masuk lah juga dia..

Sebelum ni abang pernah ikut kem solat kat sekolah..dua malam juga tidur kat sekolah..nampak dia ok jer..boleh urus diri dan balik tu nampak adalah something yg berkesan dia bawa balik...jadi dengan rasa confident dan tawakkal pada Allah..hantar saja lah abang masuk walau pun sebenarnya masa daftar tu abang nyaris-nyaris tak diterima sebab TAK CUKUP UMUR..!kahkahkah..

Kami offer untuk budak 10 hingga 15 tahun.Anak puan baru 9 tahun ni..boleh ker bangun qiamullail ni..dua malam berturut-turut kena bangun jam 4 pagi..takut nangis pulak nanti..



Insyaallah Ustaz..dia dah pernah join kem macam ni sebelum ni..saya yakin dia BOLEH!
(ehek..mak dia yg lelebih sebenarnya..)

Alhamdulillah abang seronok masuk kem ni..dan masa balik tu dia kata kalau ada kem macam ni dia nak masuk lagi...hehehe..cayyalah..siap perkenalkan abang fasilitator dan kawan baik dia Yus Alif yang dia berkongsi sleeping bag..

Baru balik dari khemah ibadah katakan..Alhamdulillah dengar dia tazkirah adik kakak dia..kejap dia cerita kisah sahabat yang dia dengar Ustaz cerita,lepas tu tunjuk teknik tidur macam nabi,solat pun tak payah suruh....mudah-mudahan berkekalanlah hendaknya..bukan apa budak kekadang masa tengah hot macam tu lah...tengok nanti dah masuk seminggu...

Khamis, November 27, 2008

BUBUR ABANG



Bubur abang ni bukan abang yang masak..abang tu maksudnya merah..(walaupun sebenarnya bubur ni bukan berwarna merah )

Bubur nasi yang lemak manis hasil gabungan beras,santan, dan gula merah diadun pula dengan sedikit garam dan gula serta pandan wangi adalah makanan tradisi orang Jawa sebagai lambang kesyukuran.Disebut'among-among'.Biasanya dibuat sebagai meraikan hari ulangtahun kelahiran,lulus periksa ,selesai majlis perkahwinan atau berkhatan atau juga selepas selesai sesuatu pekerjaan besar..zaman dulu bubur abang dimasak selepas panen iaitu selepas selesai menuai padi..

Bubur abang dimasak dalam dua periuk.Satu bubur nasi bercampur santan dan gula merah. Warnanya hitam kecoklatan..Petua untuk mendapatkan warna coklat hitam yang anggun dan mempersona ialah menambah sesudu dua kicap manis.Seperiuk lagi bubur nasi yang di campur santan dan sedikit gula pasir menghasilkan warna putih melepak.

Ada dua cara menghidang bubur abang ini..Bubur putih diletak di tengah-tengah bubur gula merah macam dalam gambar tu..menandakan majlis itu meraikan anak lelaki seperti berkhatan atau harijadi anak lelaki.Sebaliknya jika majlis itu meraikan perempuan contohnya kejayaan anak perempuan pula maka bubur gula merah di letakkan atas bubur putih.Simbolik kan..

Kalau meraikan lelaki dan perempuan contohnya pasangan suami isteri diraikan selepas balik menunaikan haji..maka boleh juga bubur abang itu dihidangkan sesuka hati mengikut citarasa orang yang membuatnya...hahaha...siapa peduli..dah masuk dalam perut nanti jadi satu warna juga!!

Rabu, November 26, 2008

MELAWAT KE KAMPUNG SEBELAH

Dialog pagi Ahad..

Mak ..kawan Abang baru balik dari holiday kat oversea..

OK la tuu..abah dia banyak duit tu..

Dapat makan strawberry..

aikk..cuti bulan 3 hari tu kan abang dah makan strawberry kat cameron Highlads..? Petik sendiri lagi..

Tapi tak ada salji..

Kita kan dah pergi salji masa masuk Mines Wonderland hari tu..

tu salji tipu..mak,kawan abang naik kapal terbang ...

alah..bulan 5 hari tu kan kita naik kapal terbang juga pergi Langkawi...dah lupa ker?

adui mak nii.....tak faham lah..

Faham...faham...OK lah..jom kita jalan-jalan kat Kampung Sebelah..kita pun tak pernah melawat kampung tu...balik-balik masuk MPH Alamanda jer...


Tak sampai 15 minit drive...dah sampai pun..




Lepas makan tengahari...solat kat masjid ni..pelancong ramai tembak gambar sana sini..harap-harap tak lupa solat tahiyatul masjid..

Cuaca mendung..tu jambatan Kampung Sebelah yang famous..trademark macam London Bridge gittew..

Bagi diorang main sampai penat...

Tak ada yang menarik kat Souq..

Apa yang indah kat Kampung Sebelah ni pun tak tau lah...

Sebelum balik kita minum dulu...

Adoi lah...sabar jer melayan..Alhamdulillah balik rumah tu Abang tak komplen apa-apa..kalau banyak bunyi karang harus budak ni ku hantar ke Zimbabwe ker..Senegal ker...biar belajar bersyukur sikit..

kadang-kadang suasana persekitaran anak-anak sekarang mencabar sungguh...baru-baru ni kakak kata kawan-kawan kat tuisyen dia pakai jam,kasut dan bag berjenama.. adehh...tak kuasa mak....

Selasa, November 25, 2008

LEGA

Alhamdulillah dah selesai menanda kertas, esok key in markah pula..terasa ringan kepala..


hukhukhuk...tak faham pulak kenapa tetiba entry ni termasuk gambar nasi ayam..

masak..makan...masak..makan...bila nak exercise pun tak tau..
Ini macam kalu ..kepala ringan,badan berat..sapa nak jawab?

Isnin, November 24, 2008

KAKAK GANTUNG KOMPANG

Minggu lepas kakak dan geng kompang dijemput meraikan pengantin di taman perumahan kami ini.Bersungguh-sungguh kakak tepuk kompang dalam panas..berarak dari depan surau ke rumah pengantin..







Macam biasa..kakak dan geng dapatlah habuan duit dari tuan rumah..selain bawa balik berkat nasi minyak..Alhamdulillah..seronok diorang ni..baju pun orang sponsor..



Harap bersabar yer kak..
Sebagaimana perjanjian yang telah kami buat,kenduri kali ini merupakan yang terakhir kakak join sebab lepas ni kakak kena gantung kompang untuk setahun bagi memberi laluan kepada UPSR..

HADIAH HARIJADI ABANG



Abang genap 9 tahun hari ini.Dia minta hadiah telescope nak tengok bintang..lepas tu minta kek coklat yang ada strawberry dan ceri kat atas dia..Banyak mintak nampakkk...

Tak apa..tak apa..setahun sekali katakan..tapi sebelum dia dapat semua yang dia minta tu..dia kena ikut satu syarat..OK..OK..kata Abang..

Balik ambil Abang dari tuisyen tadi kami singgah kedai hardware..bukan nak beli kepala paip..bukan..cuma nak HADIAHkan Abang hadiah istimewa sempena hari lahir..kat kedai ni macam-macam adoo...haa!abang boleh pilih sendiri mana-mana saiz dan bentuk yang abang nak.. harganya tak mahal..RM2.50.. tapi tak usah lah beli banyak-banyak..pilih satu jer yang berkenan di hati abang..

Mula-mula muka abang kecut dan berkerut macam limau purut..kesian tengok..matanya dah nak berair..anak lanang kok ciwek..

OK..mak nak bagitau..
Mak belikan hadiah ROTAN sebatang ni bukan nak dera atau rotan abang sesuka hati..
Hadiah ni mak cuma nak gantung saja kat dinding..tujuannya nak ingatkan abang supaya solat 5 kali setiap hari..Mak,abah dah ajar Abang solat,umur abang pun dah cukup..kalau abang tak solat mak abah akan rotan menggunakan rotan yang abang pilih sendiri ni...Kalau abang solat tak perlu disuruh,itu bagus..abang dah besar dah tau tanggung jawab abang..Rotan ini sebagai peringatan saja..








Selamat hari lahir Abang..semuga menjadi anak soleh dan dapat menjadi contoh yang baik pada adik-adik..

Ahad, November 23, 2008

MERENUNG DIRI

Apa ada di sebelah sana..

Jumaat, November 21, 2008

KENANGAN

Ini entry kenangan mengusik jiwa jer..

Musim cuti, musim budak-budak masuk jawi..Anak lelaki kami seorang saja jadi tahun ini dan tahun-tahun seterusnya tak dapat merasa lagi lah suasana meriah bawa anak jumpa tok mudim..





Tahun lepas Abang dan sepupunya Yasser berkhatan beramai-ramai di surau kawasan kami ni..Meriah suasananya..Sehari sebelum kejadian..satu kampung meraikan budak-budak yang nak dikhatankan tu..siap berarak, berkompang, bersilat,makan kenduri...amboi seronoknya..





Tahun ni pun AJK surau dah mula kumpul nama anak-anak yang nak join berkhatan ramai-ramai ni...tapi kami dah tak ada nama nak kasi..takkan nak join dua kali pulak..naiyaa kawan..:))

Khamis, November 20, 2008

SABAR...

Tak ada apa-apa makluman pun tetiba bangun pagi buka paip...tak ada air!!
Letih betul kalau tak ada air ni...semua kerja tergendala..
Nak basuh baju tak jadi, nak masak pun tak jadi..




Seharian bergolek depan tv jer budak-budak ni..

Selasa, November 18, 2008

DAH MALAM TAK MAU TIDUR LAGI


Dah malam pun sibuk nak main lagi..


cakk...baa..





kena marah pasal tak mau tidur..





uuwaaa....alalalaa..



Nangis sekejap jer...

PERAHU MELAYU


Hadiah tanda persaudaraan ..


Jazakalluhu khairan kathira..

BUKU vs GAMES

Semalam dapat kiriman buku dari seorang sahabat daripada Perak,Terima kasih atas ingatan..nanti senang kakpinat download gambarnya..bila nak start baca buku tu pun tak tau lagi..sekarang tengah layan novel Ketika Cinta Bertasbih,tulisan Kang Abik penulis AAC..buku tu dah beli 6 bulan lepas..tak sempat nak baca lagi ..sebenarnya baannyaakkk buku yang tunggu giliran nak dibaca sepanjang cuti ni..

Hari Ahad lepas pergi MPH borong buku dan majalah untuk bebudak kat rumah ni..layan jugak lah walau pun semput tengah-tengah bulan .Sabar jer..Niatkan beli buku dan bahan bacaan anak-anak sebagai pelaburan jangka panjang cukup..selain membiasakan anak dengan ilmu dan pengetahuan baru,masa cuti tak terbazir sia-sia....

Kat rumah ni bersepah-sepah buku bebudak ni..kakak sekarang tengah kumpul koleksi novel dan buku dia sendiri..tiga tahun berturut-turut dapat pingat perak anugerah NILAM kat sekolah...berkobar-kobar tahun ni nak rebut pingat emas katanya...penuh rak tepi katil dia..kadang-kadang tukar buku dengan kawan baik dia..abang baca komik dan majalah jer..budak lelaki memang malas membaca kot..kalau layan games amboi..berjam-jam tahan.



Izzah tu tumpang sekaki..

Sabtu, November 15, 2008

TAKE A BREAK









Lupakan segala yang memeningkan kepala...tinggalkan segala tugasan..just tarik nafas..take a break..

Jumaat, November 14, 2008

CUTI KER..?

Sebab kak Niza nak pergi konvo tadika anak dia, terpaksalah kakak jaga Hannah hari ni...pagi-pagi masak nasi dan sup ayam untuk Hannah dan pasta utk sarapan hari terakhir sekolah sebelum cuti panjang..

Abang pula pakai baju,seluar dan kasut baru semata-mata nak ambil hadiah atas pentas hari ni...subuh-subuh menjahit lencana kat baju baru..sabar jer lah..







Ada majlis perpisahan untuk Khairul Hasni..selamat bertugas di tempat baru,jenguk-jenguklah blog ni selalu...:)

Tengahari balik bawa sebeban kerja..Nama saja cuti,sebenarnya banyak tugasan sepanjang cuti ni nak kena selesaikan...orang yang tak faham ingat kalau cuti tu boleh lepak makan tidur jer..tak tahu sebenarnya lagi banyak benda kena buat masa cuti ni..

Rabu, November 12, 2008

DAH NAK CUTI

Lagi dua hari cuti sekolah..ermm..apa program nak buat kat budak-budak ni yer..rasa nak hantar diorang masuk kelas lukisan ..tapi kalau ada kem masa cuti pun bagus juga masukkan kakak dengan abang ni..biar ada aktiviti sikit,tak lah asyik mengadap tv sambil jerit pekik berebut remote..
kat mana nak cari kem ni yer..

Isnin, November 10, 2008

PENGANTIN

Kata pujangga...

Jadilah orang yang baik, bila ada dihormati, bila tiada di dirindui bila mati ditangisi.

Jangan jadi orang yang jahat, bila ada di benci, bila tiada dikeji bila mati disyukuri.






Pengantin baru Su dan Sahli yang diraikan minggu lepas..Semuga sentiasa dalam limpah rahmat dan kasih sayang Allah sepanjang waktu.


Ahad, November 09, 2008

HUJUNG MINGGU

Pagi Sabtu Izzah pergi zoo dengan kawan-kawan dan cikgu tadika. Sejak dua tiga hari lepas dia asyik ingatkan kami supaya kejut dia awal pagi..takut cikgu tinggalkan dia katanya...Malam sebelum tidur dah siap sediakan kasut dan bag depan pintu..adoi lah..

Memang macam tu agaknya perasaan kalau dapat pergi ikut rombongan sekolah kan? Macam Izzah ni dia bukan seronok sangat nak pergi zoo tu sebab Izzah dah pernah pergi ..dan dia kata dekat zoo tu panas..yang dia excited sangat tu sebab nak naik bas dan cikgu cakap nak bawa bekal makanan berpicnic ramai-ramai...

Malam tu Izzah tidur senyum sambil mimpi indah....:)


Balik dari zoo tengahari tu pun tak habis senyum meleret ...puashati dapat naik bas agaknya..


Petang Sabtu kemas rumah dan kain baju semua ..baru lapang sikit ..kalau tak nampak serabut jer..lepas tu boleh lah lepak baca buku anak- beranak..Semalam belikan diorang buku dan komik baru..koleksi buku sendiri pun bertambah lagi..mana nak letak ni?

Dah dekat nak cuti sekolah ni rasanya kena susun jadual untuk budak-budak ni..kalau tak nanti diaorang jadi tugu negara tak bergerak depan tv dari pagi sampai malam..Bukan tak boleh tengok tv, cuma kena ada had lah..masa main,masa baca buku, masa mengaji Quran..


Pagi Ahad pula kakak ambil hadiah Hari Kecemerlangan kat sekolah agama..dapat nombor tiga, jadi lah...abang pun dapat nombor tiga juga kat sekolah kebangsaan dan akan naik pentas juga lah ambil hadiah hari Rabu depan..kat sekolah agama abang tak dapat lah naik pentas sebab dapat nombor 9 ...abis camno..budak lelaki payah betul nak suruh lekat dengan buku....

Kami sebenarnya tak kisah lah dapat nombor berapa pun asal jangan sampai banyak berpuluh-puluh cukup lah...kalau dah sampai berpuluh nombor tu kisah lah juga! yang penting anak-anak seronok belajar dan target dapat A atau B dalam setiap subject...macam Izzah dapat nombor 13 jer tapi semua subject dia score A ...cukup lah tu..lagi pun bukan periksa nak masuk U...baru sekolah tadika..Alhamdulillah , Izzah ni sihat dan membesar sempurna macam anak-anak lain pun dah syukur..


Masak mee sup ketam konon makan sup nak diet tapi sedap sangat sampai makan berpinggan-pinggan...tak dapek nak nolong...

Jumaat, November 07, 2008

KUAT MAKAN

EDIT pic :Sate Kajang Hj Samuri masa makan-makan kat rumah ni hari tu..

Semalam kami makan kat luar sebab petang tu banyak sangat urusan ,tak sempat nak masak..kebetulan abah pula balik awal dari site kat Lumut..apalagi..anak-anak(t ermasuk maknya sekali) pun cepat-cepat ambil kesempatan lah...Izzah macam biasa order nak makan sate ayam...tapi bila dah sampai sate tu depan mata dia,sikit pun dia tak pandang..Izzah bantai makan udang goreng tepunglah, sup tulang lah,ayam masak halia lah..

Nak tau apa jadi kat sate tu?
Hannah yang makan..pandai dia makan sate ... tak mau orang suapkan, nak makan sendiri...sambil tu makan juga nasi dengan sup..eerr..banyak betullah Hannah makan malam tadi ..sampai berlarang.., takut termuntah pulak..

Isyhhh..nampak badan tu kecik jer...tapi kuat makan!

silap pulak masa makan sate tu tak snap gambar...yang kat bawah ni Hannah makan kat rumah..



Hannah makan tangan kiri ..:(

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin