Jumaat, Januari 02, 2009

HARI PERTAMA KE SEKOLAH

Sewaktu melihat wayar berselirat di seluruh tubuh kecil dalam incubator hampir tujuh tahun lalu saya tidak dapat membayangkan bayi itu akan membesar sihat seperti abang kakaknya. Sewaktu dia disorong masuk ke dewan pembedahan hampir dua tahun lalu saya juga tidak menggantungkan harapan tinggi dia akan berlari dan melompat seperti anak-anak yang lain.


Sepanjang tiga tahun di tadika dia sentiasa saja berulang alik ke hospital. Tadika hanyalah tempat persinggahan bila saban minggu terpaksa bermalam di hospital bahkan selepas pembedahan dia bercuti selama dua bulan..sekali lagi Allah membuka hijab kekuasaanNya.Anak ini amat cepat belajar..mengikuti pelajaran yang tertinggal...dan boleh membaca,mengira dan mengenal Quran dengan cepat!

Awal pagi tadi sewaktu memakaikan baju sekolahnya airmata menitis mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhingga.Allah yang Maha Pengasih..Allah yang memakbulkan doa hambaNya yang meminta..Seolah tidak percaya saya memimpin tangannya ke sekolah!

Dia sangat bersedia..bersiap awal pagi,tidak takut,tidak sabar masuk ke bilik darjah,bergaul dengan kawan-kawan dan menjawab soalan guru dengan yakin.Paling penting.. makan ubat setiap hari sebelum pergi ke sekolah..

dalam perjalanan balik ke rumah mulutnya tak henti-henti bercakap..
"Cikgu Hafis baik.."
"Izzah boleh jawab semua soalan..."
"Izzah tak sabar nak tunggu hari Isnin.."
"Izzah nak belajar .."
"Izzah nak jadi DOKTOR KANAK-KANAK!"

Sebenarnya saya menangis di dalam hati..melihat betapa agungnya kasih sayang Tuhan ke atas hambaNya yang kerdil ini..

11 ulasan:

Leyla Shuri berkata...

salam pinabate,
jgn putus-putus berdoa.

semoga dia menjadi anak cermelang.

Sally berkata...

Salam,
sebak sy baca n3 nii..besat sungguh kebesaran Allah..semoga Izzah semakin sihat dan tabah..Izzah beruntung punyai ibu dan ayah yg tabah..

Sally berkata...

*besar

PINATBATE berkata...

Kak Lela..
Terima kasih sudi berkunjung..Terima kasih juga mendoakan Izzah.

Teacher Sally..
Ameen atas doa itu.dalam situasi tertentu kadang-kala Izzah nampak lebih tabah daripada emak dan abahnya..

Tanpa Nama berkata...

izzah anak yg cekal dn hebat. :)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam kak
sedey ey aku boco sinopsis iki
alhamdulillah izzah wes kuat. Riko diUJI & alhamdullillah ujian mu kuwi biarpun abbot akak sabar uwongngey. Mudahmudahan izzah menjadi lebih tabah dan rajin makan ubbat yo!

** kak
blog mu berwajah baru yo;-)
dharaku aku melebu umahey mat GEBBU itew;-)

Mrs D berkata...

kak pinat.. mind if I ask, Izzah sakit apa? Insyaallah.. I pray she will be a doctor one day.

HABIHA69 berkata...

Saya doakan Izzah akan membesar sihat, kuat, ceria dan cerdik...dah lar tue Cikgue PinatB...kuatkan semangat jangan tunjuk sangat depan izzah tu... yang penting janji Allah "setiap kesusahan akan ada kemudahan" Selamat Bersekolah untuk adik Izzah yang comel tu yer..." nak bagi jajan jauh larrr...

PINATBATE berkata...

CJ...
Mudah-mudahan begitu :-)


Dila...
tak sengaja terpilih cat rumah dan pattern rumah sama dengan Mat Gebu..cuma decoration dia lagi cantik lah..

Quinary..
Congenital Dyserytropoeitic Anaemia

HABIHA..
Ameen..terima kasih ustaz atas doa itu.

Tepi Sungai Batu berkata...

Semoga Izzah dalam keadaan sihat dan ceria selalu.

akudimar berkata...

dah masuk sekolah Izzah yo.aku kelingan gambarey moso di opret dulu...mudah-mudahan tercapai cita-cita mu Izzah.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin