Jumaat, Julai 02, 2010

AYAM PENYET PUNCA BELANDA PENYEKKAN BRAZIL

Malam ni meriah rumah ni dengan kemenangan Holland mengalahkan Brazil..tak sangka jugak mula tu..mana pergi samba? agaknya dah jadi sambal..nampaknya Brazil bungkus la malam ni..Abang sokong Brazil,abah dia sokong Belanda..mak dia? biasalah kan.. duduk atas pagar jer..ada org kata , orang pompuan ni kalau bercerita pasal bola sepak umpama macam orang lelaki cerita pasal resepi kek gula hangus..

Tadi tengok Cik Awin makan ayam penyet,maka makpinat pun berkobar-kobar tak mau kalah jugak..ngee..;)
Kat mana..? tempat baru lah..
Pertama kali mencuba ayam penyet (AP) di Jusco Bandar Mahkota yg baru dibuka tu.Yang specialnya kat sini, ada PERPUSTAKAAN AWAM (PPAS)..! tapi banyak buku kanak-kanak dan majalah saja nampaknya. Mungkin masih baru lagi..Baguskan, dalam kompleks membeli belah ada perpustakaan..rasanya ini first time jumpa. :D

Ok ..cerita pasal ayam pulak..
Mungkin kerana tekak sudah terbiasa makan ayam penyet di SINI dan
SINI JUGA....maka Ayam Penyet (AP) terasa kurang menepati selera. Ceh! pandai komplen..cuba masak sendiri...agaknya terpulas terpenyek ayam tu dikerjakan dek makpinat..;P


walaupun setelah ditambah pelbagai hidangan tambahan seperti sup buntut,pecel dan udang penyet..

Ampel sapi ni sambal dia pedas membunuh..tapi lain orang, lain citarasakan..yang menarik cuma air terlarang ni..jelesss jer tengok air bebudak dua orang ni order..uhh!! menimbun air batu dia..

mak dia dengan sabar dan tabah minum air jarang jer...jaga badan wei ! jaga badan...!

10 ulasan:

rezeki berkata...

salam cikgu pinat


ayam penyet belanda satu, sambal lebih hehehe

kak su berkata...

Salam Pinatbate

Mungkin ianya tak menetapi citarasa kita kut...

Wow!! Sekarang projek besar2an ya kena maintain balik yer.

Ish! tak pa la..yang penting kita kena sihat tau...jangan control sangat.

Wslm

aznaz berkata...

salam kak pinat


best nyer air tuh...cl nak cuba bleyyy..nanti kak pinat melanja yer..


wasalm

kucingorengemok berkata...

kita nak try ap seksyen15 hari tu, adik kita kata Tak Payaahhh, kalau dah biasa dengan wong, nanti kecewa...

kesian ap, hihi

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

kakpint dah boleh jadi duta Ayam penyek ni...ajaklah teman skali kalau nak promote kedai ni nanti kak erk (hehehhehe)
Ayam penyek ni urang jawa memang suka....
leggi leggi ghitew erk

PINATBATE berkata...

Pak Itam Rezeki,
ayam penyet Belanda kena pakai ayam belanda yang sebesar angsa tu lah yer..harus tak cukup sambal ni..(><)

PINATBATE berkata...

kak Su ,
projek apa yer..? silap faham kot..saya larang diri tak minum air berais tu sebab menyusu badan..takut anak batuk selsema..anak-anak yg sebelum ni sampai dekat dua tahun juga tak minum ais lps bersalin ..kita sampai cerai susulah.

PINATBATE berkata...

CK Makkah..
boleh saja..Insyaallah..

PINATBATE berkata...

KOG,
eloklah tak pergi..bukan nak kondem AP..tapi memang Wong Solo the best lah setakat ni..;D

PINATBATE berkata...

Dila,
Duta sendiri makan sendiri bayar..haha!
leggi ke Dila..? tak adalah..leggi lagi yg makan..ahaks..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin