Ahad, Januari 04, 2009

JAWAPANNYA..

Ada yang teka buah bidara,keranji,buah keras, sukun,limau bali...mujur tak ada yang teka buah deroyan atau strawberry..hehehe..Terima kasih sudi meneka..jawapan sebenarnya ialah..BUAH KAWIS.Ia termasuk buah nadir di zaman ini.

Kami menemui pokok ini dan beberapa biji buahnya ketika balik kampung minggu lepas. Emak mentua menanam pokok kawis ini berpuluh tahun lalu, Alhamdulillah buahnya masih boleh dinikmati anak cucu hari ini.Pokoknya tahan lasak ..dikatakan mampu hidup di tanah yang berkapur, kering dan mempunyai jumlah hujan yang sedikit.

Saiznya sebesar buah jambu batu yang dijual di pasar malam tu tetapi awas!..kulitnya bertempurung keras dan anda dinasihatkantidak cuba menggigitnya seperti epal kerana dikhutiri ompong gigi hadapan.Ada pun aksi karate dan silambam untuk membuka kulit buah kawis ini juga akan mengakibatkan bengkak tangan berdenyut tiga malam..

Bandingkan saiznya dengan kepala lutut Izzah tu...Begini lah rupa isi buah kawis tu..Isinya lembut dan sedikit berserat.

Buah kawis ini mempunyai aroma masam manis yang tersendiri..Kami hempas beberapa kali buah ini dengan anak lesung batu ..hah! baru dapat tengok isinya!Buah yang masak berwarna kehitam-hitaman dan rasanya masam-masam manis..Cara memakannya..tabur gula atas buah tu dan ceduk dengan sudu..Tak payah tabur gula pun okey..rasa asli..manis-manis buah..tak terlalu masam ..Nak lebih ummpp lagi buat jus air kawis..tambahkan ais..wow! terangkat you..macam rasa air asam jawa pun ada...Bijinya lembut dan boleh dikunyah..lemak rasanya...

Menurut ini, Setiap 100 g bahagian isi buah yang dapat dimakan mengandung: 74 g air, 8 g protein, 1,5 g lemak, 7,5 g karbohidrat, dan 5 g abu. Dalam 100 g bahagian biji yang dapat dimakan terkandung: 4 g air, 26 g protein, 27 g lemak, 3 5 g karbohidrat, dan 5 g abu. Isi buah yang kering mengandung 15% asam sitrat dan sejumlah kecil asam-asam kalium, kalsium, dan besi. Kayu kawis berwarna putih kekuningan, keras, agak berat, dan berserat kasar, tetapi urat kayunya rapat dan boleh dipolish sampai berkilat.Boleh buat perabut gitu...;)

Sesiapa berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang buah kawis ini,boleh bertanya mbah Wiki yang pintar itu..

10 ulasan:

Hanim Benziane berkata...

Kak Pinat, first time tengok buah ni...nama glemernya apa??hihihi

KAMATO berkata...

interesting, tak pernah jumpa buah ni...

PINATBATE berkata...

Hanim..
Tak tau lah ada nama glamer ke tidak buah ni..tapi jamin tak ada orang jual kat Qatar tu..:)

PINATBATE berkata...

Kamato..
anak-anak kata ini buah zaman PURBA..kat rumah embah jer ada..kat Tesco,Carefour tak ada jual..kat gerai apek lagi lah tak ada..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

wah kak pint
hebat lah. ni dah boleh jadi DE CHEF PEMAKANAN YANG SEHAT, GOOD JOB!
tapi aku kok tak tahu buah ini erk. nasib tak sebut KENTOS! hehehe

PINATBATE berkata...

Dila..
Kentos tu spesis lain..adoi!lawak lah Dila ni..buah kawis ni jarang jumpa..Izzah sebut buah kawin..@^@

akudimar berkata...

Ala kak...kalo aku masuk awal tentu aku dapat hadiah teka-teki akak nih...rugi betol lah...hadiah ape kak?
jiran aku ader pokok ni...orang panggil pokok delima batu @ kawis.

PINATBATE berkata...

DIMAR..
kehkehkeh...
sudah lambat ..penyertaan direject...hadiahnya pakej pelancongan tiga hari dua malam ke mana-mana destinasi pilihan anda...ongkosnya tanggung sendiri..

en_me berkata...

ammvoiii, leh letak atas karpet dan tikar mengkuang gittewwww.. ehehe

Tepi Sungai Batu berkata...

Salah la jawapan Pak Man. Tak apa kalau ada kuiz yang lain Pak Man akan cuba lagi.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin