Isnin, Januari 18, 2010

REZEKI

Tak baik merungut-rungut sambil mengadap rezeki kan..?


Hujung minggu baru -baru ni anak-anak ajak makan ayam kampung goreng kat Veledrom Cheras..tempat biasa kami makan ayam kampung. Memang best makan kat situ terutama ayam goreng dan sambal belacan dia..senang cakap memang licin pinggan lah..lagi-lagi kalau kena dengan jus air durian belanda ni..perghh...nanges!

Tapi...banyak jugak yg tak best kalau makan kat situ..memang dah biasa berlaku tiap kali kami makan kat situ..tapi sebab nak makan tabah jugak hadapi..errmm..
nak tau kenapa?
1. ada pak cik jual biskut berlegar-legar tunjuk barang jualan dia..tak peduli org tengah gigit ayam boleh dia suruh rasa biskut tart nenas dia..
2. salesman mulut petpotpetpot sambil tunjuk cd dan buku kanak-kanak..sepuluh ringgit satu.
3. budak hulur surat kebenaran minta derma dari mana ntah..

Bayangkan bila kita tengah sedap-sedap makan ada pulak gangguan macam tu..adoilah..tersedak akak...patah selera ..sedih betul rasa nak telan nasi pun tak sanggup..lagi-lagi kalau budak salesman tu bercakap merecik air liur..bila kita geleng kepala dia pujuk jugak suruh belek buku dia..mana tangan nak pegang buku,mana nak pegang nasi...ggrr..

Memanglah bagus usaha mereka mencari rezeki halal ..tapi biarlah sesuai cara dan masanya..janganlah sampai menimbulkan rasa tak senang orang lain ..kalau dia buka meja jualan dekat situ pun dah cukup..lepas selesai makan,orang mungkin akan datang tengok jualan dia...tapiii....

16 ulasan:

aNIe berkata...

Pinatbate..betul lah...memang tak best...sebab kadang tangan tgh kotor...camaner nak seluk beg tangan ke...seluk poket ke untuk bagi diorang duit kan?

silversarina berkata...

sekali lagi gambar ayam kampung dan sambal belacan itu sungguh mengancam , terliurnya akak tengok.

Bab yang datang promote macam2 barang masa orang tengah makan memang menjengkelkan ,kami pernah rasainya dan rasa macam nak sekeh je kepala si penjual tu sebab tak henti cakap dan desak suruh beli , kalau dah barang tu kita memang tak nak beli nak buat macamana.

KAMATO berkata...

Dari satu segi bagus juga mereka cari rezeki begitu daripada mencuri tapi dari satu segi lagi mereka memang mengganggu ketenteraman pelanggan. Peniaga disitu kena sepatan untuk tidak mengizinkan mereka memasuki kawasan kedai, kalau nak promote kat tempat parking bolehla...

kucingorengemok berkata...

haah, kita pernah makan situ, ayam kampung dia sedaaaapp!

Atikah berkata...

Salam kak Pinat..

Bestnya lauk pauk tu... nyum..nyum..nyum..

dilaOHdila berkata...

salam kak...
wah JJCM ni, good info
ni lah masaalah yang kita hadapi sekarang. nak makan je mulalah datang berbagai2 urang datang kat kita. memang pun, nak MULOK pun tak senang. ngan jual kepek lah itu lah inilah. kekadang tak nak pandang sebab kasihan nak kata TAK NAK beli. ada tu terserempak dua kali dalam pada yang sama. Kena ingatkan dia balik,kita dah jumpa tadi kan? oh kita dah jumpa tadi erk ! Boleh lah cakap macam tu. adui2 memang tak senang dibuatnya.....

Pak Man laksam berkata...

Sedap tuuuuuu.......

tchersally berkata...

Laporrrrrr..Pinat nih..

PINATBATE berkata...

Kak anie..
saya kalau budak minta derma masa tgh makan mmg terus patah selera..
rasa macam berdosa jer ..dia tengok makanan kita..entah ker dia teringin atau lapar..isyy..tak tertelan rasanya..

PINATBATE berkata...

kakRina,
org jenis ni mmg hati kering,walau kita kata tak nak belipun dia masih jugak terus nak bercakap..saya kalau org paksa-paksa ni mulalah perasaan kesian bertukar jadi menyampah..huhu..

PINATBATE berkata...

Kamato..
entahlah..kat situ mmg dah biasa macam tu..peniaga tak halang pun..
kalau pelanggan komplen dia kata nak makan tanpa gangguan pergilah tempat ekslusif..tak dak sapa kacau..;P

PINATBATE berkata...

KOG..sedapkan..?
tu pasal kakpinat sanggup terjah jugak kesitu walaupun mmg dah tahu risikonya..hehehe..

PINATBATE berkata...

Atikah..
best..! syukur..

PINATBATE berkata...

dila..
ni lagi satu kes,
promoter tu dah menceceh sampai tempias hujan,my asben kata tak mau..dia pun pergi..oklah..
tak lama pas tu masa my asben gi bangun basuh tangan dia dtg balik..kakpinat kata,tadi kan dah datang..dia cakap,tadi saya cakap dgn abang, ni nak cakap dgn akak pulak...
boleh cam tu..padahal kami laki bini makan satu meja..mau tak berasap akak..bagidol betul..

PINATBATE berkata...

Pak Man..
sedap Pak Man..tapi budu antioksida jer yang tak ada..hihi..

PINATBATE berkata...

Tchersally..
lapor yer..atte apa lagi..moh ler kiterr...;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin