Isnin, September 28, 2009

SUJUD SYUKUR

Setiap kali singgah ke Kedai runcit Nas di depan rumah kami, saya selalu memerhatikan Nasrol tokey kedai yang rajin menghantar tong gas dari rumah ke rumah itu menabur remah-remah roti untuk direbut oleh kawanan merpati yang jinak ini.

Mungkin dari amalan itu datangnya keberkatan rezeki Nasrol. Buktinya kedai runcit Nasrol makin besar dan bisnesnya makin maju. Lebih nikmat Nasrol boleh menangkap mana-mana merpati jinak yang disukai untuk dibuat gulai...kellasss!

Malam tadi kami dapat sebungkus besar hamper hari raya yang sampai di depan pintu rumah..rezeki untuk dikongsi ...tapi ada rezeki lain yang lebih besar lagi untuk di syukuri..berbaur rasa terkejut, gembira dan teruja..!

Jika Allah memberi nikmat tanpa kita perlu meminta-minta, itu ertinya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana..melengkapkan apa yang tidak kita miliki dan menunjukkan bukti kekuasaanNya..

Alhamdulillah!

14 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam pinat,

alhamdullilah! rezeki dari Allah.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

moga murah rezeki tuan nasrol tu kakpint!
jinak2 mbangget burung ni

Ayah Zain berkata...

Salam Pinatbate,

Alhamdulillah semoga bertambah murah rezeki kalian. Tuanpunya kedai dan pinabate juga. Sungguhlah bagai dikata itu, hanya kepada Allah kita menyembah dan hanya kepada Allah kita meminta pertolongan.

kucingorengemok berkata...

bapak kita pun suka bagi roti kat burung, tapi jiran bising dia kata burung buat semak kat laman rumah dia (rumah semi-d, laman sebelah²)... apo nak buek, hehe

just fyi, jiran itu cina

Asnija berkata...

Salam Pinat,

Sujud syukur ni kena jadi amalan kan...dapat sikit ke...dapat banyak ke...dapat kecik ke...dapat besar ke..

Alhamdulillah Pinat dapat rezeki BESAR...

ps: tapi hati-hati...burung merpati punya droppings memang bahaya...

PINATBATE berkata...

Cikgu Zainab..
Alhamulilh kak Nab..tak sangka sebenarnya


Dila..
memang jinak..seronok tengok burung-burung ni berebut roti..

PINATBATE berkata...

Ayah Zain..
Alhamdulillah...Allah maha Pengasih,saya mohon redha dan rahmatNYa ke atas rezeki ini.


KOG..
jiran tu tak faham konsep berkongsi rezeki sesama makhluk tu..hehe

PINATBATE berkata...

Datin Asnija..
memang rezeki BESAR..kami sekeluarga sangat teruja menerimanya..rasa berdebar-debar..
Alhamdulillah..

Wangi74 berkata...

Boleh makan erk merpati ingat tak boleh..org kata boleh kena asthma..kelakar lak dgr..

PINATBATE berkata...

wangi..
sup merpati ni utk memanaskan badan..UBAT athma..

Wangi74 berkata...

Oh ubt asthma ingat makan burung tu boleh kena asthma..hehehe

en_me berkata...

gi hanimun kat padang ghiteww.. leh wat amal jariah sekali .. ihiks

en_me berkata...

ahaha sori.. silap komen larr cekgu..

rejeki masyukkk tewww.. ahaks

Motivasi Kerja berkata...

Seronoknya tgk burung merpati tu. Kalau dapat tangkap mesti lagi seronok kan?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin