Ahad, Jun 20, 2010

UPSR DAN PMR AKAN DIMANSUHKAN?

Dalam kecoh-kecoh baru sampai rumah selepas hantar kakak balik ke asrama tadi terdengar pula berita kat TV3..

Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

“Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja."

Ni baru cadangan saja..tak taulah jadi ke tidak..kalau jadi pun ntah bila pulak nak dilaksanakan..
Apa-apa pun mestilah ada pro dan kontra kan..?


1. Antaranya bila UPSR dimansuhkan bagaimana kita hendak mengukur tahap pencapaian pelajar selama enam tahun dia belajar di sekolah rendah? dah tu semasa SPM nanti , macamana pula bentuk soalan yg nak diuji kepada murid..? Silibus akan ditukar lagi ker..?

2. Macam mana pula kemasukan ke sekolah berasrama penuh dipilih..? Memadaikah keputusan peperiksaan berdasarkan sekolah dijadikan sebagai kayu ukur?
Mungkin perlu diadakan ujian kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh ataupun Maktab Rendah Sains Mara selepas ini sebagai ganti UPSR....

3.Rasa
nya kalau nak mansuh pun biarlah dibuat dengan terancang, usah tambah siksa guru2 dan murid/pelajar lagi.. nak ikut itu ini tapi akhirnya terus diubah dan diubah...apakah selepas ini sekolah "cluster" terus relevan?

4.Antara kebaikannya cikgu boleh fokus pada ilmu bukan exam..murid lebih menikmati keseronokan belajar bukan tekanan..Cuma macam mana pendidikan yang lebih kreatif mahu dijayakan oleh guru-guru yang lahir daripada sistem berorientasikan peperiksaan? Di sinilah anjakan paradigma plus training khusus diperlukan

5. Kerajaan tak perlu berbelanja lebih utk mengadakan peperiksaan setiap tahun..banyak jimat tu..Malaysiaku kayoo! kayoo!

6.Buruknya..budak2 di malaysia akan lalai dari belajar..sedangkan periksa pun diorang tak kisah..inikan pula tak ada exam..yahoo!! meriahnya hidup..!

7.Tapi...ape le nasib cikgu² tuisyen nanti yer?? uhuk..
Cik Awin jgn terasa lak..mueheheh..
ohohoho..lps ni nanti tak dapatlah Cikgu Pinat merasa duit jadi pengawas PMR dan pemeriksa kertas yer..(><)


uihh!..banyak lak makcik Pinat membebel malam ni..terasa macam nak buat karangan BM pulak ..biasalah Cikgu kan..tambah lak anak ramai..ada sesiapa nak tambah ?

*klik SINI

6 ulasan:

Ajwin Ajeera berkata...

hahaha
terasa ni!ececeh..
mcm tak wajar jugak kalau upsr dgn pmr dimansuhkan..

kak su berkata...

Salam Cikgu...

Benar kata cikgu tu...makin khayal lah anak2 jawabnya...'Bahaya'

Wslm

Ayah Zain berkata...

salam Pinat,

memang sungguh bagai di kata, walupun ada peperiksaan awam macam sekarang bebudak buat tak kisah. Yang kisah ialah guru2nya. Guru yang bimbang dengan exam. Pelajar? ada aku kisah heheh.

maknanya dengan atk adanya exam awam ni, bebudak MERDEKA ar. meredeka tak perlu susah2.

apa yang penting ialah kaedah peperiksaan itu yang disesuaikan dengan keperluan semasa

PINATBATE berkata...

Awin..
bertenanglah..ekeke.

kak su..
sedangkan ada exam pun malas nak pergi sekolah ..lagi pulak tak ada exam..hahah! ada yang tak jejak sekolah langsung la pulak nanti..atau sekolah bertukar menjadi taman permainan?

PINATBATE berkata...

Ayah Zain..

pendapat AZ itu saya setuju..
kalau terlalu fokus exam,NILAI ilmu itu akan hilang..belajar utk exam hanya utk hafal point,hafal formula..lps exam,habis kosong..ilmu lenyap,akhlak tak punya..
melalui pengalaman,saya temui murid yg dapat berderet A termasuk subject Pendidikan Islam tapi perangai #@*&%..,bongkak,biadap..

atuk berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

selagi ciptaan manusia
tidak akan ada kesempurnaannya

Wassalam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin