Isnin, Jun 28, 2010

PENGAT LABU

Ini bukan entry resepi pengat labu..bukan..!
Pengat labu ni tak payah pakai resepi bagai..lebur jer semua ..labu santan gula..habis cerita.


pic pinjam-pinjaman dari Pakcik Google

Bukan sebab ikut pesan orang tua, jangan berani makan benda-benda berangin baru lepas habis hari macam ni..pengat labu sebenar adalah antara makanan yang kurang saya gemari..termasuk juga masak lemak labu,koci labu,kuih bakar labu..semua yang berkaitan dengan labu memang kurang gemar dari kecil. Memasaknya pun tak suka.

Dah.. kita tak suka makan..buat apa nak masak kan..? tak suka..tak suka..tapi kalau dah tak pilihan ada makanan lain..makanlah jugak..Nanti memilih sangat orang kata kufur nikmat lak...:(

Tapi... anak punya pasal..hukhukhuk..

Ni gara-gara bebudak kat rumah ni suka sangat tengok cerita
Belalang kat Astro Ceria tu lah. Masa episod 'Batu Belah Batu bertangkup' sibuklah Izzah mintak masakkan telur ikan tembakul yang emak Pekan kempunan nak makan tu..

"Mak.. Izzah nak makan telur ikan tembakul.."

''Issyy! manalah nak cari telur ikan tembakul ''

''mak..carilah telur ikan tembakul mak..nanti Izzah kempunan
''


Pandai lak sebut kempunan tu..tak sampai hati lah pulak..Gigihlah mak dia cari telur ikan..bukan menjala, pi beli telur ikan yg di goreng kat kedai mamak jer..selamat! Tipu sunat nak bagi jangan kempunan.. mati-matilah dia percaya tu telur ikan tembakul..;D

credit tu tuan punya pic ..

Kali ni diorang tengok episod
'Si Luncai ' pulak..Alkisahnya Si Luncai tu terselamat daripada hukuman raja kerana jamu raja makan pengat labu yang sedap sangat katanya..Dah lah dia sibuk pulak nak makan pengat labu ...siang malam pengat labu di sebutnya..adoyai..mujur tak mengigau pengat labu sambil berjalan ke dapur.

Tu yang tak pasal mak dia pi cari labu kat kedai Pak Aji tu..hingga terjadi tragedi yang tragis..hahaha!!
*sekarang macam nak salahkan Belalang oh Belalang pulak rasanya..

11 ulasan:

kak su berkata...

Salam Dik..

Alhamdulillah...elok2 labu tuu..angin.

Sesekali wanita makan labu elok utk kesihatan.

Wslm.

PINATBATE berkata...

saya masakkan utk Izzah jer..rasa pun tidak..

manzlie berkata...

salam from makkah


cl suker pengat pisang tau...sedappppp


wslam

Rozali berkata...

Assalamualaikum Cikgu Pinat

kalu banyak makan asal drp labu
bahaya!!!!!!!
malu majlis he he

Wassalam

PINATBATE berkata...

CL..
pengat kurma,cekodok kurma..sedap gak..;D
dah try?

PINATBATE berkata...

Atuk Rozali..
harum semerbak perfume labu..haha!

KAMATO berkata...

labu buat bingka sedap......

manzlie berkata...

salam kak pinat...


sedap gak tuh....


wsalm

PINATBATE berkata...

KAMATO
sedap dan cantik itu subjektif kan..
masalahnya orak doyan ;)

CL Makkah..
try lah buat cekodok kurma fresh yg ranum tu CL, balah ke ruttob kot Arab sebut..sebijik rasa cekodok pisang..hehe

en_me berkata...

pengat labu sedapp perghh.. ehehe

mamayaya berkata...

aishhhh..nnt anak2 Pinat nonton cerita yg mkn daging unta ke, telur burung unta ke..tak ke haru..kedai Pak Aji tu ade ke jual daging unta tu Pinat?..hehe..mcm tu la kita mak2 ni kan, anak punya pasal, selagi boleh akan d turutkan, apatah lg bab mknn..haaa..jgn curi2 rasa pulak ya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin