Selasa, Oktober 27, 2009

TAMAN BOTANI 3

Sebab ada yang tanya lokasi Taman Botani ni dan ada juga yg berminat nak pergi main basikal kat sini maka kita sembang-sembanglah sikit pasal taman botani ni yerk..

Lokasi: Persint 1,Putrajaya ..dalam Lingkaran Persiaran Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah.

Waktu operasi : Pusat Pelawat:
Isnin-Jumaat 9.00 pg-6.00 ptg
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah 9.00-7.00 ptg

Taman : 7.00 pg -7.00 ptg setiap hari (best kalau nak joging..)

Taman :
  • Luas sangat ..dianjurkan bawa minyak urut Mestika.. boleh urut kaki tepi tasik..jangan lupa air sebotol sorang...ekeke..
  • 3 koleksi utama ialah Taman Tropika, Taman Asia dan Taman Asia Pasifik. Cantik-cantik lanskap dan pokok-pokoknya..lu tengok sendiri lah Nabil..
  • 4 zon utama ialah Laluan Jelajah, Bukit Palma,Taman Flora dan Persisiran Tasik. Masa kami datang tu kat persisiran tasik tu ada satu company buat jamuan Raya dan deepavali utk staff and family..raya dah habis masih pasang lagu raya dan bakar lemang..tak pelawa kitorang pulak pun..uwaa..!
Perkhidmatan yg disediakan ialah :
  • Pusat Pelawat-ada pameran interaktif sains dan tumbuhan..rasa nak buat rombongan bawa anak-anak murid ke mari lak..
  • Lawatan berpandu- tapi kena jalan kaki lah..ikut pemandu pelancong dia..bebudak sekolah sila pegang tangan kawan-kawan ,takut hilang dan jangan melompat-lompat atas jambatan gantung..karang jambatan runtuh..siapa nak jawab? cikguu jugakk..
  • Astaka Morocco- cantik giler kalau ambik gambar pengantin kat sini..Kak Sya dan Dila pernah ambil gambar kat sini kan..
  • Perkhidmatan Tram- pusing taman 30 minit...masa kami datang tak jalan pulak dia padahal ada 4 buah tram beratur.
  • Sewaan basikal..RM4 sejam..siapa cepat dia dpt...kalau lambat tunggu lah ..teruja betul nak naik basikal yg dua tempat duduk pastu org depan belakang kayuh sesama tu kan...tapi takut dugong tergolek di celah pepohon rimbun pulak..
  • Sewaan bot kayuh..dua org boleh arr..kalau bawah anak mengiau reramai tak payah lah..terhumban lak dalam tasik kang..
  • Kedai cenderahati..yg ni tengah renovate..baguslah..selamat duit ..

  • Putrajaya Seafood Restaurant...baik bawak bekal berkelah jer lah..jimat,kalau malas gi makan kat Alamanda jer..

Adalah menjadi harapan saya semuga ada pegawai-pegawai dari Perbadanan Putrajaya atau saudara mara mereka membaca promosi di blog saya ini. Hubungi saya ditalian yang tertera di kaca jendela anda untuk menyerahkan pembayaran yang sepatutnya..alaa..takkan tak kasi komisyen sikit pun Inchekkk....penat makcik menaip ni...
Maklumat lanjut sila hubungi...dah ahh..mengarut jer..^^

Ni apa cerita ni Hannah..? silap pegang stereng tu...padanlah tak sampai-sampai...

10 ulasan:

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

amboi2 promosi nampak. Ada dia orang kisah ker? Ngeh ngeh ngeh.

Terima kasih info yang diberi. AZ sangat2 menghargainya.

dilaOHdila berkata...

Taman Botani patut berterima kasih pada Cikgu PINT ni
kerana memperkenalkan TB pada semua blogger yang dikasihi
dapat free naik basikal pun jadi lah kan kak PINT ( he he he)
** suka aaa aksi Hanna bawak keter tu hah

PINATBATE berkata...

Ayah Zain..

Ada harapan saya jadi DUTA Taman Botani tak..??
HAHAHA!

Atikah berkata...

Salam kak,

Saya pun tak pernah p sini... walaupun kerja kat sana... he.. he..

tak sangka cantik permandangan di sana... ada masa kena p gak nie...

PINATBATE berkata...

Dila..
takkan terima kasih jer kot..kan..kan..;P

Kakpinat tambah satu lagi aksi Hannah dgn tram tu..jenuh pujuk tak mo turun...!

PINATBATE berkata...

Atikah..
Nanti kita ajak CM buat gathering kat situ nak...;)

dilaOHdila berkata...

nanti nak suruh perbadanAJAYA bagi kak pint PINGAT JASAMU dikenang
baru best!!! SEMANGAT kami urang nak gi sinun. dapat tengok signboard kakpint satu FAMILY mesti Gempak Giller...Cayyo!!!!

Asnija berkata...

Salam Pinat,
Respek dengan semangat Pinat mempromote-lah...ada pamplet tak?

Atikah berkata...

Kak,

Cadangan yang baik tu... mesti CM on jer... :)

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

boleh sangat lah. Datangla umah, az dan buat n3 baru pasal majlis graduasi kat puterjaya tuh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin